6 : Keluarga Huru Hara

Romance Series 8958

VILLA HARA...

          LAMA wanita itu berdiri tegak di hadapan pagar tinggi yang tertutup rapat. Terpaksa dia mendongak untuk melihat rumah besar tiga tingkat itu. Terpampang jelas diluar 'Villa Hara'.

Ah, dia kembali lagi ke rumah keluarganya setelah empat bulan tak pulang.

Sebelum datang ke sini, Mai berjumpa bosnya secara rahsia di kedai makan. Kata bos kalau Mai pergi ke markas pasti puak musuh dapat mengesan lokasinya. Amat berisiko. Lagipula dia hanya menyerahkan dokumen dan informasi penting yang dia dapat semasa menyamar dalam 'kandang' musuh. Dia yakin tak lama lagi geng Jeruk Manis itu dapat ditangkap kerana bukti sudah dia berikan kepada Bos. Selama ini mereka cuma kekurangan bukti.

Dia juga meminta cuti beberapa minggu untuk berehat sebentar dari dunia pekerjaan yang berbahaya tersebut. Ya, Mai tahu pekerjaannya berbahaya namun dia tetap sayang akan kerja itu.

Lagipula itu saja caranya untuk lepas dari ayahnya.

Ah... kalau nak jelaskan satu persatu pasti panjang.

"Cik Maihara? Eh betul lah. Saya fikir salah orang. Silakan masuk. Maaf saya ke tandas tadi." datang seorang guard berpakaian uniform kemas menekan remote yang control pintu pagar. Secara automatik pagar seluas gerbang terbuka perlahan lahan.

"Terima Kasih, Uncle. By the way, ayah ada? Siapa yang ada kat dalam?" soal Mai terlihat ingin tahu.

Guard tersebut yang berumur 40an mengintai kejap ke arah tempat garaj. Kawasan luar yang seluas padang golf itu juga diintai.

"Cik Mai lupa ke? Hari ni kan hari sabtu jadi semua orang ada kat dalam. Tunggu beberapa orang saja lagi belum sampai. Cik Maihara, silakan masuk dulu." kata pengawal itu dengan sopan dan tatatertib.

"Ya, baik. Saya masuk dulu." Mai senyum kemudian bongkok hormat sedikit disebabkan uncle guard itu lebih tua darinya.

Dia berjalan masuk dengan langkah yang sederhana. Debaran sedikit terasa. Mungkin kerana sudah lama tak jejak kaki ke sini.

Tetapi kenapa dia tanya apa ayah ada? Dia takutkah?

Tak. Bukan takut.

Dia cuma menyedari kembali bahawa hubungan dia dan ayahnya agak tak baik.

Jadi kenapa dengan hari sabtu?

Sabtu merupakan hari istimewa bagi keluarga itu. Yang mewajibkan bagi semua ahli keluarga untuk berkumpul makan malam. Malahan sepupu sepapat juga berkumpul. Sesudah makan, buatlah hal masing masing. Itu cuma cara mereka agar tetap ada hari yang mempertemukan mereka dari kesibukan kerja. Tujuannya tak mahu ahli keluarga saling berpecah belah serta saling tak mengenal jika lama tak berjumpa.

VILLA HARA terpampang indah di tengah taman luas. Kawasan depan saja sudah seluas padang golf membuatkan Mai mengambil masa lama berjalan. Kawasan belakang terdapat tempat private untuk menunggang kuda yang dikhaskan buat keluarga HARA.

Yah, boleh dikatakan keluarga HARA antara yang paling berpengaruh di negara. Keluarga itu memiliki harta yang tak putus dan kewangan yang dikatakan melebihi empat trilion. Ayahnya juga sering muncul pada dada akbar dan kaca tv. Dan boleh difaktakan bahawa ayahnya di antara yang dihormati orang ramai.

Ketika Mai melangkah masuk kedalam ruangan bak istana Inggeris itu. Dia disapa penuh hormat dari ketua maid yang berpakaian kemas.

"Mana Aryan?" tanya Mai sambil meliar mata melihat sekeliling seperti tercari cari seseorang.

"Oh, Tuan Muda ada di atas. Cik Mai nak saya panggil?" ketua maid kembali menyoal.

"Tak apa. Biar saya naik ke bilik dia. Terima kasih." ucap Mai.

Baru saja setapak dia menginjak tangga, dia telah dipeluk seseorang dari belakang.

"Ibu!"

Mai pusing ke belakang.

"Aryan..." serak suaranya untuk menyebut nama kesayangannya itu.

Anak kecil berusia lima tahun dipeluk erat. Mai berlutut bagi menyamakan rendah untuk melihat wajah paling dirindui itu.

"Ibu... kenapa ibu nangis? Ibu sakit ke?" tanya Aryan mencebik bibir hampir menangis juga.

Air matanya yang tumpah pada pipi Mai kesat laju. Bibirnya terlakar senyum semekar bunga melati. Dia senang, teramat senang kerana anak itu masih memanggilnya 'ibu' walau sudah ditinggal empat bulan.

"Ibu rindukan Ayan. Maaf ya sayang. Ibu bukan tak nak balik jumpa Ayan cuma... Ayan faham kerja ibu kan?" ujar Mai berniat memujuk takut takut anak itu masih bersedih.

Berubah ceria Aryan apabila mendengar itu. Trump ups di angkat. "Spy! Ibu Ayan hebat. Ayan geram nak cakap kat kawan yang mengata Ayan kat sekolah yang ibu kerja spy. Mesti diorang dengki. Tapi ibu yang tak kasi bagi tahu."

Mai sengih kambing. Kepala yang tak gatal digaru.

"Macam mana nak cakap ya. Kerja ibu ni bahaya jadi-"

Tap! Tap! Tap! Tap!

Ayatnya terhenti di situ apabila suara langkah seseorang mendekat dari belakang.

Senyuman Mai juga mati serta merta tatkala orang itu berlalu pergi tanpa pedulikannya. Mai menunduk kejap lalu pandang kepada tangannya yang dipegang Aryan.

Aura ayahnya itu. Aura dinginnya hampir membuat Mai jatuh terduduk. Itu pun Mai sudah tahan sebaik mungkin agar tetap terlihat tenang.

Kelihatan Aryan juga takut kepada atoknya sendiri. Mai menyembunyi keluhan halus.

Selama berada di sini. Dia tak boleh tunjuk lemah.

Apa yang aku buat dari tadi? Diam tunduk? Haih, macam orang b**oh saja. Getus Mai menggeleng kepala mengata dirinya sendiri.

Pandangan jatuh ke bawah. Mai senyum. Tangannya masih dipegang kemas seperti tak mahu dilepaskan. Rambut hitam milik Aryan di usap dan di acak acak hingga serabai sedikit.

"Ibu ni... bibik susah payah sisir rambut. Ni dah rosak dah ni. Ish!" cemberut Aryan sambil membetulkan rambut hitamnya kembali.

Mai tertawa kecil melihat ajukkan manja itu.

Ketua maid yang sama tadi datang menghampiri Mai seraya berkata.

"Cik, Puan dan Tuan ada di halaman taman. Mereka nak jumpa Cik Mai."

Mai terdiam kejap. Tak pula dia terkejut.

"Baiklah." jawapnya ringkas.

"Ibu, ikut boleh?" pinta Aryan bersama muka comelnya sambil menarik narik hujung baju Mai.

Rambut anak itu diusap penuh kasih. Pujukkan itu melemahkannya sebenarnya. Tetapi dia tak mahu anak sekecil itu mendengar pembicaraan orang dewasa yang dia sudah dapat agak. Takkan berjalan dengan ramah! Lihat saja tampang ketat ayahnya sebentar tadi, sudah dapat dia agak apa yang hendak dibicarakan. Tak lain tak bukan pasti mengenai hal itu!

"Sekejap saja, sayang. Nanti ibu main dengan Ayan." pujuk Mai lembut kemudian cepat memberi suruhan kepada ketua maid yang setia menunggu itu.

"Alaa... ibu ni! Nak ikut juga..." rengek Aryan yang sudah dipegang ketua maid.

"Kak Fatima, bawa dia naik atas. Nanti suruh Laila siapkan Aryan untuk makan malam. Jangan pakaikan baju tebal sangat, kesian dia panas." dia menitip pesan dan mengatur langkah dari situ. Laila merupakan pengasuh Aryan. Malah gadis itu masih muda darinya.

Tak mahu mendengar rengekkan dari anak itu. Hati seorang ibu itu mudah goyah hanya dengar tangisan si anak.

DARI jauh Mai sudah nampak dua orang yang sedang duduk santai di meja putih yang berada di sebelah air terjun mini. Kedua orang itu terlihat sedang berbual ringan sambil melayani secawan teh tanpa menyadari kehadirannya lagi.

Langkah Mai atur biasa. Ekspresi wajahnya dikawal setenang mungkin. Mungkin lebih tenang dari air tasik.

Tiba dihadapan kedua orang tuanya. Dia tunduk sedikit tanda hormat. Bibir indahnya kaku tanpa secebis senyum. Dia sudah siapkan mental untuk hari ini!

"Maaf, saya pulang tanpa beritahu dulu. Banyak hal terjadi, jadi saya tak sempat fikirkan itu." kata Mai memulakan mukadimah.

"Mai? Oh anak mama balik akhirnya..." Puan Sharifah bangun berdiri. Tak tunggu lama, wanita berpenampilan anggun ini segera mendapatkan Mai.

Mereka berpelukkan lama. Air mata Puan Sharifah juga mengalir membasahi pipi. Mai diam membisu namun tangannya menggosok lembut belakang wanita tersebut.

Sambil menepuk pundak anak tirinya itu, Puan Sharifah berbisik perlahan. "Bersabar ya... Ayah rindukan Mai sebenarnya. Jangan ambil hati sangat dengan perkataan dia kejap lagi."

Bisikkan perlahan itu cukup hanya untuk pendengaran Mai. Mai senyum pahit kepada ibu tirinya yang penyayang itu. Dia sudah anggap wanita itu seperti sosok seorang ibu kerana wanita itu juga yang menjaganya sedari remaja. Setelah dia kehilangan sosok ibu kandung, Puan Sharifah yang lembut itulah tempatnya mengadu dan berteduh kasih.

"Baiklah mama. Saya faham. Tujuan saya balik ni pun bukan untuk buat ayah marah." jawap Mai tenang dan terdengar yakin. Ya, dia akan tadah telinga setiap bait kata perlian yang akan dilempar sebentar lagi. Dia sudah lali dengan itu semua.

Puan Sharifah tersenyum. Lega mendengar jawapan begitu. Genangan air mata sayu dikesatnya. Pandangannya juga menunjukkan jelas akan kerinduan kepada anak tiri yang sudah di anggap anak itu.

"Ehem! Sampai bila nak berdiri depan tu. Cepat duduk."

Mendapat teguran dari Tuan Idris membuatkan kedua wanita itu menoleh.

"Mari duduk dulu, sayang." ajak Puan Sharifah tak lekang dengan senyum mekarnya. Wanita anggun ini masih terlihat jelita dan menawan. Tak dimamah dek usia meskipun sudah mencecah angka 6.

Mai angguk lalu mengambil tempat di kerusi sebelah Puan Sharifah. Tak mahu bertentangan dengan ayahnya.

Tuan Idris menghirup teh beraroma harum. Tak pedulikan anaknya yang sabar menanti.

Genggaman erat kedua tangannya Mai pandang. Debaran halus disembunyikan sebaik mungkin. Siapa saja tak gugup kalau dihadapan ayahnya yang muka tegang itu. Seram.

"Ada apa kamu balik ni, Mai? Nak minta duit? Nampaknya kamu dah tak mampu berdikari di luar sana dengan pekerjaan b*doh kamu tu." suara garau Tuan Idris memecah kesunyian di antara mereka.

"Abang..." tegur Puan Sharifah tampak tak suka dengan sikap suaminya yang satu itu. Nasihat dihantar melalui pandangan mata. Walau dia tahu nasihatnya akan ditepis bagai angin berlalu.

Bukannya bersyukur anak balik. Tapi boleh pula kata begitu. Haih. Getus Puan Sharifah.

Genggaman tangan semakin erat. Mai ketap bibir menahan rasa. Sudah lali dengan sikap dingin tersebut.

Tak Mai! Jangan tunjuk lemah! Ayah lagi suka kalau nampak tak berdaya! Kuat Mai demi Aryan!

Mai tarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Wajah di angkat dan dipamer wajah tenang.

"Saya cuma nak balik untuk hadir makan malam keluarga. Lagipun kalau sebut pasal pekerjaan saya-"

"Makan malam keluarga?" Tuan Idris memotong ayat Mai dari habis. Air mukanya juga berubah. Lebih tegang dan bengis dari tadi.

"Ya. Saya tak ada maksud lain. Saya takkan minta duit dari ayah. Ayah jangan risau." balas Mai tenang. Entah keberanian datang dari mana, lancar saja mulut dia mengatakan itu. Padahal dalam hati sudah berdebar dup dap dup dap tatkala mendapat panahan tajam ayahnya.

S*al! Mai jangan jadi penakut sangat! Ayah pun manusia! Teruskan yakin dan tenang! Jerit hati Mai sekarang ini.

"Maihara, angkat kepala kamu."

Mai agak terkedu sesaat apabila suara Tuan Idris berubah biasa dan tenang. Apa ayahnya sudah mengalah dan berlembut hati? Wajah di angkat dengan polosnya.

"Bukankah sudah tiba masanya kamu menikah semula. Kamu pun tahukan, ayah takkan bagi macam tu saja F.Z Corporation selama kamu dalam status janda. Kahwin saja dengan bekas suami kamu semula. Ayah sendiri yang akan sponsor pernikahan kamu." ucap Tuan Idris tegas namun sedikit memujuk.

Mai terpempam. Lidahnya kelu. Liur bagai pahit untuk telan. Jiwanya bagai dihentak kuat mendengar cadangan itu dari mulut seorang ayah.

Naif kau Mai! Apa yang kau harapkan dari Tuan Idris yang bongkak itu?! Kau b*doh sebab terleka dengan suara lembut dia yang sesaat tu! Mai menyumpah seranah dirinya sendiri di dalam hati.

Hatinya bagai dibelah dua lalu dihiris hiris hingga berkeping keping. Hancur hati seorang anak mendengar itu dari mulut ayahnya.

Tak lama, senyuman sinis terbit pada bibir Mai. Walau nipis namun cukup buat Tuan Idris panas hati. Yah, lagipun ayahnya sendiri yang membuka luka lama. Padahal dari tadi dia berusaha berbicara sopan dan baik.

"Padahal ayah sendiri tahu bekas suami saya tu macam mana. Dia dera mental fisik saja sampai tahap saya hampir gila. Tapi dengan tak ada perasaannya ayah minta saya rujuk semula dengan dia. Tak sangka Tuan Idris tergamak macam tu sekali kepada anak kandung dia sendiri."

"Walaupun saya dah kenal sifat sebenar ayah. Tapi saya tak sangka seteruk ni. Wah! Apa saya patut tukar nama belakang saya? Ayah bukan bapak kandung saya rasanya. Kalau tak ayah takkan buat saya macam ni." sambung Mai lagi disertai dengan ketawa mengejek.

Berdas das dia bagi. Puas hati rasa. Kalau tak sedar lagi tak tahu lah. Mengingat kembali masa lalu membuat luka Mai kembali terbuka. Padahal selama ini susah payah dia berusaha untuk melupakan bekas suaminya dulu.

"Mai, kau... berani kau..." menggigil tangan Tuan Idris teramat marah, bergelegak darah tika ini.

"Mai. Abang. Sudah la. Tolong la jangan bergaduh. Ini hari penting. Kamu berdua dah berbulan tak berjumpa. Takkan setiap kali jumpa asyik nak bertekak saja." Puan Sharifah mencelah sebagai orang tengah. Memang tugasnya buat halang pergaduhan dua beranak itu.

Mamanya Mai pandang. Timbul rasa bersalah kerana baru saja tadi dia sudah berjanji untuk tidak membuat ayahnya marah. Sorry ma...

"Maafkan Mai, ma. Mai terlampau ikutkan emosi. Ayah-"

PANG!

Terhenti ayatnya disitu apabila mendapat tamparan kuat dari Tuan Idris yang tampak semakin berang.

Tertoleh ke kiri muka Mai. Dia terkedu dan terdiam. Sebelah tangan perlahan naik memegang pipi. Pedih. Pasti pipi gebunya berbirat saat ini. Tepi bibir juga terasa berdarah sedikit.

"Apa abang buat ni?!" kalut Puan Sharifah memarahi suaminya.

Sengih mengejek Mai berikan. "Padahal Mai sebut sikit saja. Tapi ayah dah marah besar. Dari dulu ayah memang tak boleh dipancing sikit."

"Jangan sampai aku halau kau Maihara! Jangan sampai kau diharamkan jejak kaki dalam villa ni! Dasar anak tak kenang budi! Salah aku sebab terlalu manjakan kau dari kecik! Bila dah besar, berani kau pijak kepala bapak kau sendiri!" tempelak Tuan Idris penuh amarah. Bergema kawasan luas taman itu hingga beberapa maid dan pengawal berlari datang.

Turun naik dada Tuan Idris sebelum menyambung lagi. Salah anaknya kerana memancing kemarahan yang ditahan bertahun tahun.

"Kau tahu Mai?! Selama kau telantarkan anak haram kau di sini, selama empat tahun itulah aku masih tak maafkan kau! Lepas kau seronok buat anak, aku yang kena tanggung malu semua! Aku yang carikan pak sanggup untuk tutup aib kau! Sekarang kau masih tak berterima kasih pada aku Maihara?!"

"Dasar anak kurang ajar!"

Dua orang pengawal dan Puan Sharifah menahan Tuan Idris dari menyerang Mai yang dari tadi diam.

"Tuan ada darah tinggi Tuan. Sabar jangan macam ni!"

"Abang bawa mengucap! Kenapa abang macam nak bunuh anak sendiri?!"

"Bertenang Tuan. Biar kami nasihatkan Cik Maihara."

Mai terduduk di karpet rumput itu. Sambil memegang kepalanya Mai menjeling tajam ayahnya. Matanya bergenang tetapi ditahan sebaik mungkin agar tak tumpah.

Ah... kepalanya berdenyut hebat. Bagai nak pecah apabila berjaya menghadamkan setiap bait yang dilontarkan sebentar tadi.

"Pergi m*ti! Aku tak ada anak tak sedar diri macam dia!"

Telinga masih menangkap samar kata kasar dari Tuan Idris. Denyutan dalam kepala semakin terasa. Pandangannya mulai buram dan samar. Tubuh terasa berada di awangan.

"Ya semua salah Mai, yah. Salah Mai. Tak sepatutnya Mai balik harini... sesuailah nama keluarga ni HARA. Sangat huru hara." ngumam Mai lemah lalu jatuh terjelopok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience