45 : Guru Dan Murid

Romance Series 8958

        JOSHUA terduduk keseorangan di dalam ruangan VVIP tersebut. Kacau! Semuanya kacau!

Tangan tuanya yang sedang memegang telefon menggigil hebat. Gigi digertak marah. Tuhan saja tahu betapa perasaannya bercampur aduk ketika ini. Sedih kerana usahanya selama bertahun-tahun membangunkan VG menjadi sia-sia sekelip mata.

Kecewa dikhianati orang-orang yang ia percaya. Yang dia kasihi seperti anak sendiri. Yang dia tatang bagai minyak yang penuh!

Pembaca berita yang sedang membicarakan tentang penangkapan anak-anak buahnya dipandang dengan mata sayu. Mungkin tinggal dia seorang saja belum ditangkap. Tunggu masa saja.

"Apa... apa salah aku? Apa yang aku dah buat sampai semua orang bencikan aku. S**l! S**l!" Joshua meramas rambutnya serabut.

Telefon yang diberi Alex terjatuh ke lantai. Tangannya tak bertenaga. Dia seperti akan tumbang bila-bila masa sahaja, bahkan jika ditiup angin.

Alex?

Entah lari kemana. Dia tak mahu ambil tahu.

Ucapan Alex sebelum meninggalkan dia menjengah segenap mindanya.

"Tengoklah. Itu hasil dari usaha kau selama ni. Besarkan VG? B*doh, selagi bos kami masih ada. VG takkan kemana." ujar Alex sambil melempar handphone ke atas riba Joshua yang terduduk lesu.

"Lagi satu." Alex yang sudah bersedia mahu beredar, berpaling kembali.

"Kau tanya apa salah kau kan. Salah kau cuma satu. Kau tak bunuh aku dan Kaiser dari awal. Padahal kalau kami tak ada, VG mungkin masih boleh diselamatkan." sambung Alex lagi. Dia beriak biasa tanpa sebarang perasaan.

Ayahnya yang menyedihkan dijeling sesaat sebelum menyambung langkah keluar dari situ.

"Martin dengan Ken. Mereka berdua pun berbahaya. Aku kena laporkan pada bos." bisik Alex sendiri.

Derapan langkah seseorang mengembalikan Joshua ke dunia realiti. Dari bunyi sepertinya seorang saja yang datang kemari.

Polis?

Joshua berkeringat dingin. Cemas. Dia tak mahu masuk penjara. Dia tak mahu berjauhan dengan anak perempuannya. Siapa yang akan jaga Clara kalau dia tiada.

"Saya dah agak uncle ada kat sini." suara Kaiser bergema di segenap ruangan kosong itu.

Serta merta air muka Joshua berubah. Suasana hatinya juga memanas melihat wajah tenang Kaiser yang muncul di depan muka pintu.

Joshua dapat rasa tubuhnya kembali bertenaga. Dia yang dikuasai semangat berbentuk amarah, menahan diri dari menerkam pemuda itu.

"Ka-Kau... berani kau muncul depan aku." Joshua menggertak gigi. Muka bengis tak dapat disembunyikan lagi.

Melihat penampilan menyedihkan bapa saudaranya itu, terjentik perasaan simpati dalam diri Kaiser. Bagaimana pun juga Joshua yang mengutip dan menjaganya ketika dia kehilangan arah dahulu.

"Bohong kalau saya cakap saya tak rasa bersalah. Maafkan saya, uncle." Kaiser menyembunyi helaan nafas beratnya.

Ucapannya itu semestinya semakin mengecewakan Joshua. Joshua tak hiraukan sakitnya, dia mendapatkan Kaiser.

Kolar baju Kaiser dicengkam menyebabkan jarak wajah mereka tinggal beberapa inci sahaja. Bersabung kedua mata yang memiliki pandangan yang berbeza itu.

"Aku boleh terima bila Ken khianat aku. Sebab dia budak mentah yang aku belum kenal lama. Alex, aku faham kenapa dia khianat. Tapi kau, Kai. Uncle tak boleh nak teka isi hati kau. Apa alasan kau pilih untuk khianat orang yang jaga kau selama ni?" bersungguh Joshua bertanya. Dia penasaran dengan alasan pemuda itu.

Kaiser menarik senyum tawar. Sepertinya dia perlu ketepikan perasaan bersalah dan simpati untuk beberapa jam.

"Uncle betul nak tahu alasan saya. Satu kata, keluarga. Dulu saya tak mampu nak pertahankan keluarga saya, tapi sekarang lain. Saya sanggup buat apa saja demi keluarga baru saya. Termasuklah berkhianat." perkataan terakhirnya ditekan.

Cengkaman pada kolar baju Kaiser dilepas kasar. Muka Joshua kekal tegang dan ketat.

"Alasan kedua? Aku tak rasa itu saja alasan kau." soalnya.

Kaiser membetulkan kolar kemejanya.

"Saya memang tak boleh sorok apa-apa dari uncle. Uncle memang mirip dengan bapak saya. Itu alasan kedua saya. Puas hati?" jawapnya ala kadar.

Joshua mengundur jarak dari pemuda itu. Kemarahan yang berapi-api tadi sejuk serta merta. Kini dia cuma dikuasai rasa pasrah.

"Sebelum polis datang. Mari kita berborak sambil adu tinju." Joshua membetul kedudukannya menghadap Kaiser. Sendi-sendi tangan berbunyi apabila dia menegang otot.

Sepertinya lelaki ini sudah pasrah jika dirinya ditangkap polis. Dia tahu tak ada guna dia sembunyi seperti tikus.

"Uncle jangan segan. Anggap saja ini latihan antara guru dan murid." otot lehernya Kaiser betulkan. Kiri dan kanan.

*

*

*

"Gatal," jari kelingkingnya mengorek telinga. Gatal.

"Mesti ramai sekarang ni yang tengah mengumpat kau." Raden yang berjalan dibelakangnya berkata.

Dia melirik kepada Martin yang cuma diam membisu. Raden adalah salah seorang yang baru mengetahui siapa diri Martin.

"Ha, maaf bukan 'kau'. Tapi Kapten Martin, Team Leader Pasukan Khusus. Merak Putih. Kau ke yang kasi nama? Apa keburuk nama." selamba Raden mengata. Meskipun terdengar bersahaja tapi terselit nada sinis dari ucapannya.

Kedua lelaki itu melangkah keluar dari gedung puluhan tingkat itu.

"Ok la dari Jeruk Manis." balas Martin.

*

*

*

KEN menarik nafasnya yang termengah-mengah. Lorong suram di hadapannya dijeling geram. Lorong yang ditunjuk oleh Kaiser yang katanya ternampak sosok seperti Clara memasuki lorong tersebut.

Dan sekarang tiada seorang di kawasan lorong ini. Dia sudah putar lima kali tetap tak jumpa orang yang di cari.

Ken berdecit geram sambil memutar badan, menyambung langkah tanpa hala tuju. S**l Kaiser tipu dia macam tu saja!

"Kau kenakan aku kali ni. Jangan sampai aku rampas Mai dari kau, Kaiser. Tak dapat Clara, Mai aku cari. Biar kau menangis bucu katil." getus Ken menyimpan geram yang berdongkol-dongkol terhadap Kaiser. Berani lelaki itu bermain-main dengannya.

Sedang dia berjalan di kaki lima tanpa hala tuju itu. Terkadang dia berselisih bahu dengan orang-orang yang lalu lalang.

"Diorang semua ni tak reti nak tidur awal ke. Merayap tengah-tengah malam. Ingat elok sangat." bebelnya perlahan seorang diri.

"Eh?" dan ketika inilah pandangannya terpaku pada sosok seseorang yang sedang bersembunyi di tepi tong sampah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience