28 : Kekasih Lama

Romance Series 8958

 
        SEPASANG mata redup Kaiser menatap lama sehelai kertas kecil seperti nota. Tangannya memegang dengan penuh berhati-hati kertas yang kian rapuh tersebut. Maklum la sudah bertahun kertas itu disimpan.

Helaian yang bertuliskan beberapa kalimat itu amat berharga buatnya. Malahan mahu lipat atau tercarik sedikit pun dia tak sanggup.

Angin nyaman dari penghawa dingin membuat dia tenggelam dalam kisah silam. Apa yang bermain dalam fikirannya ketika ini biarlah hanya dia yang tahu.

Sebelah tangan memegang sebatang rokok. Sesekali diisap rokok tersebut sampai hasilkan asap yang berkepul dari mulut dan hidung mancungnya. Alcohol boleh tinggal, tabiat rokok yang satu ini susah sikit.

Kertas peninggalan dari Xing Fei iaitu maminya yang meninggal beberapa tahun lalu, disimpan elok dalam laci meja.

Sejenak bibir Kaiser membuah senyuman tawar.

"Apa agaknya tanggapan Mai bila dia tahu diri aku yang dulu. Memalukan betul kau ni Kai." getusnya sendirian.

Berada di dalam pejabat berseorangan begini, ditemani sebatang rokok dan secebis memori lama yang terus datang. Hidupnya benar-benar menyedihkan.

Sepi suasana petang menggamit rasa sayu ke celah hati kecil Kaiser. Bahunya menggalas banyak tanggungjawab. Masih banyak rencana yang belum diselesaikan.

Rokok yang hampir habis dia tekapkan ke bekas kaca di atas meja. Bara api mati serta merta. Keluhan kecil dihela.

Pandangan Kaiser jatuh ke atas meja di mana terdapat banyak kertas kerja yang belum di sentuh. Bertimbun malahan.

"Haih!" sekali lagi keluhan berat dilepaskan seraya dia bangun dari kerusi. Lengan kemeja hitam dilipat sampai siku. Dua butang atas dilepas lalu tali leher dilonggarkan kerana inginkan selesa.

Dia mahu tidur siang sebentar. Apa ingat budak saja kena tidur tengahari?! Orang dewasa seperti dia lah yang patut banyak rehat.

Kaiser berbaring atas sofa panjang yang terbuat dari kulit. Sebenarnya Martin tak masuk kerja, itu yang dia bosan dari tadi.

Kekura tangan rehat di dahi. Mata dipejam rapat ingin merehatkan tubuh sebentar.

"Martin tu pun satu hal. Yang berpantang bini dia. Dia pula yang tak datang kerja. Habis siapa yang nak teman aku yang tengah bosan ni?" ngomel lelaki itu. Padahal dia sendiri yang bagi cuti kepada Martin.

Kaiser, meskipun terkadang sikapnya konyol dan sentiasa dihiasi senyuman ramah. Hakikatnya kotak fikiran penuh dengan beban yang menggunung.

Rasa rendah diri. Mahukah Mai hidup bersama dengan orang seperti dia? Sekalipun mereka kahwin, dapatkah dia lindungi Mai dan Aryan dari sebarang bahaya? Bagaimana kalau Mai berada dalam bahaya kerana dia?

Musuh Kaiser terlalu ramai. Itu tak terkira lagi musuh dalam selimut. Joshua juga tak kalah dengan kepekaan dan otak jeniusnya walaupun usia meningkat tua. Dia tahu dia tak mampu kalahkan Joshua seorang diri.

Lebih tepatnya dia perlu jatuhkan Valac Group. Organisasi yang sudah banyak membuat jenayah ini. Hancurkan VG sama artinya dia terpaksa khianati Joshua. Sejujurnya dia tiada secalit dendam pun kepada bapa saudaranya itu.

Tetapi, dia terpaksa khianat untuk ciptakan masa depan yang cerah buat keluarga kecilnya. Mai dan Aryan... keduanya adalah kebahagiaan Kaiser sekarang. Dia perlu jaga sebaik mungkin kebahagiaan ini.

Bibir milik Kaiser tersenyum lagi tanpa sedar. Kalau orang nampak ni dilabelnya dia sewel. Sengih seorang diri.

"Rasa rindu la pula. Kacau Mai la malam ni." kemudian dia mengekek sendiri memikirkan idea nakal untuk kenakan Mai.

*****

"Berhenti Wa! Itu restoran tadi. Kau kan dah pernah pergi sekali, takkan dah lupa." tukas Mai sambil tunjuk ke sebuah restoran yang mereka sudah terlepas.

"Oh? Okay okay! Jap aku nak parking." kalut Salwa undur kereta Myvi orennya. Kereta terparking agak senget di tempat khas parkir. Maklum la tak berapa pro.

Mereka berdua menanggalkan seat belt. Aryan di seat belakang laju keluar dari perut kereta apabila pintu unlock.

"Eh anak aku! Ayan tunggu lah!" kalut Mai ikut keluar. Ini yang dia malas bawa Aryan keluar. Tak boleh berkelip mata sesaat, mula la hilang dari mata kasar.

Bukan apa risaunya berlari ke tengah jalanraya. Tak ke naya? Anak seorang tu saja.

Aryan tayang sengih apabila telinganya dipegang oleh Mai. Nak pulas risaunya menangis pula di tempat awam ni. Pegang saja lah.

"Ibu dah pesan jangan berlari kan. Kenapa degil sangat ni?" marah Mai masih kekalkan nada lembut namun sedikit tegas.

"Saja. Ayan kan budak lagi. Kena la lari selalu." jawap Aryan berani. Sengih tanpa dosa lagi. Geram pula rasa. Dia tahu yang kita tak boleh nak pulas telinga dia di tempat macam ni. Haish budak cerdik ni!

"Oh lawan ek?" Mai jegilkan mata kononnya nak nampak garang. Malah semakin buat Aryan galak mengekek.

Mereka bertiga melintasi jalan setelah pastikan tiada kenderaan yang lalu. Tiba sahaja di hadapan restoran sederhana di tengah bandar baru itu.

"Masuk dulu..." terlepas sekali lagi tangan Aryan dari pegangan Mai. Anak itu terus meluru ke suatu meja luas di mana ada beberapa orang jejaka.

"Eh budak ni. Geram pula aku." bebel Mai terhenti kejap langkahnya.

Salwa lalu di sebelah menggeleng melihatnya. "Dah la tu. Dengan budak umur lima tahun pun nak gaduh ke?"

Melongo Mai dibuatnya. Tak lepas dia pandang tak percaya kepada Salwa yang sudah berjalan mendahuluinya ke arah meja paling hujung.

Dia turut ikuti langkah gadis dara itu. Pedih juga sindiran sahabatnya itu. Kenapa dia rasa hari ini sikapnya dan Salwa seolah tertukar.

Ke mereka terhantuk kepala tadi?

Tiba sahaja di meja panjang yang ada para jejaka itu. Ketiga mereka mengambil tempat yang masih kosong. Aryan awal-awal lagi duduk atas riba Rais.

Mai senyum saja melihat keakraban Aryan dan para pemuda didepannya. Sengaja mereka adakan pertemuan sekali sekala sebabnya Calvin asyik bertanya bila boleh jumpa dengan Aryan. Alang-alang mereka juga sudah mahu pulang ke rumah masing-masing kerana cuti semester panjang.

"Buka mulut aaa... kapal terbang nak masuk..."

Aryan teruja selajur buka mulut seluas alam apabila diri mahu disuap.

"Kapal terbang sudah mendarat. Aum! Dap em!" ujar Calvin selepas disuap oleh Rais. Sengaja dia mengunyah depan muka Aryan ingin lihat anak itu menangis. Ketawa besar dua pemuda itu seronok mengusik.

Cemberut terus Aryan. Muncung itik mulutnya lalu melompat turun dari pangkuan Rais.

"Alaa merajuk pula. Sini la abang suap betul-betul." pujuk Rais bersama sisa gelak.

"Tak nak!" teriak Aryan yang sudah selamat di atas riba Hairi. Hairi layankan saja sambil tersenyum segaris.

"Hmph! Benci abang berdua tu!" dengus Aryan sambil mengunyah suapan makanan dari Hairi. Bersinar mata bulatnya menatap pemuda baik hati itu.

Aryan kemudian berpaling kepada Salwa.

"Aunty," panggilnya.

Serta merta Salwa angkat wajah. Kedua pipi sudah kembung dengan nasi. Dengan susah payah dia menelan sekaligus sampai rasa perit tekaknya.

"Ada apa Ayan?"

Mai ralit menyantap makanan miliknya wahal telinga pasang juga perbualan tersebut.

Badan Aryan bergerak ke depan untuk berbisik dengan teman ibunya itu. Siap tutup mulut gaya berbisik.

"Abang Hairi handsome kan? Apa kata aunty kahwin dengan Abang Hairi? Nanti Ayan tolong ngoratkan dia untuk aunty." bisiknya seperlahan mungkin. Dan semestinya didengari oleh telinga lintah Mai.

Apa lagi? Tersedak air Salwa dibuatnya dengan karenah anak itu. Mujur tertelan, kalau dalam mulut dah tersembur ke muka jernih suci Hairi.

Hairi sudah tutup separuh muka menahan tawa. Bergeletar badannya menahan gelak dari meledak.

"Ayan! Apa cakap macam tu? Tak sopan la. Minta maaf cepat kat aunty dan abang." marah Mai menahan nada agar tak terlalu kuat. Risaunya anak manja itu menangis.

Aryan cebikkan mulut. Tak sporting la ibu. Dia pandang dengan pandangan sayu kepada Salwa dan Hairi.

"Sorry aunty, abang. Ayan cuma rasa Abang Hairi baik la dari abang berdua tu..." dia muncungkan mulut ke arah dua makhluk yang ralit bergelak tawa sesama mereka. Apa yang diborakkan pun tak tahu la. Nasib baik mereka berdua tak dengar.

Kalau tidak dibahannya Hairi habis-habisan sampai tahun depan.

"Apa? Apa yang kau orang borak? Macam best saja." celah Calvin teruja ingin tahu.

Dan Calvin kembali berborak dengan Rais selepas pertanyaannya hanya dibalas dengan senyuman.

"Tak ada apa lah, Mai. Jangan marahkan dia sangat. Budak la tu." bicara Salwa tenang kepada temannya disamping.

Mai sekali lagi tertusuk dengan ucapan temannya itu. Hadeh Wa, kau tak kenal Ayan. Umur saja lima tahun tapi mulut dah serupa umur lima puluh.

Dia pandang musykil kepada Salwa. Yang anehnya kenapa hari ini Salwa tampak sopan saja bercakap. Selalunya Salwa yang normal bercakap dah serupa tertelan microfon.

Salwa balas dengan senyum manis tatkala Hairi tersenyum kepadanya. Malu-malu kucing pula minah ni. Suap nasi pun sopan saja gaya perempuan melayu terakhir.

Mai yang menjadi pemerhati suasana tersebut hanya tergelak kecil. Faham la dia. Itu agenda Salwa rupanya. Kalau diingat semula, dulu Salwa pernah kata yang dia minat pada Hairi.

Seronok perhati tingkah laku manusia disekelilingnya. Tanpa sengaja mata Mai bersabung dengan mata tajam Ken. Serta merta senyum Mai jadi kekok.

Tak sangka Ken turut datang. Rasanya dipaksa oleh Hairi.

Mata jatuh semula melihat makanannya. Kemudian dia pandang Aryan.

"Ayan sini. Makan dengan ibu. Kesian Abang Hairi nak makan tak selesa." panggilnya senada sambil tarik satu kerusi kosong ke sisinya.

Aryan tanpa bantahan nakal lagi terus loncat turun dari paha pemuda itu. Berlari anak ke kerusi disisi ibunya. Dia sambung makan di sini pula. Orang tua dulu kata kalau makan pindah tempat, kahwin ramai. Betul ke?

Sementara itu, Hairi kerling sekejap Ken disampingnya diam saja dari tadi. Pemuda yang satu itu memang tak banyak cakap. Dia berbual dengan orang yang dia selesa saja.

"Ken," Hairi menyiku lengan temannya itu.

"Hmm?" Ken cuma jawap dengan gumamam. Mata masih melekat pada makanan.

"Kak Mai nampak makin berseri kan? Macam seri pengantin baru. Siapa agaknya lelaki bertuah tu?" Hairi sengaja ingin usik kerana dia perasan akan pandangan Ken tertuju kepada Mai sejak tadi.

Mendadak kunyahan dalam mulut Ken terhenti. Dia jeling tajam kepada temannya yang tak lekang dengan senyuman itu.

"Mengarut apa kau?" balas Ken sedikit lain nadanya. Mereka berbicara dalam keadaan berbisik.

"Eh kau marah?" Hairi tahan tawa. Amboi mengusik ek dia.

Ken yang tersadar diri dipermainkan. Membuang muka.

"Merepek lah..." getusnya sembari sambung makan.

Getaran telefon di atas meja menganggunya. Dahinya berkerut geram.

'Clara'

Sebaris nama itu cukup membuatnya mendengus dalam diam. Ken bangun dari duduk untuk menjawap panggilan tersebut di tempat lain.

Bunyi kerusi ditarik menarik perhatian mereka yang sedang makan mahupun berborak.

Tak lama setelah itu, Ken kembali ke meja makan. Dia tak duduk malah letakkan wang not 50 sekeping ke atas meja.

Kehairanan mereka tetapi ada juga yang faham bahawa Ken sudah mahu pamit.

"Aku gerak dulu. Nanti tolong bayar." ujar pemuda itu tanpa segaris senyum. Sempat dia menepuk belakang Hairi memandang yang dia rapat cuma Hairi.

"Hati-hati woi! Jangan lari nanti tersepak batu!" jerit Rais lantang kemudian mengekek dengan Calvin.

Ken balas dengan jari tengah tanpa berpaling seraya berlari anak kerana hujan renyai-renyai turun tiba-tiba. Hujan di hari cerah selalunya sekejap saja.

Mai geleng kecil melihat tingkah tak matang dua sahabat itu. Suka dia orang mengusik Ken ek? Dia sendiri pun tak berani dengan pemuda beku itu.

*******

Tok Tok Tok

Sepi. Tiada sahutan.

Ketukkan di pintu semakin berulang apabila dia tak dilayan.

"Bos, saya boleh masuk tak ni? Dari tadi saya ketuk. Bos tak dengar." kesabaran secretary wanita itu makin tipis apabila diri masih tak dilayan.

Beginikah ujian menjadi Setiausaha dari Wakil Eksekutif VG? Patutlah setiausaha yang sebelum ini tak berapa 'setia'. Rupanya menjadi baran kerana ulah bos sendiri.

Wanita itu terus tolak pintu kaca kemudian mengatur langkah masuk ke dalam pejabat tersebut.

Bunyi derapan kasut heels setiausaha wanita itu menghampiri sofa panjang di mana ada bosnya asyik dibuai lena.

"Wah wah, dia boleh tidur?" wanita itu pandang tak percaya.

"Bos bangun la! Bos ada meeting dengan Encik Zahid. Hari tu kan dah undur, takkan nak undur lagi. Bos!" dia kuatkan sedikit volume suara.

Terangkat sebelah kening wanita cantik itu apabila Kaiser masih tak terjaga. Malah siap rentang tangan ke atas kepala. Nyenyak sungguh tidur siang. Kadang dia tergelak kecil entah apa yang dimimpikan.

Wanita bernama Vivy itu terdiam statik di situ.

Ketampanan yang sungguh sempurna. Hanya itu yang terlintas di fikiran Vivy waktu ini. Manja matanya dijamu dengan pemandangan yang sejukkan mata.

Dia menggigit bibir bawah. Punggungnya yang sebatas menutupi paha duduk atas paha Kaiser hingga lelaki itu menggeliat kecil. Berkerut kening Kaiser yang masih dalam mimpi.

Jari runcing Vivy naik membelai rambut hitam Kaiser.

"Bos, you kenapa handsome sangat ni..." bisiknya lemah gemalai. Jari turun ke dada bidang lelaki itu yang sedikit terbuka.

Lemah betul hati ini bila lihat lelaki tampan parasnya. Seksi dadanya. Rasa nak ngap! Aum!

Tok Tok

Ketukkan pintu menyentakkan Vivy. Terus dia bingkas berdiri menjauh dari bosnya yang terpisat-pisat buka mata. Datang seorang lelaki sepertinya staff di situ juga.

"Ada apa?" suara Kaiser serak basah. Dia berdehem bila rasa kering tekak. Sebotol air mineral atas meja dicapai lalu diteguk tanpa perasan kehadiran Vivy.

Kacau daun betul la! Sedap sedap aku mimpikan Mai tadi. Dah hancur lebur mimpi. Macam mana nak sambung balik?!

"Encik Zahid tukar tempat untuk meeting kali ni. Dan dia ada pesan dia nak bos seorang saja hadir." kata staff lelaki tadi mendatar. Sempat staff lelaki ini melirik ke arah Vivy.

Kaiser meraup wajahnya buat hilangkan kantuk. Lengan kemeja diturunkan semula. Tali leher juga dikemaskan.

"Nak jumpa aku seorang?" rasa aneh timbul dikala mendengar informasi tersebut. Selalunya kan secretary pun kena ada. Nak by one ke macam mana?

"Pukul berapa meeting?" soal Kaiser bernada biasa.

"Pukul dua, bos. Di Hotel Crystal Rose." jawap staff lelaki itu.

Kaiser urut lehernya yang terasa lenguh. "Sekarang jam?"

Staff itu cepat menjeling jam yang melekat pada tangan. Padahal ada saja jam di dinding. Dasar bos pemalas!

"Sekarang... jam 1250. Kenapa bos? Sempat lagi bos nak sambung tidur." sempat staff ini memerli dengan muka tanpa riak.

Kaiser yang tak sedar diri disindir hanya diam di tempat. Kaku tak bergerak. Leka dia menilik jam pada tangannya. Eh lupa, dia pun pakai jam.

Dia sedang mengira sesuatu.

Melihat bosnya lama berada dalam kondisi diam begitu. Vivy takut-takut ingin tegur.

"Bos... tak pandai tengok jam ke?"

Kaiser abaikan pertanyaan tersebut. Mulutnya terkumat sedang mengira sesuatu. Kemudian dia tengok telefon. Lalu tengok jam. Wahal dalam telefon pun ada jam. Maklum la baru bangun tidur kan. Otak lag sikit.

Dia pegang dagunya gaya fikirkan suatu masalah yang berat.

"Tak masuk waktu lagi ke?" gumamnya perlahan.

********

SEPERTI yang dijanjikan. Kaiser datang sendirian ke Hotel Crystal Rose. Dia melakukan 'itu' sebelum datang ke sini.

Langkah di atur penuh gaya ke suatu sudut di mana ada meja bulat luas. Kot berwarna navyblue terletak kemas melekat pada tubuh berototnya. Kaca mata gelap terletak elok pada hidung mancung itu menambahkan lagi aura maskulin.

Dia terus duduk setelah kerusi ditarik oleh seorang pelayan. Kaiser senyum tipis sekadar ala kadar tanda hormat.

Kaca mata gelap masih tak dilepas. Kehadirannya yang penuh bersinar tak disambut oleh Zahid yang tengah potong steak. Cis! Tenang lelaki itu menyuap daging separuh masak kedalam mulut tanpa hiraukan kewujudan Kaiser.

Kaiser tarik senyum sinis tatkala melihat dihadapannya tiada apa apa makanan. Nampaknya Zahid pesan untuk dirinya sendiri. Apa tujuan sebenar lelaki itu turut datang seorang diri ya? Meeting saja kan? Atau nak bicarakan hal personal?

Sudah la perut tengah lapar. Dari pagi tak makan. Boleh pula dia pesan untuk dia seorang! Rindu masakan Mai! Ngamuk hati kecil Kaiser.

"Ehem! Encik Zahid,"

Akhirnya Zahid angkat mukanya tanpa sebarang riak. Pisau dan garfu diletak. Tisu dicapai dan dilap tepi mulutnya.

Kaiser kekalkan wajah ramah dan setenang mungkin. Dilarang bunuh orang... dilarang bunuh orang...

"Encik Zahid tak boleh hiraukan saya. Saya pun salah seorang pemegang saham terbesar dalam F.Z Corporation kan?" ucapnya disertai senyum lebar.

Zahid memandang dingin. Mulutnya berdecit seraya pamer wajah angkuh.

"Macam mana pertunangan kau dengan Mai? Dah putus? Aku dah tanya pada ayah yang Mai tak pernah bertunang atau jalin hubungan dengan mana-mana lelaki lepas cerai dengan aku. Jadi kau bohong?" katanya panjang bersama pandangan penuh sindiran kepada lelaki dihadapan.

"Haa..." helaan nafas terbit dari mulut Kaiser kemudian terdengar dia tertawa sinis.

Rupanya ini tujuan Zahid ajak berjumpa dengan alasan disebalik meeting. Sekarang baru dia faham.

Dengan santai dia merehatkan lengan kanan atas meja. Kakinya naik menyilang agar lebih nyaman. Kaca mata dilipat dan diselit pada kemeja hitamnya.

"Rapat juga Encik Zahid dengan bekas mertua ya." bekas mertua ditekan sebaik mungkin.

Zahid masih menanti kata-kata selanjutnya kerana dia tahu ayat itu belum habis.

Kaiser sengih kacak. "Aku jealous!"

Zahid kekalkan raut bekunya. Dia kembali pegang pisau dan garfu. Sungguh menyebalkan.

"Macam mana pun juga, aku tetap menantu pertama dalam keluarga kaya tu. Dan kalau bukan disebabkan aku yang rela jadi pak sanggup, mesti keluarga tu dah tanggung malu." jawapnya dengan penuh angkuh.

Kaiser menanti percakapan lanjut dari lelaki berpakaian kemas itu. Dia mahu lihat sejauh mana Zahid ingin bicarakan hal personal.

Daging yang dipotong disumbat kedalam rongga mulut. Zahid kerling sekilas Kaiser didepan.

"Kau tak tertanya-tanya Mai dulu orang yang macam mana?" tanya Zahid secara tiba-tiba.

Kaiser kembali memakai kaca mata gelap. Mungkin dia tak mahu ekspresinya dibaca. Air mukanya juga telah berubah dikala nama Mai disebut. Dia bersandar selamba pada kerusi putih tersebut.

Pembicaraan sayup-sayup dari pelanggan di meja lain dibiarkan bagai angin berlalu.

Kaiser menunggu kata kotor apa lagi yang keluar dari mulut Zahid. Selagi dia boleh sabar dia sabar.

"Mai dia... pregnant anak lelaki lain sebelum nikah dengan aku. Aku terpaksa terima duit yang bapak dia yang kaya tu bagi. Tapi yang penting, aku cuma nak kau tahu siapa dia sebelum kau nak jalinkan hubungan yang lebih jauh dengan dia." Zahid membuka cerita tanpa rasa bersalah.

Tanpa mengetahui apa yang ditahan oleh lelaki didepannya itu. Kalau la dia tahu segila apa Kaiser dulu. Dan mujurlah itu kisah dulu.

Tiada secalit senyuman pada wajah Kaiser. Di sebalik kaca mata itu, lama mata tajamnya melihat ke arah pisau yang sedang dipegang oleh Zahid.

Apa yang patut dia buat ya supaya Zahid menyesal dengan ucapannya barusan?

"Bukan ke kau dah lari topik. Aku datang bukan untuk dengar cerita pasal Mai." Kaiser bersuara setelah berdiam lama.

"Jangan salah faham. Aku bukan nak burukkan nama Mai. Aku cuma nak pesan supaya jangan sakitkan hati Mai. Dia bertahun jadi isteri aku, tipulah kalau aku kata aku tak sayang." tukas Zahid tenang.

"Lari topik lagi... hey dengar sini." Kaiser menongkat siku atas meja lalu mendekat ke depan.

"Kau tak boleh sebarkan aib ex wife kau sesuka hati macam tu. Dengan pesanan supaya aku tak sakitkan hati Mai? Alasan yang tak masuk akal."

Kemudian dia menjauh. Sengihan diberi. "Kau curang belakang dia boleh pula. Kalau kau nak tahu, aku paling benci orang macam kau."

Zahid terkedu. Cepat dia angkat muka dengan serius.

"Kau tahu dari mana pasal aku? Kau... siapa sebenarnya?"

Kaiser melepas keluhan kecil. Dia dah terlepas cakap.

Dia bangun berdiri seraya membetul kancing kot. Kaca mata gelapnya dinaik dengan satu jari.

"Aku kekasih lama Mai." jawapnya selamba badak. Tampaknya dia perlu segera beredar takutnya dia tak mampu kawal amarah bilamana melihat muka jengkel Zahid.

Terpempan Zahid mendengar kenyataan tersebut. Dia terkedu tak terkata. Dia hanya mampu pandang belakang tubuh Kaiser yang membelakanginya.

"Dan lagi satu. Aku silap! Kau bukan orang yang aku perlu jealous!" laung Kaiser sambil angkat satu tangan ke atas tanda ingin pamit.

Meeting yang hancur bersama dengan orang yang menyebalkan. Hanya itu yang dirasakan oleh Kaiser.

Dia mengorak langkah besar sampai ke pintu utama yang dibuka automatik. Keluar sahaja sesosok tubuh Kaiser diluar. Bahang panas matahari menyerang kulit.

Dia hampiri kereta yang diparking.

"Kau beruntung Zahid sebab aku dah berubah..." gerutunya perlahan.

Kekasih lama...

Terlintas kembali ayat yang dia lontarkan sebentar tadi. Kaiser tertawa senang sembari meloloskan diri kedalam perut kereta.

Cantik juga, kekasih lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience