KEAMANAN Valac Group dijaga ketat oleh Pengawal Atasan dan Pengawal Bawahan. Pengawal bawahan terkadang menyamar sebagai orang awam biasa. Kerjanya mengutip cukai, kutip hutang dan melakukan suruhan ringan dari orang-orang kuat VG.
Berbeza dengan Pengawal Atasan. Pengawal atasan seperti gelarannya, peranan utama mereka adalah menjaga para atasan atau orang-orang penting VG. Misalnya seperti Martin merupakan pengawal atasan Kaiser. Banyak jawatan Martin namun itu yang paling utama. Tetapi Kaiser lebih perlakukan Martin sebagai PA a.k.a sahabatnya yang dipercaya berbanding pengawal.
Joshua juga punya dua orang pegawal atasan. Pengawal berbadan sado yang sentiasa mengikutinya kemana-mana.
Dan sekarang Ken tanpa sengaja telah dilantik sebagai bodyguard anak perempuan Joshua.
Cling cling
Bunyi ais batu berlaga dengan gelas kaca. Clara duduk memeluk tubuh sambil goyang-goyang gelas wine yang dipegang santai.
Ruangan ini bingit dengan suara nyanyian kawan lelaki Clara. Entah apa-apa lagu yang dinyanyi. Sekejap lagu jiwang, sekejap lagu DJ.
Clara kerling kejap temannya yang berpakaian tak cukup kain di sisi. Ralit saja temannya itu memerhati pengawal yang berdiri membatu di sudut ruangan karaoke ini.
Serta merta terlintas satu idea di otak ligat gadis muda ini. Sengihan comelnya terpamer, serentak dengan itu dia lambai tangan memanggil pengawal yang diperhati.
"Hey Ken come here!"
Temannya yang bernama Vivy tersentak dari lamunan kerana terlalu leka perhati Ken. Gadis ini pusing badan kepada temannya apabila orang yang diperhati datang kemari.
"Hey kenapa you panggil dia? Takkan la you marah I pandang bodyguard you." bisik Vivy sedikit menekan akibat terlalu gelabah. Argh! Clara memang tak sporting! Padahal bodyguard handsome nak mampus!
Tiba sahaja seorang jejaka ber-sut hitam kemas didepan mereka. Jejaka ini hanya berdiri tegak tanpa segaris senyum. Kedua tangan dibelakang gaya mirip seperti bodyguard profesional.
"Ada apa yang boleh saya bantu, Cik Clara?" suara garau ini bertanya. Pandangan tepat melihat majikannya seorang.
Clara meleret senyum manis. Tempat di sebelahnya ditepuk. "Sit here."
Arahan diturut tanpa sebarang bantahan mahupun pertanyaan. Melihat sikap pengawalnya yang terlalu penurut ini membuatkan sengihan Clara makin melebar.
Vivy terkulat-kulat manakala kawan-kawan yang sedang menyanyi hanya abaikan mereka. Kadang mereka terkinja menari macam lepas stress hidup pun ada.
Sisi kepala Clara bersandar manja pada bahu Ken, sedang tangan merangkul lengan jejaka muda tersebut.
"Tak boleh Vivy, I tahu dalam kepala you dah fikir macam-macam idea nak dekati bodyguard I." senyum senget dihadiahkan kepada Vivy yang masih bingung.
Beberapa saat berfikir, Vivy baru sedar. Dirinya sedang diperli saat ini. Bibir diketap geram terhadap sikap temannya yang satu itu. Dekati? Padahal dia cuma pandang kerana minat dengan rupa lelaki tersebut yang memenuhi ciri yang disukai.
Dia ketawa sumbang tutup rasa malu dan kekok. "Kenapa you rasa macam tu. I cuma kagum dengan bodyguard baru you. Dia seperti seorang yang penyabar. Nampaknya bodyguard kali ni tahan lama dengan you."
Malah tak sengaja membalas dalam bentuk sindiran wahal tiada niat.
"I pun fikir macam tu. Tak sangka kita miliki pendapat yang sama!" mujurlah Clara tak tersentap dengan sindiran tersebut. Sebaliknya dia makin lebar sengih ceria. Tangan Ken sudah berada dalam pelukkan sambil usap lembut.
Diam membatu lelaki itu gaya seperti pasrah diri diperlakukan sesuka hati. Walaupun tampang luaran tampak kosong tetapi dalam hati siapa yang tahu kan.
Jari runcing Clara jatuh ke paha jejaka itu hingga raut Ken berkerut tak senang. Vivy pula telan liur kesat melihat jejaka itu 'diraba'.
Kuku panjang lagikan cantik milik Clara menari-nari atas paha itu bersama mulut muncungnya.
"Tapi macam mana ya, I tak kisah pun you nak pandang Ken berapa lama. You kan ada mata, takkan la I nak jolok mata you pula." gadis ini gelak lucu dengan ucapannya sendiri.
Vivy sudah berkeringat wajah. Bibir diketap resah. Ngeri mendengar tawa tersebut biarpun kedengaran biasa. Dia sudah lama kenal Clara dan perkara paling dia tak suka adalah melihat sosok gila Clara yang ini.
Jolok mata? Gadis china itu mampu lakukan jika ingin.
"Dan lagi satu..."
Vivy angkat wajah bila temannya kembali bersuara. Jantung berdebar menanti ayat seterusnya.
Kini wajah Ken pula ditarik hingga rapat seinci wajah mereka.
"I takkan lepaskan bodyguard I yang kali ni. Tak kisah la dia nak resign ke, nak lari ke. Ken tak boleh lari dari Clara sampai bila-bila, sebab Clara dah mula sukakan Ken."
Clara senyum manis kepada Vivy sebelum mencium pipi Ken.
Cup!
Vivy dan Ken sama-sama tergamam. Terkelu lidah. Kerongkong terasa kering dan perit untuk telan liur.
Ken sudah tak tahan. Bingkas bangkit dari duduk lalu menjauh dari majikannya itu. Dia gosok tak percaya pipinya sendiri. Gila! Bertambah satu orang psycho dalam hidupnya.
Vivy menggenggam erat hujung bajunya. Bibir dipaksa senyum manis. "O-Oh ya. Untunglah bodyguard you. Dapat jaga cik muda yang cantik macam you."
Dia lirik sekilas Ken yang membisu. "Siapa saja tak suka dapat tengok artis dari dekat kan."
Kesian you Encik Bodyguard... hari pertama lagi I dah simpati. Desis Vivy dalam hati.
*note novel : btw Clara memang seorang artis. Pelakon yang baru naik daun.
*********
Mengecil mata Aryan pandang tak puas hati kepada gadis kecil dihadapannya. Marah-marah pun, tangan tak berhenti menyuap sup mushroom ke dalam mulut kecilnya.
"Pelan-pelan makan, Putri. Sini aunty lap mulut."
"Kashih, aunty." Putri sua mukanya agar mudah dilap oleh Mai disisi. Sempat dia memberi sengih sinis. Tahulah dia, budak lelaki didepannya ini iri kepadanya yang mendapat perhatian lebih.
Makin panas hati Aryan.
"Ibu... nak jugak!" rengeknya tak mahu kalah.
Mai beralih kepada anak manjanya. Matanya membesar acah nak buat garang. "Mengada, dah tinggal sikit kan. Habiskan la. Minta papa- eh, minta bos mama tu tolong suapkan."
Wanita ini kembali menyuap Putri kerana meja makan terlalu tinggi untuk anak itu. Air mukanya berubah tika menyebut papa. Macam tak kena, yelah mereka kan bukan suami isteri. Saat ini, mereka sedang makan di salah satu kedai dalam mall.
Tersebik mulut Aryan, tambah pula diperli dengan mendapat jeliran lidah dari Putri secara diam-diam. Itu ibu aku lah, budak pelat! Hiks!
"Sini papa suap."
Aryan mendongak ke papanya disebelah. Tersebik nak menangis muka, air mata tak ada pun.
"Ayan tak suka Putri... dia rampas ibu..." ngadunya perlahan sambil buka mulut luas. Takut ibu dengar tapi nak meluah juga.
"Kalau macam tu, apa kata Ayan buat Putri jatuh cinta kat Ayan." ujar Kaiser bernada gurau. Tak disangka akan ditanggapi dengan serius oleh anak itu.
Aryan sempat blur tapi tetap fokus dengan saranan mengarut dari papanya yang gila itu. "Jatuh cinta? Ayan macam pernah dengar tapi tak paham. Apa tu? Apa yang jadi kalau Putri jatuh cinta?"
Bapak dan anak ini bercakap dalam keadaan berbisik. Plan rahsia la kononnya.
"Jatuh cinta macam pelik sikit. Papa tukar, bukan jatuh cinta tapi buat Putri nak berkawan dengan Ayan. Buat saja apa yang papa suruh. Bila Putri dah mula sukakan Ayan, masa tu lah papa- tak, masa tu lah Ayan ambil Ibu. Faham?" bisik Kaiser makin suka mengusik anaknya. Ini manfaatkan anak namanya.
Aryan teruja bercampur tegang. "Ayan kena buat apa?"
Dua tanduk mula muncul atas kepala Kaiser. Gelak syaitoon dia dalam hati. Anaknya yang naif itu memang mudah ditawan. Nampaknya Aryan ada potensi menjadi Kaiser Kedua.
Kaiser makin merapat untuk berbisik. "Macam ni caranya..."
Aryan pun ikut tersengih mendengar plan merepek tersebut.
"Hehe," mereka berdua high five sekali sembari mengekek perlahan.
Mai di hadapan sudah pamer muka pasrah. Jarak tak sampai dua meter, tak lojik la dia tak dengar percakapan mereka.
"Aunty,"
"Iya sayang? Nak makan lagi?" cepat Mai memberi perhatian kepada kanak-kanak perempuan di sisi apabila lengannya dicuit. Tak perasan dia menyebut 'sayang' kerana terbiasa panggil begitu kepada Aryan.
"Nak gi tandas. Aunty boyeh teman?" pinta Putri bersama mata bulat yang penuh pengharapan.
Cair hati hawa Mai dibuatnya. Comel betul anak Encik Martin ni. Pandai pula ambil hati orang dewasa walaupun anak ini kurang senyum dan tak seriang Aryan.
"Mestilah boleh. Sini pegang tangan aunty." kedua hawa ini turun dari kerusi.
"Nak pergi toilet jap. Tolong tengokkan Aryan, risau merayap tempat lain pula." sempat Mai berpesan kepada Kaiser yang hanya tayang senyum.
Aryan baru teringat plannya sebentar tadi. Ini lah masanya!
"Ibu! Ibu duduk je, biar Ayan yang teman Putri." laungnya sambil sengih kepada papanya. Kaiser balas dengan kenyitan mata.
"Jangan mengada, awak tu lelaki. Nak teman orang perempuan pergi tandas pula. Yang bukan-bukan saja." ngomel Mai lalu berjalan pergi sambil memimpin tangan Putri.
Hilang saja kedua orang itu setelah memasuki lorong hujung di mana terletak tandas.
Aryan bersandar semula ke kerusi dengan muka monyok. Plan A gagal!
****
Aryan berbaring terlentang atas rumput hijau. Sempat melirik ke arah Putri yang sedang bermain bola berwarna warni. Bersama dengan kanak-kanak lain di taman tika ini.
"Aaa... plan B pun gagal..." gerutu Aryan menyerabutkan rambutnya sendiri hingga kusut.
Sepasang mata miliknya memandang lama awan putih yang berbagai bentuk. Langit biru membuatkan anak ini berfikir keras. Angin petang meniup rambutnya.
"Menjadi ke cara yang papa cakap tadi..." ngomel Aryan sendirian. Suara gelak tawa anak-anak sedang bermain dibiarkan.
Teringat pula ucapan papanya tengahari tadi. Semasa mereka masih di mall. Dan Mai dan Putri masih berada di tandas.
"Orang perempuan ni kita kena faham." Kaiser bersuara dek merasa kasihan melihat muka murung anaknya.
"Susah la. Ayan fedup la kalau susah sangat! Putri tu nampak kasar, mesti susah nak berkawan dengan dia." balas Aryan putus asa.
Kaiser senyum tipis. "Takkan gagal sekali dah putus asa. Itu bukan jantan namanya."
"Habis tu, papa ada cara lagi ke?"
"Mudah saja caranya. Ayan hanya perlu jadi hero."
"Hero? Kena terbang ke?" soal Aryan mula teruja. Wah dia minat hero!
Anak ini kebingungan apabila kepalanya di usap oleh Kaiser. Lelaki itu senyum lembut disertai tatapan mata yang penuh kasih terhadap si anak.
Kaiser terharu didalam hati. Lima tahu dia tak menyedari kewujudan keturunannya sendiri. Anak ini sungguh bijak dan petah berkata-kata. Walaupun manja tak bertempat.
"Jadilah seorang penyelamat. Hero bila Putri atau ibu dalam bahaya. Hidup ini tak boleh dijangka, Ayan. Bahaya, musibah, ujian boleh datang bila-bila masa saja." lembut dia berkata.
Aryan tekun mendengar. Pertama kali mendapat semangat dari seorang ayah. Membuat hatinya bahagia.
"Kalau Ayan tolong Putri, dia nak berkawan dengan Ayan. Itu maksud papa?" anak ini meminta kepastian.
Kaiser garu kening teragak-agak. Sebenarnya dia main bidas saja ayat yang dia ternampak di internet.
"Harapnya macam tulah. Alah! Ayan kan handsome macam papa. Perempuan mana tak terpikat."
"Putri lama lagi ke!"
Laungan kanak-kanak yang bermain bersama Putri tadi menyentak Aryan dari lamunan. Dia menoleh.
Kelibat Putri tiada di mana-mana. Hanya ada sekumpulan anak-anak sedang menunggu penuh kebosanan. Ada juga anak lain dan ibubapa yang mengawasi namun tak ramai.
Dia melompat berdiri lalu mengibas rumput yang lekat pada seluar.
Aryan menghampiri sekumpulan anak yang bermain dengan Putri.
"Mana Putri? Tak nampak pun. Ke main sorok-sorok?" Aryan bertanya.
"Mana la aku tahu. Masa tengah main, bola bergolek jauh. Kitorang suruh dia ambil. Sampai sekarang tak muncul budak tu. Oi Putri cepat lah! Kami nak balik pulak ni!" jelas seorang anak lelaki bertubuh tembam. Ayat diakhirnya berteriak panggil kawan barunya tersebut.
Aryan yang polos ini masih tak menghidu apa-apa. "Suka ati je korang suruh-suruh kawan aku. Kat mana bola bergolek? Aku nak pergi cari kawan aku. Dia tu tanggungjawab aku tau!"
Perkataan 'kawan' ditekan.
"Sana! Dia pergi sana!" budak tembam ini tunjuk ke arah belakang bangunan yang agak jauh dari situ.
Aryan turut melihat ke arah yang sama. Perasaan seram menjengah hingga membuat anak ini sedikit takut. Bangunan yang terletak paling hujung itu terlihat suram dan sepi. Tambah pula, hari sudah semakin gelap.
"Nanti cakap kat Putri, kitorang balik dulu! Dah nak malam!" laung budak tembam itu.
Aryan telan liur kesat. Mana pula Putri ni? Tak muncul lagi batang hidung yang tak berapa mancung itu. Jangan-jangan disorok hantu k*pek?
Dia teragak-agak dek pelbagai sangkaan buruk menyerbu.
Dalam tak sedar, langkahnya sudah menghampiri belakang bangunan seram itu.
"Putri... ma-mana kau?" kawasan hening ini menambah seram Aryan. Tiada seorang manusia pun yang lalu di sini. Agaknya dah pulang ke rumah masing-masing memandangkan dah nak masuk waktu maghrib.
"Hmmph! Hmmps lh!"
Telinga menangkap suara seseorang. Tanpa fikir panjang, Aryan menjengah kepala ingin melihat orang itu. Dan...
Serta merta tubuhnya kejung. Mata yang sedia bulat ini makin membulat terkejut dengan pemandangan di depan mata.
"Putri..." bergetar nama ini terbit dari mulut Aryan. Otak cuba menghadam secepat mungkin apa yang terjadi saat ini.
Putri yang sedang ditindah oleh tubuh seorang lelaki dewasa. Seketika mata mereka bersabung. Wajah anak perempuan itu sudah dibasahi dengan air mata.
Melihat kehadiran Aryan, tangisan Putri pecah lagi. Mulut yang ditekup kuat di alih sekuat tenaga.
"Ayan!! Tolong Putri!"
Mendengar teriakan tersebut, terus Aryan tersedar. Pandangannya juga bertemu dengan lelaki dewasa yang sedang berusaha merobek baju Putri.
"S**l, dari mana pulak budak ni muncul..." tindakan lelaki dewasa ini terhenti.
Aryan masih terkaku membisu. Sedang menganalisis keadaan. Jika ada kayu atau apa-apa yang boleh dijadikan senjata. Dia tahu budak kecil sepertinya mustahil mampu tumbangkan orang dewasa.
Dia boleh saja panggil ibu dan papa tika ini. Tapi kalau dia melaung dari jarak sejauh ini, dengarkah mereka?
Kalau dia berlari pergi meminta bantuan, bagaimana kalau lelaki cabul itu membawa lari Putri? Muka Aryan berkerut bersama perasaan dilema.
"Ayan tolong lah! Takkan nak tengok je?!" marah Putri. Seluruh tubuh kecilnya menggeletar ketakutan. Air mata masih membanjiri muka.
Sekali lagi Aryan tersedar. Serta merta memori ingatan terlintas akan perbicaraan dengan papanya tengahari tadi.
"Jadilah seorang penyelamat. Hero bila Putri atau ibu dalam bahaya. Hidup ni tak boleh dijangka, Ayan. Bahaya, musibah, ujian boleh datang bila-bila masa saja."
Bukankah ini masanya untuk dia menjadi hero.
"Oi budak! Berani kau mengelamun depan aku. Kau cari apa? Budak perempuan ni?" sampuk suara serak lelaki dewasa berpenampilan serabai itu.
Melihat Aryan masih diam menunduk. Lelaki cabul b**i ini tersengih sinis. Dia tahu budak lelaki itu takut melawannya.
"Argh! Lepashlah orghang tua cabul! Ayan tolong!" Putri meronta apabila dirinya dipeluk dari belakang.
Beberapa saat membisu, akhirnya Aryan angkat muka. Tampangnya tiada sebarang riak takut mahupun gentar. Dia melangkah penuh yakin. Dia kena bijak saat ini! Wahal kedua lutut dah terasa longgar.
Lelaki cabul itu dan Putri memandang hairan tatkala Aryan mencari sesuatu dari poket seluar.
Beberapa not 50 dilempar tepat ke kaki lelaki cabul miang tak guna itu.
"Saya bagi duit tu, lepaskan Putri."
Lelaki itu terpegun. Setelah itu dia menolak kasar tubuh kecil molek Putri hingga terjatuh ke tanah.
"Oi budak, ini duit betul kan? Wah berapa ratus ni! Kau ni mesti anak orang kaya." teruja lelaki ini terduduk mengutip kepingan not tersebut. Bagaimana anak kecil boleh pegang duit beratus-ratus dalam poket.
Aryan membantu Putri untuk berdiri. Gadis itu memeluk tubuh gementar. Tangannya menggigil bersama bibir pucat.
Aryan merasa simpati. Hati kecilnya dipagut sayu melihat keadaan tak terurus gadis itu. Rambut yang serabai. Beberapa bahagian baju robek.
Namun, satu perkara yang buat Aryan begitu lega. Syukurlah Putri belum disentuh. Tak dapat dia bayangkan bagaimana terseksa dan murung hidup Putri akan trauma diperk*s*.
"Oi aku tanya ni. Budak zaman sekarang memang tak ada adab pada orang tua ke apa? Mak bapak kau tak ajar?" celah lelaki cabul itu. Agaknya merasa tercabar dek soalannya tak terjawap.
Aryan yang dari tadi menahan marah memandang tajam kepada lelaki cabul itu. Putri yang masih ketakutan disorok ke belakang tubuhnya yang lebih tinggi.
Dia menyadari langit sudah gelap. Matahari sudah tenggelam sepenuhnya. Agaknya hari nak hujan. Disertai itu bunyi azan maghrib berkumandang dari masjid yang tak jauh dari situ.
"Pak cik tak sesuai nak ajar pasal adab. Buat apa saya hormat orang jahat macam pak cik. Perangai pak cik lebih menjijikkan dari tai anjing." Aryan bersuara tenang. Sebenarnya dia sedang berkira-kira arah mana dia perlu lari.
Lelaki cabul itu menjegil mata. Dia ingin menjawap namun dipintas oleh Aryan.
"Shh, diam lah. Orang tengah azan."
Eh dia bercakap boleh pulak.
"Ayan... jom la kita lari..." bisik Putri yang berlindung dibelakang. Tangisan gadis ini sudah reda. Air mata juga kering meskipun tubuh masih gementar trauma.
"Tunggu jap." balas Aryan turut berbisik. Riak masih tegang. Sedang memikirkan sesuatu.
Satu helah. Tipu helah yang boleh buat mereka melarikan diri dari lelaki itu.
Mata Aryan membesar pandang ke arah belakang lelaki cabul itu hingga lelaki itu kebingungan. Berkira-kira untuk toleh ke belakang.
Jari telunjuk Aryan melurus ke depan dengan muka syok nya.
"Ha-Ha..." suara Aryan tersekat.
Lelaki cabul itu tak sedap hati. Terus toleh ke belakang. Tiada apa di belakang.
"Hantu k*pek!!" jerit Aryan berlari sekuat tenaga ke arah yang dia lalui tadi. Tangan menggenggam erat tangan halus Putri. Termengah-mengah gadis itu mengikuti lariannya.
"Ah s**l! Kena tipu dengan budak pulak!" ngamuk lelaki cabul itu ingin mengejar. Hantu apanya, pandang ke belakang tiada sesiapa pun.
"Lari Putri! Jangan penat lagi!" tukasnya beri semangat.
Putri melajukan larian untuk menyamai Aryan. Sempat dia berpaling kejap ke belakang. Dapat dia lihat pakcik cabul tadi sedang pandang mereka menyinga. Tak dapat kejar kerana masih ada beberapa orang dewasa di situ.
"Jangan pandang belakang. Nanti hantu k*pek muncul." Aryan dengan muka serius berkata.
Putri tunduk sedang larian mula perlahan. Bayangan dirinya yang hampir dir**ol masih segar dalam ingatan. Rasa gerun masih menghantui walaupun dia sudah selamat. Gelak tawa jahat lelaki cabul itu membuatnya ingin menangis sekali lagi.
Langkah makin perlahan kerana sudah nampak kelibat ibu dan papa yang sedang gelisah. Kelihatan Mai dan Kaiser sedang bertanya kepada orang-orang di taman itu. Resah wajah masing-masing. Tak pernah dia nampak ibunya sebimbang itu.
"Ibu! Papa!"
Dengar sahaja laungan Aryan, terus berpaling kedua pasangan itu. Tergambar senyuman lega mereka seraya berlari anak mendekati Aryan dan Putri.
"Pergi mana, ya ampun. Tahu tak ibu risau kamu berdua tiba-tiba hilang." ingin ngomel lebih panjang lagi tetapi Mai lebih memilih untuk tahan diri dari menangis.
Kedua kanak-kanak itu didakap kemas bagai tak mahu lepas. Mai mengucap syukur yang tak tertahan. Tuhan saja tahu bagaimana nak tercabut jantung dikala mencari merata tempat, anaknya telah hilang. Ditambah pula Putri turut sama ghaib. Anak orang tu.
"Ibu," panggil Aryan yang masih dalam pelukkan. Dia melirik Putri yang membisu.
"Ada apa, sayang?"
"Tadi kat belakang bangunan sana, ada pak cik nak sentuh Putri. Itu yang kami hilang lama. Ayan pergi cari dia."
Zap!
Pelukkan dilerai. Mai mahupun Kaiser sama-sama terbungkam mendengar hal tersebut.
Mai pantas pegang kedua bahu Putri lalu menilik tubuh itu depan belakang penuh runsing. Bagaimana dia boleh tak perasan dengan penampilan serabai gadis itu. Mereka terlalu fokus pada Aryan.
"Ada pak cik sentuh? Putri okay? Kenapa tak cakap awal-awal? Mana pakcik tu?" kalut Mai ingin berdiri semula namun dihalangi oleh Putri.
"Jangan aunty. Pakcik tu jahat, Putri tak nak dia pukul aunty..." ujar Putri bersama wajah keruh dan murung.
Suara lemah itu membuat hati Mai bagai dicarik. Pedih. Dia memang tak pantas disebut orang dewasa kerana tak mampu menjaga seorang anak.
Mai keluarkan telefon dari bagnya. "Sekurangnya aunty kena report polis. Orang macam tu tak boleh dibiarkan berkeliaran. Entah siapa pula mangsa dia lepas ni."
Aryan dan Putri membiarkan saja wanita itu sibuk berbicara serius dengan seseorang. Dengar Mai sebut polis.
Pandangan Aryan bertembung dengan Putri. Mata bundar itu masih sembab. Dia mendekat sembari hulur tangan kanan.
"Kita kawan?"
Putri terpinga-pinga. Menjauh. "Nak apa?"
Cis ditolak. Aryan berdecit apabila hulurannya tak disambut. Tangan dijatuhkan kembali.
"Kau berhutang dengan aku. Hutang kena bayar. Kalau tak bayar dosa." ucap Aryan selamba dengan muka poyo.
Air muka Putri berubah sugul. "Berhapa duit tu? Nanti bila dah beshar, orghang bayar la. Shekarang orghang tak keje lagi. Takde duit nak bayar utang."
Kemudian gadis itu kembali menunduk. Pembicaraan dua anak ini tak didengari oleh Mai kerana wanita itu sudah berdiri, serius bercakap dengan pihak polis.
Wajah mendung itu berjaya membuatkan Aryan serba salah. Tapi dia kekalkan muka poyo level 20 ajaran Kaiser. Hatinya tak boleh goyah.
"Itu bukan duit aku. Aku jumpa tepi longkang, ada orang jatuhkan rasanya. Tak payah fikirkan pasal tu. Sekarang ni..."
Aryan merapat muka tiba-tiba hingga menyebabkan Putri menjauh spontan.
"Kalau nak bayar hutang. Kau kena jadi kawan aku."
Putri terdiam namun masih menanti ucapan seterusnya dari mulut Aryan. Jadi kawan? Itukan perkara mudah. Tapi apa motifnya?
"Ada tiga manfaat kalau kau jadi kawan aku. Nombor satu, kau boleh bertepek dengan aku yang kacak ni. Jadi aku boleh ambil ibu balik. Nombor dua, kau boleh cakap kat semua orang yang kau ada kawan hebat macam aku." kata Aryan tersengih bangga. Muka poyo habis.
"Nombor tiga apa?" Putri melayan saja. Lucu bercampur geram dengan mulut budak lelaki itu
Mati sengihan Aryan yang tadi lebar. Mukanya bertukar merah. Pandangan dilarikan ke arah lain.
"Ti-Tiga, kalau kau jadi kawan aku. Kan senang kalau aku nak lindungi kau. Papa kata aku kena jadi penyelamat. Ibu dah ramai hero, kau je belum lagi. Aku boleh je jadi hero kau." malu-malu kucing pula elelele.
Sementara itu Putri merasakan sesuatu yang menyelit dalam hati kecilnya. Mata bundarnya bersinar dipenuhi rasa kagum terhadap Aryan.
Seketika Aryan hairan sendiri melihat gadis itu hulur tangan. Sama seperti perbuatannya di awal.
Aryan angkat muka. Putri menayang sengih comel.
"Jom kawin!"
"Kawan la." pantas Aryan membetulkan ayat.
"Oh, kawan! Jom kawan!"
Aryan sambut huluran tersebut. Ikut tersengih senang mendapat kawan.
Putri bagai tersedar sesuatu. Matanya melingas sekeliling. Langit sudah gelap sepenuhnya. Namun dikeranakan taman itu dikeliling lampu jalan yang banyak. Membuatkan suasana tak begitu seram.
"Tapi mana uncle? Takkan la dia pula ilang? Jangan-jangan ditarik hantu?" soal Putri.
Aryan melihat ke arah belakang bangunan tadi. Papanya pergi ke arah sana tanpa sepatah kata.
Dia ingin bertanya namun melihat wajah bengis papanya. Dia batalkan niat kerana itu pertama kalinya dia melihat sosok papanya yang itu.
"Mana bos ibu? Ghaib ke mana dia? Tadi kan ada." datang Mai ikut bingung dengan ghaibnya Kaiser.
Raut Aryan bertukar ceria. Lama dia merenung jalan itu, akhirnya papanya muncul. Kaiser turut senyum membalas.
"Pergi mana? Saya dah report polis." celah Mai. Hujung mata memerhati tajam penampilan Kaiser dari atas ke bawah. Tiada setitis darah mahupun jejak bertelingkahan.
Kaiser beralih kepada Mai. "Cari lelaki tadi, tapi dia dah tak ada."
Mata Mai membulat. Pandang tak percaya. "Awak bunuh?"
Kaiser senyum kecil. Menggeleng terhadap kecurigaan yang terpamer jelas pada wajah wanita itu.
"Aku kan tak bunuh orang. Dah tak ada maksudnya dia dah lari. Tak sempat nak kejar." terang Kaiser bernada tenang.
Tak bunuh, tapi seksa orang.
"AAA! Tak nak! Tak nak!"
jerit Aryan yang sedang menyorok di belakang sofa.
Putri yang melihat merasa sebal pula. Mahu saja ditarik Aryan tika ini.
"Tak nak ikut Putri balik!"
Share this novel