VILLA HARA.
 Â
    SEKEJAP saja masa berjalan. Tiba juga hari dimana dua hati akan disatukan. Seperti yang dikatakan oleh Mai, pernikahan akan diadakan secara kecil-kecilan di sebuah masjid.
Atau lebih tepatnya secara diam-diam. Sanak saudara dan orang terdekat saja dijemput. Kerana ini adalah akar utama dari rencana Tuan Idris yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah gossip putri sulungnya.
"Tutup mata, cik." pinta MUA wanita yang sedang merias wajah Mai.
Mai menurut. Atas kelopak matanya dipakai eyeshadow yang berwarna brown. Make up soft-soft saja untuk naikkan seri memandangkan parasnya sudah cantik semula jadi. Sentuhan yang cukup halus itu membuatkan Mai hampir terlena. Berapa kali juga dia tersengguk.
"Siap! Wah cantiknya Cik Maihara. Dah macam orang rusia dah." tulus pujian dari wanita perias itu sambil merapikan tudung shawl yang dikenakan oleh Mai.
"Melebih tu, kak. Muka saya setakat muka orang asia saja." tukas Mai rendah diri wahal dalam hati berbunga juga dipuji begitu.
Mai tilik lama wajahnya yang terpantul pada cermin dihadapan. Penampilannya sangat simple tetapi elegan.
Dia mengenakan baju kebaya moden berwarna putih, bersulamkan benang kuning keemasan. Shawl putih labuh menutupi dada.
Takjub memerhati dirinya sendiri. Mai sampai tak terkata. Dia benar-benar tampak berbeza apabila mengenakan hijab. Sejujurnya sudah lama dia teringin mahu pakai hijab, dan saat ini barulah hajatnya tersampai.
Apa kata dia mula bertudung mulai sekarang?
Hidupnya selama ini tak pernah tenang. Hatinya kosong seperti ada satu hal yang tak cukup. Dia berdoa munajat kepada Tuhan berharap Tuhan kabulkan permintaannya. Tetapi dia sendiri yang tak patuh pada perintah Tuhan. Mai baru sedar, itu sangat tidak adil.
Ampuni hamba yang penuh dosa ini, Ya Allah. Monolog Mai dalam hati. Menenangkan lara yang bertamu.
MUA wanita tadi sibuk mengemas barang riasnya. Sesudah itu dia meminta diri keluar dari kamar mewah tersebut.
Puan Sharifah yang sedang berdiri dimuka pintu memerhati lama Mai yang berseorangan. Senyum sebak terlakar pada wajah wanita ini.
"Bertuah anak. Lama menghilang, balik-balik dah nak kahwin." ngomel Puan Sharifah perlahan dan cukup telinganya saja yang dengar.
Tak mahu ganggu anaknya yang sedang menilik didepan cermin, Puan Sharifah beredar dari situ tanpa tutup pintu. Sepertinya Mai tak perasan kehadirannya.
Getaran telefon yang terletak atas meja solek, menarik perhatian Mai. Dicapai telefon canggih tersebut.
Mesej dari unknow?
Kening Mai yang terlukis cantik itu berkerut. Awalnya dia mahu abaikan saja mesej dari nombor yang tak dikenali itu, namun melihat dari gaya aneh bicara unknow itu membuatkan Mai agak tak selesa.
'Selamat pengantin baru, Mai. Eh? Awal sangat ke aku ucap ni?' - Unknown
'Aku kecil hati kau tak ajak aku. Aku kan kenalan rapat kau juga. Tapi tak apa lah, asalkan kau happy. Nanti aku kirim hadiah special, tunggu tau!' - Unknown
Telefon segera dimatikan kemudian diletak kasar atas meja. Mai mengeluh geram. Telefonnya dikerling tajam bersama perasaan kesal.
Fikirnya orang itu mungkin salah satu haters yang sengaja mahu ganggu dia. Tapi bagaimana orang itu tahu pernikahan dan nombor telefonnya?
Mai tenangkan emosi yang merosakkan mood. Helaan keluh berat terlepas dari bibirnya.
Dia tolak tepi mesej tadi. Lantas dia mengawal debaran dalam dada mengenangkan sebentar lagi dia akan bergelar isteri. Meskipun ini bukan yang pertama kali buatnya namun pernikahan tetaplah suatu perkara besar dalam hidup orang perempuan mahupun lelaki.
Tangan naik menyentuh dada kirinya. Jantung dah macam main drum. Lagu rock pula tu. Tisu ditarik dari kotak tisu lalu dilap peluh kecil yang terbit pada dahi. Punya la gugup sampai berpeluh walaupun kamar dingin dengan aircond.
Mai termalu sendiri dengan sikapnya. Yang berbeza dari pernikahan kali ni adalah dia akan bernikah dengan lelaki yang dia sayangi.
"Ibu!"
Tersentak Mai dari lamunan apabila suara teriakkan Aryan muncul dari belakang. Pantas dia berpusing ke belakang dimana ada Aryan yang sedang dikejar oleh Nita.
"Hei kau ni! Sini la cepat! Aku nak bersiap pula. Hish budak ni!" marah Nita yang memegang sikat rambut sambil mengejar anak saudaranya itu.
Aryan bukannya takut malah semakin suka dikejar. Dia berlari menyorok dibelakang Mai.
"Ibu, tolong! Monster garang kejar Ayan!" gelak suka anak ini. Sempat ejek Nita yang mencerlung geram kepadanya.
"Kau ni kan!"
Yang peliknya, si Nita ni melayan pula kenakalan Aryan. Padahal dulu dia pandang sebelah mata saja dengan kewujudan anak itu. Sekarang siapkan Aryan lagi. Disiapkan pakai baju melayu grey. Dia kejar ketika ini pun disebabkan Aryan tak mahu sikat rambut.
Makin galak Aryan gelakkan Nita yang tak dapat menariknya dari belakang Mai.
Bahu anak itu dipegang oleh Mai kemudian ditarik keluar. Merengek la Aryan apa lagi.
"Ibu dah katakan, jangan nakal-nakal. Tak baik buat Cik Su macam tu. Minta maaf cepat." tegas Mai mendidik. Tak mahu anaknya kelak menjadi orang yang tiada adab.
Aryan mencebir bibir. Perlahan-lahan dia mendekati Nita yang tengah mencekak pinggang.
"Sorry la Cik Su. Ayan gurau je. Bila lagi nak bergurau dengan Cik Su. Selalunya Cik Su asyik main telefon saja." dengan muka seposen Aryan meminta maaf.
Nita kekok diperlakukan begitu. Jelas gadis ini malu dan canggung tatkala pandangan bertembung dengan Mai yang sedang tersenyum sebaris.
"Hmm, apa-apa sajalah. Sini kepala, nak sisir biar kemas. Kalau tak dah macam sarang burung. Sini!" dalam tak suka, Nita tarik jua Aryan. Haih, ini kes ego ni. Ego setinggi gunung everest.
Kalau dah menyesal, minta maaf sajalah Nita oi. Kan dah kekok dengan Mai.
****
"Fuh..." Kaiser urut dada mengawal gugup. Berkeringat satu muka. Dia cuak sekarang ni.
Dah tujuh kali dia tersilap sebut nama pengantin perempuan. Ada ke patut dia lafaz 'Idris binti Maihara Reis'.
Tuan Idris dah tergelak kecil. Yang lain pun siap tepuk dahi. Mereka faham, biasa la pengantin lelaki tersilap sebut. Dah nama pun pertama kali. Mereka memberi masa sebentar untuk Kaiser tenangkan gemuruh.
Aku dah biasa tengok orang kahwin. Tak sangka susah, nampak macam senang. Suka la kau Martin. Desis Kaiser dalam hati. Sebal pula lihat Martin yang tersenyum-senyum disebelahnya selaku saksi.
"Rilex saja. Jangan gugup sangat. Kang terkencing dalam masjid ni." bisik Martin perlahan. Cukup mereka berdua yang dengar.
"Diam la kau. Bukan setakat terkencing, aku nak terkentut tengok muka kau. Baik aku tengok Mai." jawap Kaiser ikut membisik.
Dikerling kejap Mai yang duduk bersimpuh ditemani Puan Sharifah disisi. Senyuman malu wanita itu terlihat begitu anggun dimatanya.
Duh aroi! Eh amoi. Mai memang leng lui(pretty girl). Menyempat kau Kaiser.
Kali ke-9 barulah Kaiser dapat sebut dengan betul sebaris lafaz dengan sekali nafas. Kemain lega dan gembira mereka semua setelah hal utama itu berjalan lancar. Dengan lafaz itulah kini Maihara kini bergelar isteri Kaiser atau nama Islam-nya adalah Muhammad Khairul.
Semua pakat mengucapkan kata syukur. Gugup kali kedua berlaku ketika ingin membatalkan air sembahyang.
Lensa camera berkali-kali keluarkan cahaya untuk memotret foto disetiap adegan dahi mulus Mai dikucup oleh Kaiser.
Hati Mai tergelitik perasaan aneh namun peliknya ia begitu mendebarkan. Dapat dia rasa bibir lembap itu singgah pada dahinya.
"Muka awak pucat." bisik Mai disertai tawa kecil. Lucu riak gemuruh lelaki itu.
Tangan putih Mai yang berada atas paha dipegang oleh Kaiser. Tak lepas matanya menatap wajah wanita idaman yang kini menjadi miliknya. Tak sia-sia usahanya mengejar cinta Mai selama ini.
Senyuman indah Mai berjaya menerbitkan satu senyum mahal Kaiser. Mai sampai terpesona buat beberapa saat.
Melihat wanita itu tak berkelip mata menatapnya, Kaiser tertawa kacak. "Jatuh hati ke, sayang oi?"
"Hah? Ma-Ma-Mana ada. Perasan awak ni." Mai larikan muka ke arah lain. Merah padam muka diserbu malu.
Mujurlah tiada sesiapa dengar. Kalau tidak mahunya double malu dia. Sanak saudara yang lain pun sibuk bergambar sesama mereka.
Kaiser ketawa senang mengusik Mai yang mudah blushing itu. Mai geram akhirnya dicubitnya paha lelaki itu.
Kaiser meringis pedih. Pedih woo macam kena gigit kuman.
"Belum apa-apa kau dah dera aku. Tak kesian ke kat suami kau yang handsome ni, Mai." lelaki ini pura-pura sedih. Saja nak bermanja!
Tak dihiraukan Martin yang sedang buat muka loya. Aryan disamping sudah mengekek ketawa. Nak termuntah dengan sikap kekanakkan papanya.
"Anak dengan bapa sama saja. Manja!" tukas Mai seraya bangun dari simpuh. Baik dia berborak dengan mama. Ada faedah juga daripada layan Kaiser.
"Alaa Mai. Gurau saja, jangan marah." kalut Kaiser turut bangun mengikuti langkah isterinya.
"Mai! Mai sayang! Sayang terima kasih tuk semua... selama ini kau telah menyakitiku..." sempat dia menyelit lirik lagu.
Tergelak kecil saudara mara yang perasan dengan tingkah Kaiser. Siap geleng kecil. Begini rupanya menantu Tuan Idris.
DALAM masa yang sama. Di luar masjid, berdiri seorang lelaki berhoddie biru. Lama mata liarnya memerhati Mai yang sedang bergurau senda dengan Kaiser.
"Sampai hati kau tak balas mesej aku." getusnya perlahan lantas menghembus asap rokok.
"Ini bukan masanya untuk kau bergembira, Mai. Kau perlu siapkan mental, sebab kau akan terkejut dengan hadiah special aku."
"Hadiah?" satu suara garau membuatnya terkedu.
Lelaki yang dipanggil 'Raf' ini terkaku apabila bahunya disentuh oleh satu tangan dari belakang. Liur pahit ditelan. Macam mana dia boleh tak dengar derapan langkah seseorang? Apa orang itu berjalan tanpa bunyi?
Martin berdiri dihadapan 'Raf'. Tampaknya lelaki bernama Martin ini sangat peka terhadap persekitaran.
"Hadiah? Apa maksudnya? Boleh jelaskan lebih detail?" tanya Martin dengan renungan tajam penuh curiga. Aura lelaki dihadapannya amat mencurigakan sampai dia terpaksa menegur.
Penampilan lelaki itu normal saja, akan tetapi entah mengapa insting Martin berkata lain.
'Raf' melebar senyum menutupi gundah yang sempat bertamu. Dia perlu berhati-hati dengan Martin. Dari apa yang dia tahu, Martin bukan calang-calang orang.
"Hadiah? Rasanya Encik salah dengar. Kalau macam tu saya pergi dulu." usai berkata tenang begini, Raf segera mengorak langkah ingin cepat-cepat beredar dari situ. Dia tak boleh tertangkap oleh Martin. Insting-nya kuat mengatakan bahawa dia perlu menjauhkan diri dari lelaki itu.
Martin membiarkan saja sosok orang yang tak dikenali itu pergi. Namun ada satu rasa yang janggal dengan wajah lelaki tadi.
Walaupun separa muka ditutupi topi cap, tapi Martin dapat rasa yang dia seperti pernah nampak wajah itu. Bagai tak asing.
Pusing kepalanya memeras ingatan yang tak kunjung datang. Akhirnya Martin mengeluh panjang dibawah terik matahari itu.
"Siapa ya... macam pernah nampak. Tapi kat mana?"
*****
SELESAI sahaja acara pernikahan di masjid. Tuan Idris tak membuang masanya yang berharga, dia terus pergi ke suatu tempat untuk selesaikan fitnah yang disebabkan oleh statment sampah. Statment yang menuduh putri sulungnya sebagai perempuan murahan yang keluar masuk kondo seorang lelaki.
Berbelas lensa kamera tertuju tepat ke arah Tuan Idris yang berpenampilan kemas itu. Para wartawan tak henti melontarkan soalan-soalan. Yang pasti mestinya pertanyaan tentang Mai.
Masalah ini membesar disebabkan Mai anak kepada anggota dewan termasyhur. Jika Mai orang biasa, pastilah masalah ini diselesaikan dengan hanya satu klarifikasi.
Tetapi untuk orang seperti Maihara Reis dari Keluarga Hara. Pastilah diperlukan klarifikasi yang berbeza.
"Saya rasa semua orang ada pertanyaan yang sama. Akhir-akhir ni viral tentang anak sulung Tuan Idris yang katanya ada skandal dengan Direktur Eksekutif VG. Boleh Tuan jelaskan lagi perkara ni? Terima kasih." soal seorang wartawan lelaki. Wartawan ini duduk setelah mengajukan satu pertanyaan maut yang diutarakan tanpa ragu.
Para wartawan yang lain sudah kecut perut menerima pandangan tegas dari Tuan Idris yang terkenal bermuka beku itu. Kenapa dikatakan soalan maut? Kerana ia sangat tak bertapis! Hanya si pemberani yang berani.
"Pertama sekali, saya mahu minta maaf secara terbuka kepada semua yang salah faham tentang anak perempuan saya. Anak saya Maihara Reis sudah berkahwin dengan Kaiser Lee. Bila mereka bernikah, itu saya tak boleh beritahu. Pernikahan anak saya dibuat secara kecil-kecilan saja sebab dia tak terlalu suka dengan perhatian."
Tuan Idris sedikit merasa bersalah kerana terpaksa bohong. Eh, tapi tak bohong kan. Betul la yang Mai dan Kaiser memang suami isteri.
Terangguk-angguk para wartawan bagai burung belatuk sambil mencatat pada nota masing-masing. Cameraman setia menjalankan tugas.
"Jadi tak pelikkan seorang isteri keluar masuk rumah suaminya?"
"Saya tak salahkan sesiapa kalau ada yang salah faham tapi yang saya tak boleh terima adalah kecaman yang menghina anak dan keluarga saya. Pihak kami boleh kenakan saman kepada mana-mana pihak yang mengutuk atau memburukkan nama anak dan menantu saya."
"Lepas ni saya harap kalian semua, pengguna sosial media berhati-hati dalam menaip sesuatu. Jangan salah gunakan sosial media. Sudah ramai yang memilih bunuh diri kerana depresi dibuli secara cyber. Beringatlah dalam menuturkan kata. Jangan sampai hidup seseorang hancur disebabkan sikap kotor kita."
"Pihak kami boleh terima kalau nasihat, tapi tidak dengan hinaan. Jadi beringatlah, jangan disebabkan mulut badan yang binasa."
Share this novel