PIP!
Setelah pintu terbuka Kaiser melangkah masuk ke dalam kondo.
Pandangannya menoleh kiri kanan. Seperti biasa. Tiada sesiapa selain dia seorang.
Tie dilonggarkan kerana merasa lemas. Butang kemeja juga dibuka hingga menampakkan dada bidangnya. Tubuh dihenyak ke sofa panjang.
Dia bersandar belakang tubuh melepas lelah seharian kerja. Kelopak mata dipejam. Kalau wanita itu ada boleh la dia lepaskan lelah hanya dengan lihat wajah indah itu.
Hujung bibirnya naik senyum tawar. Namun sepertinya Mai mahu bekerja dengan serius tanpa niat lain. Sedangkan dia?
Tujuannya ingin merapatkan hubungan dan membuat Mai jatuh cinta dengannya. Dan... dia hanya mahu sedikit kehangatan kasih sayang dari wanita yang ia cintai.
Tetapi, dia tak mahu tergesa-gesa. Dia beri masa kepada Mai. Buat masa sekarang dia takkan melampaui batas. Padahal setiap kali pandang Mai, mahu saja dia terkam!
Ehem! Terkam maksudnya peluk.
Lama melamun sambil melayani ngantuk. Akhirnya Kaiser terlena di sofa. Biasanya tak selelah seperti hari ini. Nampaknya pertemuan dengan client hari ini amat melelahkan.
******
Seperti hari-hari biasa, Mai bersih-bersih di kondo mewah itu. Disebabkan kerjanya sedikit. Dia menambah sendiri skop kerja dengan memasak makan malam buat lelaki itu. Dua minggu sudah dia bekerja di rumah itu. Tiada apa yang terjadi. Harinya berjalan tenang dan biasa seperti yang dia harapkan.
Jadi Kaiser hanya inginkan maid, bukannya untuk tujuan jahat keatas Nita?
Terhenti seketika tangan Mai yang sedang pegang senduk.
"Sebenarnya aku ni dah serupa orang gaji dalam ni. Kenapa baru sekarang aku sedar ya?" ngomel Mai kembali sambung memasak.
"Lembab kau ni Mai." sambungnya lagi sambil geleng kepala. Padahal mengutuk diri sendiri juga.
Tak kisah la orang gaji ke, orang-orang ke, asal ada kerja. Dari jadi penganggur. Sudah la zaman sekarang payah nak dapat kerja.
"Dapat gaji pertama, terus aku cari bilik sewa!" senyum lebar Mai membayangkan hajatnya itu. Haraplah kali ini berjalan dengan lancar.
Sebenarnya gaji pertama pun sudah cukup untuk sewa rumah, tapi buat sementara dia cari bilik dulu untuk lebih hemat wang. Kerana banyak lagi keperluan yang perlu dia tangani sendiri sebagai ibu sekaligus ayah kepada Aryan.
Hah sebut tentang ayah...
Mai terdiam buat sejenak. Entah mengapa dia merasa sebak memikirkan nasib anaknya yang tak pernah merasa kasih sayang ayah. Jauh disudut hati Mai meronta-ronta ingin mengatakan kepada Kaiser bahawa mereka ada anak bersama.
Tetapi, apa lelaki itu boleh terima?
Apa Kaiser juga akan melontarkan soalan kejam yang bertanya kenapa tak gugurkan saja seperti Tuan Idris dan Zahid?
Dilihat dari luaran Kaiser bukan tipe lelaki yang baik dan boleh dipercaya. Tapi kalau lelaki itu benar tulus menyayanginya, mungkin dia akan gembira kalau dapat tahu kewujudan Aryan. Kan?
Bunyi panggilan telefon menyentak Mai yang ralit melamun.
Api dapur dikecilkan. Bergegas Mai mendapatkan telefon pintar yang terletak atas meja.
Salwa?
Bibir Mai mengoyak senyum mekar tatkala nama sahabat yang satu itu terpapar. Panggilan disambut dengan bersemangat.
"Ada apa Salwa sayang? Rindu aku ek?" meleret lembut suara Mai.
Namun suara Salwa dihujung sana termengah-mengah macam baru berlari 4 km.
"Mai! tolong aku Mai."
Membuatkan kening Mai berkerut bimbang. Apa terjadi hal buruk?
"Kau kat mana sekarang? Tolong apa? Kenapa suara kau dah serupa kena kejar hantu ni?" soal Mai agak risau. Maklum la gadis itu satu-satunya sahabatnya dari zaman sekolah menengah lagi.
Terdengar Salwa tertawa kecil. "Tak tak bukan. Jangan risau. Aku kena kejar anjing tadi. Ini dah dalam kereta. Sorry-sorry buat kau risau. Tapi seronok juga ek keluar peluh, dapat juga turunkan lemak aku ni." selorohnya.
Geleng kepala Mai. Sia-sia dia risau. "Jadi apa yang kau nak aku tolong? Tangkap anjing tu?"
"B*ngok kau Mai! Hahaha! Bukan. Sebenarnya macam ni... tapi kau jangan terkejut ya? Aku betul betul minta tolong ni?" Salwa dihujung talian seperti teragak agak. Tak seperti dirinya yang biasa.
"Ya ya ya... cakap saja. Minta tolong apa? Kalau mampu aku usahakan." ujar Mai.
"Sebenarnya abang aku tu memandai pilihkan jodoh untuk aku. Padahal dia sendiri belum kahwin. Ceh! Belum apa apa dah geram. Err... macam ni Mai... Mm macam mana nak cakap ek? Serba salah pulak. Macam ni..."
Geram pula Mai yang mendengar. "Macam ni, macam mana! Cakap betul-betul la Wa. Kawan tak kawan, tak lama kereta kau tu aku bakar." ugutnya.
"Kau tolong gantikan aku makan malam dengan lelaki tu, boleh?" terkeluar juga ucapan Salwa walaupun memeranjatkan sahabatnya yang tengah memasak itu.
"Hah?" otak Mai tak sempat bersambung itu menjadi ngelag. Cannot brain!
"Aku dah agak kau akan marah tapi sabar dulu aku boleh jelaskan. Aku ada alasan. Alasannya aku tak nak kahwin lagi. Boleh la Mai? Kali ni saja. Kau cukup makan sikit then tolak dia. Maksud aku reject dia cakap kau dah ada boyfriend. Habis cerita. Nanti hujung minggu ni aku belanja kau dengan Aryan makan. Boleh ya?" bersungguh-sungguh Salwa memujuk.
Serba salah pula Mai jadinya. Makan malam? Nak tolak pun jadi kesian dengar Salwa pinta bantuan sebegitu rupa. Tapi alasan apa dia nak beri kepada Aryan?
"Kenapa kau tak pergi jumpa dia sendiri. Kan lebih baik macam tu."
"Aku kena pergi konsert! Konsert si Yumi tu malam ni! Wah gila rugi kau tak dapat pergi. Tapi apa boleh buat, nanti aku minta sign dia untuk kau." bertukar genbira pula suara si Salwa.
Mai buat muka pasrah. Hah, kawannya ini. Memang nak aku bakar kereta dia. Tapi dia tak sampai hati menolak permintaan itu kerana Salwa sudah banyak membantunya selama ini.
Apa boleh buat. Nasib la.
"Haih, okay lah. Malam ni ke?" tanya Mai bersahaja. Api dapur ditutup. Apron di sangkut pada tempatnya.
"Ya malam ni! Pukul 9. Jangan lupa ya. Suka hati kau nak pakai baju apa. Ingat Mai jangan tertidur pula. Nyawa aku kat tangan kau Mai." ucap Salwa mula berdrama dengan suara lirih.
"Ya ya. Aku ingat. Aku tutup dulu. Ada kerja sikit."
"Ya nanti aku hantar location."
Selesai pembicaraan panjang itu. Dia duduk sebentar di kerusi dapur.
Makan malam?
Dia cukup menolak lelaki itu kan?
*******
VALAC GROUP...
Tuk
Tuk
Tuk
Jari-jari itu mengetuk meja. Pandangannya sinis dan tajam melihat beberapa helai kertas yang berisikan maklumat diri seseorang.
Belakang tubuh Kaiser bersandar santai di kerusi.
"Jadi ini rupanya bekas suami Mai. Hmm... takde la handsome sangat. Nak dibandingkan aku. Siapa lagi handsome? Mestilah aku kan." penuh bersahaja dia berkata bersama muka penuh percaya diri. Ya awak lah lelaki terkacak!
Jack mencelah kerana melihat Martin diam saja sambil menggeleng kepala. "Tak baik shaming muka orang, bos. Saya tahu bos ada rupa tapi saya tengok lelaki tu pun tak kalah jauh. Tinggi, hitam manis macam tu. Bos mesti cemburu kan?"
Lancar saja lelaki bernama Jack ini me'rosting' bos besarnya. Ini pertama kali dia berhadapan langsung dengan Kaiser. Dilihat dari luaran, sepertinya lelaki itu nampak ramah dan baik. Jack merupakan salah seorang anak buah VALAC yang lebih ahli dalam hal hack dan teknologi.
Martin tak senang duduk tatkala melihat bosnya yang cepat naik angin itu tiba-tiba menjadi kehilangan kata-kata. Bosnya itu tampak sedang dalam dunianya sendiri.
"Sorry, Kai. Dia orang baru-"
"Aku cemburu...? Macam ni rupanya cemburu." gumam Kaiser perlahan bersama riak serius namun cukup didengari kedua anak buahnya.
Martin hampir ternganga manakala Jack tersengih bangga kerana berfikir dapat meneka isi hati bosnya.
Tetapi Jack penasaran akan satu hal. Dia menghampiri Martin lalu berbisik perlahan. "Siapa sebenarnya perempuan yang bos tergilakan sangat tu? Girlfriend? Ke perempuan simpanan?"
Mujurlah bicaranya cukup didengari telinga Martin saja. Kalau didengar oleh Kaiser. Noh bayang sendirilah!
Martin melirik tajam. Agak tak senang mendengar soalan itu. "Kau tak perlu tahu. Perkara ni rahsia jadi kau takkan buka mulut kan? Boleh aku percayakan kau, Jack?"
Telan air liur Jack tatkala suara datar tetapi terselit amaran dari Martin menyapa halus pendengarannya.
"A-Aku tahu lah! Tak payah ulang banyak kali. Macam la aku ni pekak..." ngomel Jack perlahan menutup gugup.
"Bagus. Dan satu lagi..." Martin melirik sekilas bosnya yang sedang termenung itu lalu kembali berkata.
"Jangan panggil dia 'perempuan'. Nama dia Cik Maihara. Wanita yang perlu kita hormati..."
Jack menelan liur pahit buat kali kedua. Tinggi sangat ke kedudukan wanita bernama Maihara itu hingga Martin seserius itu meskipun dia memang selalunya serius. Sepertinya Cik Maihara penting bagi bosnya.
Seperti apa ya rupa wanita itu? Buatnya makin penasaran saja!
********
Sepulang dari kerja, seperti biasa kondo miliknya sepi tanpa ada sesiapa. Kaiser berjalan ke arah meja makan. Seperti biasa juga tersedia makan malam dan terselit sekeping kertas kecil.
Kertas itu diambil. Bibir lesunya mengoyak senyum tatkala membaca nota kecil tersebut. Walau Mai masih belum menerima cinta tapi dia yakin suatu hari nanti wanita itu akan membuka hati buatnya.
Tetapi, bila dia ada masa untuk Mai? Berjumpa pun tidak. Hanya mengirim pesan dan meninggalkan nota ringkas begitu. Itu pun Mai mengatakan di kertas...
  'Jemput makan. Masakan simple saja takut awak berisi pula makan berat malam-malam. Awak kena sentiasa maintain, barulah hensem selalu. Saya balik awal dari biasa. Ada makan malam dengan seseorang'
Kaiser tertawa kecil. Kadang ayat Mai terselit gurauan. Buatnya terhibur seketika.
"Eh? Makan malam dengan seseorang? Dengan siapa?"
Cuak sendiri lelaki ini ketika baru sedar. Mai sanggup pulang awal demi nak pergi makan malam! Dengannya sekali pun tak pernah! Jangan-jangan dengan lelaki? Atau jodoh yang diatur keluarga?
"Hah..." keluhan kasar dari bibir Kaiser. Dia terduduk dikerusi tatkala merasa kepala berat dan berdenyut-denyut.
Dahinya disentuh. Panas. Sebenarnya seharian ini dia merasa tak sedap badan. Lemas saja. Apa dia demam?
Demam bercampur fikiran celaru kerana ter overthinking mengenai nota dari Mai.
Kaiser memaksakan diri jua bangun lalu naik ke kamar untuk membersihkan diri.
Nampaknya dia tak perlu terlalu kongkong Mai. Takutnya dia dibenci pula. Boleh jadi Mai keluar makan bersama kawan atau keluarganya.
Selesai membersihkan diri, dia terus merebahkan tubuh tingginya ke katil bersaiz king. Demam sedikit menurun namun tetap tak sembuh jika tak disertai dengan ubat. Kebetulan pula stok ubat sudah habis. Dia juga sudah lama tak jatuh sakit.
Agaknya demam rindukan Mai. Wkwkwk sian.
Baru beberapa saat matanya terpejam dengan tenang. Deringan telefon pintar merosakkan ketenangannya untuk berehat. Mulut sudah sumpah seranah memaki si gerangan yang menelefon.
Dah agak. Panggilan dari Martin.
"Hah ada apa? Kau tak boleh bagi aku rehat sekejap ke? Kadang aku heran, kau ke aku bos. Cepat cakap sebelum aku bebel lagi panjang."
Tak sempat apa apa, Kaiser sudah serang dengan bebelannya. Potong mood nak rehat betul! Gangter pun manusia! Perlu rehat!
"Sebelum kau nak marah, dengar apa aku nak cakap dulu. Joshua buat hal lagi. Dia pergi bercuti dekat Hawaii sebab malas nak datang makan malam dengan client malam ni. Aku tahu kau penat, tapi dia nak kau yang gantikan dia. Client malam bukan orang biasa. Aku tak rasa mereka akan ikat kontrak dengan kita kalau aku yang jadi wakil." jelas Martin cukup tenang namun terdengar seperti sedikit resah. Sepertinya lelaki ini masih bekerja.
Kaiser meraup wajahnya tertekan. Dia cuba bertenang meskipun kepala sudah beri amaran keras untuk berehat. Tapi jika berkaitan dengan Joshua, dia tak mampu elak.
"S**l, aku baru rehat. 10 minit, aku nak bersiap." mahu tak mahu terpaksa juga dia pergi.
"Kau... tak nak tahu client dari mana?" soal Martin dari hujung corong.
Kaiser mula bersiap memakai pakaian yang kemas. Kemeja biru gelap melekap pada tubuh tegapnya beserta briefcase. Tie berwarna grey melengkapi ketampanannya. Rambut yang sedikit serabai dibetulkan.
"Pergi m**pus lah. Aku nak cepat-cepat balik tidur." tukasnya selamba.
"Encik Zahid, dari F.Z Corporation. Kau pun tahu F.Z Corporation milik siapa kan. Zahid kerja dengan bekas mertua dia, Tuan Idris. Jadi ini kesempatan kau, Kai." ujar Martin. Tak hiraukan kemarahan bosnya itu. Dia tahu Kaiser pasti akan tertarik jika berkaitan dengan Mai.
Terhenti sejenak sebelah tangan Kaiser yang memakai tie. Mukanya berubah dari ketat ke sengihan lebar.
Semangat bagai meresapi tubuhnya. Demam letak tepi dulu. Bantai Zahid no1.
"Hantar location. Aku pergi sekarang."
*********
Share this novel