MAI sedang termangu sendirian merenung lantai. Belakang bersandar pada katil. Seraut wajah kusutnya menyembam pada kedua lutut.
Dia tak tahu ingin bereaksi seperti apa setelah apa yang dia lihat pagi tadi. Sedih, malu, kesal, marah, semua perasaan bercampuk aduk hingga berjaya membuatkan seorang Maihara tertekan bersama riak yang kosong.
Sampaikan dia tak merasa penasaran langsung tentang identiti individu yang telah mengambil gambar dan menyebar kesalahfahaman antara dia dan Kaiser. Media sosial, sungguh perkara yang mengerikan di zaman penuh fitnah ini.
Orang-orang tak tahu alasan kenapa dia bekerja dibawah Kaiser menggantikan Nita. Dia hanya merasa bertanggungjawab sebagai seorang kakak untuk menjamin keselamatan adiknya. Tetapi yang dia dapat sekarang hanyalah kecaman dari masyarakat yang tak tahu pangkal cerita. Hanya percaya dengan beberapa keping gambar.
Nita? Gadis itu semakin bencikan dia adalah. Kadang dia tertanya-tanya apa makna dari semua pengobanannya selama ini. Sampah! Semua hanya tahu salahkan dia. Nampak salah dia wahal tak kenal dia luar dalam.
Kedua lutut merapat kedada Mai. Rambut yang sedikit kusut diserabutkan lagi melepas tekanan yang bercelaru. Fikiran berkecamuk menyeru bisikkan jahat yang suka menghasut keturunan anak cucu Nabi Adam.
Telefon di atas meja dari tadi bergetar. Dia tahu ramai yang khawatirkan dia sekarang ini. Namun Mai tak mahu bertemu dengan sesiapa termasuklah Kaiser. Dia mahu masa buat tenangkan diri. Dia tak mahu muncul dengan rupa yang lemah.
'Aku dah kata Mai. Kau harapkan apa dari semua orang, hah?! Kau yang beria! B**oh berkorban demi orang yang tak reti menghargai!'
Bisikkan jahat semakin rancak tertawakan dia.
Tapak tangan Mai naik menekup kedua telinga. "Diam..."
'Jangankan hargai usaha kau. Adik kau malah makin bencikan kau!'
Mai geleng kepala cuba menidakkan itu. Dia sedaya upaya menghalau bisikan jahat tersebut dari terus membuatnya lemah.
"Aku cakap diam... Diam," bergetar suaranya menahan sakit didada. Bisikkan ini sentiasa datang setiap kali dia berada dalam kondisi lemah iman. Kepala kosong saat ini. Hanya dipenuhi bisikkan syaitan yang berlegar seronok gelakkan dia.
'Dulu kau pertaruhkan nyawa nak tangkap geng gangster atau Jeruk apa tah. Sekarang tengok? Orang diluar sana tu tak tahu menahu pun pengobanan b**oh yang kau buat! Dasar manusia bo**h!'
Semakin dia halau, semakin galak syaitan-syaitan menanam pemikiran negatif dalam mindanya. Dulu pun begini, terakhir kali dia dikurung dalam gelap.
"Aku cakap diam! Diam lah mus*ba*!"
PRANG!
Tempikkan lantang Mai disertai barang-barang skin care yang awalnya tersusun di atas meja solek. Sekarang berkecai selerak ke lantai. Mulutnya juga tanpa sedar keluar kata kesat.
Turun naik dadanya menahan emosi berang yang membuak-buak. Jika dibiarkan lebih lama lagi, dia akan meledak. Dia tak mahu hal itu kerana dia akan hilang jati dirinya jika dikuasai amarah yang ditiup hasutan makhluk celaan Tuhan itu.
Peluh membasahi setiap sudut wajah kusutnya. Nafas yang termengah dikawal seraya cuba mengusir segala yang buruk dalam fikiran.
Mata kuyunya jatuh melihat barang yang pecah atas lantai. Muka yang menyinga tadi perlahan-lahan kendur. Matanya mula panas dibendung air suam.
Mai ketap bibir menahan perit dalam jiwa yang sedang celaru saat ini. Dia terduduk atas katil setelah sadar kelakuan dirinya yang ikutkan emosi sebentar tadi.
Rambut diraup kebelakang. Kepala sedikit didongak berharap air mata masuk kembali. Kering lah air mata murahan! Aku tak mahu kau keluar walau setitis!
"Aku cuba. Aku cuba, Nita. Walaupun kau bencikan aku, aku cuba untuk terus berfikir positif." bicara Mai seorang diri. Mujurlah Aryan sudah dihantar ke sekolah. Dia tak sanggup tanggung malu jika anaknya lihat sisi lemahnya ketika ini.
Air mata murahan itu bukannya kering, malah terus lebat membanjiri wajah menyedihkan seorang Maihara.
"Aku harap kau kembali jadi adik yang paling rapat dengan aku. Sekarang macam mana aku nak hadap muka ayah? Macam mana aku nak menjawap bila mama tanya?"
Iris mata Mai membulat tatkala dia teringat akan sesuatu. Senyuman sinis tercarik bersama air mata yang bercucuran lebat bagai air hujan.
"Aryan. Dia perlu tanggung malu kalau semua orang tahu ibu dia seorang yang memalukan. Dia layak dapat ibu yang lebih baik. Aku memang mak paling teruk yang pernah ada."
"Kaiser... dia..."
Dikala nama lelaki ini terpacul, esakkan mula keluar dari mulut Mai kerana tak mampu menahan perit. Dadanya sempit. Tangisan kembali pecah.
"Dia lelaki yang baik. Dia cuma mahukan kasih sayang dari keluarga dan orang tersayang. Aku tak boleh menambah beban dalam hidup lelaki selembut Kaiser..."
Lama mengongoi persis anak kecil. Air mata yang kering dia seka. Segala tangisan yang menyesakkan dada telah dihamburkan membuatkan hatinya agak lega dan ringan. Tersedu-sedu bekas tangisan yang lama tadi. Matanya pasti merah ketika ini.
"Mai, kau... tak pengsan kan?"
Tersentak Mai ditegur dengan lembut secara tiba-tiba. Dia tak bingung lama siapa si gerangan di sebalik pintu kamarnya itu. Dia cukup kenal suara tersebut. Kenapa dia tak dengar suara langkah seseorang?
"Jangan diam saja, aku risau. Aku call kau tak angkat. Ramai yang risaukan keadaan kau sekarang ni." sambung Kaiser lagi.
Suara lelaki itu kenapa begitu lembut dan sayu. Buat dia berdebar saja. Mai menggigit bibir bawah mengawal debaran.
Namun begitu, dia amat malu untuk berdepan dengan Kaiser saat ini. Pasti lelaki itu dengar dia menangis.
"Awak baliklah. Takkan awak nak saya bekerja di kondo awak lagi lepas apa yang jadi." akhirnya Mai bersuara setelah lama membisu.
Kedengarannya seperti geseran antara dinding dan tubuh Kaiser menurun. Lelaki itu duduk atas lantai?
"Keluar Mai, kita bincang." kata Kaiser selepas beberapa minit berdiam diri.
Tetapi Mai tetap dengan tekadnya yang tak mahu ambil risiko. "Tak nak."
"Keluar Mai sebelum aku kerat empat pintu ni." Kaiser di sebalik pintu mengugut.
Mai tetap menggeleng meskipun tahu dirinya tak terlihat. Berkerut dahinya geram kerana dipaksa.
"Saya kata tak nak! Saya bukan budak awak nak arah suka hati. Awak balik lah dulu. Bila dah sampai masa, saya sendiri yang datang jumpa awak." tegasnya tetap dengan niat.
"Keras kepala juga kau ni..."
Sayup telinganya dengar gumamam perlahan lelaki itu.
"Apa?! Siapa yang keras kepala? Saya dah halau elok-elok awak tak nak dengar. Nak saya keluar dengan parang?" berang Mai tiba-tiba. Biasalah orang tengah sensitif ni.
"Pftt!"
Terdengar tawa sinis Kaiser diluar sana. Meskipun perlahan tapi cukup buat Mai makin diamuk emosi. Dia ejek aku?!
Dia bergerak laju ke pintu kamar kemudian dibuka luas. Terpampang jelas mukanya yang masam mencuka. Tajam pandangannya jatuh kepada Kaiser yang sedang duduk bersila atas lantai.
"Apa yang nak bincang sangat? Haa, bincang la sekarang!" Mai terus terjah sambil memeluk tubuh. Mata sembapnya tak dipedulikan.
Kaiser mendongak lalu tayang sengih. "Kau peduli pasal orang lain tapi tak kisah pasal aku. Tak adil tu."
"Apa?" Mai langsung terkulat-kulat.
Dia berundur ke belakang apabila lelaki itu mendekatinya setapak demi setapak bersama senyuman yang terselit makna.
Liur yang terasa berpasir ditelan. Langkah Mai mati disebabkan belakangnya melekat pada dinding. Dinding kau memang elok mati! Dinding pula yang dimarahkan.
Tangan kanan Kaiser lekap ke dinding berniat menyekat pergerakkannya supaya tak lari. Kaiser melangut mahu intai wajah Mai yang menunduk.
Dia tak berani angkat muka kerana dia tahu wajahnya pasti bahang panas saat ini.
"Lima tahun aku cari kau. Kau fikir aku boleh lepaskan kau mudah-mudah. Ingatkan kau dah sedikit liar, rupanya masih polos. Naif pun ada batas, Mai."
Wajah Mai terdongak lembut dengan jari telunjuk Kaiser. Mata mereka bertentang satu.
Mai mengetap bibir bawah mendengar hal sebentar tadi. Dia polos? Dan sebegitu mustahilkah untuk dia lari dari serigala didepannya? Dia merasa diri begitu kerdil dan lemah seperti mangsa yang telah tertangkap oleh pemangsa.
Senyuman senget lelaki itu meskipun tampak menjengkelkan tapi tetap buat jantungnya tak berhenti berdegup pantas. Sudah la tu jantung, aku penat berdebar sampai berpeluh ketiak. Perlahan sajalah degupnya.
Leka dia berperang dengan jantung sampai tak sadar bahawa ada yang merona satu muka merenung wajah merahnya.
Kaiser mengetap rahang memerhati bibir yang digigit wanita itu. Datang dah perasaan gila ni! Ini yang dia malas tenung muka Mai.
"Don't you dare do that." pesannya berbaur tegas.
Terkebil-kebil Mai tak faham. "Hah? Apa salah saya?"
Dia telan liur kesat tatkala baru perasan mata tajam Kaiser asyik menatap bibirnya.
"Ja-Jangan tenung saya... ingat saya tak malu ke?"
"Kau tak tahu berapa lama aku pendam perasaan ni. Tapi bersyukurlah kita belum sah. Sebab aku akan buktikan yang aku cintakan kau. Bukan tubuh kau." ucap Kaiser seraya melempar senyum tulus. Akhirnya kembali normal selepas ditegur Mai. Kalau tidak ditenungnya sampai tahun depan.
Terpegun Mai. Tak berkelip mata bulatnya melawan pandangan lembut lelaki itu.
Cinta? Dia sebut cinta? Rasanya ini pertama kalinya dia mengaku secara terang terangan yang dia cintakan aku.
Mai rasa jantungnya sedang mengejeknya saat ini. Sudah la kencang berdegupnya sampai rasa nak keluar. Boleh pula muka ni ikut sokong bertukar jadi tomato merah.
"Baiklah, buktikan apa yang awak cakap tu. Dilarang tarik balik sebab sekali dah sayang, awak tak boleh lari dari saya." ujar Mai bersama tatapan tegas. Dia benar-benar maksudkan itu.
Senyum lega terpamer pada wajah Kaiser. Lega berjaya pujuk wanita itu kembali ke sisinya. Dia tak sanggup bayangkan segila apa jika tiada Mai.
"Aku suka semangat kau." teringat pula malam tu... malam kita bertemu lima tahun lalu. Ayat ini dia berani luah dalam hati sajalah. Cari nahas kalau dia cakap depan Mai.
"Jadi sekarang apa plan awak? Takkan nak biar saja masalah ni. Tak perlu cari siapa orang yang ambil gambar. Cukup selesaikan dengan cara baik." ucap Mai mula serius. Sudah cukup basa basi, yang penting adalah selesaikan gossip tentang mereka yang sedang menyebar. Perlu diselesaikan sebelum tersebar meluas.
Kaiser garu kening serba salah. Alamak mampus dia! Dia buang muka ke arah lain.
"Plan tu... nanti-nanti la aku fikir."
"Apa awak cakap?" soal Mai meninggi suaranya disebabkan kurang dengar suara semut itu.
"Plan! Plan aku... aku akan buat klarifikasi!" sahut Kaiser pantas. Takut benor Mai naik angin lagi. Rancangannya itu pun baru terlintas dua saat yang lalu.
"Cukup ke? Awak ingat orang senang nak percaya dengan beberapa kerat penjelasan?" Mai buat muka toya. Lelaki didepannya ini memang tak boleh diharap. Jangan cakap yang dia datang ke sini semata nak pujuk aku.
"Eh mesti! Kena pula muka aku yang keluar. Meleleh handset perempuan kat luar sana. Gossip kan, cukup la kita bagi explain sikit. Nak percaya atau tak, terpulang dia orang." Kaiser dengan muka bangganya berkata.
Mai picit kepala yang terasa berdenyut. Dia buang muka ke arah lain untuk memikirkan sendiri cara. Benar, Kaiser memang tak boleh diharap.
Lalu dua wanita muda dilorong itu membisik sesama mereka sambil memandang sinis ke arah Mai. Sepertinya mereka juga penghuni di sini.
"Itu kan Maihara yang terkenal. Yang ada hubungan sulit dengan orang VG tu."
Mai buat-buat tak dengar umpatan tersebut. Dia tak berani berhadapan dengan Kaiser. Badan pusing ke arah berlawanan. Namun begitu, dia penasaran dengan reaksi lelaki itu yang hanya membisu.
"VG apa tu?" wanita yang satu lagi bertanya. Tak faham agaknya pertama kali mendengar hal tersebut.
Temannya disebelah berdecit geram. "Kau ni tak pernah ambil tahu pasal dunia la. Kan ada gossip yang kata VG a.k.a syarikat pinjaman duit tu sebenarnya organisasi yang penuh dengan ahlong dan gangster!"
Dua wanita itu berjalan lambat seolah-olah sengaja ingin umpatan mereka terdengar oleh pasangan yang berdiri disebelah pintu kamar itu.
Temannya yang naif itu menekup mulut terkejut. "Ga-Gangster? Zaman sekarang pun masih ada gangster ke."
Wanita muda yang beriak angkuh itu tersengih sinis melirik ke arah Mai. "Ya, masih ada. Yang aku tak sangkanya Maihara yang aku idolakan dulu, rupanya begini sikapnya. Rasanya dulu dia tak semurah ni."
Kening Mai sedikit berkerut tatkala perkataan 'murah' menusuk gegendang telinganya. Sangat menusuk kalbu. Kaiser diam memerhati dua wanita yang berjalan selambat kura-kura itu.
Wanita naif yang lagi seorang itu tampak ternganga tak percaya sambil pandang Kaiser lalu pandang statement dalam telefonnya. Teman yang angkuh itu berkerut bingung setelah dicuit dan disua telefon depan muka.
"Apa? Cakap bagi jelas boleh tak! Geram aku dengan kau ni."
Wanita naif itu menuding jari takut-takut kepada Kaiser yang melempar senyum kepadanya.
"I-Itu kan orang yang kau gossipkan dari tadi. Ja-Jadi dia g-gangster?" gementar dia mendapat senyuman manis dari Kaiser. Bulu roma terasa seakan tercanak naik. Entah apa yang menggerunkan namun dia merasa terancam hanya dengan aura lelaki itu.
Wanita yang angkuh turut terkejut. Meneliti dalam gambar Kaiser yang tampak jelas dari postingan akaun lelaki itu. Yang dia lihat cuma gambar yang kabur dari statement!
"Erk..." takut-takut dia angkat wajah melihat kepada Kaiser yang tak lekang dengan senyuman penuh makna.
Langkah wanita muda itu juga terhenti. Dia membisik tepi telinga temannya yang polos itu. "Aku kira sampai tiga lepas tu kita lari. Faham?"
Temannya mengangguk serius. "Faham! Lari!"
"Satu..."
Mai yang sedang menghadap ke arah lain itu menepuk dahi perlahan. Kenapa dia rasa situasi bertukar konyol?
"Dua..."
"Oit cik kak," tegur Kaiser secara tiba-tiba.
"Hah?" berpeluh ketiak dua wanita muda yang masih berdiri statik itu. Menanti penuh debaran makian yang akan keluar dari mulut lelaki tampan itu. Argh! Jika bukan gangster, pasti mereka sudah minta nombor telefon!
"Hati-hati mengumpat sambil berjalan. Takutnya tersambar petir. Jangan disebabkan mulut, badan yang binasa." pesan Kaiser terselit peringatan. Kembang hidung dengan ayat kubannya sendiri. Aiseymen, hebat juga ayat aku!
Mai menjauh sedikit agar berjarak dari Kaiser. Dia tak mahu terjangkit penyakit narsis lelaki itu. Tekaknya terasa kembang nak muntah melihat mimik muka Kaiser tika ini. Dia tahu Kaiser main pedal saja ayat. Petir apanya dihari cerah begini.
Lantas berdiri tegak dua wanita muda tadi mendapat 'pesanan' dari Kaiser. Seperti kadet askar yang dapat arahan pula.
"Ba-Baik! Kami pergi dulu!"
Kaiser perhati saja larian dua wanita itu yang sudah menjauh. Terkedek-kedek persis anak itik. Terjentik rasa lucu pula. Buat jadi cleaner di VG baru tahu!
"Tak sangka kau terkenal sampai macam tu sekali. Dia orang ambil tahu semua pasal kau. Kau tak pernah cerita pun kau yang ada zaman kegemilangan sendiri." bicara Kaiser beralih kepada wanita disisinya.
Mai diam merenung lantai. "Tempat ni tak sesuai untuk bercerita. Kaki saya pun dah lenguh berdiri."
Kaiser seperti faham dengan permintaan wanita itu. Memang benar, sesiapa yang lihat mereka didepan bilik sewa pun akan berfikir negatif.
"Jom, ikut aku." dia langsung mengorak langkah untuk beredar dari situ.
Mai cepat-cepat menyaingi langkah namun hanya berjalan dibelakang. "Pergi mana?"
"Tempat tertutup." selamba Kaiser menjawap tanpa berpaling.
langkah Mai jadi perlahan. Was-was pula nak ikut. "Bagitahu la nak bawa saya pergi mana?"
Kaki Kaiser terhenti mendadak. Dia berpusing mengadap Mai sambil dihiasi senyum.
"Jangan risau sangat, kan aku dah kata yang aku takkan sentuh kau selagi kau bukan isteri aku."
******
RUMAH AGAM VALKA.
Ruangan bilik kerja itu dipenuhi dokumen kerja. Selain itu, hanya tersusun senjata api dan segala jenis pisau pada dinding. Sangat menggerunkan bagi orang biasa untuk memasuki bilik tersebut.
Kaki kiri menyilang atas paha kanan. Asap kelabu tembakau dihembus tepat ke telefon pintar milik anak buahnya. Dia ditunjukkan kes yang menarik dan sedang panas dalam media sosial.
Telefon dihulur semula kepada anak buahnya yang berdiri dibelakang. Kerusi beroda yang bergerak itu juga berpusing kejap ke belakang. Menghadap dinding kaca. Dapat dilihat bukit bukau dan hutan hijau dari sini.
Rumah agam bercat putih ini terletak dipinggiran hutan berdekatan sempadan. Tiada rumah lain yang terlihat dalam hutan ini. Dan boleh dikatakan tempat inilah 'sarang' pusat kumpulan VG.
Dua pengawal atasan yang berdiri tegap dibelakang Joshua hanya berdiam diri seperti patung.
"Jadi perempuan ini spy yang menyusup dalam Jeruk Manis? Orang yang sama?" soal Joshua bernada biasa.
"Ya, bos. Saya yakin. Adik saya yang bekas ketua Jeruk Manis pernah tunjuk gambar perempuan ni pada saya." seorang anak buah yang berdiri didepan meja menjawap penuh hormat. Tunduk saja ke bawah kerana tak berani bertatapan dengan bos besarnya langsung. Telefonnya yang dihulur oleh Joshua disimpan dalam kocek seluar.
"Begitu ya." Joshua bersandar santai sambil matanya masih mengamati pemandangan menyejukkan mata diluar dinding kaca. Hujung bibirnya menarik senyum senget.
"Nampaknya Kai nak bermain-main dengan uncle selagi masih bernyawa."
Senyumnya kian melebar seraya memejam mata. Kepala bersandar rilex pada kerusi.
"Kai Kai... dah besar panjang dah anak saudara kesayangan uncle. Sampai berani bermain dengan api. Tapi tak ada masalah kalau Kai ada hubungan dengan gadis itu sekalipun." bicaranya sendirian dan cukup didengari semua orang yang berada didalam kamar pejabat tersebut.
"Katanya gadis cantik itu puteri sulung Tuan Idris. Benar kan?" mata Joshua mencelik lalu pandang tepat kepada anak buahnya. Dia ingin kepastian yang benar.
"Betul, bos. Dalam berita tu pun ada bagitahu siapa perempuan tu. Dia cukup terkenal di masa muda dulu. Lima tahun terakhir dia tiba-tiba hilang, katanya bekerja diluar negara. Tapi ada yang cakap dia sengaja disorokkan dari mata dunia disebabkan satu kes." balas orang suruhannya yang tetap menunduk.
Kening Joshua terjongket mulai tertarik. "Kes? Ceritakan secara ringkas. Aku pun nak kenal siapa gadis menarik yang dikejar Kai. Dia pasti orang yang cukup hebat sebab Kai takkan suka pada gadis biasa."
"Nama dia Maihara, bos." anak buah itu memulai mukadimah cerita.
"Okay. Nama yang cantik." bersahaja Joshua mendengar. Namun tetap fokus kerana agak penasaran dengan gadis tersebut.
"Saya tak tahu detail tapi saya akan cerita dari semua informasi yang saya cari tahu."
"Teruskan saja, Alex."
Anak buah yang bergelar Alex itu menarik nafas dalam kemudian dihembus. Dia angkat muka dengan raut serius.
"Sebelum menjadi seorang spy, Maihara selalu bantu ayahnya Tuan Idris dari segi harumkan nama. Tuan Idris naik pada kedudukan tinggi sekarang pun atas usaha dan titik peluh Maihara walaupun sedikit. Jadi dia selalu keluar tv, itulah ramai orang kenal dan idolakan dia." cerita Alex panjang lebar. Dan pastilah belum habis ceritanya. Dia berhenti kejap ambil nafas.
"Oh hebat! Mesti Tuan Idris bangga dengan putri sulungnya. Hebat-hebat, teruskan!" sampuk Joshua teruja kerana mulai kagum dengan sosok Maihara.
"Tapi tak lama kebanggaan tu pun punah hanya disebabkan satu kesilapan yang Maihara sendiri buat. Saya tak tahu itu apa, tapi masa tu Tuan Idris marah besar dan paksa anaknya kahwin dengan orang biasa. Tapi dia dah lama cerai dan ada anak lelaki seorang." sambung Alex lagi bangga kerana informasi darinya disambut dengan baik oleh bos besar.
Kening Joshua sedikit berkerut. Sengihan kecil terpamer. Dia ingin meneka sesuatu kerana dia dapat hidu ada yang menarik di sini.
"Anak... lima tahun lalu... paksa kahwin..." ngumamnya berfikir ligat sambil usap janggut yang tampak beruban.
"Alex,"
"Ya, bos!" terus tegak badan Alex memberi fokus sepenuhnya.
Joshua tersenyum sinis. Dia dapat rasa ada sesuatu yang janggal tetapi menarik dalam cerita Maihara.
"Cari tahu siapa bapa biologi budak tu."
Terpinga-pinga Alex tak faham dengan niat bos besarnya. Tapi dia turuti jua. "Tak ada masalah. Nanti saya selidik lebih dalam."
"Bagus." Joshua senyum puas. Jika tekaannya tepat, boleh jadi anak lelaki Maihara dan Maihara sendiri adalah kelemahan Kaiser. Itu yang ia cari belakangan ini iaitu kelemahan seorang Kaiser Lee.
'Saya tertarik pada seorang perempuan. Dan saya rasa saya dah mula jatuh cinta pada dia. Tapi dia larikan diri dari saya. Saya cuba cari dia tapi tetap tak jumpa. Dia pandai menyorok.'
'Apa yang kamu lakukan pada gadis tu sampai dia larikan diri dari kamu?Cuba cerita pada uncle.'
'Saya... haa. Saya tak tahan, dia terlalu cantik. Saya ajak dia tidur bersama dan dia setuju.'
Pembicaraan antara dia dan Kaiser terngiang kembali membuatkan Joshua dibakar api teruja. Kamu hancurkan hidup perempuan yang kamu sayang, Kai. Rupanya kamu lebih kejam dari uncle.
Telinga tertangkap suara batuk seseorang. Joshua matikan api tembakaunya. Dia pandang tepat kepada orang yang berdiri di sudut kamar itu. Orang yang hanya berdiam diri sedari tadi.
"Kemari, Ken. Uncle nak tanya sesuatu." ajak Joshua senada seorang bapa. Dia sentiasa berlembut bila berbicara dengan pemuda itu.
Ken mendekat tanpa sebarang bunyi atau bantahan. Dia berdiri disamping Alex yang menjadi pemerhati.
"Kamu sebagai bodyguard yang selalu mengawal Clara. Apa yang kamu buat di sini? Bukan ke uncle beri tanggungjawab besar kepada kamu untuk jaga puteri uncle." tanya Joshua setenang air tasik. Tidak la serius, dia sengaja ingin bertanya.
Ken tampak teragak-agak. "Dia tengah bersiap untuk ke tempat shooting." dan rasanya tak sesuai dia lihat gadis china itu menukar pakaian. Dia pun tahu batas.
Joshua rasa ingin mengusik pemuda bermuka beku itu. "Kamu tak bernafsu setiap kali tengok Clara kan? Uncle cukup kenal dengan sikap nakal anak itu. Dia mesti selalu goda kamu."
Tanpa sadar Ken hela nafas lega. Seperti ada yang memahami penderitaannya selama ini. Memang benar apa yang dikatakan Joshua.
"Maafkan saya, uncle. Jadi uncle nak saya buat apa? Uncle bagi kerja lain pada saya pun saya tak kisah." soal Ken cukup sopan.
"Tak, tak perlu. Kamu dah sesuai jadi pengawal Clara dan dia pun nampaknya sukakan kamu. Uncle tak mahu anak manja itu merajuk pula kalau uncle gantikan orang lain ditempat kamu." tukas Joshua bersahaja merenung muka pasrah Ken.
B*ng*at! Kalau macam tu baik tak payah tanya. Aku ingatkan dia nak pecat aku! Ken sudah menyumpah dalam hati bersama riak luaran yang kekal tenang.
"Kamu cukup buang 'burung' kamu. Barulah uncle lepaskan Clara pada kamu sepenuhnya. Kamu berdua nak tidur bersama pun uncle tak kisah." ujar Joshua serius.
Membulat bola mata Ken. Pantas dia pandang Joshua yang menatap serius dirinya.
"Bu-Buang burung?! Maksud uncle, uncle nak saya ke-kerat saya punya 'anu'?" hah sudah! Tak pasal tergagap Ken jadinya. Matanya jatuh melihat 'burung'nya dibawah. Menakutkan! Baik dia mati saja daripada sunat dua kali!
"Pftt!" tak semenanya meletus ketawa besar Joshua yang ditahan sejak tadi. Dengan Alex sekali ikut menahan gelak. Reaksi Ken benar-benar lucu dimata mereka wahal lelaki itu dah kecut perut membayangkan 'anu'nya dikerat.
Ken membiarkan saja mereka menyudahi gelak. Sakit pula hati dipermainkan begitu.
"Maaf-maaf. Uncle gurau saja. Takkan la sunatkan kamu dua kali. Uncle tak adalah kejam sangat nak rampas hidup kamu." kata Joshua bersama sisa tawa. Siap kesat air mata.
"Uncle tanya saya bernafsu atau tak bila pandang Clara." Ken buka mulut selepas membisu beberapa minit. Tegangnya sudah kendur.
"Hmm?" Joshua menanti ayat seterusnya dari pemuda didepannya.
Ken angkat wajah dan waktu itulah mata mereka bertembung.
"Maaf, ada perempuan lain yang saya suka. Jadi uncle tak perlu risau pasal Clara. Saya akan jaga dia tanpa sentuh sehelai rambut pun." jelas Ken tanpa sebarang riak mahupun segaris senyum.
Joshua senyum kekok. Ken memang tak boleh di ajak bergurau. Serius memanjang. Dia bangun menghampiri Ken.
Bahu pemuda itu ditepuk sekali sembari mengukir senyum.
"Uncle percayakan kamu. Kamu bukan orang yang akan khianati uncle kan? Baik Clara mahupun VG. Kan? Kamu akan jadi anjing yang setia kan?"
Pandangan Joshua yang penuh berharap itu dilawan bersahaja. Anak dengan bapa sama-sama psiko. Ken ketap gigi menahan rasa.
Jika bukan disebabkan idola yang dia cari bersembunyi didalam VG, dia takkan masuk ke dalam kumpulan memuakkan ini.
Hujung bibir Ken sembunyi senyum senget. Huh, dia anggap aku seekor anjing?
"Ya. Saya memang setia orangnya. Terpulang kepada uncle nak percaya atau tak. Saya masuk ni, cukup jadi pengawal Clara saja kan." balas Ken tersenyum penuh yakin.
"Yaa... cukup berikan semua kesetiaan kamu kepada VG. Mulai sekarang uncle akan anggap kamu sebagai 'Kaiser Kedua'. Uncle dah buang dia, ada kamu pun sudah cukup." Joshua melebar senyum yang memiliki arti tersembunyi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#Harap tak cliche & cringe eh... tk pasal saya syok sendiri. Sbenarnya saya sendiri pun geli nk tergelak dgn cerita sendiri.
Share this novel