LANGKAH lemah Kaiser berjalan ke katil bersaiz queen. Tangan menggigil membuka ikatan tali pada kipas. Maminya yang tergelantung longlai dibawa ke pangkuan.
ZRUSHH!
Bunyi hujan deras membasahi bumi membuat suara Kaiser tenggelam timbul.
Tubuh Xing Fei kaku tak bernyawa. Wajah membiru itu masih tersisa air mata. Meski disaat-saat terakhir pun wanita malang itu berakhir dengan menyedihkan.
Dua jari Kaiser sentuh nadi pada leher wanita itu meskipun dia tahu perbuatannya sia-sia. Leher itu membiru lebam tali.
Tiada. Tiada denyutan nadi lagi. Dada itu juga tak berombak lagi. Menandakan mami yang dicintai satu-satunya telah meninggalkan dia seorang diri.
Ditinggal Thalia pun tak sesakit ini.
Kaiser membawa Xing Fei masuk kedalam dakapan. Erat.
"Kenapa... kenapa jadi macam ni? Kenapa mami tak boleh bersabar sedikit saja." bibirnya terkumat kamit perlahan bersama suara serak.
Pandangan Kaiser kosong. Hilang sinar pada matanya. Hati yang tadi sedikit tergores dengan pengkhianatan Thalia. Kini hancur lebur bagai dihempas kuat kebumi setelah melihat keadaan maminya.
"Padahal Kai jadi kuat pun, untuk keluarkan mami dari neraka ni. Siapa yang buat mami? Ayah lagi?"
Mata Kaiser kering dan gelap. Wajah tiada secalit senyum mahupun air mata. Wanita kurus kering itu dipandang lama.
"Jawap la mami. Dari tadi Kai bercakap seorang diri. Takkan la mami pun nak buat anak mami jadi gila..."
Seketika mata terpaku kepada telefon yang masih bernyala atas katil. Telefon milik Xing Fei di ambil. Terdapat juga sehelai kertas nota dibelakang telefon.
Namun dia memilih untuk mengecek telefon itu dahulu. Gambar terakhir yang dilihat maminya adalah gambar Farouk yang sedang bermesraan dengan perempuan. Malahan, perempuan berbeza-beza.
Sampah! Seumur hidup dia takkan jadi sampah seperti lelaki itu.
Mesej pula dibuka. Mesej berisi pergaduhan antara Xing Fei dan Farouk. Dan mesej yang terakhir adalah ayat ayahnya melafazkan cerai.
Telefon diletak kembali. "Hah... lelaki tu rupanya punya angkara. Dia dalang dari semua ni."
Perasan ada nota kecil ditangan. Tulisan Xing Fei.
   Untuk anak lelaki mami, bertahanlah hidup bagaimanapun caranya. Sejak kecil Kai seorang anak yang ceria. Jadi jangan berubah. Carilah pasangan yang tulus sayang Kai. Jangan terlalu bencikan wanita sebab masih ada wanita yang baik diluar sana.
Setitis demi setitis air jernih jatuh ke kertas. Tangannya gementar kerana tak dapat tahan sebak didada. Ayat itu bagai palu yang memukul hingga hancur berkeping-keping jiwanya.
Kedengaran esakkan kecil dari lelaki itu. Air mata jantan miliknya tumpah hanya disebabkan sehelai kertas.
Kaiser terduduk sambil memeluk kedua lutut. Kertas berharga itu didakap erat kedada.
"Kai benci mami..."
Di ibu kota,
Kelihatan berbaris kedai makan mahupun restoran dibandar tersebut. Cuaca cerah kembali setelah hujan lebat. Sesuai makan yang panas-panas pedas.
Seekor udang galah dikunyah selamba badak tanpa hiraukan orang didepannya. Mee berkuah pula masuk kedalam rongga mulut. Dap em!
Martin menjeling sekali orang dihadapan sebelum sambung makan.
"Betul ni uncle belanja? Uncle jangan tipu, mahal ni. Kalau tak saya blah sekarang." soal Martin untuk dapat kepastian sekali lagi.
"Jangan risaulah! Uncle suka tengok kamu makan. Berselera macam Kaiser. Kamu nak jadi menantu uncle?" Joshua berseloroh ramah.
"Saya baru kahwin. Dua minggu lepas."
Joshua tampak teruja. "Muda sungguh. Kamu kan baru umur dua puluh tahun."
Martin angkat muka. Senyum sebaris diberi. "Sebenarnya saya tiga tahun lebih tua dari Kai. Saya nikah awal pun, disebabkan impian saya."
Joshua angkat kening. "Impian kamu nikah muda?"
Martin menggeleng. Hadeh ke situ pulak! "Bukan, saya sekarang join PALAPE-"
"Aaaa!"
Pembicaraan mereka terhenti bilamana suara teriakkan pelanggan dari kedai makan sebelah.
Tegak tubuh Martin merasa keliru dengan perubahan situasi yang kecoh dari sebelah. Ada yang merompak ke?
"Lari! Lari! Ada orang gila mengamuk!"
"Orang gila?!"
"Ada apa bising-bising ni?!"
Martin dan Joshua pasang telinga suara kalut para pelanggan. Separuh pelanggan sebelah lari.
"Katanya orang gila tu belasah teruk lelaki yang tengah makan!"
Martin makin tak tenang mendengar lebih lanjut. Kenapa tiada yang tenangkan orang gila itu? Liar sangat ke?
Tak boleh jadi ni! Martin dan Joshua bingkas bangun untuk melihat keadaan.
Setiba dikedai makan sebelah. Masih ada pelanggan yang menjauh dari orang gila yang mengamuk itu. Mereka terlihat amat takut.
"Hey, tenanglah. Letak dulu pisau tu." pujuk Martin agak lembut berniat menenangkan orang itu. Perlahan dia mendekat.
Sejenak mata Martin terbuntang luas melihat mangsa yang dibelasah dan ditikam berkali-kali. Darah bercucuran dilantai mahupun tubuh orang gila itu.
"Ka-Kau!"
Farouk yang dah tak sedarkan diri terlihat nyawa-nyawa ikan. Martin semakin tergamam tatkala matanya bertemu dengan pemilik mata tajam Kaiser.
"Diam kepa**t, kalau kau tak nak mati." bergetar suara serak Kaiser. Matanya merah dan sembab seperti baru selesai menangis.
Martin mengetap rahang. Mata dipejam sejenak menganalisis situasi. Dia tahu suatu hari perkara ini akan terjadi. Dan kemarahan Kaiser yang disimpan bertahun-tahun akan meledak jua.
Dengan sepantas kilat, pisau ditangan Kaiser ditepis hingga terlepas. Tanpa sempat lelaki itu memberontak. Martin cepat mendakap kemas dari belakang untuk mengunci kedua lengan Kaiser.
"Pergi mampus kau kawan aku ke siapa! Kau pun aku berani bunuh kalau kau halang lagi!" jerkah Kaiser dikuasai amarah yang membuak-buak.
"Dia bunuh mak aku, ba***t! Hidup aku takkan tenang selagi jantan s**l ni masih bernyawa!" nampaknya bukan mudah mahu tenangkan si liar yang mengamuk itu.
Martin pun kelelahan menahan ngamukkan yang mahu lepas darinya. Dahi Martin berkerut geram.
"Kau nak masuk lokap ke b****h?! Tenanglah! Kalau ayah kau mati, kau nak masuk penjara?!" ini pertama kali Martin melepaskan emosinya.
Tak lama, dari sayup-sayup menjadi jelas bunyi siren polis. Pasti ada yang menelefon polis.
Martin berdecit kasar. Jika temannya itu melarikan diri pun rasanya tak sempat. Tetapi, syukurlah sepertinya Farouk masih bernyawa. Jika tidak, Kaiser akan digelar sebagai pembunuh. Kaiser dilepaskan.
Polis datang menyerbu sambil menghala sepucuk pistol ke arah Kaiser.
"Angkat tangan! Jangan bergerak!"
Kaiser mendengus marah. Kedua tangan angkat separa. Tanda surrender.
Kedua tangan dirapat kemudian disua kepada polis. Agaknya dia baru tersedar. Dia juga sedikit puas hati setelah menerkam bapanya.
Tangan Kaiser diborgol. Suasana orang ramai masih kecoh. Semasa dia dibawa tenang oleh polis melintasi Joshua yang berdiam diri sejak tadi.
Bahunya ditepuk oleh Joshua.
"Pergi dulu, nanti uncle menyusul. Uncle akan bebaskan kamu..." bisik Joshua perlahan.
Kaiser tak menjawap malah tenang dibawa pergi memasuki kereta polis.
Di balai polis,
Tampak Kaiser sedang duduk bersila atas lantai. Diri dikurung dalam geriji besi lokap. Jarinya menguis-nguis debu dilantai sambil mulut terkumat-kumit.
"Mesti semua orang anggap aku gila. Mami suka la kan? Semua ni jadi kan disebabkan mami yang lahirkan orang gila macam Kai."
Kemudian pemuda ini menggeleng. Menidakkan hal itu.
"Tak tak, bukan. Bukan macam tu. Sepatutnya mami jangan lahir Kai... sepatutnya dari awal mami jangan kawin dengan ayah..."
Diri telah tenggelam dengan fikiran gelap. Dia merasa seperti berada didunia lain.
Muncul suara didalam kepala yang membisik jahat.
"Hei bo**h! Jangan salahkan orang lain. Hidup kau hancur disebabkan tangan kau sendiri! Kau yang bunuh mami!" suara jahat ini ketawa menyindirnya.
Kaiser menutup kedua telinga. Mengusir suara yang ketawa jahat itu.
"Bukan! Bukan aku yang bunuh mami. Kenapa aku pula? Kan mami mati sebab sedih dapat suami tak guna tu."
Suara tawa itu semakin kuat dan besar. Yang semakin buat dia gelisah adalah kerana suara itu mirip dengan suaranya!
"Kau yang bunuh mami! Kalau kau tak tinggalkan dia empat tahun lepas, kau boleh selamatkan dia! Dan mami masih hidup sekarang! Semua salah kau!" suara ini makin memprovok.
Kaiser tersentak. Tangan yang menekup telinga terkaku. Tubuhnya membatu.
Apa?
Apa maksudnya semua salah aku?
Aku yang bunuh mami...?
"Ya! Kau salahkan orang lain. Tapi hakikatnya kau sendiri yang bunuh dia! Kenapa kau tinggalkan diri seorang diri?! Padahal kau tahu mami dah berapa kali cuba bun*h d*ri!"
Matanya membesar luas. Bicara itu mengapa terdengar lojik baginya.
Jadi, mami meninggal disebabkan aku...
"Oi, keluar."
Kaiser tersentak dari lamunan dikala suara seorang polis memanggil dari luar lokap.
Kaiser mendongak. Dia hanya memerhati jeriji itu dibuka hingga dia dipersilakan keluar begitu saja.
Malas bertanya banyak kerana dia tahu ini perbuatan Joshua yang membantu. Kerana tadi dia perasan Joshua ada datang dan berbicara sesuatu dengan ketua pegawai disitu. Perasan juga Joshua ada hulur sampul coklat tebal. Nak dikatakan wang ikat jamin, rasanya terlalu banyak.
Pintu kaca dibuka lalu dia melangkah keluar dari balai. Kaiser mengorak langkah ke arah bapa saudaranya yang sedang bersandar pada kereta mewah.
Setiba dihadapan Joshua, dia dipeluk kejap penuh mesra.
"Mari kita balik, Kai. Clara tengah tunggu di rumah." Joshua mempersilakan dia masuk kedalam kereta mewah tersebut. Sikap lelaki ini seperti tiada apa yang berlaku.
Kaiser masih beriak biasa dan kosong. "Kerja uncle kan?"
"Apa?" Joshua terpinga-pinga tak faham.
"Uncle yang hantar sampul hitam tu supaya saya tengok. Sebab uncle tahu hari ni saya balik ke rumah. Uncle juga yang hantar gambar-gambar ayah saya bersama skandal dia kepada mami saya. Kan?" Kaiser meneka separuh yakin. Wajah masih murung menunduk.
Dia tak peduli pun akan jawapan dari Joshua. Mahu ya atau bukan, hakikatnya maminya meninggal disebabkan dia.
Joshua senyum sebaris. "Kamu marah? Kamu tahukan, uncle cuma nak bantu kamu. Kamu kan nak jadi orang yang kuat. Semua ni akan membantu kamu menjadi orang terkuat dan tak terkalah."
"Dikhianati, ditinggalkan, dipenuhi amarah, semua tu akan jadi luka dalam masa yang sama membentuk kamu menjadi diri kamu yang sekarang. Parut adalah kebanggaan orang jantan." sambung Joshua lagi.
"Terima kasih." balas Kaiser singkat seraya masuk kedalam tempat duduk belakang. Ewah macam penumpang pula dia.
Joshua ambil seat disebelahnya. Sambil memberi arahan kepada driver.
"Balik rumah ke, bos?" soal driver itu. Dari pakaiannya saja sudah tahu orang seperti apa driver ini. Berbadan sasa, lengan dan muka penuh parut ditebas. Ganas!
"Tidak, balik pejabat. VG perlu sambut orang baru." Joshua menyembunyi senyum licik menutupi niat terselubung.
"Baik," kereta mula keluar dari parking kemudian menyusuri jalan raya dengan kecepatan normal.
"Saya tahu uncle cuma nak gunakan saya. Tapi saya tetap berterima kasih pada uncle." bicara Kaiser memecah suasana sepi. Sepasang matanya menatap kosong keluar cermin.
Joshua tahan tawa. Haish, nampaknya niat dia sudah dibaca. Kaiser memang seorang yang peka. Tetapi, masih belum masanya untuk dia jujur.
"Mana mungkin uncle nak perlakukan anak buah uncle yang comel ni seperti barang. Muka kamu mirip dengan Xing Fei, jadi bersyukurlah kamu anak dia."
Bersyukur?
Jangan mengarut.
Akhirnya Kaiser menghela keluhan kecil. "Maafkan saya kurang ajar, ini permintaan terakhir saya. Boleh saya bekerja dibawah uncle? Saya kena kumpul duit untuk teruskan hidup. Mami saya minta saya bertahan hidup macam mana cara sekalipun."
Senyuman Joshua makin melebar. Ini yang dia mahukan! Anak kesepian yang bangkit kembali!
"Baiklah. Mari kita bekerjasama sampai akhir."
    END FLASHBACK~
Kembali ke masa sekarang...
Mai membisu cukup lama. Wajah suramnya cukup difahami oleh Martin setelah mendengar cerita yang cukup panjang.
Martin tilik jam sekali lagi. Masih ada 15 minit sebelum masuk pukul 11. Agaknya dia dah boleh pergi?
Mai sempat menangis tadi tika dibahagian Xing Fei meninggal. Dia simpati dengan hidup Kaiser yang lebih tragis darinya.
"Rupanya dia dah lalui banyak perkara buruk..."
Seraut wajah Mai benar-benar murung. Penderitaan Kaiser bagai dapat dirasai juga dan itu membuat hatinya sakit.
Ada saja Mai terkejut beruk dibahagian aksi-aksi Kaiser mengamuk. Sangat tidak waras. Apa bosnya itu perlukan rawatan jiwa?
"Puan kesian?" Martin menduga.
Angguk Mai.
"Sebaiknya jangan. Dia bukan orang yang perlu dikasihankan. Sebaiknya puan kesiankan mangsa dia."
"Tapi Kai jadi macam pun disebabkan ayah dia kan. Dan ex girlfriend yang nama Halia tu!" wanita ini emosi secara tak sengaja.
"Thalia."
Pap!
Meja makan ditampar oleh Mai. "Ya Halia! Eh, Thalia. Kenapa dia tidur dengan lelaki lain sedangkan dia dah ada Kai! Bukan ke Kai dah cukup handsome? Badan dia bagus apa."
Martin terkedu. Dalam masa yang sama menahan tawa lucu. Kalau Kaiser dengar ni, kembang setaman kawan tu.
Mai kembali tenang. Malu menyerang kerana baru tersadar dirinya dilihat pelanggan lain.
"Tapi macam mana Encik Martin boleh tahu setiap detail cerita?" soal Mai agak serius.
Martin bersandar dikerusi. Hadeh kenyang perut tang nasi kerabu. Ayam besar penumbuk.
"Kalau puan nak tahu. Saya ni selain tempat pelepas marah Kai, saya juga tempat dia luah masalah. Kadang dia tak sengaja bercerita masa dia mabuk." terang Martin.
"Ooo, macam tu." membulat mulut Mai berbentuk O.
Debuk!
Pelanggan yang lalu dimeja mereka terlanggar bahu dengan pelanggan lain. Mengakibatkan segelas air atas dulang habis tumpah ke tubuh Martin.
Martin dan Mai terkebil-kebil. Wajah di angkat melihat si figura yang menumpahkan air.
"Maaf sengaja. Eh tak sengaja!"
Eh?
Orang ini kan...
Share this novel