12 : Maimai

Romance Series 8958

             KERETA diberhentikan agak jauh dari Villa Hara. Mai sengaja kerana tak ingin urusan kerjanya dengan Kaiser diketahui oleh keluarganya.

Mai keluar dari perut kereta. Dia tunduk sedikit untuk berpamitan melalui tingkap yang diturunkan. Bagaimanapun juga, dia akan bersikap sopan selama bekerja.

"Mana satu rumah kau? Yang depan ni?" tanya Kaiser keliru melihat perumahan dua tingkat yang berupa sama.

Padahal Villa Hara agak jauh dari situ tetapi masih mencolok dan menarik perhatian. Mai cuma perlu berjalan kaki lima minit.

"Ada, dekat-dekat sini saja." jawap Mai malas.

"Besok saya kerja pukul 9 kan. Awak pukul 8. Pukul 9 awak jangan ada kat rumah ek. Saya tak nak berduaan dengan lelaki dalam rumah. Saya serik orang pandang serong pada saya." sambungnya lagi berbaur tegas.

Anak mata Kaiser menatap lama sebelum tersenyum. Jika bersama Mai, entah beribu kali hatinya berbunga suka hingga tersenyum selalu. Meskipun wanita itu hanya cemberut, baginya itu tetap comel!

"Ya baiklah, Puan Maihara. Ada apa-apa call aku. Dah ada nombor kan." kata Kaiser bersahaja.

Decit Mai halus sambil membalik biji mata. "Ya, ada."

Dalam perjalanan tadi mereka sempat bertukar nombor. Awalnya Mai tak mahu namun dipujuk oleh lelaki itu. Lebih tepatnya memaksa dalam pujukkan. Kata Kaiser, hanya sebatas urusan pekerja dan bos. Barulah Mai mengalah.

"Saya pergi dulu. Awak pergilah. Tak elok lama-lama duk bawah matahari ni. Panas, hangus kereta awak." teragak agak Mai menghalau secara halus.

"Ah, satu perkara lagi."

"Apa lagi, Encik Kaiser?" Mai sudah malas melayan. Lelaki ni nak tahan aku sampai bila? Kalau tak puas lagi borak, baik aku pasang kemah saja bersila kat sini.

"Kau cakap kau tak percaya lelaki lagi kan. Kau tak berminat lagi hal pernikahan."

Mai pandang dingin. Takkan nak sambung lagi. Dah la topik ni paling aku benci. "Jadi kenapa?"

Sengih Kaiser. "Aku tahu hati kau belum mati. Aku akan buat kau jatuh cinta sekali lagi, Mai." kenyit mata nakal lalu menutup cermin.

Kereta meluncur laju hingga meninggalkan asap ke belakang. Mai yang terkena asap itu tergamam sendiri.

"Hah, dia... gila rupanya. Aku pun gila sebab kerja dengan orang gila. Lama-lama semua jadi gila."

Mai senyum pasrah lagak seperti pasrah menunggu bencana datang menimpa.

Jalan kosong yang dilalui kereta Kaiser dipandang. Dia jadi terfikir. Bagaimana bisa lelaki gila yang seperti ahli kongsi gelap itu boleh menyukai perempuan biasa sepertinya?

Apa lelaki itu hanya ingin mainkan perasaannya? Tapi entah kenapa dia dapat lihat ketulusan dari mata hangat itu. Entah ikhlas atau cuma ingin memilikinya. Dia keliru.

Mai pusing tubuh lalu berjalan pergi. Mujurlah tiada orang diluar ketika ini. Dapatlah dia berjalan tenang.

"Kalau difikir balik, hidup aku ni boleh buat novel. Banyak juga drama. Tapi biasanya heroin kan polos, lemah lembut, baik hati, direbut ramai lelaki kacak."

"Aku? Sudahlah kasar. Gaya pun ala kadar. Tak boleh jadi mak, padahal anak baru seorang. Eh aku bercakap macam nak anak ramai. Arh sudah lah! Gila cakap sorang diri! Semua salah lelaki! Huh!"

Sambil berjalan sambil membebel. Pakcik tukang kutip sampah pun geleng kepala tengok dia.

"Kesian, padahal masih muda..." gumam pakcik yang kebetulan lewat disitu.

**********

Sepasang mata berwarna steel blue miliknya memandang siling putih lama. Pandangan kosong namun fikiran penuh celaru.

Dia berbaring sedang sebelah tangan melekap atas dahi.

Keluhan berat terlepas dari bibir Mai.

"Betul ke apa yang aku buat ni?" ngumamnya sendiri. Masih ragu-ragu dan tak yakin sebenarnya dengan tindakan beraninya kali ini. Sudah lama dia tak buat kerja gila seperti ini.

Bekerja di rumah lelaki itu? Ibarat masuk kandang harimau. Bila-bila masa saja nyawanya akan berada dalam bahaya.

Tapi itu lebih baik dari Nita yang kena. Dia masih terlalu muda dan tak tahu apa apa tentang dunia ini.

"Kalau Nita tahu mesti dia akan anggap aku rampas kerja dia. Dan kalau dia tahu, mesti dia semakin bencikan aku..." nadanya berbunyi sedih.

Sejak dulu, hubungan Mai dengan adik beradik yang lain tak terlalu baik. Terutamanya Nita. Adik angkatnya itu tak pernah anggap dia kakak meski dia selalu berusaha untuk rapat.

Tapi itu bukanlah halangan. Apa-apapun gadis itu tetaplah adik yang dia sayang. Mungkin kali ini dia akan melindungi Nita dari belakang layar saja.

Mai tertawa kecil. Lucu pula bila teringat kata-kata yang penuh tekad beberapa hari lalu.

"Rencana hidup. Cari kerja bagus, sewa rumah sederhana, besarkan Aryan sebagai ibu yang paling baik. Huh, semuanya tak berjalan lancar macam yang aku harapkan..."

Perlahan mata kuyu itu mula terkatup.

****************

"APA?! Wah! Padahal belum start kerja tapi saya sudah dibuang."

Suara marah Nita menarik perhatian beberapa pelanggan yang turut ada di cafe tersebut.

Namun Martin yang terkenal bersikap profesional dan handal dalam menangani apa jua situasi mampu selesaikan itu.

"Saya faham Cik Nita marah. Encik Kaiser Lee juga titip maaf sebab beri harapan kepada Cik Nita. Macam yang saya jelaskan tadi. Encik Kaiser terpaksa jual kondo jadi dia tak perlukan pekerja pembersih. Walaupun begitu, pihak kami akan bagi pampasan sebagai hadiah mohon maaf sebab buat Cik Nita hilang kerja. Harap Cik Nita dapat kerja yang lebih baik." terang lelaki tenang ini. Muka tak bersalah saja kerana terpaksa berbohong mengenai jual kondo. Arh Kaiser selalu buat dia berdosa.

Dengar saja wang pampasan, amarah Nita yang membuak-buak tadi mengendur. Tertarik jika melibatkan wang. Melihat dari aura lelaki bernama Kaiser itu, sepertinya lelaki berpoket tebal. Agaknya seberapa banyak wang yang akan dia terima.

Nita memeluk tubuh santai pura-pura tak tertarik. "Huh! Mana duitnya, tengok?! Entah-entah berapa ringgit saja."

Walau begitu masih juga ulur tangan.

Martin hulur sebungkus duit didalam sampul koko.

Glup!

Telan air liur Nita melihat ketebalan wang itu. Benar dugaannya. Wang yang diterima ini terlalu besar jika hanya untuk tutup kesalahan mereka. Sampul duit itu dilempar semula atas meja.

"Cih, setakat itu ayah saya pun boleh bagi. Awak dengan bos awak tu memang murah ya. Rasuah saya dengan duit seciput. Hah, padahal saya pun tak hingin nak jadi bibik dalam rumah dia. Dia sendiri yang tiba-tiba offer kerja. Saya terima sajalah. Saya dah agak, dia memang orang yang mudah buang orang. Hey Encik Martin! Kalau setakat lima ratus ribu, bawah karpet rumah saya sajalah! Hak alah!" angkuh Nita sengaja memprovok lelaki itu. Kut kut nak beri dia lebih banyak.

"Kalau Cik Nita sekaya tu. Jadi kenapa Cik setuju dengan offer kerja bos saya. Padahal kalau dikira. Gaji yang bos offer nampaknya sebutir pasir saja bagi Cik Nita." selamba Martin bertanya. Dan sedikit penasaran. Kalau sudah kaya kenapa nak juga kerja yang begitu. Tak gitu?

Nita pandang tak percaya. Tertawa sinis. Wah selamba dia perli aku!

"Encik tak perlu tahu kenapa saya nak kerja. Itu urusan saya."

Martin masih bersikap tenang. Dia menulis sesuatu pada kertas kecil seperti cek. Lalu diberi kepada gadis itu yang kebingungan.

"A-Apa ni?"

"Saya tambah lagi lima ratus ribu. Total duit saya rasa dah mampu tebus kesalahan pihak kami. Harap maaf sekali lagi. Saya minta diri dulu." Martin bangun dari kerusi sambil membetulkan briefcase yang melekat pada tubuh tinggi tegapnya.

Sempat hujung bibirnya mengoyak senyum sinis melihat Nita cuma membisu dan menunduk.

"Kalau begitu, urusan kita selesai sampai di sini. Harap Cik Nita elakkan  terlibat dengan kami lagi kalau nak hidup aman." usai berkata sopan begitu Martin berjalan pergi dengan gayanya. Wah, bagai badai salju berbahaya yang baru pergi. Maskulinnya tak jauh kalah dari Kaiser tapi Kaiser lebih mencolok.

"Hehe duit... ah wangi!" tertawa senang Nita mencium duit setelah kelibat Martin sudah pergi.

Bermacam macam hal hiburan yang terlintas tika ini setelah mendapat wang berkepuk begitu. Sebenarnya alasan dia ingin bekerja kerana kad kreditnya sudah di ambil oleh Tuan Idris.

Kerana dia sentiasa habiskan wang dalam berfoya-foya, ayahnya marah besar. Tambah pula setelah itu dia dibuang universiti. Sekarang sumber wangnya hanya Puan Sharifah. Yah, walaupun wanita itu memberinya sekadar cukup makan dan seadanya.

Dulu Puan Sharifah sentiasa memanjainya bagai dia satu satunya anak emas dalam rumah itu. Namun setelah Mai kembali. Ck!

Argh mood kembali buruk jika memikirkan Mai. Kakaknya yang pura-pura baik itu!

Tapi sekarang...

Mata Nita kembali bersinar gembira melihat wang ditangan.

'... elakkan terlibat dengan kami lagi kalau nak hidup aman.'

Senyuman Nita memudar. Teringat pula ucapan Martin sebentar tadi.

"Apa maksudnya? Kalau aku terlibat, aku boleh mati ke? Huh! Merepek."

**********

Pagi ini seperti yang direncanakan. Kerja dengan aman dan jangan bertembung jangan Kaiser!

Mai telan air liur. Sudah sepuluh minit berdiri depan muka pintu utama. Pintu dibuka, dia melangkah masuk.

Matanya bersinar. Sempat takjub melihat kemewahan dan kekemasan setiap perabot yang tersusun cantik.

Lihat dari luar saja sudah gah mewah, masuk kedalam makin la. Dia bukannya tak biasa dengan pemandangan begini tapi...

Mai pandang tak sangka. "Biar betul rumah gangster kemas macam ni. Bukan ke selalunya ada senjata berbahaya macam dalam filem? Pedang ke? Patutkah si mantan spy ini mencari? Hehe..."

Dia agak penasaran dengan hal itu. Ah, tapi... dia bekerja dengan Kaiser bukan untuk sumbat lelaki itu dalam penjara. Dia cuma lakukan tanggungjawab sebagai kakak Nita.

Mai mengatur langkah ke arah bilik stor untuk mengambil segala peralatan pembersih.

Vacuum, pembersih tingkap, dan alat lain diambil.

Mai pandang tak percaya dirinya sendiri. Nak tergelak pun ada. Kerana tika itu dia tak sengaja melewati cermin besar.

"Wah, Si Spy yang gila kerja sampai mandi empat kali seminggu, bilik sewa dulu dah serupa kandang kambing. Tiba-tiba bersih rumah orang." kata Mai perlahan kepada dirinya sendiri. Lucu. Rasa nak tampar muka sendiri.

Sempat pula dia berpusing dan pose disitu ala-ala pelayan istana kerajaan kuno dahulu.

Setelah sepuluh minit bersih bersih ala kadar. Mai berdiri tegak ditengah ruang tamu seperti orang-orang ditengah padang.

Peluh pun tak keluar. Penat pun tidak.

Mai pandang aneh kiri kanan. "Biar betul ini saja kerja aku? Rumah ni awal-awal lagi aku datang lagi dah bersih. Housekeeper apanya? Merepek."

Takkan la kerja dia sapu habuk saja. Dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Mesti bosan.

Tapi apa yang buat Mai merasa kepikiran dan penasaran. Dia dapat mesej dari Kaiser awal pagi tadi katanya.

'Bersihkan rumah apa yang patut saja. Baju selalunya aku hantar dobi. Kalau penat rehat ya~'

'Jangan malu-malu kalau lapar makan saja apa yang ada dalam peti ais. Tak pun kau masak'

'Ah, lagi satu. Ada lagi satu stor terkunci paling hujung. Jangan masuk, bahaya'

Kira-kira begitulah mesej dari Kaiser.

"Ada apa dalam bilik stor tu ya? Bahaya? Takkan ada ular anaconda, kan?" memikirkan itu membuat Mai naik bulu roma. Cepat cepat dia turun ke lantai bawah.

*************

Martin melepas keluhan perlahan melihat muka ketat bosnya. Ya, begitulah keseharian yang perlu dia hadap.

"Apa yang kau tak puas hati lagi? Hal Nita dah settle. Mai pun dah ada dengan kau. Kau nak apa lagi?"

Muka Kaiser jelas tertekan. Lalu dibuang ke luar dinding kaca.

"Aku tak tengok muka dia lagi hari ni." ujarnya serius.

Mendengar hal itu hampir membuat Martin tergelak. Walaupun rak sebut nama tapi dia cukup tahu siapa susuk orang yang dirindui Kaiser. Padahal kelmarin baru jumpa.

"Muka saja ganas. Dalam hati ada taman... haih sahabat aku ni makin menjadi gilanya. Bawa berubat pun tak jadi agaknya." gumam Martin perlahan namun tak sangka didengari telinga lintah bosnya.

"Tak."

"Apa yang tak?" soal Martin bingung. Tiba-tiba tak. Tak tak katak?

"Tak mungkin!"

"Apa yang tak mungkin pulak? Kau ni kenapa? Takut pula aku." merinding Martin sambil gosok lengannya melihat bosnya itu tersengih kambing melihat telefon.

Fokus saja. Tengok apa? Martin mengintai sedikit.

Dilihat dari pengamatannya Mai hantar sekeping gambar makanan sepertinya dimasak oleh wanita itu. Dan tertulis...

'Saya rasa kerja saya sikit sangat sebab rumah awak dah bersih. Saya masak ni apa yang ada dalam peti ais saja. Nanti makan la ya. Kalau nak lagi sedap, panaskan balik' - Maimai

Meimei? Maimai? Apabenda siak?!

"Pfftt!" Martin menahan ketawa yang hampir meletus. Geli hati pula lihat perangai budak tadika bosnya itu.

Kaiser menjeling tajam. "Berani kau gelakkan Maimai aku. Kau sepatutnya hargai effort dia nak masakkan untuk bakal suami dia. Haih, Mai kenapa kau comel sangat..." lalu kembali tersengih melihat gambar tadi.

Geleng kepala Martin. Angau sangat dah ni. Biar betul itu sahabat yang dia kenal bertahun-tahun.

"Sejak bila kawan aku ni gila perempuan sampai macam tu sekali. Macam tak percaya pula. Betul ke ini Kaiser yang aku kenal." Martin sengaja mengusik.

Kaiser tersengih kecil. Telefon pintar disimpan.

Sejak bila?

Kalau diingat sikapnya dulu dan sekarang tak jauh beza. Jika ada Mai saja dia begini. Kadang nak saja dia bermanja dengan Mai. Tapi ditahan kerana tak mahu wanita itu anggapnya miang keladi pula.

"Sejak bila? Entah la. Mungkin sejak lima tahun lalu. Sejak dia muncul dalam hidup aku." ujar Kaiser perlahan dan cukup bersahaja bersandar di kerusi kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience