40 : Kaiser VS Valac Group

Romance Series 8991

F.Z CORPORATION.

"Hoaamm..." mulut yang menguap seluas alam ditutup dengan tapak tangan.

Mata kantuk Mai menjeling jam pada pergelangan tangan. Waktu sudah masuk pukul 10:37 malam. Dan dia masih di meja kerja menyelesaikan pekerjaan yang tertunggak selama dia tak masuk kerja.

Sesuai dengan syarat dari kesepakatan dengan Tuan Idris. Mai kembali bekerja di sini. Jawatannya sebagai Assistant Manager dibahagian Tim B. Mujurlah Ketua HR tim dan manager orang-orang yang bertimbang rasa. Dapat la dia minta cuti pergi ke kampung Hairi, tempoh hari lalu.

Pekerjaan Mai sebagai copywriter. Ini pun baru selesai kerja yang menumpuk sejak pagi tadi.

Selesai sahaja tugasnya, Mai baru boleh melepaskan nafas lega. Dia bersandar dikerusi sambil mengurut bahu yang terasa lenguh.

"Rindu pula dengan kerja housekeeper." bicaranya sendirian. Staff lain sudah angkat bendera putih, pulang duluan meninggalkan Mai dan beberapa staff yang masih ada.

Kertas kerja dan fail-fail disimpan teratur. Barang yang berselerak di atas meja disusun bagi nampak kemas. Setelah matikan komputer dan semua suis. Handbag disangkut atas bahu sambil membetul tudung bawal yang dipakai.

Semasa berjalan melalui pekerja yang masih ada. Dia ditegur.

"Dah nak balik ke, Mai? Hati-hati ya."

Mai tersenyum sekali menutupi lelah. "Puan pun. Dah lewat malam ni."

Sempat dia berborak kejap dengan pekerja wanita yang berumur lebih tua darinya. Dia sememangnya pandai bergaul.

Mai mengatur langkah memasuki lift untuk turun ke lantai bawah. Tiba sahaja dibawah, dia melangkah keluar menuju ke pintu utama.

Perasan telefonnya bergetar dari dalam handbag. Mai ambil, bibirnya tersenyum simpul melihat nama Nita tertera. Sepertinya dua tiga hari ni hubungannya dengan Nita makin membaik.

Tombol hijau ditarik sebelum telefon ditekap ke telinga.

"Hello?"

"Hello kak, aku dah ambil Aryan. Mulut anak kau memang minta kaki ek. Sedap dia mengata aku make up tebal!" terdengar suara aduan Nita dihujung talian.

Mai senyum serba salah. Hm agaknya menurun dari siapa ya mulut begitu.

"Budak lagi tu. Nita ni pun, dengan budak pun nak gaduh ke. Nanti la akak nasihatkan dia." pujuk Mai lembut.

Nita berdecit geram. Mai tergelak kecil kerana dapat membayangkan wajah masam mencuka adiknya.

"Back up la sangat anak kesayangan kau tu. Okay lah! Aku nak tidur. Kau nak ambil bila anak kau ni?" suara gadis itu masih terdengar tak puas hati. Geram agaknya tiba-tiba jadi babysitter Aryan selepas Mai bekerja. Itu la menganggur sangat.

"Pagi esok tak boleh ke?" Mai agak serba salah. Dia benar-benar penat sekarang ni.

"Asal pulak?" soal Nita semula.

"Aku tak larat nak bawa kereta. Lagi pun Aryan cuti esok."

Mai pandang telefonnya kejap kerana tiada sebarang balasan dari Nita. Tak lama kedengaran keluhan gadis muda itu.

"Ha, apa-apa sajalah."

Tutt

Setelah panggilan dimatikan. Telefon disumbat dalam handbag semula. Bibir Mai tak lekang dengan senyuman.

"Sekurangnya hati Nita dah mula terima aku."

Walaupun masih kurang ajar. Ceh!

******

KERETA hitam itu memasuki kawasan perumahan. Dikala menghampiri ke kondominium Kaiser. Sejenak mata Mai terus membulat. Kantuknya langsung hilang setelah menyaksikan kejadian didepan mata.

Mai pandang silih berganti antara Kaiser disebelah dan kondominium yang sudah dilahap api.

"Awak!" Kaiser yang membatu digoyang-goyang menyadarkan lelaki itu.

Kaiser menelan liur kesat. Mukanya pucat lesi. Api besar melahap rakus rumahnya. Situasi diluar sudah kelam kabut dengan jiran-jiran yang menggerumuni kondo tersebut. Ada yang kalut menelefon bomba. Ada yang terbatuk kerana asap hitam yang tebal. Situasi yang tak terkawal kerana mereka takut rumah mereka turut terkena tempiasnya.

Melihat Kaiser mengundurkan kereta, Mai terkejut.

"Awak! Awak nak pergi mana? Tak nak turun ke? Yang terbakar tu kan rumah awak!" cuak Mai apabila kereta sudah berbelok ke arah yang berlawanan.

Tiada tanda-tanda Kaiser mahu turun mahupun menjawap persoalannya. Malahan kereta meluncur laju membelah jalan.

"Aw-" suara Mai bagai tersekat dikerongkong tatkala melihat raut tegang suaminya, seraut wajah yang tak pernah diperlihatkan padanya. Sepertinya ini pertama kali dia lihat Kaiser semarah itu.

"Awak... okay ke? Saya rasa itu semua kerja uncle awak." tanya Mai takut-takut.

Melihat tampang serius Kaiser. Dia sedikit gerun untuk mendesak atau bertanya lagi.

"Ini tak termasuk dalam perkiraan aku. Tak sangka secepat ni. Mai." Kaiser bersuara setelah lama membisu. Fokus dia memandu bersama pandangan tajam.

"Ya saya?" jawap Mai pantas. Liur kesat terasa kering dikerongkong. Tangan naik menyentuh dada yang berdebar tak enak. Firasatnya mengatakan ada hal buruk sedang berlaku.

Apakah 'perang' antara Kaiser dan VG sudah terjadi seperti yang dikatakan?

Kereta yang dibawa Kaiser semakin laju membelah gelap malam. Sepertinya lelaki itu sedang memikirkan banyak hal. Meskipun tak ditunjuk tetapi jelas ada kegelisahan dari raut Kaiser.

"Kau kena berlindung di tempat yang selamat. Pertama sekali, mari kita ambil Aryan." ujar Kaiser tanpa secalit senyum.

Mai segera menoleh. "Tempat selamat? Kat mana?"

"Rumah Martin."

"O-Oh ru-rumah Encik Martin." meski bingung, Mai diamkan saja pertanyaanya agar tak menambahkan lagi tekanan lelaki itu.

***

TIBA sahaja di Villa Hara. Mai tergesa-gesa keluar kemudian menjemput anak lelakinya menuju kereta.

Nasib baiklah Puan Sharifah dan Tuan Idris ada urusan diluar. Kalau tidak, pasti dia sudah disoal bertubi-tubi kerana pulang terburu-buru.

"Papa!" seronok Aryan berlari terkedek-kedek menuju ke arah papanya yang sedang bersandar dikereta.

Aryan didukung oleh Kaiser kemudian dibawa masuk ke dalam kereta.

Kaiser spontan tersenyum tipis melihat malaikat kecilnya yang sentiasa ceria itu.

"Sekolah macam mana hari ni? Best?"

"Tak best! Sebab Ayan kena marah dengan cikgu!" muncung itik mulut Aryan dengan muka rajuknya.

Sempat Kaiser melirik isterinya yang sedang berbicara dengan Nita di pintu masuk utama. Tapi dilihat dari muka serius masing-masing, sepertinya bukan berbual biasa.

"Ayan buat apa sampai cikgu marah?" soalnya melayan kejap aduan anaknya itu. Wahal dalam hati sudah gelisah ingin cepat-cepat pergi dari situ. Dia perlu sampai dirumah Martin secepat mungkin!

"Ayan ada bergaduh sikit dengan kawan hari ni." balas Aryan teragak-agak mahu buka cerita sebenar.

Kaiser yang melihat dari cermin pandang belakang, langsung menoleh ke belakang. "Anak papa ni nak jadi gangster ke? Kecil-kecil dah bergaduh."

Aryan menggaru kepala yang tak gatal bersama sengihan serba salah. "A-Ayan cuma hentak kepala dia kat meja sikit saja. Lepas tu Ayan gigit telinga dia. Tak sangka sampai berdarah."

Membulat biji mata Kaiser yang mendengar. Ya Tuhan, tolong la jangan turunkan perangai lama aku pada Aryan.

Dia berpaling ke depan semula sambil bersandar lelah. "Dah kenapa pula Ayan buat kawan macam tu. Patut la cikgu marah. Kesian la kawan tu."

"Dia yang mula dulu! Dia kata Ayan pondan! Kadang dia cakap Ayan budak manja. Habis dia tu, berdarah sikit dah nangis. Manja!" luah Aryan tak berpuas hati. Ikutkan nak saja dia cekik kawannya itu.

Kaiser diam beberapa detik. Bibirnya menarik senyum hambar. Aryan mengingatkan sosok dirinya yang dulu. Dan itu agak berbahaya jika tidak dicegah awal. Dia tak mahu Aryan mengikuti jejak dirinya yang memalukan. Lalu menyesal dikemudian hari.

"Ayan, dengar cakap papa. Tak semua benda selesai hanya dengan kekerasan." dia mula nasihat ringan yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Aryan membisu dengan muka sugulnya. Sedikit sedih kerana papanya back up kawannya itu.

"Ayan kena fikir akibat sebelum bertindak. Contohnya macam, kalau aku hentak kepala dia. Apa yang jadi ya? Mesti sakit. Macam mana kalau tempurung kepala dia pecah? Kepala ni jangan main-main, Ayan." nasihat Kaiser penuh kelembutan sebagai seorang bapa dan orang yang berpengalaman.

Hujung mata Kaiser melirik Aryan dari cermin pandang belakang.

"Ayan faham kan maksud papa?"

Aryan masih monyok menunduk. Mungkin penyesalan mula datang.

"Faham... Ayan janji Ayan tak buat dah lepas ni." Aryan bersuara setelah lama membisu.

Kaiser sembunyi senyum simpul. "Papa cakap ni bukan sebab papa back up kawan Ayan. Dia memang salah mengata Ayan, tapi Ayan pun ada salah. Jadi kalau dua-dua salah, kena buat apa?"

"Minta maaf..." jawap Aryan perlahan.

"Bagus. Nanti lusa minta maaf kat kawan." Kaiser menghela nafas lega. Nasib baik la anak itu boleh terima makna dari nasihatnya. Dia tahu Aryan anak yang cerdik.

Mendengar 'lusa' Aryan sepantas kilat mengangkat muka yang tertunduk sejak tadi.

"Kenapa kena minta maaf lusa? Ayan nak berbaik esok dengan dia." soalnya hairan.

Kaiser cuba mengawal emosi yang bergelojak apabila teringatkan rumahnya yang dibakar. Pihak sana seperti sengaja mahu memprovokasinya.

"Esok Ayan tak boleh pergi sekolah. Papa nak hantar Ayan dan ibu ke rumah uncle Martin." ujar Kaiser tanpa segaris senyum. Beban fikiran sungguh berat sampai buat dia pening sesaat.

"Kenapa Ayan kena pergi rumah uncle Martin?" polos Aryan bertanya, dia semakin dilanda kebingungan.

Belum sempat Kaiser mahu menjawap. Pintu kereta sebelahnya dibuka kemudian muncul Mai menghenyak punggung.

"Sorry lama." tergesa-gesa Mai yang sedang memakai seatbelt.

Kaiser hanya memerhati tingkah cuak isterinya. Mula rasa bersalah kerana dia sempat bersikap dingin tadi.

"Dah?"

"Dah, jom!" Mai membetul duduk sambil memandang tepat kehadapan.

Kereta mula bergerak keluar dari kediaman villa tersebut. Semasa melintasi pondok pengawal keselamatan. Kereta berhenti sekejap kerana dipinta oleh Mai.

Cermin diturunkan, terpacul muka Mai yang melingas mencari Pak Aziz a.k.a pak guard.

"Uncle! Sini jap!" laung Mai dan kebetulan seorang lelaki separuh baya baru keluar dari pondok.

Terkocoh-kocoh Pak Aziz menyarung selipar lalu menghampiri kereta mewah tersebut.

"Ada apa, Cik Maihara?" dilihat dari ubun-ubun yang basah, sepertinya Pak Aziz baru selesai solat.

"Ayah dengan mama tak balik ke malam ni?" soal Mai ingin kepastian.

"Itu saya tak pasti la. Tapi selalunya kalau Tuan ada urusan kat luar, Tuan akan bermalam di hotel. Kenapa Cik Maihara? Nampak kalut semacam saja?" Pak Aziz membalas soalan. Melihat raut serius anak majikannya itu, dia terikut serius.

Pak Aziz tersenyum membalas senyuman tawar Kaiser tatkala pandangan mereka bertemu sejenak. Aryan turut menghulur kepala ingin menyapa lelaki sebaya atoknya itu.

"Pak Ajiz! Ayan tak pergi sekolah besok!" ujar Aryan sambil tersengih.

Air muka Pak Aziz bertukar senang apabila disapa oleh anak riang itu. "Oh, Ayan demam ke?"

"Tak la. Ayan nak pergi rumah uncle Martin!" jawap kanak-kanak lelaki itu kekal dengan sengihan sukanya.

Pak Aziz baru saja ingin membalas, tetapi dipintas oleh Mai yang paling dekat dengannya.

"Uncle, malam ni jangan bagi sesiapa masuk ataupun keluar. Tolong kunci pagar. Saya tak nak sesiapa pun keluar, bahaya. Terutamanya Nita. Boleh ya, uncle? Saya minta tolong ni." pinta Mai sangat berharap. Nadanya separuh tegas.

"Ya baik, Cik Maihara. Saya faham." jawap Pak Aziz turut tegang. Dia dapat bau ada sesuatu buruk yang sedang terjadi. Pasti ada alasan mengapa Mai meminta begitu.

"Airel keluar ke? Saya tak nampak kereta dia kat garaj." soal Mai lagi. Ketegangan sedikit mengendur kerana Pak Aziz tak pertanyakan apa-apa.

"Tuan muda keluar dari petang lagi. Katanya nak pergi dating dengan Cik Laila."

Sebelah kening Mai terjongket. "Laila? Macam pernah dengar."

"Betul la tu apa yang Cik Maihara fikir. Cik Laila bekas pengasuh Aryan." balas Pak Aziz sempat tersenyum-senyum. Besar dah Tuan muda Airel.

"Haa, macam-macam la." Mai terkejut akan hal itu tetapi dia tak mahu bereaksi berlebihan. Dia cukup kenal dengan Airel, adiknya itu bukanlah seorang yang dikatakan 'buaya darat'.

"Ada apa-apa lagi ke?"

Geleng Mai seraya tersenyum tipis. "Tak ada. Airel tak apa, dia lelaki. Pandai-pandai la dia jaga diri. Yang saya risaunya, Nita. Budak tu degil kata nak keluar juga. Uncle tolong tengok-tengokkan ya."

"Jangan risau. Saya takkan bagi Cik Nita keluar walaupun dia letak pisau dileher saya. Cik Maihara yang patut jaga diri." Pak Aziz sempat berpesan dihujung ayat.

Mai melempar senyum sebelum cermin hitam itu dinaikkan sepenuhnya. Kereta meluncur laju dijalan datar tersebut.

****

SUNCLUB.

"Ohokk!"

Darah pekat keluar dari mulutnya. Disertai keringat lelah yang menitik dari setiap inci tubuh. Lelaki berbadan sado ini berusaha menggagahkan tulang kaki untuk menapak. Lawannya sangat kuat. Saking kuatnya tak tumbang walaupun diserang beramai-ramai.

Dia mendengus marah apabila melihat temannya dihentak ke meja bar sampai pengsan.

"Padahal hampir separuh orang-orang VG datang sini. Dan semuanya tumbang hanya disebabkan pengkhianat jijik macam kau. Martin! Sini lawan aku!" tempelak lelaki ini dengan air muka garangnya berlari ke arah Martin.

Dia terkejut tatkala tinjunya ditepis dengan mudah oleh Martin. Martin berundur beberapa tapak kebelakang.

"Kau!! Sini kau pembelot!"

Baru sahaja dia ingin menerkam Martin, Martin dengan selambanya melompat lalu berpijak ke dinding sebelum menendang betis lawannya.

Belum sempat lawannya bereaksi sakit, Martin sekali lagi menendang kuat ke betis yang sama. Tendangan itu dipanggil sebagai Low Kick. Jika ditendang ditempat yang sama akan memberi dampak yang menyebabkan kaki lawan kaku tak bergerak.

"Arghh! Sakit s**l!"

Dengan amukkan yang tak tentu hala dari lawan, Martin mengelak mudah dari sebarang serangan. Dan melihat sebelah kaki lawan tak berkutik akibat Low Kick. Di situlah dia ambil peluang untuk terus jatuhkan lawan sampai pengsan.

Pisau yang tertikam dipahanya, Martin cabut pantas. Pisau lipat tersebut terus ditikam pada bahu lawan.

"A-Arghhh!! Ba**s*t!" tak semenanya lawan terduduk menyembah bumi melawan rasa sakit yang dasyat. Tertusuk jarum pun sakit kan? Inikan pula pisau.

"Tsskk..." ringis Martin menahan sakit akibat tikaman tadi. Pahanya yang berlumuran darah ditekan tak mahu kehilangan banyak darah.

Langkahnya terpincang-pincang melangkah tubuh-tubuh yang tergeletak tak sedarkan diri. Lantai pusat hiburan itu penuh dengan anak buah VG yang ditugaskan untuk menyerang Martin. Siapa lagi kalau bukan atas perintah big bos, Joshua.

Lawan terakhirnya tadi adalah lawan yang terkuat diantara yang datang. Martin tersandar di dinding sambil mengawasi sekitar.

"Mana dia?! Cepat cari!"

"Cari si pembelot tu sampai jumpa!"

Dia menyorok di belakang lorong gelap apabila terdengar suara orang yang sedang mencarinya.

Martin kawal nafasnya yang terengah-engah. Dia berlawan dengan puluhan orang, tipu la kalau tak penat.

"Goddamn it! Takkan la secepat ni." decitnya perlahan.

Perang di zaman moden yang damai? Itu sulit dipercaya. Namun itulah situasi yang terjadi ketika ini! Perang antara pihak Kaiser dan pihak Joshua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience