36 : Idea Nakal

Romance Series 8958

VILLA HARA.

        KELIHATAN seorang gadis sedang bersila di gazebo seorang diri. Dia mencemik muka sambil menonton klarifikasi Tuan Idris yang muncul dalam aplikasi sosial.

Nita membelek bosan setiap komentar dari netizen. Seperti yang dijangka, opinion public terus berbalik memihak kepada Mai. Namun begitu pasti ada juga yang masih tak percaya dan melemparkan kecaman walau sudah diberi peringatan.

Benar, kalau dia jadi mereka pun dia takkan percaya dengan mudah. Apa mungkin sebahagian besar masyarakat yang percaya adalah penyokong-penyokong setia Tuan Idris? Tidak dapat dinafikan, walaupun tegas dan beriak garang. Ayahnya seorang anggota dewan wakil rakyat yang sangat dikagumi ramai.

Telefon pintarnya diletak atas paha. Nita menghela keluhan kecil sembari tersenyum sinis.

"Untung kau, Mai. Apapun yang kau buat, walaupun kau dibuang sekalipun. Tetap masih ada orang yang pertahankan maruah kau." tuturnya sendirian.

Meskipun Nita merasa bersalah kerana halau Mai, tetap saja masih ada rasa iri buat kakaknya yang memiliki apa yang dia tak miliki.

Kemudian pandangan Nita tertuju ke arah suadara mara yang keluar masuk Villa tersebut. Dia malas masuk kerana masih ramai yang belum pulang.

******

USAI menonton klarifikasi Tuan Idris, telefon diletak atas katil. Mai melabuh duduk dibirai katil bersama seraut wajah lega.

Wajah diraup seraya mengucap kata syukur. Setelah ayahnya pulang dia perlu berterima kasih. Padahal hubungan mereka buruk namun begitu Tuan Idris tetap mahu membantunya.

Mai perasan dia masih kenakan hijab. Entah kenapa berat pula hati ini mahu tanggalkan hijab walaupun ketika ini dia sendirian didalam kamar.

Kaiser?

Tadi dia perasan lelaki itu sedang beramah mesra dengan suadara mara dari keluarga ayah.

Menyebut nama lelaki itu membuahkan senyum segan. Mai sentuh dadanya yang kembali berdegup tak normal. Haih, bawa bertenanglah jantung. Kalau kau asyik seksa aku macam ni, aku hentikan kau terus.

Klak!

Laju Mai menoleh ke arah sosok seseorang yang muncul dari muka pintu. Dia diam memerhati langkah lesu Kaiser yang masih berbaju melayu.

Songkok hitam diletak atas meja kecil, Kaiser menapak ke arah katil dimana Mai berada. Lantas merebahkan tubuh sambil memeluk pinggang Mai. Terkejut beruk la Mai apa lagi.

"Hei! A-Awak, lepas boleh?" Mai cuba lepaskan rangkulan tangan kekar lelaki itu, tetapi boleh pula dieratkan lagi.

"Kejap saja. Aku penat ni." jawap Kaiser yang sedang memejam mata.

Mai melirik kejap dan benar. Tampang lelaki itu terlihat lelah. Akhirnya Mai pasrahkan saja pinggang rampingnya dipeluk. Rasa segan masih tersisa kerana hubungannya dengan Kaiser berubah drastik.

Daripada pekerja dan bos kepada suami isteri. Sungguh tak dapat dipercaya. Takdir yang begitu mendebarkan untuk Mai yang baru mengenal cinta.

Hening suasana di antara mereka menimbulkan rasa canggung bagi Mai. Hanya terdengar bunyi penghawa dingin yang dipasang. Suara riuh saudara mara dilantai bawah langsung tak kedengaran.

"Bukan ke awak kata awak nak buktikan yang awak cintakan diri saya, bukan tubuh saya. Jadi sekarang, belum apa-apa lagi awak dah sentuh tubuh saya." suara Mai memecah kesunyian. Sebenarnya dia tiada modal nak berborak, ini yang spontan saja keluar.

Sepi tiada balasan. Kaiser masih membisu dengan mata yang mula dicelik.

"Maaf."

"Apa?" terpinga-pinga Mai apabila menerima kata maaf secara tiba-tiba. Eh dia gurau saja. Jangan kata Kaiser ambil hati dengan gurauannya.

Kaiser turun dari katil sambil membuka dua butang atas baju melayu putih yang dipakai.

"Awak, saya gurau saja. Awak jangan ambil hati." cuak Mai dibuatnya. Dia turut bingkas berdiri berhadapan dengan Kaiser. Setiap kali berdepan, dia mesti terpaksa mendongak disebabkan perbezaan tinggi mereka.

*p/s : tinggi Kai 189

Kaiser tersenyum tipis. "Tak, aku faham. Betul la tu apa yang kau cakap. Maaf Mai, boleh pula aku terlupa. Tidur la dulu, nak mandi jap."

Sesudah berkata begitu Kaiser mengorak langkah memasuki kamar mandi. Malah dia tak buka baju disebabkan tak mahu Mai anggapnya miang.

Mai menghantar sedih pemergian lelaki itu yang telah loloskan diri ke dalam kamar mandi.

Dia yang terkontang-kanting itu terduduk dibirai katil semula. Keluhan panjang dilepaskan seraya meraup wajah. Kesal dengan mulutnya sendiri.

Mulut ditampar geram. Adeh!

"Itu la kau, Mai. Selalu sangat mengata kat Salwa, mulut murai la mulut longkang la. Kau sendiri? Lagi teruk!" omelnya mengata diri sendiri.

Pandangannya beralih ke arah pintu kamar mandi yang tertutup. Sekali lagi keluhan berat dihela.

"Kan dah rasa bersalah..." getus Mai perlahan dengan muka sugul. Perasaan bersalah kian menebal tatkala membayangkan lelaki yang bergelar suami terasa hati dengannya. Baru hari pertama, kau dah buat hal Mai!

Mai berbaring rehat sementara menunggu Kaiser keluar. Tudung sudah disangkut pada almari kabinet.

Kedua tangan dijadikan bantal. Leka dia melamun merenung siling. Dia perlu meminta maaf kepada Kaiser kejap lagi. Perkara ini tak boleh dianggap remeh dan dibiarkan berlamaan. Risaunya timbul masalah lain pula.

Tok Tok Tok

Ketukkan pintu menerbangkan semua lamunan Mai.

"Siapa?" tanya Mai bernada biasa.

"Adik kesayangan akak! Keluar la kak, mama ajak makan malam. Semua tengah tunggu akak dengan Abang Kai." jawap Airel dari luar.

Mai bangun dari baringan. Abang Kai...

Mai mengekek sendiri. Lucu pula panggilan itu untuk orang seperti Kaiser.

"Turun la dulu. Kejap lagi akak dengan Abang Kai turun. Dia tengah mandi sekarang ni." balas Mai sambil bergerak ke almari pakaian miliknya.

"Okay!"

Hanya itu balasan dari Airel, setelah itu tak dengar bunyi apa-apa lagi. Rasanya dah pergi.

Tak lama, pintu kamar mandi terbuka dari dalam. Muncul Kaiser yang lengkap berbaju T-Shirt lengan pendek berwarna olive dan berkain pelikat.

Mai tilik atas bawah penampilan suaminya. Hairan, sejak bila dia ambil baju?

Rambutnya yang basah dikeringkan dengan tuala oleh Kaiser. Perasan dirinya diperhati lama, dia menegur.

"Kenapa? Ada sesuatu yang kau nak bagitahu ke, Mai? Kau pandang macam nak terkam saja." dihujung ayatnya Kaiser tergelak kecil. Tuala kecil diletak atas leher.

Mai buang muka ke arah lain menutupi segan. Lesap terus niatnya yang ingin meminta maaf tadi.

"Awak memang ada bakat buat orang malu, dalam masa yang sama sebal dengan awak." ujar Mai lalu berjalan memasuki kamar mandi.

Diabaikan saja Kaiser yang tersenyum-senyum kepadanya.

"Hmm, malu dan sebal? Kombinasi yang menarik." gerutu Kaiser sendirian bersama satu senyuman nakal.

Dia ada idea mahu kenakan Mai. Memang betul dia sendiri yang kata akan buktikan ketulusan cintanya tanpa sentuh tubuh Mai. Akan tetapi,

Sengihan nakalnya kian melebar. "Aku akan buat kau sendiri minta disentuh. Tunggu kau, Mai."

*****

JARUM jam telah masuk angka 12 tengah malam. Keluarga dari belah Tuan Idris sudah pulang ke rumah masing-masing. Walau begitu, masih ada yang tidak pulang kerana mahu bermalam di villa ini. Tak perlu risau tentang kamar kerana kamar sentiasa mencukupi buat setiap orang.

Meskipun sudah lewat malam, masih ramai penghuni villa yang sedang kesana kemari dengan mata segar. Para pembantu rumah sibuk mencuci perkakas dapur dan pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan malam.

Selepas menidurkan Aryan yang merengek minta ditemani, Mai melangkah diam-diam keluar dari kamar anak itu. Kalau tersedar lagi, jenuh dia nak memujuk.

Ehem, ma-malam pertama kan. Kena la tidur dengan suami.

Mai menuruni anak tangga untuk ke lantai bawah. Rasanya dia belum nampak batang hidung Kaiser lagi semenjak makan malam. Bercakap pun tak sempat. Mana taknya, laku keras pula suaminya yang sentiasa ditarik untuk diajak berborak.

Mujurlah Kaiser seorang yang pandai bergaul. Bonus, pandai ambil hati orang tua. Sekarang mesti sedang berbual dengan seseorang.

Kening Mai berkerut hingga hampir bertaut. Hairan apabila masih tak terlihat kelibat lelaki itu. Takkan la kena culik? Bekas gangster sepertinya pun diculik?

"Bik. Nak tanya." Mai menahan seorang maid yang kebetulan lalu.

"Tanya apa, Cik Mai?" maid yang membawa vakum ini bertanya kembali. Tetap bahasakan Cik meski Mai sudah berkahwin. Maklum saja, sudah terbiasa dari dulu.

"Ada nampak su-suami saya tak?" tu dia, gagap pula masa-masa 'terdesak' ni! (tak terdesak pun)

Maid ini tersenyum simpul seraya menjawap. "Kalau Cik Mai cari kat sini memang la jumpa. Tadi saya nampak suami Cik Mai tengah minum kopi dengan Tuan."

Riak Mai sedikit tegang. "Ayah? Kat mana?"

"Kat taman depan. Nampak macam mesra saja boraknya."

Maid ini minta pamit untuk selesaikan kerja di dapur. Mai angguk sekali bersama sebaris senyum tawar.

Dia berdiri statik di tengah ruang tamu itu. Otak ligatnya keras memikirkan sesuatu. Ada yang mengganjal hubungan Kaiser dan ayahnya. Kenapa dia baru sedar sekarang.

Kedua lelaki itu seperti orang yang sudah lama kenal. Ayahnya juga langsung tak kekok bila berbicara dengan Kaiser. Selalunya ayahnya bukan orang yang ramah.

Nampaknya ada sesuatu yang dirahsiakan darinya. Mai mengatur langkah menuju ke taman Villa Hara.

*****

KOPI panas yang terhidang dalam cawan berkualiti mahal itu dipandang lama oleh Kaiser.

"Minumlah sebelum sejuk." tenang suara garau Tuan Idris memecah kesunyian diantara mereka.

"Baik. Guru, eh- ayah pun minum lah." tutur Kaiser sopan. Sempat tersasul.

Sepinggan biskut di atas meja mini dicapai oleh Tuan Idris. "Ayah tak minum kopi."

Terkulat-kulat Kaiser sambil memandang secawan kopi yang dipegang olehnya.

"Tapi bukan ke tadi ayah yang minta air kopi?" soalnya teragak-agak.

Biskut dikunyah selamba oleh Tuan Idris. Pandangan dilempar ke dalam gelap malam.

"Untuk bagi kamu segar malam ni. Malam pertama kamu kan. Berapa target anak yang kamu nak?"

"Pfftt!" tersembur habis kopi yang hampir ditelan. Kaiser menumbuk dadanya sendiri buat hilangkan rasa perit.

Nasib baik disembur ke arah lain. Kalau sembur ke muka mertua, mahunya dihalau dia tengah-tengah malam ni.

"Over kamu ni. Ni tisu."

"Terima kasih." Kaiser sambut tisu yang dihulur oleh Tuan Idris. Termalu sendiri dengan sikapnya.

"Jadi berapa? 6? 7? Lagi ramai lagi bagus. Kalau Mai tak nak, kamu bagitahu ayah. Biar ayah sendiri yang suruh. Mai sekarang ni dalam kondisi patuh suruhan ayah." Tuan Idris bertanya semula dengan tampang tiada segaris senyum.

Kaiser ketawa sumbang menutupi rasa ingin meninju ayah mertuanya. Nasib baik kau Guru aku dan ayah Mai. Kau fikir Mai kilang buat anak?

"Yang itu saya ikutkan saja kemahuan isteri saya. Saya tak kisah berapa orang anak, yang penting Mai tak terbeban. Setakat yang dia mampu." kata Kaiser setenang mungkin. Fuh, sabar-sabar.

Riak Tuan Idris kekal tenang dan beku. "Macam tu ya."

Dijeling sekilas menantu barunya itu. "Boleh kamu jamin satu perkara?"

"Jaminan yang macam mana?" Kaiser fokus menanti apabila Tuan Idris mula serius.

"Mai satu-satunya. Tak ada yang kedua. Kalau ayah tahu kamu ada perempuan lain, ayah takkan teragak-agak batalkan perjanjian bisnes antara VG dan F.Z." serius Tuan Idris berpesan tanpa secalit senyum.

Kaiser senyum kekok. Walau begitu, dirinta cukup yakin dengan kesetiaannya kepada Mai.

"Saya faham ayah mesti risau. Tapi percayalah, saya tak main-main bila saya sayangkan seseorang. Lagipun saya paling benci dengan kata curang." balasnya dengan cukup meyakinkan.

"Ayah kandung dan sahabat lama kamu ya. Betul juga. Kamu kan paling pantang dengan perkataan curang." Tuan Idris yang sudah tahu sebahagian besar kisah hidup Kaiser.

Kaiser beriak biasa saja walaupun ayah dan kawan lamanya disebut. Jika dulu, dia pasti diamuk emosi setiap kali ada yang menyebut kedua manusia yang paling dia benci itu.

******

"Mai..." sebaris nama terpacul dari bibir Ken.

Kecewa. Itulah yang dapat dia tafsirkan dari suasana hatinya saat ini. Dia duduk di kaki lima berhadapan tepat dengan Bar Olive's.

Ketika ini Ken sedang hilangkan mabuk sambil melayani perasaan. Ini Clara punya angkara, gadis itu sengaja menghulurnya arak jernih.

Dia pun dengan polosnya minum kerana fikirnya air mineral biasa. Tak disangka alkohol itu memberi dampak mabuk yang kuat walaupun terminum sedikit saja. Pasti kadarnya tinggi.

Rambutnya dikuak kasar kebelakangan. Sekotak rokok dan lighter dikeluarkan dari kocek seluar.

Sebatang rokok diletakkan pada mulut. Sudah lama dia berhenti merokok. Dan sekarang sepertinya mood-nya sangat terganggu dengan berita pernikahan Mai. Satu-satunya cara bertenang adalah merokok.

Ctiss! Ctiss!

"S**l..." Ken kesal sendiri dengan pemetik api yang tak mahu hidup itu.

Lighter tersebut diletak kasar atas jalan tar. Tiada yang berjalan mulus untuk orang yang seperti dia. Tak layakkan dia dapatkan hati wanita yang dia cintai?

Sebelah tangan Ken menongkat tubuh. Wajah didongak memandang langit malam. Kegelapan malam yang begitu pekat. Tiada bintang pun yang terlihat.

Kadang dia tertanya-tanya. Apa benar dia mencintai Mai? Atau hanya setakat menyukai? Dia keliru dengan perasaannya sendiri.

Namun, begitu mendengar Mai sudah bergelar isteri seseorang. Hatinya sakit bagai ditusuk berkali-kali dengan tombak. Suasana hatinya kacau. Fikirannya terus memikirkan wanita itu. Wahal dia tahu perbuatannya ini tak baik.

Apa itu cinta?

Cinta merupakan satu perasaan yang menyebalkan. Menyusahkan untuk ditangani oleh pemuda seperti Ken yang tak pernah jatuh hati sebelum ini.

Sampai suatu tahap, cinta dapat merubah seseorang. Baik ke arah yang buruk mahupun baik.

"Awak okay ke? Nak saya tolong panggilkan teksi?"

Tegur satu suara lembut menyedarkan Ken ke dunia realiti semula.

Mata kuyu Ken yang hampir terkatup mengerling sesaat seorang gadis dihadapannya. Dia menjatuhkan muka semula merenung jalan tar.

"Aku..." lama membisu, akhirnya Ken buka mulut.

"Hmm?" kebingungan gadis bernama Laila itu. Suara pemuda didepannya hampir tenggelam.

Laila mengambil tempat di sebelah Ken. Agak berjarak. "Maaf, awak cakap apa tadi?"

"Orang yang aku suka berkahwin dengan lelaki lain. Perasaan yang sia-sia. Kalau tahu akan jadi macam, aku takkan sukakan dia." luah Ken kedengaran kecewa.

Mungkin efek dari mabuk membuatkan dia terluah perasaan kepada orang asing. Entah la, pergi mampus la kalau perempuan bertudung itu mahu gelakkan dia sekalipun.

Laila menahan tawa dari meletus. Sepertinya pemuda itu bukan orang yang suka luahkan isi hati. Kiranya beruntung la dirinya.

Ken jeling sebal kepada gadis itu. "Kau gelakkan aku?"

Pertemukan pertama ini terasa nyaman dan natural padahal mereka tak pernah kenal.

Laila mengulum senyum. "Jadi kes putus cinta la ni... Haih, anak muda zaman sekarang."

"Bukan putus tapi memang aku saja yang sukakan dia. Dan lagi satu, rasanya kau lebih muda dari aku." cantas Ken tanpa secalit senyum.

"Okay okay, saya faham. Hmm, cinta ya?" dagunya Laila ketuk-ketuk gaya orang yang memikirkan masalah besar.

"Saya pun ada seseorang yang saya suka. Malahan, rasanya aku sanggup buat apa saja demi dia. Padahal saya tahu yang perbezaan derajat kami jauh. Tapi saya tetap bermimpi jadi cinderella versi nyata." luah Laila diiringi perasaan senang dan teruja. Memikirkan orang yang dicintai saja sudah mampu membuatnya sebahagia ini.

Ken angkat muka memandang gadis disampingnya. Dengan raut mendung dia berkata. "Kau lebih bo**h dari aku. Tapi, kau beruntung... sekurangnya dia pun sukakan kau."

Laila tergelak kecil dikatakan bo**h. "Betul la tu, saya mengaku cinta boleh buat seseorang jadi bo**h. Tapi..."

Ken menanti ucapan selanjutnya dari gadis itu.

Laila melukis senyum manis sembari berkata. "Setiap orang ada pandangan yang berbeza tentang cinta. Cinta tak semestinya untuk pasangan. Dan bukan semua orang bernasib baik dalam jalani kisah cinta. Bagi saya, cinta ni suatu pengorbanan. Sebagai contohnya saya sanggup pertaruhkan nyawa saya demi dia."

Tak berkelip mata bersinar Ken yang menatap wajah redup Laila.

"Macam tulah yang namanya hidup. Semua ni terjadi disebabkan ianya lumrah kehidupan seorang manusia. Kalau awak rasa cinta manusia tu palsu, awak yakin la. Masih ada yang cintakan awak walaupun awak tinggalkan Dia."

"Siapa?" Ken penasaran.

"Pencipta semesta alam. Keagungan cintaNya lebih besar melebihi manusia. Seolah seluas samudera, sedalam lautan. Mungkin lebih besar lagi. Yang saya maksudkan kat sini adalah awak jangan putus asa. Sebab ada yang berharap awak kembali kepada Dia." ujar Laila panjang lebar. Tak lekang dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience