"Haahh..." keluhan lega terlepas dari bibir Ken.
Clara yang sedang memeluk erat tubuhnya dibiarkan. Meskipun agak rimas kerana dada bidangnya ditumbuk manja sedari tadi.
"Alex jahat! Kai jahat! Ken pun jahat! Korang semua jahat! Sampai hati khianat papa. Kenapa? Kenapa Ken pun khianat papa?!" Clara mengongoi bagai anak kecil sambil menangis tersedu sedan.
Angin malam menyapa kulit mereka menghadirkan rasa sejuk. Rimas diperlakukan begitu, ditambah malu kerana dilirik curiga oleh orang lain. Ken menarik gadis itu ke tempat yang tiada orang.
Kedua bahu Clara dipegang kemas. Tatapan sedih gadis china itu dibalas tegas.
"Kalau kau nak ikut aku, kau tak boleh manja. Sekarang ni kau tak ada pilihan lain selain ikut aku. Walaupun kau tak ada kaitan apa-apa dengan bisness bapak kau, tapi semua orang tahu kau anak Joshua. Aku takut ada yang target kau. Kot-kot ada lagi anak haram Joshua yang nak balas dendam." panjang lebar Ken menjawap segala persoalan dari raut wajah Clara.
Clara menarik hingus yang hampir keluar. Matanya yang bergenang air jernih dibiarkan.
"Ken tak jawap soalan Clara. Kenapa Ken khianat papa? Orang yang pernah tolong Ken dulu. Ken bukan orang yang tak kenang budi kan?" Clara bertanya lagi. Serak suaranya akibat menangis terlalu lama.
"Aku ada sebab." balas Ken ala kadar.
Air mata yang berlinangan jatuh jua membasahi pipi mulus Clara. Bibirnya kembali tersebik menahan tangis.
Dia sedih kerana dia sedar tiada ruang untuknya didalam hati Ken. Ken yang seorang pekerja professional terlalu perlakukan dia sebagai objek berharga yang harus dilindungi. Tiada perasaan cinta mahupun sayang dari renungan mata dingin itu.
Yang ada cuma kehampaan dan kesepian.
Entah ada wanita lain yang sudah bertakhta didalam hati Ken ataupun Ken memang seorang lelaki yang tak punya tarikkan pada wanita. Dia tak tahu.
"Clara tak ada sesiapa lagi. Clara ada Ken sorang saja. Ken jangan la tinggalkan Clara." rayu Clara sepenuh hati bersama hati yang rapuh.
"Aku ada janji dengan Joshua. Dan aku bukan pengecut yang ingkar janji."
Tangisan Clara terhenti. Wajahnya mendongak memandang Ken yang lebih tinggi. "Janji?"
"Tak ada alasan untuk aku setia dengan Joshua ataupun VG. Tugas dan janji aku cuma satu, iaitu lindungi kau." jujur Ken membongkar salah satu rahasianya bersama Joshua.
"Ken..." mata Clara kembali berkaca-kaca. Entah nak terharu ke sedih.
Ken menjaga jarak. Menjauh sedikit dari gadis itu.
"Tapi kau jangan salah faham. Aku akan jaga kau sampai Joshua keluar dari penjara. Lepas tu, kita tak ada ikatan apa-apa lagi. Faham?" Ken menegas, tak mahu gadis itu salah faham.
Clara memaksakan senyum kelat. Walau sedih dan berat hati, tetapi dia iyakan juga.
"Terima kasih, Ken..."
*
*
*
BUUGH!
Kaiser dan Joshua sama-sama melayang tinju ke arah wajah.
"Tsskk..." Joshua menjaga jarak sambil menanti serangan dari lawannya. Luka tusukkan pada dadanya kembali berdenyut. Namun ditahan sebaik mungkin.
Kaiser merentangkan kaki selebar bahu. Guard melindungi wajah dan dagu. Kemudian berdiri tegak membentuk garis diagonal.
Sekali lihat sudah tahu jenis keahlian yang dikuasai Kaiser sekarang ini. Iaitu outboxer.
"Kemana perginya lelaki yang selalu gelak tak ingat dunia. Jangan serius sangat. Takut saya." kata Kaiser bernada santai sambil berlari menghampirinya Joshua secepat kilat.
Terkejut Joshua apabila pemuda itu tiba dihadapannya bersama satu kepalan tangan.
"Dempsey Roll?" sejurus dengan itu tubuh Joshua yang hampir remuk terlempar ke dinding setelah menerima tumbukkan kuat pada rahangnya.
*dempsey roll : teknik tinju dimana petinju menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan sambil mendekati lawan, bertujuan untk mengelirukan lawan*
"Ahh, boleh tahan." desis Joshua menahan rasa sakit yang teramat. Rahangnya dipegang kejap.
"Kamu cakap apa tadi. Jangan serius sangat? Kamu ni gila ke. Kamu nak suruh uncle ketawa dalam situasi sekarang ni." bicara Joshua tegang sambil berusaha berdiri sambil berpegangan pada dinding. Tulang lutut yang bergetar digagahi juga.
Seluruh tubuhnya terasa remuk! Tak disangka penangan Kaiser mampu melemahkan seorang lelaki bernama Joshua. Bahkan jika ditanya sekuat apa tumbukkan biasa Kaiser, rasanya seolah-olah ditembak peluru. Pemuda itu pandai menargetkan titik vitalnya.
Kaiser tetap berdiri statik di tempat. Manakala Joshua memerhati lama kaki lelaki itu.
Joshua melompat satu meter dari tempatnya lalu menerkam kaki kiri pemuda itu. Kaki itu dipegang kemas bertujuan untuk menjatuhkan lawan.
Kaiser yang tak sempat buat apa-apa, membiarkan sahaja sebelah kakinya dipegang. Ingat! Dalam dunia tinju, tangan memang penting. Tapi kaki bawah adalah segalanya!
"Tackle... uncle tahu rupanya salah satu kelemahan petinju." Kaiser menarik senyum melihat Joshua yang turut tersenyum padanya.
Yang sedang Joshua lakukan merupakan salah satu teknik dari seorang grappling. Iaitu tackle, mengunci tangan atau kaki lawan kemudian jatuhkan ke tanah.
"Tapi..." sengaja Kaiser menggantung ayatnya. Belum sempat dia dijatuhkan, dia menekuk lutut lalu menekan Joshua hingga lelaki paruh baya itu mencium lantai.
"U-Urgh... kau..." raut muka Joshua bertukar bengis. Mungkin stress kerana kehabisan cara untuk kalahkan Kaiser.
Kaki Kaiser telah lepas dari pegangan lemah Joshua. Dia duduk mencangkung sambil menunggu Joshua yang berusaha bangun itu.
"Tapi saya tahu cara nak lepas dari tackle. Malangnya uncle... mesti uncle fikir boleh kalahkan saya hanya dengan satu teknik. Uncle remehkan saya?" senyuman lebar diberi. Matanya ikut tersenyum menambahkan lagi kekacakkan Kaiser. Eh tiber.
Joshua menggertak gigi menahan emosi yang meluap-luap. Ikutkan hati nak saja dia bunuh Kaiser!
"Uncle ingat dulu. Saya pernah cakap yang saya akan buat uncle serius sampai nak senyum pun uncle tak berani. Lega rasanya salah satu tujuan saya tercapai." sambung Kaiser lagi.
Tajam menikam Joshua memandang anak saudaranya itu.
"Jahan*m kau, Kai. Aku dah agak kau akan jadi salah seorang pembelot yang tikam belakang aku. Tapi bukan ke ini terlalu cepat. Apa yang buat kau terdesak nak jatuhkan bisness aku?" intonasi suara Joshua semakin kasar.
Kedua tangannya menongkat badan meskipun dirinya masih terduduk di lantai.
"Apa kau cakap tadi. Kau khianat aku hanya disebabkan keluarga? Konyol betul kau ni." dengan nafas yang termengah-mengah disebabkan penat, Joshua berkata sinis.
Raut Kaiser kekal tenang. Tak terusik sedikit pun dengan sindiran tersebut. Malahan senyuman kian lebar.
"Uncle kecewa? Maaf lah alasan saya konyol. Bukan apa, pertama sekali isteri saya tak suka dengan bisness illegal ni. Duit haram kan. Dan kebetulan itu VG." santai Kaiser berkata.
"Yang kedua, saya ni jenis sayang keluarga. Saya tak nak ada sebarang bahaya yang jadi kat diorang. Kebetulan juga bahaya itu VG. Mestilah saya kena singkirkan." sambungnya lagi.
Joshua pandang tak percaya. Lelaki gila seperti Kaiser pun ada perasaan normal? Bibirnya tersenyum sinis tanpa sadar.
"Kita sama ya, sayang keluarga. Apa yang ketiga?" soal Joshua senada.
Kaiser yang sedang mencangkung seperti orang tengah berak itu mendekat.
"Uncle ni nyanyuk ke apa. Saya dah cakap kan tadi. Tak sampai sejam saya cakap, uncle dah lupa."
Lembut jarinya mengangkat dagu Joshua. Kedua mata itu bersabung.
"Uncle. Mirip. Dengan Farouk. Bapak tak guna tu. Sampai sini faham? Panjang lebar saya terangkan. Kalau tak faham lagi, tak tahu la." ayat awalnya ditekan satu persatu.
Ucapan yang lembut tetapi menusuk itu berjaya melesapkan senyuman sinis Joshua.
Tangan Kaiser ditepis kasar. Joshua menjauh sedikit.
"Tak ada dendam di antara kita. Uncle dah anggap kamu macam anak sendiri. Kai, uncle akan bagi kamu peluang. Berpihaklah pada uncle semula." Joshua cuba memujuk.
"Saya sedih kalau uncle terus bohong macam ni. Berpihak apanya, padahal mata uncle pandang saya macam nak membunuh." Kaiser buat-buat sedih. Pandai la kau berlakon.
"Kamu silap, dari dulu lagi uncle dah anggap kamu macam anak kandung uncle sendiri." Joshua menidak. Kelihatannya dia benar-benar terdesak perlukan kerjasama pemuda itu.
Raut sedih palsu Kaiser terus lesap. "Oh macam tu. Saya silap maafkan saya. Tapi pertarungan antara kita tetap tak boleh dielak. Saya tetap kena jatuhkan VG."
Air muka Joshua langsung berubah. "Kamu ni-"
Namun bicaranya segera dipotong oleh Kaiser.
"Aha, dan lagi satu. Saya tak perlukan bapak jadi uncle tak perlu bazirkan kasih sayang uncle untuk orang macam saya. Sayang saja anak uncle sendiri." selajur berpesan santai begini, Kaiser bangun berdiri.
"Budak keras kepala ni..." dengus Joshua geram kerana pujukkannya tak berjaya.
Kaiser berdiri tegak membelakangi lelaki itu. Bibirnya yang terluka disapu dengan ibu jari. Darah merah ditatap lama.
"Sudah masanya kita berhenti makan duit kotor. VG? Lepaskan saja. Tak boleh ke uncle terima hakikat yang uncle dah gagal lindungi satu bisness." terpampang raut serius Kaiser yang jarang diperlihatkan.
"Kamu dah buat kesalahan besar, Kai. Kamu usik VG sama artinya kamu usik sumber pendapatan mereka. Kamu yakin boleh hadap semuanya sendiri? Kamu sendiri tahu seberapa kuat pengaruh mereka lepas bergabung dengan organisasi lain." Joshua membuka topik yang tak ramai orang tahu.
Brakk!
Pintu ditendang oleh beberapa polis yang menyerbu. Kedua lelaki itu terlihat tak terkejut.
"Angkat tangan!" tegas arahan dari seorang polis yang mengacukan pistol kepada Joshua.
"Joshua! Kamu ditahan atas tuduhan pemilikkan organisasi gelap! Penggelapan wang, rencana pembunuhan, kerugian bagi orang lain! Ah sudah tangkap saja dia!" tempik seorang polis yang memimpin sambil menyuruh anak buahnya menangkap saspek.
Joshua yang telah digari itu ditarik kasar. Memaksa lelaki itu bangun. Kaiser hanya memerhati adegan didepan mata.
Kalut para polis itu menggeledah seluruh tempat ini.
Disaat Joshua melintasi dirinya, Kaiser menahan sejenak dengan beberapa 'ucapan perpisahan'.
"Jangan risaukan Clara. Dia akan selamat dibawah perlindungan Ken. Dan lagi satu..." Kaiser memberi jeda.
Joshua menanti dengan wajah yang menunduk.
"Saya tak sendiri. Masih ada orang-orang yang kuat dibelakang saya. Dan ada keluarga yang perlu saya lindungi. Jaga diri uncle."
Senyuman tulus diberi. Tak menunggu lama, para polis itu menarik Joshua yang digari keluar dari ruangan tersebut.
Meninggalkan Kaiser sendirian di tengah ruangan itu.
Suasana langsung sunyi dikala diri ditinggalkan sendiri. Terbit keluhan berat dari bibir Kaiser.
"Romusso. Menyusahkan betul la." bisiknya kesal.
Share this novel