10 : Akhirnya, Setelah 5 Thn

Romance Series 8958

VILLA HARA...
     

         PAGI itu, seperti biasa mereka sekeluarga sarapan pagi sebelum berangkat ke tempat kerja masing masing.

Melihat suaminya sudah bangun dari kerusi, Puan Sharifah membantu pakaikan kot gelap ke tubuh tinggi Tuan Idris.

"Kalut semacam saja pagi ni, bang." Puan Sharifah bersuara lembut sambil tangan sibuk membetulkan tali leher si suami.

"Ada mesyuarat penting dengan ahli lembaga pengarah. Siapa yang masak nasi goreng ni? Sedap pula. Awak ke?" soal Tuan Idris. Kedua pasangan ini tak endahkan sengihan dari anak anak yang sedang melihat. Meskipun ayah mereka seorang yang kasar dan tegas, tapi ayah banyak menunjukkan perhatian kepada sang isteri berbanding anak anak. Dan mereka tak kisah dengan hal itu.

Puan Sharifah tertawa kecil. "Mai. Sedap kan. Saya dah agak, dari bau saja dah menyelerakan." lalu kenyit mata kepada Mai.

Mai yang senyap saja dari tadi hanya balas dengan senyum ala kadar.

"Oh." ala kadar saja muka Tuan Idris tanpa melirik Mai meski sesaat. Namun tak setegang dulu. Kemudian menoleh kepada anak lelakinya yang sedang ralit makan.

"Macam mana dengan pembelajaran kamu di sini, Airel?"

"Much better than UK. Saya dah agak, saya lebih tenang berada di tanah air sendiri berbanding di negara orang. Ayah jangan bimbang. I can adapt to a new place quickly." jawap Airel terdengar gembira. Jelas pada wajah segar dan cerianya. Adik lelaki Mai ini baru pulang dari UK sebulan yang lalu.

"Maksud ayah, macam mana dengan pembelajaran kamu. Kamu tak main-main kan? Ayah tak mahu dengar anak anak ayah bercinta dengan entah sesiapa semasa dalam tempoh belajar. Kalau nak mengenal, cari yang baik baik dan bertaraf. Jangan main bedal saja. Ayah dah kecewa, jangan buat ayah kecewa dua kali." ujar Tuan Idris lancar tanpa endahkan ada seseorang yang terkilan  mendengar itu.

Semua di meja itu tahu siapa yang dituju sebenarnya.

Puan Sharifah yang tak senang dengan ayat tersebut cepat mencelah. "Abang, jangan rosakkan suasana pagi."

Airel pandang sejenak Mai yang diam saja menjamu nasi goreng tanpa menunjukkan ekspresi marah atau tak senang. Dia tahu hati kakaknya pasti sering terhiris dengan ayat tajam si ayah. Dia kenal Mai sejak kecil, dia tahu walaupun terlihat tabah diluar namun Mai seorang yang berhati lembut seperti arwah ibu.

Apa hati wanita itu masih selembut dulu setelah melalui pelbagai hal yang menimpa? Dilihat dari sikap Mai sekarang sepertinya sudah berubah. Kalau dulu sebelum bernikah, Mai seorang yang paling pantang disindir walau sedikit. Kakaknya liar dan susah dikawal dulu. Tapi sekarang sepertinya tampak seperti orang lain. Haraplah berubah lebih baik.

Airel melepas keluhan halus. Garfu dan sudu diletakkan. Hilang selera.

"Saya pergi dulu." pemuda ini bangun dari kerusi kemudian berlalu pergi. Sebenarnya geram saja mulutnya mahu membalas setiap kata kata ayah kepada kakaknya. Tapi dia masih belum mampu. Setiap bicaranya hanya akan dianggap remeh dan tak berguna.

Satu persatu meminta diri. Aryan sudah dihantar oleh driver khusus keluarga itu ke tadika. Mujur anak itu tiada semasa perbicaraan di meja makan. Kini tinggal Mai, Puan Sharifah dan beberapa orang bibik yang membersihkan meja makan.

Semasa lalu di ruang tamu. Mai di ajak mamanya duduk bersama di sofa untuk berbicara sesuatu.

"Akhir akhir ni, mama bimbangkan sesuatu sebenarnya."

Melihat wajah di mama kelihatan muram dan sayu. Mai agak cemas. Kedua tangan mamanya dipegang lembut. Mereka duduk bersebelah.

"Ada apa, ma? Cakap saja. Mana tahu Mai boleh tolong."

Wajah anggun Puan Sharifah semakin ketara sedih. Genangan air mata yang bertakung mengalir jua.

"Mama bimbangkan Nita. Mama risau dia buat perkara yang tak elok diluar sana yang boleh rosakkan dia. Anak kawan mama ada cakap yang dia banyak kali nampak Nita keluar masuk club malam dalam keadaan mabuk." luah Puan Sharifah. Melepaskan air matanya lebih deras ketika dipeluk oleh Mai.

Mai menggosok belakang mamanya agar lebih bertenang. Tak dinafikan dia juga sedang risaukan adiknya yang liar itu.

"Mama nak buat apa ni, Mai... hiks. Mama tak tahu. Mama gagal jadi ibu yang baik untuk anak anak. Rasanya mama memang tak pandai didik anak..." tangis Puan Sharifah bersama esakkan kecil.

Tangisan sayu tersebut membuatkan hati Mai bagai dihentak ke batu.  Sebagai seorang anak, dia tak sanggup melihat kesedihan si mama.

"Jangan cakap macam tu, ma. Kalau tak ada mama, rasanya saya sudah hidup dibawah jambatan. Mai dah anggap mama sebagai ibu kandung Mai sendiri." ucapnya ikhlas dari lubuk hatinya yang paling dalam. Dia ingin wanita itu tahu bahawa wanita itu sudah banyak menabur kasih sayang kedalam keluarga ini. Dan dia sendiri banyak berhutang budi.

Sebagai seorang anak yang gagal, dia tak layak berkata begini. Tapi dia perlu katakan juga. "Hal Nita, mama tak perlu buat apa apa. Saya akan tengokkan dia diluar sana. Walaupun saya bukan 24 jam dengan dia tapi saya akan usahakan untuk pastikan Nita sentiasa dalam keadaan selamat. Jadi mama jangan terlalu fikirkan."

Hati Puan Sharifah terharu mendengar itu. Mai, anaknya ini sejak bila menjadi sematang ini. Tak pelik kerana Mai anak sulung keluarga itu. Jadi sifat seorang kakak pasti kuat dalam dirinya.

"Terima kasih, Mai. Mama harapkan Mai..." Puan Sharifah menepuk bahu anaknya bersama senyum.

Mai senyum saja. Apa yang mampu dia buat lagi sebagai kakak yang gagal melindungi adiknya. Dia ingin menebus semua.

Nampaknya dia perlu benar benar pergi berjumpa lelaki bernama Kaiser a.k.a majikan Nita a.k.a lelaki asing yang pernah wujud dalam kamus hidupnya suatu ketika dahulu.

**************

AIR mengalir ditadah lalu dibasahi mukanya agar lebih segar. Rambut yang sedikit serabai dibetulkan. Penampilan diri yang terpantul dalam cermin tandas tersebut dipandang.

Hari ini dia mengenakan blouse modern navy blue dan wide leg trousers grey. Berpakaian sederhana namun tetap terasa aura elegan dan kasual. Rambut separa siku dilepaskan terjurai.

Mai tak endahkan beberapa staff perempuan yang keluar masuk meliriknya dengan pandangan aneh. Apa? Dia pun manusia! Bukan hantu!

Sejak setengah jam yang lalu lagi dia tiba di syarikat Valac Group seperti yang dia niat pagi tadi bahawa dia mahu berbincang sesuatu dengan Kaiser mengenai adiknya Nita. Dia tak boleh biarkan Nita kerja di tempat seperti ini. Berbahaya. Padahal sudah tersebar rumor bahawa VG merupakan sebuah organisasi ahli kongsi gelap aka ahlong yang bermuka syarikat pinjaman wang cepat. Takkan la Nita tak tahu langsung.

Mai menjadi overthinking sendiri. Apa mungkin Nita tahu tapi terlalu terdesak inginkan kerja? Ya ampun kasihan sekali adiknya itu.

Tak boleh jadi ni! Dia sebagai kakak yang prihatin perlu lindungi adiknya dan bantu Nita dapatkan pekerjaan lain wahal dia sendiri belum dapat kerja.

Tapi,

Bibir bawahnya Mai gigit. Dia ragu ragu sebenarnya. Merasa seperti urusannya takkan berjalan semudah petik jari. Perasaan cemas sedikit menggangu. Bersediakah dia bertemu semula dengan si dia setelah lima tahun.

"Arh! Apa nak jadi, jadi lah. Dah alang alang aku dah sampai sini." ngomelnya. Pandangan masih melihat wajahnya.

Meskipun wajahnya jelita secara natural tanpa sebarang makeup. Mai tancapkan juga sunscreen dan sedikit lip gloss pink agar tak terlalu pucat. Kedua barang itu disimpan cepat kedalam bag slingnya.

Keluar saja dari bilik air yang mewah itu. Langkah di atur ke arah seorang penyambut tetamu di kaunter pintu utama.

"Ya, apa yang boleh saya bantu? Cik ada buat appointment dengan sesiapa?" sopan penyambut tetamu wanita dihadapannya.

Mai kawal reaksi agar tetap tenang. Dalam hati sudah berkira kira untuk menyebut nama lelaki itu. Akhirnya Mai keluarkan sekeping kad yang diambil dari Nita lalu diletakkan atas kaunter.

"Saya nak jumpa dia. Itu kad dia kan, dia sendiri yang minta saya datang kesini." selamba badak Mai berkata. Terpaksa berbohong kerana dia tahu bukan mudah nak bertemu orang yang berjawatan tinggi.

"Sekejap ya, cik. Cik nama apa?" tanya penyambut tetamu ini sambil jari runcingnya menekan satu butang telefon pejabat yang bersambung terus ke pejabat Direktur Eksekutif iaitu Kaiser.

Nama? Mai merasa ragu ragu pula. Lelaki itu tahukah namanya? Seingatnya mereka tak pernah sebut nama masing masing.

Ah lantak lah!

"Nama saya Maihara tapi cik cakap saja kakak Nita."

Bersambung saja ke pejabat bosnya, penyambut tetamu ini terus beritahu.

"Ada apa?" suara Martin terdengar.

"Oh Encik Martin. Bos ada? Bos ada buat appointment dengan Cik Maihara ke? Kakak cik Nita."

Krik...

Krik...

"Encik Martin?" penyambut tetamu ini kehairanan sekejap kerana Martin hanya diam tanpa sebarang bunyi.

"Ya ada. Sepuluh minit lagi. Minta dia tunggu dibawah sepuluh minit. Lepastu suruh dia naik ke tingkat 16." jawap Martin tenang.

Penyambut tetamu ini angguk kepada Mai. "Baiklah. Saya akan sampaikan." lalu kembali bicara dengan wanita didepannya yang setia menanti.

"Ma-Macam mana cik? Boleh ke saya jumpa dengan Encik Kaiser?" takut takut Mai. Mampus dia kalau dihalau! Lojik la, lelaki tu mana tahu nama dia. Dan apa gunanya berjumpa dengan kakak pekerjanya. Dia mula menyesal datang kesini.

Tanpa sebaris senyum gadis penyambut tetamu ini berkata sambil tunjuk ke arah sofa panjang berdekatan disitu.

"Boleh cik. Cik sila tunggu di situ dulu sepuluh minit. Selepas sepuluh minit cik naik ke tingkat 16. Office utama Encik Kaiser."

Berubah terus riak Mai. Segaris senyuman gembira diberi. "Terima kasih. Maaf menyusahkan."

Tanpa banyak songeh lagi, Mai berjalan ke arah sofa yang dikatakan.

Sepuluh minit sebelum itu...

"Arghh!" jerit seorang lelaki kurus tatkala tangannya pula menjadi mangsa pijakkan kaki seseorang.

Kaiser duduk santai di kerusi. Sebelah kasutnya naik memijak muka lelaki kurus itu, sebelah lagi memijak tangan kerana mencuba bangun.

"Aku minta maaf, Kai! Aku tak sangka bini aku bagitahu orang pasal VG. Kalau tahu, aku tak cakap! Tapi tolong jangan apa apakan bini aku, Kai. Aku yakin dia bagitahu satu orang saja! Orang lain yang sebar rumor buruk pasal Valac!" sudah berpuluh kali permintaan maaf dari Hasrul yang sedang terlentang di lantai.

Kaiser lirik sekilas. Kakinya semakin kuat menekan. Tak endahkan jeritan sakit dari Hasrul, anak buah VG.

Beberapa anak buah yang lain hanya diam saja melihat dari jauh. Martin turut ada sambil bersandar pada meja. Tak berani ikut campur. Tak pasal mereka pula kena tempiasnya.

"Kalau tahu rumor boleh tersebar luas. Jadi kenapa gatal mulut nak cerita kat isteri kau. Kau yang salah Hasrul. Disebabkan kau ramai yang tengah cari VG. Nama pun dah buruk, jadi aku nak kau bersihkan semula nama VG. Buat masyarakat percaya yang itu semua hanya rumor palsu. Dan VG syarikat pinjaman duit. BUKAN LINTAH DARAT." ayat terakhirnya Kaiser tekan.

Hasrul merasa rahangnya bagai mahu patah. Dia tahu bosnya terkenal sebagai petinju yang kuat. Tapi tak sangka sekuat ini!

"Faham?"

"Fa-Faham! Aku faham! Nanti aku cuba selesaikan. Bagi aku masa seminggu." Hasrul bangun berdiri setelah kaki itu teralih. Lututnya lembik, seperti mahu jatuh semula.

"Nanti?" sebelah kening Kaiser terangkat.

Hasrul tersedar kesilapan katanya barusan. Cepat menidak. "Tak tak! Sekarang! Aku pergi sekarang."

Kaiser membiarkan saja lelaki kurus itu berlari keluar dari officenya.

Dia lirik tenang PAnya yang sedang bercakap dengan seseorang. Riak Martin juga berubah.

Martin datang membisik sesuatu ke telinga bosnya yang masih duduk.

"Apa? Mai datang..." muka Kaiser ikut berubah namun tergaris sebaris senyum.

"Sekarang ni macam mana? Nak dia balik dulu, datang hari lain. Atau..." tanya Martin memberi jeda soalannya.

"Kau gila Martin. Takkan aku nak halau orang yang tunggu selama ni. Suruh dia tunggu sepuluh minit." ujar Kaiser. Senyuman seakan terukir sama dengan suasana hatinya saat ini. Padahal tadi suasana hati buruk tapi setelah dengar saja nama Mai. Terus bahagia.

Mai datang kepadanya? Wah, tak sangka secepat ini.

Martin meminta konco yang berbadan sado yang lain keluar melalui jalan belakang. Dia juga membersihkan ruangan meja berselerak. Dia tahu bosnya itu tak mahu Mai melihat mereka dalam keadaan begini. Kerana itulah dia beri masa.

Tok Tok

Ketukkan pintu kaca agak menyentakkan mereka.

"Kai."

"Sambut dia dengan baik. Buka pintu." arah Kaiser tenang. Berlagak tenang sebenarnya. Dalam hati sudah melompat kegirangan.

"Silakan Puan." sopan Martin menyambut kehadiran seorang wanita.

Tap! Tap! Tap!

Suara langkah heels wanita itu membuatkan Kaiser angkat muka. Senyuman mahalnya diberi. Dia bersandar santai di sofa kulit.

Kedua pasang mata ini saling bertentang hebat.

Akhirnya, setelah lima tahun. Dua takdir kembali bertemu.

Glup!

Mai telan air liur pahit. Liurnya bagai tersekat di kerongkong bersama suara. Debaran yang menggila membuat lidahnya bisu untuk berkata kata.

Si*l dia kalah dengan tatapan hangat lelaki itu! Mai melarikan anak mata ke bawah.

"Silakan duduk, Puan. Takkan nak berdiri saja. Jangan risau saya tak makan orang." Kaiser tertawa kecil bagi menghilangkan suasana tegang ini. Lucu pula dia lihat riak serba tak kena wanita dihadapannya.

Mai melabuh duduk dengan penuh tertib. "Terima kasih."

Tak lama datang seorang perempuan menghidangkan dua cawan air. Air diletak atas meja kaca.

Martin yang berdiri di sisi belakang bosnya melirik air. Menelan air liur. Dia haus sebenarnya.

"Terima kasih. Jadi Encik Kaiser, maaf saya datang mendadak macam ni. Ada hal penting saya nak bincang tentang adik saya, Nita. Encik kenal kan. Boleh saya curi masa sedikit." Mai menahan getaran pada suara agar tak terlalu ketara dia gugup.

"Pfftt! Cute..." Kaiser menutup separuh mulutnya menahan tawa.

"Ha?" terpinga Mai dengan muka blurnya. Lelaki itu cakap apa? Dia kurang dengar.

"Jangan formal sangat, Mai. Kita kan... dah lama kenal. Aku masih ingat kau." kata Kaiser.

Anak mata Mai jatuh kebawah. Tangannya digenggam kemas hingga berkeringat. Tangannya dingin kerana air cond tapi suasana hatinya tak begitu sejuk. Ah, suasana saat ini. Benar benar membuatnya canggung dan tak selesa!

Dia fikir mahu selesaikan dengan cepat kerana berfikir lelaki itu sudah lupakannya dan selesaikan secara formal dan rasional. Tapi... dia masih ingat aku. Malah nama aku dia tahu. Apa dia dah siasat setiap butiran mengenai aku?

Perlahan Mai angkat wajah. Pergi m*m*us dengan semua tu! Sejak awal bukan itu tujuannya datang kesini. Dia tarik nafas panjang sebelum dilepaskan. Tenang Mai. Tenang...

"Baiklah. Boleh saya panggil awak Kaiser?" pintanya tanpa sebarang riak.

Sengih Kaiser. Sebelah tangan naik menongkat pada kerusi. "Tak ada masalah. Silakan."

"Tujuan saya datang kesini bukan nak bercakap tentang kita atau kisah lima tahun lepas yang dah terkubur. Saya ada satu permintaan. Saya tahu saya bukan sesiapa, tapi maaf. Boleh awak lepaskan Nita. Saya taknak dia bekerja di syarikat ni. Dah banyak rumor tersebar, saya tak nak adik saya bekerja di tempat berbahaya." meluncur dengan jelas jua permintaan nya. Fuh lega. Sekarang dia pasrah. Lelaki itu mahu membunuhnya atau apa sekarang. Lakukan saja.

"Tapi jadi housekeeper tak ada kaitan dengan syarikat. Ah, oh okay aku faham. Kau risau aku buat sesuatu kepada Nita? Jangan macam tu, Mai. Walaupun nampak macam ni tapi aku tak la jahat sangat." Kaiser pasang muka innocent. Nampaknya semua berjalan seperti yang dia inginkan.

Bibir bawahnya Mai gigit. Mahu tak mahu dia perlu katakan juga. Walau dengan merayu sekalipun dia sanggup. Asal hidup adiknya tak jatuh ke lomboh gelap dan kotor seperti yang pernah dia hadapi dulu.

"Tolonglah, saya tak main main. Sebagai gantinya, saya sendiri yang akan gantikan dia. Yang penting saya tak nak Nita terlibat dengan orang berbahaya seperti awak." separuh merayu Mai berkata. Riak seriusnya jelas mengatakan yang dia bersungguh dengan permintaannya.

"Saya sanggup buat apa saja. Anggap saja permintaan saya sebagai hutang." sambungnya lagi.

Apa saja. Terangkat sebelah kening Kaiser bagai tertarik dengan kompromi ini. Tak sangka sejauh ini tahap keberanian wanita itu. Wah... buatnya kagum saja.

"Sayang betul kau kepada Nita. Kau yakin kau takkan menyesal? Dah alang alang kau dah tahu. Ya memang betul syarikat ni sebenarnya sebuah organisasi Ahlong yang bertopengkan syarikat biasa. Jadi kau tak takut? Macam macam boleh jadi." Kaiser memberi sedikit peringatan halus. Dia tak mahu wanita itu merasa dipaksa dan menyesal pula.

Genggaman tangan Mai pada baju semakin erat hingga berkedut hujung blouse. "Ya saya tak kisah. Apa nak jadi, jadilah. Saya akan bayar 'hutang' saya. Sampai awak puas hati dan bosan dengan saya. Jadi tolong. Permintaan saya tak berat kan."

Kaiser sedaya upaya menahan tawa suka dari meletus. Sangat comel. Dimatanya tika ini Mai seperti arnab polos yang sedang meminta bantuan kepada seekor serigala yang bila bila masa saja mampu menerkamnya.

Dia menatap lama wajah yang dirindui itu. Terpenuhi jua keinginannya yang mahu menatap wajah itu secara berhadapan begini.

Ah, gila. Aku nak peluk dia. Desis Kaiser dalam hati.

"Kai. Pinjam telinga."

"Hm?" Kaiser fokus mendengar bisikkan Martin yang menunduk di belakangnya.

Terkulat kulat sendirian Mai tatkala dirinya menjadi pusat mata kedua lelaki didepannya. Apa yang dibisiknya? Buatnya penasaran saja. Mengumpat dia ke.

"Dua pilihan. Jadi secretary di syarikat ni atau housekeeper di rumah aku? Pilihan ditangan kau." ujar Kaiser kerana kasihan pula melihat wanita itu blur sendiri.

Dua itu saja yang layak untuk Mai kerana hanya dua jawatan itu akan membuatkan Mai sentiasa disisinya.

Memandangkan sekarang dia tiada setiausaha. Nak beri kepada Martin, kasihan juga kerana Martin sudah banyak pekerjaan. Personal driver, personal assistant, pengurus kedua di club hiburan dan wakil direktur eksekutif. Semua itu disandang oleh Martin.

"Bagi saya masa berfikir jap." kata Mai serius.

"Silakan."

Mai buang pandang ke luar dinding kaca. Dalam situasi begini dia harus berfikir dengan bijak dan tenang.

Tenang Mai. Jangan gelabah. Fikirkan dalam dalam. Kalau kerja di syarikat ini, dia pasti automatik menjadi penjenayah juga. Sistem yang syarikat ini guna adalah salah disisi undang undang. Kemungkinan dia boleh dicampak dalam penjara.

Kalau dia bekerja di rumah lelaki itu. Erk! Rasanya agak... kurang. Meskipun yang dia tahu jadual kerja sebagai housekeeper tak bertembung dengan Kaiser. Tapi tetap saja berbahaya memandang Kaiser bukan lelaki biasa yang dia boleh anggap remeh.

Tapi,

Hish! Sudah lah. Sakit kepalanya berfikir banyak. Last last dia perlu iyakan juga.

"Housekeeper. Tapi saya dah tengok jadual kerja. Awak dan saya takkan bertembung dalam rumah kan. Kalau bertembung juga, erk... saya pernah belajar taekwondo. Ha, ja-jangan ada niat nak buat apa apa. Lagipun saya dah pernah kahwin. Takkan keinginan dengan bekas isteri orang."

Mai rasa macam nak ganyang mulutnya sendiri. Apa yang dia merepek ni?! Sh*t buat malu saja!

Kaiser tergelak kacak hingga buat Mai terpaku sejenak.

"Ya, jangan bimbang. Aku pandai tahan diri. Kau akan selamat selama bekerja dengan aku."

Mai telan air liur kesat untuk entah kali ke berapa. Merinding pula mendengar itu.

Benarkah tindakan gilanya kali ini?

"Satu lagi. Rahsiakan hal ni dari Nita. Saya taknak dia bencikan saya." ujar Mai perlahan dan merendah. Wajahnya terlihat muram.

Kaiser pandang lama wajah mendung itu. "Baiklah. Itu tak ada masalah."

Tak masalah. Kerana sejak awal dia hanya gunakan Nita sebagai umpan untuk 'menangkap' Mai.

"Kalau macam tu, mana kontrak? Saya perlu tahu setiap kerja yang saya kena buat. Alamat rumah awak pun saya belum tahu di mana." Mai hulur tangan. Air mukanya juga sudah kembali santai.

"Oh lupa. Mar! Bagi dia." arah Kaiser. Hampir terlupa akibat terlalu leka menilik rupawan jelita didepannya.

Beberapa helai kertas dari atas meja kerja di ambil lalu dihulur untuk di sign.

"Ini puan kontraknya." sebatang pen hitam diberi.

"Terima kasih." ucap Mai bersama sebaris senyum.

Kaiser menjeling tak puas hati kepada PAnya itu. Sejak datang kesini Mai tak beri sebaris walau senyum tawar. Tapi orang pertama yang dapat adalah Martin. Jaga kau. Sebulan gaji kau aku potong.

Martin buat tak tahu saja. Ha, dia yang jadi mangsa. Apa nasib.

"Jadi kerja saya hanya bersih bersih. Awak masak sendiri ke?" soal Mai yang sedang membaca butiran pada kontrak.

Nak tersedak air liur Martin. Kaiser dengan tak bersalahnya membalas. "Ya. Aku pandai memasak sebenarnya walaupun ramai yang tak percaya. Kari, tomyam, lontong, ayam. Itu semua perisa mee sedap."

Terangguk faham Mai. Bibirnya menahan dari tersenyum kerana merasa geli hati melihat tampang serius itu. Apanya, kalau itu Aryan pun boleh.

Sebut tentang Aryan.

Mai pandang lelaki itu yang sedang menghirup secawan nescafe. Gayanya santai dan tenang. Apa dia setenang ini selama lima tahun? Dia tak cuba cari aku selama ni? Apa aku tak tinggalkan kesan langsung dalam hidup dia?

Pelbagai persoalan tersebut hanya berlegar dalam fikiran. Tak layak rasanya dia nak ungkit kembali kisah yang lelaki itu sendiri tak kisah.

Aryan. Sepertinya dia perlu rahsiakan mengenai anak itu.

"Mai. Jom."

Terpinga-pinga Mai bingkas bangun. Lama benar dia termenung hingga tak sedar Kaiser sudah berdiri di pintu.

Mai menghampiri. "Jom? Pergi mana? Start hari ni ke kerja?"

Kaiser bukakan pintu untuk wanita itu keluar duluan. Sempat toleh kepada Martin.

"Kosongkan jadwal harini. Aku nak bawa dia ke kondo."

Tutup saja pintu kaca itu. Mereka berdua berjalan biasa. Mai yang tak selesa berjalan didepan, mengundur ke belakang. Kononnya nak bersembunyi disebalik tubuh tinggi Kaiser kerana banyak mata sedang melihat.

Pasti staff disitu sedang kehairanan melihat orang yang tak dikenali sepertinya berjalan bersama bos mereka.

Mereka masuk kedalam lift. Tombol satu ditekan lalu lift mula bergerak turun.

Mai yang berdiri di samping belakang melirik kejap. Bahunya lebar. Kot hitam terletak elok pada tubuh tinggi dan tegapnya. Lelaki itu tidak lah berbadan sasa seperti pemain angkat berat. Tetapi tubuhnya cukup mempesona seperti tubuh atlet.

Kepalanya Mai ketuk perlahan. Aduh! Apa ni Mai. Mengarut saja.

Suasana sepi diantara mereka. Kaiser diam saja pandang kehadapan tanpa pedulikannya. Situasi janggal ini membuat Mai lemas.

Lama lagi ke nak sampai ke bawah. Kenapa lama pula masa berjalan.

"Awak! Erk..."

Kaiser cepat pusing ke belakang apabila hujung kotnya ditarik. "Kenapa?"

Mai tampak serba tak kena. "Nak buat apa pergi kondo. Saya nak balik."

Kaiser menahan senyum sebaik mungkin. Comel pula tingkah Mai tika ini. Umur Mai tak kena dengan tubuhnya yang kecil molek dan semestinya lebih rendah darinya.

Budak ni. Macam la aku nak culik dia. Culik betul betul kang naya. Desis Kaiser tersengih nakal dalam hati.

"Sekejap saja. Aku cuma nak kau tahu jalan." dia kembali pusing ke hadapan.

Mai garu kepala yang tak gatal. Lelaki ni hidup dalam zaman firaun ke. Ketinggalan zaman betul. Padahal google maps kan ada.

"Okay. Sekejap saja." walau begitu Mai akur juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience