1 : Bantu Mai

Romance Series 8958

     "Dia tak bangun lagi ke? Ke tengah praktik meninggal?"

"Mata terpejam tu, tak sedar lagi la! Kau punya soalan ni. Eii! Aku!"

"Bosey weh sek mung ni! Senyap lah! Lamo kei sedar sakit jatung kak comey ni." (Bising korang ni! Senyap lah! Kang tersedar sakit jantung akak cantik ni)

Matanya perlahan dibuka apabila suara perbualan beberapa orang lelaki terasa menganggu. Kepala masih berdenyut dan mencucuk sakit.

Eh?

Lelaki?

Bagai tersedar dari mimpi, Mai sepantas kilat bangun dari baringan. Hilang sebentar sakitnya. Terbuka luas matanya bingung melihat persekitaran tika ini. Dirinya dikelilingi dua orang lelaki yang terlihat masih muda. Mungkin pelajar universiti. Eh bukan itu yang dia patut fikirkan sekarang ni.

"A-akak kenapa bangun? Rehat la dulu. Badan akak nampak banyak luka dengan lebam. Akak... kena pukul ke?" serba salah Calvin bertanya.

Calvin, 22 tahun. Pemuda berbangsa china mix malay. Bersifat kekanakkan wahal dia merupakan anak sulung. Menuntut ilmu di upsi.

Calvin mengaduh sakit apabila perutnya diluku oleh temannya, Rais.

"Jago sikit mulut tu. Mung tanyo pelik pelik lagi, aku puk la." (puk is pukul) ugut Rais menjeling temannya yang sudah memuncung mulut. Wanita didepannya di pandang.

Rais, 23 tahun. Pemuda asal kelantan yang bekerja di luar negeri. Manis mulut orangnya.

"Ehem, cik kak lawa ni. Datang dari mana? Macam mana boleh terluka teruk macam ni? Siapa yang pukul, cuba cakap? Biar abe Rais yang handsome ni cari."

Pertanyaan yang berpusu pusu tak masuk satu pun dalam kepala Mai yang masih bingung itu. Tak lama kemudian dia tepuk dahinya sendiri kerana sudah ingat apabila kejadian semalam menerpa. Kemudian membongkok sedikit.

"Maaf banyak-banyak saya menyusahkan. Sebenarnya saya kebetulan lalu belakang rumah ni. Tak sangka boleh pengsan pula."

Rais yang mendengar itu mulanya tergamam kerana suara wanita didepannya lalu tertawa.

"Takde hal lah. Mana ada menyusahkan. Kita hidup bermasyarakat kena saling tolong menolong. Kan Ri?" ujar Rais bersahaja.

Ri? Ada lagi ke?

Datang Hairi menghampiri mereka. Lelaki ini membalas senyum Mai.

Berapa orang dalam rumah ni? Nampaknya aku kena keluar. Desis Mai dalam hati.

"Saya Hairi, salah seorang housemate dalam rumah sewa ni. Saya tahu mereka tak perkenalkan diri lagi. Yang cakap kelantan tu Rais dan muka macam budak baru sunat tu Calvin namanya. Akak Maihara kan? Maaf saya tak sopan, saya ternampak ic Kak Mai masa nak hantar pergi hospital semalam." sopan dan tenang saja bicara pemuda bernama Hairi ini.

"Ah ya. Terima kasih sudi tolong saya." balas Mai tersenyum wahal dalam hati sudah sumpah seranah dirinya sendiri.

Dasar cuai! Kau gila ke Mai bawa kad pengenalan masuk kawasan musuh?!  Jerit hati kecil Mai.

Mai angkat muka penasaran ingin menanyakan sesuatu.

"Siapa yang jumpa saya semalam? Di antara awak bertiga kan?"

Ketiga jejaka muda didepannya berpandangan sesama sendiri.

"Kak Mai langsung tak ingat ke?" soal Calvin polos.

"Dah sah sah la tak ingat. Dia kan pengsan." tukas Rais sengaja mencari gaduh dengan temannya berwajah cina itu.

"Kau ni dari tadi lagi. Nak gaduh nampak. Hah meh la! Kak Mai tengok ni." Calvin yang agak tak puas hati bila bicaranya dituntas dari tadi.

"Eh aku on je! Malam ni kita lawan game Ofsior level 78 baru keluar. Yang kalah belanja burger. Amacam?"

"Okay on! Ingat aku takut!" Calvin menyambut tantangan itu.

"Aku lapar. Jom makan sekali." ajak Calvin berjalan pergi beriringan dengan Rais seperti tak terjadi apa apa.

Dua sahabat itu bergaduh dan pergi seperti tak berdosa meninggalkan Mai dan Hairi di situ. Pintu kamar dibuka luas.

"Siapa?" Mai yang masih penasaran gerangan yang membantunya semalam.

Hairi gosok belakang leher serba salah.

"Kenapa? Hantu ke yang angkat saya?" soal Mai polos.

"Tak tak bukan. Dia penghuni rumah sewa ni juga. Jangan risau, dia baik. Nama dia Ken." jelas Hairi tak mahu wanita di hadapannya salah faham.

Mendengar penjelasan ringkas dan padat itu membuatkan Mai faham. Terangguk angguk faham. Entah kenapa dia merasa lega jika itu mereka padahal para pemuda itu orang asing. Ini pun pertama kali bertemu.

"Hairi kan?"

"Ya saya. Ada nak apa apa ke?"

Mai tersenyum mekar. Ah, dia mengerti. Setelah diperhati dan dinilai, di antara mereka... Hairi lah yang paling tenang dan sopan orangnya. Pasti anak ini dididik dengan baik. Keperibadiannya juga menyenangkan.

Barangannya seperti dompet, telefon dan beberapa sampul coklat sebesar fail disumbat kedalam bag sling. Sampul surat itu dilipat saja lalu sumbat.

Sampul surat tersebut menarik perhatian Hairi.

"Kak Mai, saya bukanlah busybody sebenarnya. Tapi saya sejenis rasa nak tahu tu kuat. Kalau boleh, boleh saya tahu. Apa isi sampul tu? Kalau akak tak nak cakap pun tak apa."

Tertawa kecil Mai dengan bicara polos itu. Sampul itu ditilik lama kemudian dibuka. Ditarik beberapa helai kertas seperti dokumen penting.

"Hairi, apa saya boleh percayakan awak dan kawan kawan awak? Apa kamu semua boleh simpan rahsia."

"100 persen. Walaupun saya macam ni tapi saya jujur orangnya. Percayakan saya." kata Hairi.

"Tapi sebelum tu... boleh suruh kawan awak dua orang tu datang sini. Mesti tak selesa mengintai tepi pintu saja." tenang Mai berkata sambil tersenyum kepada dua sahabat tadi yang tersengih datang.

Hairi terpinga. Tak perasan langsung bila masa dua manusia itu sedang mengintai di pintu.

Calvin duduk di kerusi merapat ke Mai ingin fokus dengar cerita katakan. Rais hanya bersandar di dinding.

"Kenapa kau orang intai?" polosnya bertanya.

"Saja. Nak kenal juga siapa cik kak lawa ni." jawap Rais bersahaja.

"Entah la, Hairi sampai hati ambil kesempatan dalam kesulitan. Kita orang pun nak bercakap dengan Kak Mai juga." Calvin menambah.

"Ambil kesempatan?" blur si Hairi. Alahai...

"Kak Mai perisik kan. Atau lebih dikenal SPY?"

Ayat tenang dari Calvin sempat membuat Mai tergamam. Macam mana dia tahu?

Melihat dari riak bingung wanita itu, Calvin berkata. "Saya agak je, tak sangka betul. Sebab nampak Kak Mai berhati hati dengan sekeliling. Lepastu senang je akak perasan kami menyorok. Jadi betul lah akak SPY? Wahh..."

Mai tersengih kerang busuk sambil gosok belakang leher acah malu.

"Kantoi kali kedua. Jelas sangat ke nampak?"

Calvin geleng kepala. "Tak tak jangan risau. Saya agak je tadi. Tapi biar betul eh, power betul. Tak sangka dalam hidup saya boleh jumpa 'hero dalam bayangan'."

Tertawa kecil Mai. "Hero dalam bayangan eh? Macam macam la."

"Yela, pekerjaan akak kan dibalik tabir. Buat secara rahsia dan diam diam sampai orang luar tak tahu. Kira hebat la Kak Mai ni kan perempuan, kerja tempat berbahya seorang diri. Eh jadi maksudnya, badan akak yang penuh luka dengan lebam ni kena pukul ke?" bersungguh sungguh Calvin bertanya. Reaksinya terselit rasa simpati melihat lebam di lengan dan muka wanita itu.

Lebam membiru pada lengannya Mai sentuh. Bibirnya perlahan meringis. Tipu la kalau kata tak sakit. Dia pun manusia juga.

"Ah luka ni. Hal kecik saja ni. Tapi akak tak boleh kembali ke markas buat masa sekarang. Risau geng Jeruk Manis tu dapat kesan." kata Mai perlahan. Agak stress dan tertekan dengan keadaan yang menimpa nya. Bagaimana dia nak kembali ke markas? Macam mana kalau geng gangster tu tangkap aku semula dalam perjalanan?

Mengingat dirinya yang tiada hala tuju. Membuatkan Mai menunduk menyembunyi sedih.

Calvin tampak serba salah. "Kak, maaf saya banyak soal. Akak jangan nangis. Akak tak ada tempat nak pergi kan, macam mana kalau kak Mai tinggal dulu kat sini. Sementara sembuhkan luka akak."

Mai angkat muka. Termakan dengan cadangan tersebut memandangkan dia sendiri tiada hala tuju. "Boleh ke?"

"Apa pulak tak boleh. Tengok muka saya ni, muka suci lagikan boleh dipercaya. Kak Mai tinggal la selama mana akak nak. Kami pun kebetulan cuti sem sekarang. Jadi yang ada ni, tak balik rumah." jelas Calvin tenang.

Hairi mendekat. "Kenapa panggil jeruk manis? Saya nak gelak tapi tak rasa sopan. Dia orang dah penat bagi nama, jadi saya hormat keputusan mereka dalam pilih nama. Hm Jeruk Manis..."

Mai pandang penuh terharu kepada dua jejaka didepannya. Yang nama Rais tu tak keluar.

"Terima kasih ya, Calvin, Hairi. Maaf sekali lagi akak menyusahkan. Akak janji lepas sembuh cukup tenaga je akak keluar. Sekarang akak cuma perlukan tempat selamat." ujarnya.

"Jeruk manis?" ngumam Hairi masih dengan mimik blur nya.

Tergelak Mai dan Calvin yang melihat itu.

Muhammad Hairi. 22 tahun, pelajar upsi sama seperti Calvin yang sedang cuti semester. Paling matang berbanding yang lain. Tapi kadang terlebih naif lebih perempuan.

Sementara itu pada masa yang sama...

Mulut yang menguap beberapa kali ditutup. Remote tv ditutup. Membosankan.

Belakang kepala Rais bersandar lelah pada sofa. Mata terpejam mengantuk.

"Ngantuknya..."

Mana tak mengantuknya, semalam pun tidur pukul empat pagi. Berborak dengan Calvin dan Hairi bercerita entah apa apa sampai tak sedar sudah larut malam.

Tok! Tok!

Ketukan pintu mengganggu dia yang baru hendak masuk dalam alam mimpi.

Tok! Tok Tok!

Dengan tak puas hati Rais bangun untuk membuka pintu. Nak kata Ken, takkan la dia takde kunci pendua. Pasti orang lain.

"Siapa la datang tengahari ni. Mengganggu ketenteraman sungguh la. Eh? Siapa pulak ni?"

Omelannya tertukar kepada kebingungan apabila tiga lelaki berbadan sasa berwajah bengis dan penuh tato menatapnya tajam.

Rais terkedip kedip kehairanan.

"Cari siapa? Dalam rumah ni takde yang berkawan dengan gorila. Maaf ya." selamba kentut Rais berkata. Baru saja pintu nak ditutup, pintu ditahan oleh lelaki sasa tadi.

"Kami cari perempuan. Maihara namanya. Dia ada lalu kawasan sini semalam. Ada nampak?" garau suara lelaki sasa tersebut bertanya sambil melirik kedalam rumah.

Riak Rais masih tak berubah. Masih dengan muka toya nya.

Rais melangkah keluar dari pintu. Pintu ditutup kemudian dia berdiri menghadap ketiga lelaki berbadan gorila tersebut dengan berani dan confident.

"Maaf tak kenal. Kalau Maisara saya kenal. Sepupu saya tu kat kampung kelantan. Cantik orangnya, sesuai dengan kamu bertiga. Nak kenal? Kalau nak saya nak kasi nombor telefon. Nak?"

"Tak. Terima kasih saja." tukas salah seorang dari tiga lelaki. Terlihat seperti pasrah dengan bicara entah apa apa dari Rais.

"Kami pergi dulu."

Ketiga lelaki tersebut berjalan pergi meninggalkan Rais yang berdiri seperti patung cendana.

Setelah memastikan lelaki tadi sudah tiada meninggalkan kawasan itu. Rais masuk kedalam rumah semula dengan santainya.

Setelah menceritakan semuanya kepada mereka yang ada didalam bilik Mai.

Mai tampak tak terkejut. Sudah dijangka perkara itu.

"Nampaknya Kak Mai kena tinggal kat sini untuk sementara waktu. Kami akan fikir cara nak bantu akak." kata Rais.

Calvin angguk setuju dengan cadangan tersebut.

Mai menunduk sedikit sambil senyum tawar. Sebenarnya dia agak malu untuk menumpang rumah orang.

"Akak tak tahu nak cakap apa. Tapi jujur akak cakap entah kenapa akak percayakan kamu bertiga. Terima kasih, sampai mati pun akak tak mampu balas jasa kamu semua." ujar Mai menahan sebak. Bila ya terakhir kali dia dilayan baik sebegini?

Hairi senyum lembut. "Tak perlu sampai macam tu. Kami tolong mana yang mampu. Kebaikan kecil ni tak bernilai apapun kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Kak Mai yang sanggup korbankan nyawa nak tangkap penjenayah. Untung Malaysia ada akak."

Mai tertawa kecil. "Melampau sangat tu. Tapi apa apa pun. Terima kasih ya. Rais... Hairi... Calvin."

Tersengih Calvin malu kucing tatkala namanya turut disebut. "Sama sama. By the way, kami ada empat orang yang menyewa. Seorang lagi namanya Ken. Dia yang tolong Kak Mai semalam."

"Oh iya. Sampaikan terima kasih akak pada dia juga." balas Mai lembut. Seperti melayani adik adik.

"Baiklah. Sebaiknya Kak Mai rehat dulu. Akak masih belum pulih sepenuhnya. Nanti saya hantar makanan." ujar Hairi.

"Eh tak apa la. Jangan buat akak rasa serba salah macam ni. Luka ni sikit saja, akak masih boleh cari makan sendiri." tukas Mai. Merasa menyusahkan pula.

Tetapi ketiga jejaka muda didepannya senyum saja.

"Kalau akak keluar, saya tak rasa akak boleh kembali hidup hidup. Puak gangster tu kat luar sana tengah cari akak. Bahaya." jelas Rais terus membuat wanita itu senyap. Ada betul juga.

Mereka jalan beriringan keluar untuk dari dari kamar.

Pintu kamar ditutup. Ketiga sahabat itu saling berpandangan.

"Report polis?" cadang Calvin.

Rais geleng. Dia cukup arif dalam hal begini. Sebab itulah dari tadi dia banyak berkomentar. "Tak boleh. Aku rasa bahagian penyelidik Kak Mai tiada kaitan dengan polis. Dia orang pihak yang berbeza, jadi dia orang laksakan misi masing masing."

Hairi diam. Ikut serta setuju terhadap penjelasan sahabatnya.

"Kalau macam tu apa yang kita boleh bantu Kak Mai? Takkan nak tengok saja dia buat kerja bahaya seorang diri lagi." soal Calvin terdengar bimbang. Aih, tengok Mai teringat pula adik perempuannya dirumah.

"Aku ikut Hairi je. Ha, macam mana Ri?"

Rais dan Calvin pandang tepat kepada Hairi yang kelihatan berfikir serius.

Hairi angkat muka bersama wajah penuh tekad. Kedua sahabatnya yang melihat riak itu sudah paham.

"Dia dah berjuang sejauh ni. Kita tak berhak nak halang kerja dia. Apa yang kita kena buat mulai sekarang adalah bantu Kak Mai capai tujuan dia." bicara Hairi nekad.

"Aku dah agak. Hairi, kau memang terbaik! Tak pernah mengecewakan!" Calvin angkat Trump up sambil tersengih.

Rais buang muka ke lain. "Seperti yang diharapkan dari Hairi si berjiwa rakyat."

Hairi dan Calvin tertawa mendengar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience