TING
Sebaik sahaja terbuka pintu lift, kasut tumit tinggi brand Tom Ford miliknya menapak keluar dari perut elevator tersebut.
Mai sempat berpaut pada dinding. Langkahnya longlai menuju ke pintu utama yang mula terlihat dari sini. Banyak kejutan dalam satu hari ini membuatkan kepalanya diserang pening. Sebu dalam perut seakan bila-bila masa saja akan termuntah.
Perut bahagian kiri terasa pedih setiap kali dia melangkah. Bila difikir balik, rupanya dia belum makan dari semalam. Pagi ini pun tak sentuh apa-apa makanan. Dan sekarang matahari sudah terpacak atas kepala.
Gadis penyambut tetamu tadi berlari anak bantu memapahnya.
"Puan! Puan macam nak pitam saja. Puan tak sihat ke? Mari saya hantar ke hospital." gadis muda berbaju kurung moden ini terlihat risau.
"Tak apa, ada orang yang tengah tunggu saya diluar." Mai tolak lembut tangan gadis itu dari menolongnya. Senyum tipis sedaya upaya diukir untuk menyedapkan hati gadis itu. Mukanya pasti pucat saat ini.
"Betul ni tak nak saya hantar? Muka puan nampak pucat sangat..." gadis muda itu jelas masih ragu-ragu mahu melepaskan Mai dari berjalan sendirian.
Alahai. Mai sempat tergelak kecil melihat kebaikan gadis yang baru dia temui tadi.
"Nanti kita akan selalu berjumpa. Bye..." lambai Mai seraya melangkah keluar dari pintu utama yang terbuka secara automatik.
"Bye! Hati-hati puan! Jangan sampai pengsan!"
Sempat telinganya menangkap suara laungan gadis muda tadi yang turut membalas lambaian.
Apabila berjalan dibawah terik matahari ini membuatkan pandangan Mai semakin berpinar. Kepalanya pusing ditambah perut yang memulas minta diisi.
"Haa... jangan la pengsan sekarang." ngumamnya lemah. Tulang lutut terasa longgar mujurlah dia sempat berpegang pada kereta Axia yang terparking ditempat parkir tersebut.
Mata kuyu yang hampir tertutup itu melingas sekeliling mencari kereta Kaiser diantara banyak kereta di sini.
Dalam menunduk menahan bahang panas mentari, tak semenanya bahu Mai terlanggar bahu seseorang.
Buk!
"Maaf..." katanya perlahan. Kepala Mai tetap menunduk lihat jalan tar.
"Mai? Kau buat apa kat sini?"
Zap!
Terkelu lidah Mai apabila suara familiar itu menyapa halwa pendengarannya. Teringat pula syaratnya kepada Tuan Idris semasa didalam pejabat.
"Mai boleh bekerja di syarikat ni lagi. Tapi dengan satu syarat, Mai tak nak berjumpa atau bertembung dengan Zahid."
"Ayah faham. Tapi kalau bertembung secara kebetulan, ayah tak dapat jamin. Dia pun bekerja di sini jadi mustahil kamu takkan bertembung langsung. Tapi ayah akan tempatkan kamu dibahagian yang paling jauh dari Zahid."
Mai ketap gigi menahan rasa ingin lari. Mata dipejam sejenak sebelum dibuka. Dia perlu pura-pura kuat ketika ini.
"Mai kau nampak pucat. Kau demam ke?" spontan tangan Zahid menyentuh dahi Mai.
Mai tepis kasar tangan itu sembari melempar tatapan tegas.
"Tak ada kaitan dengan awak, Encik Zahid. Saya akan bekerja di sini tak lama lagi jadi saya harap awak jangan tegur saya." pesan Mai tegas. Dia benar-benar maksudkan itu kerana dia sudah tak mahu ada hubungan dengan Zahid.
Mai berjalan mendului lelaki itu yang tampak terkedu. Nafasnya sedikit tercungap ditambah keringat membasahi tiap sudut wajah.
Rasanya kalau ditiup angin pun dia akan tumbang.
"Tunggu Mai! Apa maksud kau jangan bertegur! Aku cuma risaukan kau!" merah padam muka Zahid sambil merentap lengan wanita itu hingga berpaling padanya. Agaknya harga diri lelakinya tercalar setelah mendapat peringatan dari Mai.
Mai rentap kembali lengannya yang dicengkam kemas dengan segenap tenaga yang tersisa. Bibir Mai tercarik senyum sinis.
Benar, Zahid seorang yang pentingkan harga diri. Tercalar sedikit sahaja, pasti dia akan pertahankan.
Keluar dah baran dia. Perli Mai didalam hati.
"Jangan macam-macam Zahid ditempat awam ni. Ke tepi lah, saya nak balik. Jangan ikut saya!" peringatan tegas diberi sekali lagi seraya Mai berjalan lemah melintasi jalan.
"Mana dia ni... tak nampak pun kereta. Takkan la dia tinggalkan aku." hati Mai dicuit gelisah apabila masih tak terlihat kelibat kereta Audi kuning Kaiser. Ditambah pula Zahid yang mengikutinya dengan muka berang.
Saya takut... mana awak ni Kai? Tangan Mai menggigil tatkala bayangan masa lalu bersama Zahid terlintas dalam benak. Dulu tiada seinci pun tubuhnya yang tak lebam dikerjakan oleh Zahid. Lelaki itu benar-benar baran!
"Mai! Aku tak habis cakap lagi! Maihara!" jerkah Zahid ikut melintasi jalan tar ditempat parkir tersebut.
Mai melajukan larian dan,
Criiittttt!!
Sebuah kereta yang melaju brek dengan mendadak menghasilkan bunyi yang berdesing telinga. Situasi menjadi sepi buat beberapa saat.
Langkah Mai mati. Segera dia berpusing ke arah Zahid tadi. Alangkah terkejutnya dia lihat Zahid sudah terduduk atas jalan tar.
Muka lelaki itu pucat lesi seperti tiada langsung darah merah. Beberapa inci lagi kereta itu akan menempuhnya jika tidak dibrek.
Kereta Audi R8 kuning didepannya dipandang marah dengan muka menyinga.
"Keluar gila! Kau sengaja nak langgar aku kan?!" herdik Zahid bangun berdiri sambil mengibas seluarnya yang terkena pasir.
Lidah Mai terkelu apabila cermin gelap kereta itu menurun. Terpacul kepala seorang lelaki berkaca mata hitam.
Kaiser dengan muka tak berdosanya berkata kepada Zahid. "Sorry sengaja eh- tak sengaja. Tak nampak! Ingatkan biawak lintas! Rupanya Encik Zahid, maaf-maaf. Kalau tahu saya tak brek."
Pakej dengan sengih kambing lagi. Makin mendidih la hati Zahid yang sedia panas itu.
"Kau! Memang..." jari telunjuk Zahid naik menuding kepada Kaiser. Mencerlung garang matanya bersabung dengan Kaiser. Segala kata caci makian dikumpulkan dalam kepala ingin lepaskan sekaligus.
Kaiser toleh selamba ke arah Mai yang masih membatu.
"Masuk Mai! Sebelum biawak tu calarkan kereta aku." laungnya disertai dengan tawa lucu. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka.
Tersentak Mai. Sebelum berlari anak masuk kedalam kereta, sempat dia kerling simpati kepada Zahid.
Masuk sahaja wanita itu kedalam perut kereta. Kaiser keluarkan kepala semula ingin panaskan lagi hati Zahid yang sedia bergelegak.
"Jangan berani usik milik aku, Zahid. Kau pun ada keluarga, jangan sampai aku usik keluarga kau yang tak bersalah tu." usai memberi amaran bernada serius.
"Ada anak bini, jagalah baik-baik! Jangan sibuk nak jaga bakal bini orang!" menyempat Kaiser jelirkan lidah lalu sebelum cermin gelap itu ditutup sepenuhnya.
Zahid tak sempat berbuat apa-apa. Sedar-sedar saja kereta kuning itu sudah melaju pergi meninggalkan dirinya yang diamuk emosi di situ.
Motosikal awam yang terparking elok di situ disepak sampai terjatuh untuk lepaskan amarah. Hoi muto orang tu!
Dia pandang bengang ke arah laluan yang dilalui kereta Kaiser sebentar tadi.
"Arghhh!! Tak guna! S**l kau Kaiser!"
*****
KEHENINGAN didalam kereta hanya diisi suara nyanyian dari radio. Mai yang sudah nyenyak dibelakang dilirik dengan cermin pandang belakang.
Kelajuan kereta diperlahan sedikit apabila melihat sisi kepala wanita itu terhantuk pada cermin. Volume radio juga diperlahankan tak mahu ganggu lena si dia. Seraut wajah Mai terlihat benar-benar lelah dan pucat. Selepas dia beri roti berperisa jagung, Mai terus terlentok kepala. Penat sangat agaknya.
Pandangan Kaiser kembali fokus memandu meskipun dalam kotak fikirannya dipenuhi caci makian buat Zahid.
"Haa... piece of absolutely sh*t. Just f*cking bullsh*t." makinya perlahan. Stereng digenggam erat menampakkan urat tangannya.
Tatapan tajam menikam melihat jalanraya dihadapan. Jika matanya keluarkan pedang rasanya sudah tembus jalan.
"Jangan selalu sangat cabar aku, Zahid. Dah lama aku tak kotorkan tangan." gumamnya sendirian. Bara dalam hati kian membara tatkala teringat semula lengan yang Mai direntap kasar oleh Zahid.
Matanya kerling semula pada cermin pandang belakang apabila terdengar suara keluhan panjang. Wanita itu sudah mencelik mata sambil menikmati pemandangan diluar cermin.
"Cakap saja, aku tahu kau nak cakap sesuatu." suara Kaiser memecah kesunyian di antara mereka.
Matanya yang kuyu Mai pejam sejenak sebelum dicelik. Denyutan dalam kepala menjadi lebih ringan setelah tidur sebentar.
"Saya tahu awak marah kalau saya cakap ni. Tolong jangan apa-apakan Zahid." akhirnya Mai bersuara setelah lama membisu.
Tercetus tawa sinis dari bibir Kaiser. Hatinya semakin marak di amuk cemburu bila mendengar pesanan begitu dari perempuan yang ia sayang.
"Aku tak sangka kau masih belum move on. Kau masih sayangkan dia?" soalan sinis terpacul dari lisan Kaiser.
Mai mengeluh kecil. Kaiser dipandang. "Bukan macam tu. Awak jangan cepat sangat salah faham. Macam yang awak kata, dia ada anak ada isteri. Saya tak nak la keluarga yang tak berdosa tu pula tanggung derita disebabkan Zahid."
Senyuman senget Kaiser mati. Entah apa yang bermain dalam fikiran lelaki ini, Mai tak dapat meneka. Namun mengingat sifat Kaiser dulu yang diceritakan oleh Martin. Sepertinya Mai tahu lelaki itu sedang berniat buruk.
Dia cuma... tak mahu Kaiser masuk penjara dan berbuat jahat lagi.
"Aku dah lama bersabar. Makin dibiarkan makin melampau Zahid tu." ujar Kaiser selepas api cemburunya mereda.
"Saya faham. Saya cuma tak nak awak kembali kepada diri awak yang dulu. Awak kan dah berusaha berubah jadi lebih baik. Jangan goyah hanya disebabkan Zahid." terang Mai tak mahu niatnya disalahfahami.
Kening Kaiser terjongket mula tertarik. Dia menguntum senyum suka. Hilang sudah marahnya.
"Kau perasan aku berubah? Sejak bila?" soalnya ingin tahu.
Namun, riak Mai kekal serius memandang keluar tingkap.
"Belakangan ni. Awak dah tak jejak kaki ke club kan?"
Makin berbunga hati Kaiser. Tak sangka wanita itu perhatikan dia selama ini. Dia berdehem menutup malu.
"Kau... suka diri aku yang sekarang?" dia bertanya malu-malu tai kucing.
Mai menguntum senyum tipis. "Awak memang mirip dengan Aryan. Saya ingatkan rupa saja sama, rupanya perangai pun sama."
Curious Kaiser jadinya. "Perangai?"
"Minta dipuji!" kata Mai bersama gelak kecil. Badan yang lemas dan lenguh diregangkan. Dia berbaring di seat belakang sambil tangan menjadi bantal.
"Dah sampai kejutkan saya ya." pesan Mai sembari mengatup kedua mata. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin dia tanyakan kepada Kaiser. Pertanyan tersebut sudah lama dia simpan, cuma tiada masa sesuai untuk bertanya.
"Baiklah, puan..." jawap Kaiser selajur menyimpul senyum. Kalau tadi seperti askar, sekarang seperti driver.
*****
WAJAH lelaki berkulit sawo matang itu disimbahi cahaya komputer didepannya. Komen-komen negatif baik positif dibaca satu persatu. Tangan sibuk bermain tetikus atau dipanggil mouse.
Melebar senyuman jahatnya membaca setiap bait komen negatif yang mengutuk Mai dan Kaiser. Fitnah yang ia sebar nampaknya mendapat sambutan yang meriah.
Tubuh tingginya bersandar pada kerusi gaming yang kadang berputar. Dia puas! Puas dapat huru harakan hidup orang yang dia sukai.
"Mai Mai... aku teringin nak tahu cara kau selesaikan masalah ni." ngomelnya sendirian didalam kamar gelap tersebut. Hanya bergantung dari cahaya komputer.
Terkadang dia ketawa membayangkan muka cuak wanita itu. Dia ingin menikmati reaksi terkejut Mai apabila Mai tahu siapa yang sebarkan fitnah ini. Pasti lucu!
Ekor matanya terpandang sehelai t-shirt biru muda yang tersangkut kemas. Baju tersebut dicapai kemudian dihendus sedalam-dalamnya bauan baju itu.
"Mai... perempuan hipokrit." baju itu dibawa menggesel ke pipinya seolah-olah ingin berkasih sayang dan bermanja.
T-Shirt yang pernah dipakai oleh wanita itu ditatap lama. Bibirnya mengoyak senyum bahagia.
"Mai yang cantik, aku akan ajar kau cara hidup didunia kotor ni. Sabar ya, nanti aku buat kau hilang orang yang kau sayang. Banyak lagi kejutan yang aku siapkan khusus untuk kau..." bisiknya seraya mencium lama baju tersebut.
Klak!
"Hoi keluar!"
Terbuka sahaja pintu kamarnya, muncul sosok tubuh sasa teman serumahnya.
Spontan dia tutup komputer terus gelap kerana tak mahu temannya itu lihat. Baju yang dia pegang juga jatuh atas riba. Dia hadiahkan jelingan geram kepada temannya yang tak reti nak ketuk pintu itu.
"Sekali lagi kau masuk bilik aku, aku bakar semua boxer kau." ugutnya serius. Lesap muka psiko tadi.
Raden garu kepala yang tak gatal. Sengihan serba salah ditayang.
"Rilex lah. Kau ni serius memanjang. Kecil hati aku. Bilik kau ada harta karun ke apa, Raf?" Raden masih tetap dengan gurauan hambarnya.
'Dia' kembali menatap komputer yang dihidupkan. Pandangannya kosong. Gurauan tersebut tak disambut.
"Kau nak apa lagi?" soalnya senada.
Sengihan Raden memudar bila gurauannya diabaikan. Lantas menjawap lesu. "Bos baru aku ada kasi bonus sikit sebab kau dah jumpa orang yang dia cari. Jadi disebabkan kau yang tolong aku, aku dah beli lebih pizza. Keluarlah makan sama."
'Dia' yang fokus dengan komputer berdecit malas.
"Kau makan saja semua. Aku tak makan pizza."
Raden tak dapat sembunyikan rasa girangnya. Membayangkan tiga kotak pizza yang dia habiskan seorang diri. Ah mantap! Kenyang sampai lusa.
"Okaylah, kalau kau tak nak. Tapi jangan menyesal ek!" peringatan terakhir diberi. Dia bersedia ingin keluar dari kamar tersebut.
Si dia menjeling malas. Jari tengah diangkat separa.
"Ciss! Dasar hati batu." decit Raden kemudian menutup pintu sepenuhnya. Siap mencebik mulut tak puas hati.
Kamar kembali gelap gelita setelah dia matikan komputer. Dia angkat punggung dari kerusi gaming. Kemudian merebah diri atas katil bersaiz single.
Satu tangan dijadikan bantal buat kepalanya. Satu lagi berehat atas perut. Siling dipandang meskipun gelap gelita.
"Ciss! Dasar hati batu."
Dahinya sedikit berkerut akibat terganggu dengan makian ringan yang dilontarkan oleh Raden. Dia tak kisah dengan makian lain tetapi mengapa yang ini terasa begitu mengganggu.
Mata dipejam memaksakan diri untuk tidur. Namun otak bertindak berlawanan. Semakin dia usir, semakin menyerbu datang memori pahit masa silam. Berpusu-pusu datang ingatan kelam.
"Jangan dekat dengan dia, bapak Si Raf tu pembunuh! Mak dia penagih dadah!"
"Anak dengan bapak sama-sama gila! Hahaha!"
"Kau r**ol kakak kau?! Kau tahu tak dia sampai mengandung sekarang ni! Kau gila ke?! Mana aku nak letak muka aku yang dah kotor ni!"
Dirinya yang masih budak menggeletar ketakutan apabila ditengking maknya. Dia memohon dikaki maknya merayu agar jangan dipukul lagi.
Air mata menghujani mukanya tak dihiraukan. Penjelasannya di anggap alasan oleh si emak yang dikuasai amarah.
"Bukan Raf, mak! Sumpah bukan Raf yang r**ol kakak!"
Maknya semakin bengang. Dirinya yang menangis dikaki disepak kasar hingga tersandar pada dinding.
"Kalau bukan kau, habis siapa lagi?! Kakak bukan jenis berkawan dengan jantan. Dalam rumah ni kau dengan bapak kau saja jantan tak guna!"
Dia seperti mendapat peluang apabila bapaknya disebut. Benar, ayahnya yang sampah itu yang meniduri kakak.
"Ayah! Ayah yang buat kakak mengandung! Raf pernah nampak ayah masuk bilik kakak!"
Pang!
Matanya langsung terbuka kerana masih mengingati pedih tamparan dari wanita bergelar emak itu.
Dia bergolek di atas katil mengusir segala perasaan aneh yang muncul berpusu-pusu. Akhirnya dia berhenti selepas penat sendiri.
"Bukan salah aku kalau aku jadi gila macam ni. Dunia yang terlalu menjijikkan buat hati aku jadi sekeras batu..." bisiknya perlahan bersama seraut wajah yang kosong. Tiada secalit senyuman pada bibirnya.
Hatinya mati rasa. Tiada lagi perasaan normal yang dimiliki manusia normal. Sedih, bahagia, suka, derita, apa itu? Sudah lama dia tak merasai perasaan itu.
Akhirnya dia melepaskan keluhan halus sebelum memejam mata.
"Orang yang hadap saja tahu macam mana rasa. Hidup dalam dunia yang penuh munafik dan kotor ni..."
Share this novel