31 : Dua Syarat!

Romance Series 8958

       MAI mencemik muka lalu memberi satu jelingan tajam kepada Kaiser dibahagian pemandu. Ceh! Tempat tertutup paling mudah iaitu dalam kereta!

Kereta masih di tempat parking. Punya la Mai ingat nak bawa pergi Cafe ke apa. Rupanya ikut mudah Kaiser, masuk kereta, start enjin, buka aircond dan duduk bincang.

Dia sudah menceritakan semua yang Kaiser ingin tahu tentangnya. Termasuk masa lalunya yang sebelum bekerja sebagai spy. Lelaki itu tak berhenti memujinya.

"Kau memang bukan calang-calang orang, Mai. Tak pelik la kalau kau terkenal sampai diidolakan. Aku kagum! Boleh minta sign?" Kaiser hulur tapak tangannya dan sebatang pen. Suka benar dia lihat muka cemberut wanita itu yang masih tak berpuas hati tentang tempat tertutup.

"Sign tapak kaki nak?" Mai acah-acah nak sua kakinya. Geram! Kaiser memang penghancur imaginasi romantiknya!

Lantas mengekek suka lelaki itu. Cepat-cepat geleng kepala. "Tak mau la... Haish garang naw!"

Mai hela keluhan kecil. Wajahnya kembali diseriuskan. "Kita tak boleh buat klarifikasi macam yang awak cadang tu."

Tawa Kaiser mengendur. "Itu kan penyelesaian yang paling masuk akal. Kau sendiri cakap nak guna cara yang baik. Itu saja lah yang terlintas dalam otak aku. Kalau aku bagitahu cara aku sendiri, rasanya dah tak masuk dalam kategori 'baik'."

Mai senyum tawar. "Saya tahu, saya memang tak harapkan awak."

"Wah, jahat kau Mai."

Mai tampak was-was dengan caranya. Dia ada cara terakhir namun ianya pastilah tak mudah. Wajah muramnya disorokkan dari Kaiser yang menatap sedari tadi.

"Tak ada pilihan lain, saya terpaksa guna cara ni kalau nak selesaikan masalah." kata Mai perlahan.

"Susah sangat ke cara kau, Mai? Kalau susah sangat pakai cara aku sajalah. Plan aku senang, aku tangkap orang yang stalk kau tu. Lepas tu 'burung' dia, aku cincang dadu bagi ayam makan. Badan dia pula campak dalam kolam ikan piranha. Orang yang gossipkan kau, kita sembur muka dia pakai ridsect nyamuk. Kasi insaf semua!" lancar Kaiser cadangkan cara mudahnya. Dengan mimik serius lagi.

Mai abaikan saja lelaki itu yang merapu sendiri. Dia masih memikirkan caranya. Sejujurnya dia tak mahu meminta bantuan dari ayahnya namun dia terpaksa. Dia tak mahu nama Kaiser ikut tercemar disebabkan dia.

Dia kerling sejenak Kaiser disebelah. Tawa kecil terbit pada bibir Mai yang memerhati omelan merepek lelaki itu.

Haa... nampaknya dia perlu berkorban sekali lagi. Dunia sentiasa menuntut dia untuk selalu berjuang. Tak bolehkah dia hidup rilex saja goyang kaki?

"Tolong hantar saya ke suatu tempat. Dah alang-alang kita ada dalam kereta. Awak pun nampak macam tak ada kerja." pinta Mai sesopan mungkin. Tak mahu lah nampak macam dia mengarah bosnya pula.

"Oh? Haip haip, madam!" Kaiser dengan gaya askarnya menuruti perintah. Kereta Audi R8 kuning miliknya berhati-hati berundur keluar dari tempat khas parkir.

Dibawah simbahan cahaya matahari itu, kereta kuning tersebut semakin berkilap dan dilirik pengguna kenderaan lain.

Kereta laju membelah jalanraya. Kaiser yang sedang pegang stereng itu sempat melirik kepada Mai.

"Tapi kita nak pergi mana?" soalnya memecah suasana sunyi di antara mereka.

Mai melempar senyum tawar tatkala pandangan mereka bertaut kejap.

"F.Z Corp. Satu-satunya cara paling berkesan untuk selesaikan masalah ni adalah minta bantuan dari ayah saya." balasnya tenang. Tipu la kalau dia cakap dia tak gugup nak berdepan dengan ayahnya dikala gossip tentangnya sedang memanas.

Kaiser jelas tampak terkujat. Wanita itu ditoleh berkali-kali lalu dia fokus memandu apabila ada lori yang memotong.

"Kau yakin ayah kau boleh tunaikan permintaan kau dengan mudah? Aku tahu Mai, hubungan buruk antara kau dengan Tuan Idris." tukasnya kurang senang dengan cadangan tersebut. Dia khawatir Mai terluka bila mendapat sindiran tajam Tuan Idris.

Kerana dia juga memiliki hubungan tersendiri dengan Tuan Idris dan ianya tidak la buruk mana. Yang dia tahu lelaki tua itu selalu sakiti hati Mai dengan ayat kerasnya.

Mai jongket bahu selamba tanda dia juga tak yakin. "Belum cuba belum tahu. Hidup ni kena berani mencuba."

Kaiser hampir tergelak kecil melihat prinsip berani mati wanita itu. Apa nak hairan, Geng Jeruk Manis yang penuh dengan samseng pun Mai ceroboh seorang diri. Sepertinya dia jatuh cinta pada orang yang tepat.

"Kau memang sentiasa buat aku kagum..." desis Kaiser perlahan cukup telinganya saja yang dengar.

*****

F.Z CORPORATION.

Bangunan berpuluh tingkat yang berdiri megah ditengah bandaraya. Dan siapa saja tak kenal pada sosok hebat Tuan Idris. Pemegang jawatan sebagai Direktur Utama Perencanaan Strategis yang berjaya menaikkan nama perusahaan itu dimata dunia.

Selain itu, F.Z Corp bukan sahaja berdiri di negara ini. Malahan memiliki arus di banyak negara maju seperti Jepun, Singapura, Kanada dan termasuk Dubai. Tuan Idris bukanlah calang-calang orang yang boleh diremehkan.

Dia juga aktif dalam dunia politik. Sifat adil dan amanah dalam dirinya sebagai anggota dewan membuatkan ramai yang hormat padanya. Walau begitu, dia cukup tegas dalam hal undang-undang dan tak pernah ambil rasuah.

Mai mengatur langkah penuh gugup meskipun ini bukanlah pertama kali dia jejak kaki ke sini. Keringat dingin menitis pada seluar. Penghawa dingin kiri dan kanan langsung tak membantu.

Dia diminta menunggu di sofa berdekatan kaunter pelayan tamu. Katanya ayah sedang meeting. Sudah lima belas minit dia menanti penuh sabar di sini.

"Fuh, gugup..." desisnya perlahan sambil kesat peluh dingin didahi. Lama tak bersemuka dengan ayahnya yang berhati dingin itu membuatkan dia berdebar resah pula.

Kaiser sedang menunggu didalam kereta. Sebelum dia masuk ni, sempat mereka bergaduh manja. Lelaki itu katanya bimbangkan dia sampaikan mahu ikut berjumpa ayahnya.

Mai bertegas yang dia ingin bertemu empat dengan ayahnya. Dia ingin selesaikan masalah ini tanpa bantuan Kaiser lagi. Lelaki itu sudah terlalu banyak menolongnya tanpa meminta balasan.

"Puan Maihara,"

Mai bingkas bangun setelah dipanggil oleh wanita muda di meja kaunter. Dia berjalan ke arah gadis itu yang tersenyum ramah padanya.

"Ya, saya? Saya dah boleh jumpa aya- Tuan Idris?" Mai cepat membetul ayatnya dek tersasul.

"Nampaknya puan salah seorang VIP di sini. Terkejut saya bila Tuan Idris cakap yang dia suruh puan terus naik jumpa dia bila dah habis meeting. Selalunya VVIP pun bukan mudah nak berjumpa dengan Tuan." celoteh gadis pelayan tamu itu. Dengan senyum ramahnya yang tak lekang dibibir. Comel pula.

Mai garu kening dipuji begitu. Senyuman kekok dilukis sekadar membalas senyum gadis itu. Kelihatannya gadis itu tak tahu identiti sebenar Mai.

"VIP ya? Macam tak sesuai saja dengan muka aku..." ngumam Mai perlahan.

"Puan sila guna elevator VIP di sana. Yang warna kuning emas tu. Pejabat Tuan Idris ada di tingkat 36." gadis muda ini menunjuk dengan dua tangan ke arah lift yang tak jauh dari situ.

Mai turut pandang ke arah yang sama. Wah, sejak bila ada elevator yang khusus untuk VIP. Dia sempat mengagumi syarikat megah yang makin maju ini. Meskipun hal itu adalah merupakan perkara biasa.

*****

NAFAS ditarik dalam-dalam kemudian dihembus. Dada yang kian berirama ditenangkan dengan tangan naik mengusap.

Tok Tok Tok

Tangannya naik separa mengetuk pintu kaca gelap tersebut.

Jeda beberapa detik sebelum terdengar suara memberi izin dari dalam.

"Masuk!"

Pintu kaca ditolak seraya Mai mengorak langkah menghampiri meja  kerja yang kemas tersusun tersebut. Sempat ekor matanya melirik perabot-perabot yang berkilap dan bersinar disetiap sudut pejabat ini. Pastilah perabot yang berjenama eksklusif dan berkualiti.

Tiada sebutir debu pun menunjukkan bahawa ayahnya seorang yang cerewet dalam hal kebersihan.

Tuan Idris berdehem membetul suara sambil longgarkan tali leher. Dia mulai memberi fokus kepada Mai.

"Duduk."

Mendapat izin dari ayahnya, Mai tarik kerusi lalu melabuh duduk penuh sopan dihadapan ayahnya. Terjentik rasa lega kerana sekurangnya dirinya disambut baik.

"Saya-" bicara Mai terhenti apabila Tuan Idris angkat sebelah tangan mengisyaratkan dia untuk senyap.

Tuan Idris lekapkan telefon pada telinga kerana mendapat panggilan dari seseorang yang ia kenal. Mai terkebil-kebil dan merasa agak geram kepada si pemanggil yang memotong bicaranya.

Dia perhati saja lagak tenang ayahnya yang sedang berbicara dengan seseorang.

"Saya harap Guru tak terkejut dengan permintaan saya ni. Dan harap Guru tak marah." sang pemanggil tampaknya takut-takut ingin utarakan niatnya.

Tuan Idris tersenyum tipis dan ianya sempat ditangkap oleh Mai. Tergamam wanita itu seperti tak percaya bahawa ayahnya juga boleh tersenyum. Skandal ayahkah?

"Jangan malu-malu. Cuba kamu cakap dulu apa permintaan kamu yang nampak berat sangat tu." ujar Tuan Idris tenang saja nadanya. Tak ada pula raut dinginnya.

Mai yang menjadi pemerhati mencebik mulut dalam diam. Menyampah pula rasa. Kalau dengan aku tak adanya lembut macam tu.

Kedengaran sang pemanggil melepas nafas. Gugup sangat tu. "Saya... dah lama saya nak bagitahu ni. Saya nak lamar anak sulung Guru. Maihara sebagai isteri saya. B-Boleh ke?"

Hampir sakit jantung Tuan Idris dibuatnya. Senyum tipisnya mati serta merta sambil kerling kepada Mai.

"Ada apa ni tiba-tiba? Atau disebabkan gossip pasal kamu? Ini cara kamu nak selesaikan masalah?" suara Tuan Idris bertukar tegas meskipun masih dikawal.

"Saya faham Guru mesti terkejut dan tak percaya. Tapi Guru sendiri tahu yang saya dan Mai sudah lama kenal. Kalau tak ada gossip ini pun, saya tetap akan melamar Mai. Maaf cara saya melamar ni kurang ajar tapi saya nak Guru tahu yang saya betul-betul sayangkan Maihara." panjang lebar si pemanggil memberi penjelasan dari niat lamarannya.

Tuan Idris menghela keluhan berat. Muridnya yang seorang itu memang tak boleh dijangka tindakannya. "Kamu tahu yang dia ada di sini?"

"Saya tahu, saya yang bawa dia. Jadi... macam mana Guru? Saya tak berapa pandai dalam adat orang Melayu melamar. Saya pun tak ada wali nak hantar merisik." bunyi seperti 'hehe' dari si pemanggil dihujung corong.

Mai semakin resah tatkala dijeling berkali-kali oleh ayahnya. Ada kaitan dengan dia ke? Apehal duk jeling dia dari tadi?! Kitenya mudah gugup! Tak pasal-pasal berpeluh ketiak, nasib baik pakai perfume.

"Dia tahu yang kamu bagitahu ni? Atau keputusan kamu sendiri?" tanya Tuan Idris mulai kendur tegangnya.

"Saya malu nak cakap depan dia. Guru la yang bagitahu. Dia kan selalu dengar cakap Guru. Ke tak eh?" dan-dan si pemanggil menyindir bakal mertuanya pada ayat terakhir.

Tuan Idris buang pandang ke arah lain. Dinding kaca yang memperlihatkan bangunan-bangunan yang terdiri gah dalam ketinggian yang berbeza.

"Cukuplah sekali saya punahkan hidup dia. Saya tak mahu paksa dia untuk kali ni. Biarlah dia cari kebahagiaan dia sendiri. Beginilah, biar saya tanyakan sendiri pendapat dia. Dia nak atau tak, itu terserah dia. Boleh begitu?" ucapnya panjang.

Si pemanggil diam beberapa saat sebelum membalas. "Terima kasih ayah eh- maksud saya Guru. Saya janji akan jaga Mai lebih berharga dari nyawa saya sendiri."

Kedengarannya si pemanggil sudah dapat bernafas lega selepas mendapat lampu hijau dari bakal mertua.

"Baiklah, saya pegang janji kamu Kai." kata Tuan Idris melajur mematikan panggilan.

Tak semenanya Mai mengangkat muka spontan. Kai? Telinganya tersilap dengarkah? Lalu laju dia geleng kepala. Dah kenapa ayahnya nak beramah mesra dengan Kaiser pula. Macam la Kaiser saja atas dunia ini ada nama Kai didepan. Mungkin Kairul?

"Ehem! Jadi ada hajat apa kamu datang kemari ni, Mai?"

Suara garau ayahnya memecahkan lamunan Mai. Dia membetul duduk sambil melihat ke arah ayahnya yang tengah membetul duduk juga. Eh tiru aku ke?

Tuan Idris memberi fokus tepat kepadanya. Walaupun tak setegang dan sekaku dulu, tetapi tetap saja buat Mai berkeringat dingin didepan ayah sendiri. Kerana mengingati pergaduhan besar di antara mereka dulu membuatkan Mai jadi ragu-ragu pula.

"Kamu datang kepada ayah bila ada masalah saja. Kamu tak berfikir yang ayah akan bantu dengan percuma kan?" Tuan Idris bersuara terlebih dahulu.

Mai memberanikan diri bertentang mata. Tiada sebaris senyuman pada wajah masing-masing. Dia tak mampu menidakkan perlian itu kerana ianya fakta. Siapa suruh ayah garang sangat sampai anak pun takut.

"Saya tak ada pilihan lain. Saya tak nak Aryan tanggung derita malu bila pergi sekolah. Saya tak nak kehidupan sekolah dia hancur disebabkan kesalahan saya. Walaupun tak ada yang tahu Aryan anak saya." terang Mai cukup tenang. Debaran halus dikawal kerana ditatap tajam. Benar dia terpaksa, dia perlu tebalkan muka walaupun tak mahu.

"Dan... saya nak bersihkan nama lelaki tu. Dia tak salah sebab hubungan kami hanya sebatas bos dan pekerja." sambungnya lagi. Pandangannya penuh yakin melawan renungan ayahnya.

"Ayah boleh tolong tapi dengan dua syarat." jawap Tuan Idris tanpa secalit senyum.

Mai tak dapat sembunyikan rasa syukurnya. Bibirnya ternaik senyum tanpa sadar. Diluar jangkaan ayahnya tampak dalam mood baik.

Dia menanti penuh sabar syarat yang akan diberi padanya. Harap jangan bagi syarat yang diluar batasannya.

"Yang pertama, kamu nikah dengan lelaki tu. Itu pun akan untungkan kamu juga." bicara Tuan Idris menyadari perubahan air muka anaknya.

Terkesima Mai mendengar syarat tersebut dari lisan seorang ayah. Senyumnya langsung mati.

"Dia ayah kandung Aryan. Dan walaupun saya dah mula sayangkan dia tapi dia orang yang berbahaya. Ayah tetap nak saya nikah dengan dia?" Mai kawal getaran suara. Dia pandang tak percaya kepada ayahnya.

"Kamu boleh tolak syarat yang pertama ni. Ayah tak mahu memaksa." celah Tuan Idris tetap beriak tenang.

Mai geleng perlahan. Tidak, dia tak boleh tolak. Dia cukup tebalkan muka minta bantuan dari ayahnya. Takkan nak minta keringanan lagi. Yang dia tak sangka adalah...

"Perlu ke sampai kena kahwin? Sejujurnya saya memang gembira kalau yang saya kahwin adalah dia. Tapi saya tak percaya ayah semudah ni lepaskan anak perempuan kepada yang orang ayah tak kenal." Mai tak mampu sembunyikan rasa kecewa yang bertamu.

"Ayah kenal dia, Kaiser Lee pemegang saham keempat terbesar dalam F.Z Corp. Tak buruk juga orang sehebat dia jadi menantu ayah. Kamu kata dia orang yang berbahaya?" ujar Tuan Idris senada.

Mai mengangguk bersama dahi berkerut. Mengapa ayahnya begitu santai saat ini seolah-olah ayah tahu segalanya.

Tuan Idris kekalkan tampang dinginnya meskipun terdetik rasa kasihan melihat raut kecewa Mai sebentar tadi.

"Dia dah ceritakan semua pada ayah. Valac Group akan musnah tak lama lagi. Dia sendiri yang akan jatuhkan syarikat uncle dia. Dan masa tu, ayah akan beri kesempatan pada dia untuk tunjuk keahlian dia di F.Z Corporation pula. Macam yang ayah cakap, ayah dah cukup kenal Kaiser." jelas Tuan Idris panjang lebar berharap anaknya mengerti niatnya.

Otak Mai menjadi lag sebentar dek terima banyak kejutan. Lesap terus perasaan kecewanya tadi. Sejauh mana ayah kenal Kaiser kalau sampai macam tu sekali dia tahu. Banyak perkara yang ayah tahu. Hubungan apa yang dimiliki mereka berdua?

Mustahil sebatas rakan kerja. Namun Mai tolak tepi dulu rasa ingin tahunya. Yang penting sekarang adalah syarat kedua.

"Saya tak kisah. Itu pun kalau Kaiser nak kahwin dengan orang macam saya. Jadi apa syarat kedua ayah?" Mai mulai tenang. Timbul rasa bahagia dalam benaknya namun cepat dia tepis. Ini bukan masa sesuai nak melayan perasaan.

Tuan Idris terlihat mula serius. "Maihara, syarat kedua adalah ayah nak kamu kembali bekerja di syarikat ini."

Terpempam Mai buat kali entah keberapa. Kenapa begitu banyak renjatan kejutan untuknya hari ini.

"Ayah... bergurau kan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience