Ā Ā Ā Ā Ā "Ken?"
Mai kebingungan melihat pemuda itu kerana kata Calvin dari mesej tadi semua ada urusan. Dia terpaksa mendongak sedikit disebabkan tingginya hanya didagu pemuda tersebut. Ceh! Bukan aku yang pendek, kau yang terlebih tinggi!
"Calvin cakap ada urusan. Ni balik, ada apa?" tanya Mai tanpa basa basi akibat penasaran punya pasal. Halah kau Mai semua benda kau penasaran.
"Sampai bila nak suluh muka aku ni? Silau tck!" decit Ken geram.
"Oh sorry." Mai yang baru perasan perbuatannya itu cepat menjatuhkan telefon pintar ke bawah.
"Jadi ada apa Ken balik awal ni? Tapi mujurlah, ada juga yang boleh teman. Dari tadi aka- eh tak! Dari tadi saya tak tahu nak buat apa. Nampaknya lama juga rumah black out." oceh Mai panjang tanpa perasan muka Ken sudah berubah bosan.
"Kedai tutup awal." seraya menjawap begini dia berjalan ke arah dapur untuk minum air. Tekak terasa haus.
Mai mengikutinya dari belakang. Sempat merasa hairan tatkala Ken berjalan dalam keadaan gelap tanpa bantuan torch light. Mata kucing ke budak ni?
"Kedai? Kedai makan ke?" soalnya polos.
"Haah." balas Ken ringkas membasuh gelas yang sudah digunakan kemudian diletak di tempatnya.
Bersinar mata Mai mendengar hal tersebut. Seperti tak percaya pula kalau dilihat dari sikap dan tubuh Ken yang seperti atlet lumba itu. Sikapnya pula agak kasar tetapi tertutup.
"Wahh! Macam tak percaya pulak. Kira hebat lah Ken pandai cari duit poket sendiri. Belajar lagi, kerja lagi. Mesti penat. Tak apa, kata orang 'bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian'. Eh betul ke tak ek? Betul la kan?"
Mai mengoceh panjang kerana merasa kagum dengan pemuda itu tanpa sedar, mereka berdiri berhadapan dan sepasang mata datar itu memandangnya lama.
"Kau ikut aku sampai ke dapur. Kalau aku masuk bilik kejap lagi, agaknya kau ikut jugak." kata Ken bersahaja.
Tersengih kambing Mai sambil menggaru kepala yang tak gatal. Malu tapi lebih kepada takut ditinggal sendiri.
Mai terdiam sejenak. Wajahnya jatuh menunduk. Bagai tersedar akan sesuatu. Dia melihat tangannya sendiri. Tangannya menggigil. Jantung juga berdetak cepat hingga dada terasa lemas dan sesak.
Apa ni?
Kenapa dia merasa seakan akan muncul sesuatu yang menakutkan yang akan menyakitinya dari kegelapan. Kenapa dia takut gelap? Sejak bila?
Apa mungkin trauma dari kejadian dia dikurung dan diseksa oleh geng Jeruk Manis itu? Argh dasar gangster tak gu-
"Hah..."
Mai terasa mual. Dadanya turun naik nyeri.
"Kau... macam tak okay saja?"
"Mai kau nak muntah ke?!"
Pertanyaan cemas dari Ken hampir tenggelam. Pandangan terasa berpinar dan kabur.
Mulutnya ditutup menggunakan sebelah tangan. Sebelah lagi memegang kemas tangan Ken yang sedang pegang bahunya.
Boleh pula dia goyangkan bahu aku... Aku makin nak muntah lah!
Isi perut terasa bersedia ingin keluar. Alamak! Tak tahan!
"Woekkk!"
"Uhuk! huk!"
Terengah engah dada Mai mengawal kembali nafas agar teratur. Apa yang ditahan habis keluar. Lega pulak perutnya saat ini. Haaa... Tapi dia muntah atas apa ya? Perlahan wajah di angkat.
Terkulat-kulat Ken. Kejung sebentar seluruh tubuh terkejut dan tak sangka dengan apa yang terjadi.
"Ah gila..." matanya perlahan turun ke bawah melihat tubuhnya sendiri.
Pucat lesi muka Mai saat ini. Apakah...?
"Gila! Nak muntah aku!" berlari Ken menerobos kedalam bilik air yang terletak di hujung dapur.
"Sorry!" tak tunggu lama Mai turut berlari ke singki. Berkumur-kumur.
Kling!
Serentak dengan itu lampu rumah terbuka. Elektrik sudah kembali! Terang setiap pelusuk rumah melegakan Mai. Tapi ada yang masih tak melegakan!
Termangku Mai di singki. Kedua tangan sudah memegang kepalanya sendiri.
Apa...
Apa yang dia dah buat?!
Argh! Kotor gila! Mai kau gila ke?! Kau sendiri jijik dengan m*ntah kau sendiri. Inikan pulak orang lain!
Tahap malunya sampai rasa nak hantuk kepala sendiri. Tetapi rasa bersalah lebih besar menguasai.
Tenaga sudah kembali. Mai pegang perutnya yang sedikit senak dan pedih tetapi lega. Lega apanya?!
Dia kena minta maaf kepada Ken.
"Mesti dia makin tak suka aku. Haih... nasib badan. Semua salah gangster tu! Siapa suruh kurung aku dalam gelap berhari hari. Kalau tak, takdelah aku fobia gelap macam ni. Haish! Minta maaf sajalah, Mai." gerutu Mai sendirian.
Dia mengatur langkah ke arah bilik air. Sambil mengumpul kekuatan dan keberanian untuk meminta maaf, dia sabar menanti pemuda itu keluar dari bilik air. Terdengar air sepertinya Ken sedang mandi.
Mai ketuk kepalanya sendiri. Perasaan bersalah datang kembali. "Tak pelik kalau dia tak suka kau, Mai. Kau memang suka cari masalah."
Beberapa minit menunggu, pintu dibuka dari dalam. Mai angkat wajah melihat kehadapan dan...
"Ken- Arh!"
Laju muka ditutup dengan tapak tangan. Dia menjauh kebelakang sedikit.
"Ke-kenapa tak pakai baju? Pakai la balik. Takkan saya nak tengok." ujar Mai agak berdebar debar. Mata dibuka mengintai sesaat dari celahan jari. Lalu pantas ditutup kembali. Astaghfirullah al azim, Mai. Ingat Tuhan.
"Baju dah kotor, takkan nak pakai. Nak apa lagi? Pergi la masuk bilik kalau tak sihat. Nanti aku bawakan ubat." kata Ken dengan tampang dinginnya. Erk ini bukan setakat dingin, ini dah dikira beku kalau kena panahan mata tajamnya.
Mai sembunyikan senyum. Walau nampak kasar dan tak pedulikan orang sekeliling tetapi nampaknya Ken ada sisi lain yang dia sembunyikan. Sempat dia prihatinkan kesihatan aku walaupun dalam keadaan marah. Eh! Tapi mungkin sebab prihatin sesama manusia.
"Apa senyum-senyum? Kau suka dapat tengok badan aku? Hah, miang keladi." sindir Ken sambil gosok lengannya pura pura naik bulu roma.
Hampir jatuh rahang Mai dikatakan miang. Tarik balik pujian tadi! Berani budak ingusan ni kata aku gatal?! "M-Miang? Saya miang...?"
Mai sudah mempamerkan rupa singa betina. Naik angin pula rasa.
"Ha ya, saya lah terpaling miang. Tapi awak lagi miang. Yang tak pakai baju ni apasal? Buang tabiat ke? Kot ye pun baju kotor, panggil la saya. Saya boleh ambilkan baju dalam bilik." hamburnya geram tatkala dikatai gatal oleh anak muda yang lebih muda darinya. Pedih mat! Maruahku melayang... Hilang kejap perasaan bersalah sebentar tadi.
Liur ditelan, Mai mengawal pandangannya sebaik mungkin untuk pandang tepat muka Ken. Supaya tak jatuh melihat ke tubuh yang erk... seksi.
Mai. Wanita normal 30 tahun yang lemah kepada six pack.
Tambah pula tubuh yang agak berotot itu masih basah. Mungkin baru selesai mandi. Buktinya rambut lelaki itu masih basah.
Ken sudah mempamerkan riak bosannya. Dia paling tak suka dengan bebelan.
"Kau takut gelap kan? Ini dah cerah. Pergi lah ceruk bumi mana pun. Jangan ikut aku." katanya.
Langkah diatur untuk ke bilik meninggalkan Mai yang terkulat kulat di situ.
"Eh? Ken! Tunggu dulu." Mai menaiki tangga dan cepat menghalang lelaki itu dari memasuki bilik. Mereka tepat berdiri berhadapan sekali lagi betul betul didepan pintu bilik Ken.
"Apa lagi Kak Maihara? Saya nak masuk bilik pakai baju ni. Hah, nak apa?"
Agaknya Ken sudah penat dan pasrah nak bertengkar. Hingga menggunakan nada yang lembut namun terselit perlian.
"Iya tahu. Tapi sebelum itu akak... apa apa pun maaflah. Baju awak kotor disebabkan saya. Nanti saya cucikan, sidai tapi lipat sendiri lah. Okay? Maaf sesangat. Saya memang orang dewasa yang memalukan, saya tahu tu." ujar Mai terdengar jelas dia ingin meminta maaf. Kalau dah buat salah, kena minta maaf. Itulah common sense kehidupan yang harmonise! Yes dia tahu itu!
"Cuci baju ya? Hmm, boleh juga. Sekali tu cuci baju kotor yang lima hari aku pakai. Macam mana? Boleh?" sengaja Ken ingin menguji kesabaran wanita itu sebenarnya tapi tak sangka...
"Ya, boleh! Mana baju tu?" soal Mai bersinar mata. Semangat berkobar kobar ingin menebus kesilapan dengan cuci baju. Entah sejak bila, dia jadi rajin buat kerja rumah. Padahal sebelum ni dia lah yang paling malas.
Ken menguak rambutnya yang masih basah ke belakang. Daun pintu ditolak dengan tangan kirinya.
Dari luar Mai sudah nampak jelas ruangan bilik yang kemas dan teratur.
"Tunggu sini. Aku ambil."
Pemuda itu melangkah masuk kedalam kamarnya. Pintu dibiarkan terbuka luas.
Mai diluar bilik berdiri tegak seperti patung tak berapa cendana. Takjub kejap tengok bilik yang kemas tersebut.
Waw! Tak terduga. Desis Mai dalan hati.
"Penatnya. Eh cerahnya rumah. Mesti Kak Mai dah tidur. Kasut siapa satu lagi tu?"
"Rasanya kasut Ken. Awal dia balik. Kata ada urusan."
Tersentak Mai sipi sipi telinganya menangkap suara Calvin dan Hairi yang baru pulang. Dari lantai atas dia dapat lihat kedua pemuda itu ingin naik tangga.
Dia menjadi cuak. Alamak! Kalau nak turun dah tak sempat. Nak menyorok kat mana ni?
Kenapa perlu menyorok?
Ringkasnya begini, semua bilik lelaki ada di lantai atas manakala Mai seorang saja di lantai bawah. Kerana Mai seorang wanita kan. Jadi kalau mereka nampak Mai yang ada di atas dan ternampak pula Ken yang tak pakai baju. Tidakkah akan timbul fikiran yang negatif?
Mai tak sempat fikir panjang. Nak menyorok pun dah tak sempat jadi satu satu tempat adalah bilik Ken!
Dum!
Bunyi pintu bilik ditutup kuat memeranjatkan Calvin.
Calvin urut dadanya. "Haih, terkejut kita. Ken ni, kut ye pun tak nak bertembung dengan Hairi. Jangan la sampai macam tu sekali. Kesian kau, Ri." Dia menepuk nepuk belakang kawannya.
Geleng kepala Hairi jadinya. "Mana ada macam tu. FikirĀ positif saja, mungkin ada kalut nak masuk tandas."
Calvin menjuih bibir. Cih, susah nak sakat temannya yang paling positif itu. "Yela yela."
Dalam masa yang sama...
Terbutang luas mata Ken tatkala wajah Mai rapat dengannya. Mulutnya tutup dengan tangan wanita itu. Lengannya ditahan dengan siku Mai dan tubuhnya ditindah oleh Mai!
Kelihatan wanita itu gelisah. Tak lepas melihat ke arah pintu takut takut ada yang muncul.
"Maaf, saya terpaksa menyorok dalam ni. Kalau tak nanti dia orang akan salah faham pula." jelas Mai tak mahu pemuda tersebut marah padanya.
Beberapa saat kedua pasang mata itu bertatapan. Wajah Mai juga berubah.
Ken alihkan tangan yang menutup mulutnya. Baru dapat bernafas dengan lega.
"Berat juga kau ni. Dia orang dah pergi kan? Sekarang, ketepi. Tak boleh bernafas aku." tukas Ken menolak kasar tubuh Mai terlentang atas katilnya.
Tak mahu berlamaan di situ. Mai sepantas kilat bangun dari katil lalu berlari anak ke pintu.
Kepala dihulur ke luar dan setelah memastikan tiada orang di laluan jalan dan di tangga. Mai keluar dari bilik. Sempat mengatakan sesuatu sebelum menutup pintu meninggalkan Ken sendirian bersandar pada dinding.
"Ken, bagus! Wangi bilik awak. Baju tu nanti letak kat bawah. Pandai la saya cuci."
Tiada saja Mai di situ.
Ken yang tenang berpeluk tubuh tadi terus terduduk.
Wajah cuak Mai yang jelas terpampang depan matanya sebentar tadi terbayang kembali.
"Gila..."
Wajah meronanya ditutup separuh dengan tangan.
Share this novel