33 : Ketenangan Yang Hakiki

Romance Series 8958

IMBAS KEMBALI BEBERAPA HARI YANG LALU.

Sedang Mai mengemas di koridor master bedroom iaitu kamar Kaiser. Semua pakaian yang telah dilipat kemas diletakkan dibirai katil.

Dia sendiri pun hairan kenapa lelaki itu tak benarkan dia buka almari. Dulu tak kata apapun, sekarang Kaiser seperti banyak berahsia.

Kedua bahunya terjongket tanda dia pun tak kisah. Setiap orang kan ada privacy masing-masing.

Spray kebiruan disembur ke cermin panjang. Sambil mengelap, Mai bersenandung kecil sekadar isi masa bosan. Tak ada orang untuk diajak berbual jadi dia bernyanyi sajalah.

Rambut panjang hitamnya disanggul satu. Anak-anak rambut yang turun mengganggu mata diselit tepi telinga.

"Hari ni nak masak apa ya?" sedang dia memikirkan masakan yang bukan kerjanya. Memang benar, memasak tak termasuk kerjanya tetapi dia sendiri yang mahu. Kaiser pun tak mempermasalahkan hal itu meskipun seringkali melarang Mai dari berbuat banyak kerja.

Botol spray pembersih kaca itu diletak atas meja bersebelahan almari. Tanpa sengaja sikunya terlanggar botol spray tersebut sampai jatuh ke lantai.

"Haish, kau ni botol..." dia bongkokkan separa badan ingin ambil botol itu.

"Eh?" gumamnya pelik tatkala mata tertangkap satu kain berwarna koko terkeluar sedikit dari pintu kabinet almari.

Mai was-was mahu buka almari tersebut untuk masukkan kain yang terlondeh keluar itu. Mengingati pesanan Kaiser yang menyuruh agar jangan buka almari yang satu itu. Yang lain boleh kecuali almari itu.

Ada apa ya didalam sampai lelaki itu begitu bertegas melarang.

"Argh! Aku nak masukkan kain ni saja." Mai sudah tak kisah dengan larangan tersebut. Pintu kabinet hitam itu dibuka sedikit kemudian,

Dia tergamam buat beberapa detik. Kain koko yang hujungnya berbulu itu ditarik sampai terkeluar. Dia menilik teliti kain itu ingin kepastian.

Kain koko itu dibentang atas lantai untuk pastikan bentuk dan coraknya. Dan waktu itu lah Mai terduduk. Mulut yang melopong ditekup dengan dua tangan.

Bagai tak percaya dengan apa yang dia lihat. Tangannya gementar mencapai semula kain koko tadi. Lalu dibawa ke dada.

Hati tak terkata betapa bahagianya saat ini. Bibirnya melukis senyum dalam sebak. Dia tak tahu bagaimana ingin tafsirkan betapa dia bahagia dengan apa yang dia lihat.

Akhirnya Tuhan wujudkan doa yang dia panjat selama ini.

"Mai! Jauh melamun. Ingatkan siapa?"

Suara Kaiser mengembalikan Mai ke dunia realiti. Berderai lamunannya.

"Sorry, awak cakap apa tadi?" Mai paksakan senyum tawar meskipun rohnya baru separuh sampai. Fikirannya masih terganggu dengan pertanyaan yang ia simpan.

Wind Sand Chicken yang telah dipotong terhenti depan mulut Kaiser yang ternganga. Matanya naik melihat wanita itu dihadapan. Garfu diletak semula.

Kaiser mula beri perhatian dengan serius. "Ada apa? Cuba cerita. Dari dalam kereta lagi kau banyak termenung. Apa yang kau fikirkan? Zahid? Atau Tuan Idris?"

Melihat wanita itu masih membisu sambil menguis-nguis makanan.

Kaiser pura-pura berjauh hati. Muka monyok habis. "Aku jealous dengan dua orang tu. Haih, apa la nasib jadi pilihan ketiga ni... nasib-nasib."

Tawa kecil Mai terlepas jua membuatkan Kaiser angkat wajah semula.

"Awak la yang buat saya melamun dari tadi."

"Aku?" Kaiser angkat kening gaya tertarik. Ayam yang dipotong kecil disumbat ke dalam rongga mulut. Meski begitu, dia tetap fokus dengan ucapan wanita itu selanjutnya.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf. Awak ingat lagi awak pernah larang saya pasal almari hitam tu? Saya bukan sengaja nak buka, tapi saya terjumpa benda yang menarik." Mai mula buka cerita sembari tersenyum simpul.

Kunyahan mulut Kaiser terhenti. Air mukanya juga turut bertukar. Debaran jantungnya berubah rentak seolah dapat meneka ayat lanjut dari wanita itu.

"Sejak bila?" tanya Mai sembunyi senyum sambil menatap keresahan pada raut lelaki itu.

"Dua minggu yang lepas." balas Kaiser perlahan selepas gelora jantung berjaya ditenangkan. Tahu la dia bahawa rahasianya telahpun kantoi.

"Jangan malu sebab awak bukan buat jahat. Awak hanya kembali kepada fitrah asal. Bersyukurlah Allah pilih awak. Dalam ramai-ramai manusia atas bumi ni, tak semua yang Tuhan jentik hati untuk kembali ke sisiNya. Jadi bersyukurlah, saya sendiri pun tengah berusaha memperbaiki diri. Kita sama-sama dekatkan diri kepada Tuhan." lembut bicara Mai panjang lebar.

Tak lupa dengan senyuman tulus yang membuat Kaiser terkedu sejenak. Akhirnya, Kaiser tertawa kecil sambil menguis santapan didepannya.

"Sejadah koko yang kau jumpa tu sebenarnya dari pemberian seseorang." entah mengapa melihat Mai tersenyum begitu, dia jadi ingin bercerita.

"Kekasih awak? Cuba cerita sikit, saya pun nak tahu macam mana perjalanan hijrah awak." Mai penasaran. Sempat menyelit gurau diawal.

Terlepas tawa senang Kaiser. Elelele, cemburu la tu...

"Merepek la kau. Taste aku kan kau, tak gila lagi aku nak bercinta dengan lelaki. Bersongkok pula tu."

Entah atas alasan apa tetapi topik pembicaraan ini terasa begitu menyenangkan. Atmosfera di antara mereka begitu terasa nyaman dan damai. Lesap terus marahnya kepada Zahid tadi.

Mai menguntum senyum mekar. Redup pandangannya memerhati senyuman manis Kaiser dihadapan. Dadanya kembali berirama indah tatkala mata mereka bertemu. Cepat dia larikan muka sambil sembunyi senyum. Pipi dah serupa pakai blusher lima layer.

Kaiser berdehem mengawal malu. Budak cinta betul dua manusia ni. Kalaulah Aryan tengok ibu dan papanya yang sedang dilanda musim bunga cinta ketika ini. Pasti termuntah purple anak itu. Paling teruk sampai trauma.

"Awalnya disebabkan kau." lelaki itu bersuara secara tiba-tiba.

Mai tuding ke mukanya sendiri. "Hmm? Sebab saya?"

Kaiser senyum kecil. "Ya, awalnya aku berubah disebabkan kau."

IMBAS KEMBALI SEBULAN YANG LALU.

Botol whiskey dituang ke dalam gelas kaca. Air berwarna kuning keemasan itu diteguk rakus ibarat tak sentuh tiga hari. Gelas yang telah kosong diletak kasar atas meja bar. Mujur tak pecah.

Kaiser mendengus kasar bersama riak serabut. Dia tertekan, hatinya tak tenang wahal dia sudah mendapatkan wanita yang dia cari bertahun-tahun. Jiwa lelakinya seakan tak puas. Dia menginginkan hubungan yang lebih dalam bersama Mai.

Apakah semasa bersama Thalia dahulu, dia serakah ini? Apa hanya Mai yang mampu buat dia tak senang duduk begini?

"Mai..." rambutnya dicengkam kasar. Botol Whiskey diteguk selamba tanpa pedulikan orang sekeliling. Pekerja yang berada di meja bar pun sudah memandangnya semacam.

"Sudah la tu. Kau nak muntah dalam kereta aku lagi ke, gila." tegur Martin yang datang dari belakang.

Kening Kaiser berkerut geram. Tangan Martin yang menepuk bahunya ditepis perlahan.

"Jangan ganggu aku." tukasnya sudah mula sedikit mabuk.

Martin jatuhkan semula tangannya yang ditepis. Datar sahaja pandangan yang dia lontarkan kepada bosnya itu. Bagai dapat bau sosok didepannya itu sedang dilanda jiwa kacau. Stress saja muka, macam mati bini.

"Apa lagi yang kau tak puas hati? Mai dah ada depan mata pun, tak puas lagi?" Martin cuba mengorek isi hati lelaki itu.

Tajam menikam pandangan Kaiser melihat botol kaca ditangannya.

"Aku nak semua. Aku nak hati Mai, tubuh dia, bibir dia, semua yang dia ada. Aku nak kahwin dengan dia. Tapi..." luah Kaiser mendatar. Anak matanya kosong menatap meja bar itu.

Curious Martin jadinya. "Tapi?"

Kaiser beri jeda seketika. Sebelum menjawap dengan suara yang terdengar sedih.

"Walaupun dia kembali, hati dia tak ada pada aku. Aku tahu Mai bekerja dengan aku pun disebabkan adik perempuan dia. Dia anggap aku orang yang berbahaya jadi dia sanggup berkorban gantikan adik dia. Bermakna..." nadanya kedengaran pilu.

Senyum pahit terlahir pada bibir Kaiser. "Aku cuma orang jahat dimata Mai."

Hati Martin tergelitik lucu melihat kegalauan temannya itu. Namun begitu, dia kekalkan riak serius dan tenang.

Martin ambil tempat dikerusi sebelah lalu bertanya. "Kau nak kahwin dengan dia? Kau nak jadikan dia isteri?"

Kaiser masih menongkat dagu dengan muka sugulnya.

"Hmm." dia mengiya bersama mulut muncung itiknya.

"Kalau macam tu, buang dulu kebiasaan minum arak ni." Martin mengambil selamba botol kaca dari tangan Kaiser. Terkelu lidah Kaiser dibuatnya.

"Apa kena mengena dengan arak pula?" soal Kaiser tak puas hati. Whiskey mahu dicapai kembali tetapi ditolak menjauh oleh Martin.

"Aku bukan nak memaksa, aku cuma nak tolong kau. Aku tahu cara ni kurang tepat tapi kau sendiri yang cakap nak kahwin dengan Mai." Martin mengeluh pasrah apabila melihat mimik polos temannya itu. Kaiser masih tak faham.

"Pertama sekali yang kau kena tahu, Mai seorang yang beragama Islam. Keluarga dia semua Islam. Jadi mudah cerita, kau pun kena masuk Islam kalau nak jadikan Mai sebagai isteri. Faham maksud aku?" jelas Martin cukup tenang berharap niatnya difahami.

Raut Kaiser kembali muram memandang ke bawah. Entah apa yang bermain didalam fikiran lelaki ini.

"Jadi apa yang aku kena buat?" gumamnya perlahan dan cukup didengari oleh Martin.

Martin mengukir senyum. "Mulai esok, ikut aku pergi masjid. Tempat ibadah orang Islam. Hidup kau akan berubah 180 darjah bila kau kenal Islam. Kau akan terkejut sebab di sana ada satu ketenangan yang tak ada ditempat lain. Kita mula perlahan-lahan."

KEMBALI KE MASA SEKARANG.

"Macam yang aku cakap, awalnya aku nak kenal Islam disebabkan kau. Tapi lama kelamaan, ada satu perasaan pelik yang selalu temani aku setiap kali aku ke masjid." jujur Kaiser tak lekang dengan senyuman lembut, namun entah kenapa lelaki ini terlihat sedang sembunyikan rasa hiba.

Perhatian Mai sepenuhnya kepada cerita Kaiser. Kadang dia terdetik rasa, manisnya permulaan dan perjalanan hijrah lelaki itu yang ingin kenal agama Islam.

"Rasa dia macam, ada kuasa hebat yang selalu jaga aku, tampung aku, yang biarkan aku bernafas walaupun aku selalu buat jahat. Kadang aku terharu kenapa Dia tak bencikan aku. Ustaz aku cakap, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jadi sebanyak apapun dosa yang aku buat, kalau aku dah menyesal dan janji tak buat lagi. Tuhan akan maafkan dengan mudah dan lupakan macam tu saja dosa aku."

Mai ikut merasa sebak mendengar luahan polos dari lelaki itu. Rupa saja ganas tapi argh! Nak nangis!

Kaiser senyum lagi, kali ini tubir mata terasa panas. Dia kelipkan mata laju berharap air suam itu masuk kembali. Dia ingat air paip?

"Jadi aku fikir, tak ada yang lebih mulia dan berkuasa kecuali Allah. Rasanya seperti terlahir kembali. Betul-betul ketenangan yang hakiki." usai berkata begini Kaiser pandang Mai didepannya.

"Dulu aku tak percaya Tuhan tu wujud. Kalau Dia wujud kenapa Tuhan tak tolong aku masa aku susah. Kenapa Tuhan tak matikan saja ayah aku. Kenapa tak hidupkan mami aku semula." Kaiser ingin menceritakan semua hal tentangnya.

Mai semakin tertarik. Dia menopang dagu atas meja. Makanan sudah ditolak tepi. "Jadi apa yang buat awak percaya kewujudan Tuhan?"

"Alam ni dan semua makhluk yang ada. Aku fikir, semuanya takkan tercipta dengan sempurna tanpa kuasa yang hebat. Al Quran lah yang jadi buktinya, dua laut yang tak bersatu, jasad firaun yang kekal utuh sampai sekarang, seorang manusia paling mulia yang digelar Kekasih Allah, bermacam lagi lah. Aku betul-betul kagum dengan semua ni."

Mai tekup mukanya menggunakan dua tangan. Kaiser tergelak saja melihat tingkahnya. Momen manis ini dia takkan lupakan sampai bila-bila. Akan dia ukir memori bahagia ini utuh sampai ke dasar sanubarinya.

"Awak kena tanggungjawap buat saya menangis." bicara Mai masih menekup muka. Hati kecilnya dimamah sebak dengan cerita Kaiser. Jika dia seorang yang berhati selembut sutera, pasti sudah menangis tersedu-sedu di situ.

"Tanggungjawab ya," Kaiser senyum kecil seraya mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

Tap!

Dari celahan jarinya, Mai intai sedikit kerana terdengar sesuatu diletakkan atas meja.

Mai terbungkam. Perlahan-lahan tangannya jatuh dari menutup muka. Terpaku anak matanya melihat satu kotak kecil yang begitu indah coraknya.

Kotak kecil dibuka dan terserlah satu cincin emas putih. Permata putih bersinar cantik diatasnya. Mai masih takjub.

Otak Mai seperti terjatuh kemudian tergolek saat ini. Tak sempat dia nak kutip, dah hilang otaknya. Dengan muka bingungnya dia menuding ke wajahnya sendiri.

"Awak lamar saya? Saya? Mai?" soalnya pinta kepastian. Bersinar matanya bertentang mata dengan Kaiser.

Kaiser menahan tawa. Simpan la dulu, nanti dia lepas dirumah. Lucu dan comel reaksi wanita itu dimatanya. Nak saja dia lahap wanita bertubuh kecil molek itu.

"Kau ni perosak suasana romantik la, Mai. Kalau bukan kau siapa lagi? Kau seorang saja yang aku dambakan dari dulu." bersahaja dia membalas bersama sebaris senyum yang sentiasa menghiasi rupa tampannya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#Oke next bab kita kahwin. Adeh saya plk yg terjatuh cinta dgn kaiser

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience