CALVIN dan Rais berpandangan sesama sendiri. Tak lama kemudian, mereka berdehem meleraikan suasana yang terasa tegang di antara Kaiser dan Ken.
"Kalau macam tu kami naik dulu la." kata Calvin meminta diri dengan sopan.
"Erk, aku pun." kekok ditinggal sendiri, Rais segera membuntuti langkah Calvin yang mula menaiki rumah kayu itu.
Tinggallah dua figuran yang membisu sambil membalas pandangan tajam. Ken bersandar santai pada kereta Alza yang kebetulan terparkir di situ. Kereta orang kampung agaknya.
"Straight to the point saja. Jangan buang masa aku. Aku betul-betul ada kerja." suara garau Ken memecah ketegangan di antara mereka.
"Kau tak sedih kawan kau baru meninggal?" tanpa sedar soalan ini terpacul dari mulut Kaiser. Padahal bukan topik ini yang dia ingin bicarakan.
Wajah Ken kekal dingin dan tenang tanpa sebarang riak. Lelaki yang bergelar suami kepada wanita yang disukainya dipandang kejap. Sejujurnya dia tak menyukai Kaiser.
"Rasanya kita tak serapat itu sampai aku perlu tunjukkan perasaan aku pada kau." jawap Ken berbaur perlian.
Ketegangan Kaiser mereda. Helaan kecil dilepas seraya tersenyum tipis. "Betul juga. Maaf maaf, bukan itu yang aku nak cakap sebenarnya. Aku nak tanya sesuatu pasal pekerjaan kau."
Pekerjaan? Sebelah kening Ken terjongket menandakan dia mula tertarik.
"Hey, tak boleh ke kau cakap saja. Kau betul-betul berbakat dalam membuang masa orang." cantas Ken agak geram apabila Kaiser terlihat kembali diam. Lagaknya seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Kau boleh jadikan VG tempat untuk bermain-main. Tapi ini sekadar nasihat aku. Sebaiknya kau keluar saja, lagipun tak lama lagi VG akan musnah. Jadi kalau boleh, aku tak nak bermusuhan dengan adik kesayangan Mai." tutur Kaiser senada. Dia benar-benar maksudkan itu. Dia tak mahu lihat Mai sedih lagi kerana dia tahu wanita itu amat menyayangi adik-adiknya.
Dan Ken orang yang termasuk dalam golongan tersebut.
Tanpa sadar Ken tersenyum pahit. "Rupanya dia anggap aku adik saja."
Gumamam yang perlahan itu cukup didengari oleh Kaiser. "Jadi kau nak dia anggap apa? Kekasih? Crush?"
Senyum Ken mati serta merta. Kalau dia layan topik ini lebih lama, rasanya akan terjadi pertelingkahan yang kekanakkan.
"Lupakan apa yang aku cakap tadi. Hence, balik ke topik asal. Aku tak sangka bodyguard biasa macam aku ni, menarik perhatian Direktur Eksekutif VG." kata Ken masih beriak tenang. Namun, tak dinafikan dia tertarik ingin tahu. Mana tahu boleh jadi petunjuk untuk dia temui sosok yang dicari.
"Aku dah dengar banyak pasal kau. Nampaknya uncle Joshua dah mula sayangkan kau. Sampai bagi anak kesayangan dia pada kau." ujar Kaiser bersahaja. Tangannya menongkat dari belakang.
Ken tergelak sinis sambil membetul kedudukan berdirinya. "Sayang apanya, uncle tu cuma manfaatkan aku saja. Dia tahu aku terhutang budi pada dia, sebab tu dia pergunakan kelemahan aku."
Pandangan Kaiser yang tertuju kepada pemuda itu berbau musykil. Dia tak sangka Ken yang dijunjungi oleh Joshua, rupanya tak berada dipihak yang sama. Ini memudahkan lagi kerjanya.
"Kalau tahu dipergunakan, untuk apa lagi kau kerja di VG? Terdesak nak duit? Atau kau ada tujuan lain?" tanya Kaiser tanpa basa basi lagi.
Ken diam beberapa saat sebelum menjawap. "Macam yang aku cakap tadi. Kita tak serapat dan sedekat tu sampai aku kena cerita semua pada kau. Tak, yang kau memaksa sangat kenapa?"
Kaiser membuang pandang ke arah lain. Keluhan malas dihela. "Aku akan bagi apapun yang kau nak, asalkan kau keluar dari situ. Apa yang kau cari dari VG? Aku akan usahakan cari."
Lidah Ken terkelu sejenak. Sebenarnya dia sudah faham alasan mengapa lelaki itu begitu memaksa. Pasti kerana Mai. Dan bukankah ini kesempatan emas buatnya?
Dengan muka tak bersalah Ken berkata.
"Aku nak Mai. Maihara isteri kau. Kau kata kau akan bagi apapun yang aku minta. Jadi aku nak Mai." selorohnya tanpa sekelumit senyum.
Tercetus tawa sumbang Kaiser menutupi api cemburu yang sempat membara. Wah wah! Bagi betis nak paha pula.
"Kau tak pandai bergurau. Cepat cakap kalau tak nak paha kau tu berlubang. Aku cukup berbaik hati ni." tukas Kaiser sedaya upaya cuba berlembut.
Ken berdengus malas. Kenapa situasi sekarang mula terasa konyol? Padahal tadi bukan main tegang.
"Aku cari orang." akhirnya dia mengalah.
"Siapa?"
"Kalau aku bagitahu pun, bukan kau kenal." selamba Ken membalas. Dia mulai bosan berbicara dengan lelaki itu. Ditambah pula kaki terasa lenguh berdiri lama.
Melihat tampang Kaiser masih serius tak mahu kalah. Akhirnya Ken mengalah.
"Bagi kau ini mungkin konyol. Tapi orang-orang dikawasan aku panggil dia Lagenda Jenius." Ken sedikit malu ingin menceritakan hal tersebut.
Ken sambung berceloteh sampai tak sedar raut Kaiser sudah berubah tatkala mendengar sebaris nama gelaran itu. Lidah Kaiser terkelu.
Ken gosok belakang kepalanya. Awalnya segan tapi lama kelamaan, rancak pula ceritanya.
"Aku kagum dengan keberanian dia. Dan aku ingat lagi teknik-teknik hebat bela diri yang dia selalu tunjuk. Rasanya kalau dia masuk pertandingan. Dia dah jadi juara Muay Thai rasanya sekarang. Tak sangka orang sehebat dia pun boleh terlibat dengan VG. Tapi aku tetap kagum dengan dia."
Ocehan Ken kian perlahan apabila perasan tawa kecil dari Kaiser yang menunduk wajah.
"Bagi kau lucu?" soalnya agak serius.
Kaiser menggeleng bersama sengihan seringai yang terpamer pada tampang terujanya. Gila, memang gila. Takdir apakah ini? Tampaknya takdir mahu membuat cerita semakin menarik.
"Aku kenal orang yang kau cari."
Ken membuang muka. Ah, dia mahu pulang. Bercakap dengan lelaki itu memang buang masa.
"Kau tak pandai bergurau." balas Ken selamba.
Kaiser angkat muka bersama satu sengihan kecil. "Kau takkan menyesal percayakan aku. Aku akan temukan kau dengan dia. Tak, bukan aku tapi takdir yang akan pertemukan kau orang berdua."
Dahi Ken berkerut seribu. Tubuh tingginya yang sedang berdiri mendadak menegak. Dia menghampiri Kaiser yang turut berdiri menghadapinya.
"Apa yang kau mengarut dari tadi? Joshua pun aku tak percaya, apatah lagi kau." tatapan tajam keduanya bersabung.
Tangan Kaiser santai berehat dalam kocek seluar. Senyuman kecil dilempar membalas pandangan tak puas hati Ken.
"Aku tak paksa. Tapi macam yang aku cakap. Aku boleh jamin kau takkan menyesal percayakan aku. Sebabnya orang yang kau cari tu..."
Kedudukan kedua pemuda ini dekat beberapa inci sahaja. Memudahkan Kaiser berbisik ditepi telinga Ken.
Setelah sebaris nama dibisik oleh Kaiser. Ken spontan menjauh, berundur beberapa tapak kebelakang. Bulu tengkuknya sempat mencanak tegak.
Dia pandang tak percaya. "Kau... bergurau kan?"
"Aku kan tak pandai bergurau."
Kaiser tersenyum sekali. "Kalau tengok dari reaksi terkejut kau. Nampaknya kau dah kenal dia. Macam mana? Masih berminat nak berjumpa dengan orang yang kau kagum tu?"
Ken masih shock. Dia berusaha menerima fakta tersebut meskipun sulit dipercaya.
Rambutnya Ken raup kasar kebelakang.
"S**l, rupanya dia."
"Kalau kau dah faham. Mari kita buat kesepakatan." tutur Kaiser tetap tenang sambil menghulur satu tangan tanda kata sepakat.
Anak mata Ken jatuh melihat salaman tersebut. Situasi tiba-tiba berbalik ke arah yang tak dijangka. Membuatnya bingung saja.
Lama berfikir, akhirnya Ken memutuskan untuk beralih ke pihak Kaiser. Huluran salam tersebut disambut dengan seraut muka tanpa secebis senyum
"Apa yang kau nak sebenarnya? Kau pun nak pergunakan aku?" Ken tertanya-tanya setelah melihat kesungguhan lelaki itu.
"Sebaliknya aku nak tolong kau. Kau pun mesti nak lepaskan diri dari Clara kan? Aku kenal perangai gila budak tu. Dia takkan lepaskan bila dia dah sukakan sesuatu." kata Kaiser.
Kening Ken mengernyit kerana tak sangka segala hal tentangnya diketahui. Tetapi, apa yang dikatakan barusan tak salah juga.
"Baiklah aku akan keluar dari VG sesuai kemahuan kau-"
Ucapannya segera dipintas oleh Kaiser. "Aku tukar fikiran. Kau teruskan jadi pengawal atasan Clara yang penurut. Sampai masanya baru kau boleh lari dari Clara. Sekarang, kita akan gigit Joshua dari belakang. Sebagai sesama anak buah yang pernah disayangi Joshua."
"Lagipun uncle sekarang mesti tengah tak senang duduk. Jadi alang-alang mari kita gigit ekor dia sampai putus." sambungnya lagi bersama satu senyuman yang memiliki maksud terselubung.
Ken diam memerhati sepasang mata yang penuh licik dan muslihat itu.
"Dasar rubah licik." desisnya perlahan.
*****
SEMINGGU berlalu. Kematian insan berhati suci seperti Hairi membawa duka kepada orang ramai. Tak hanya orang-orang kampungnya. Arwah dikatakan tewas akibat serangan jantung. Tempat terakhir ditemukan mayat adalah di rumah sewa yang berada di bandar.
Kata emak Hairi, arwah sengaja bertolak awal ke bandar wahal cuti belum habis. Tiada yang mencurigakan dalam kes kematian tersebut, tiada tanda-tanda pembunuhan atau yang aneh.
Seminggu bukanlah waktu yang cukup untuk melupakan seseorang. Namun begitu, ada hati yang perlahan-lahan terubat dan membaik seiring berjalannya masa.
Di kawasan perkuburan yang lenggang itu, kelihatan Mai berbaju kurung koko dan berselendang nude. Salwa yang mengenakan jubah biru laut, mengibas debu dibahagian punggung.
Tiada sesiapa ketika ini selain mereka berdua. Usai selesai membaca Yassin dan doa penutup, yassin kecil disimpan kedalam handbag. Mai kerling kejap Salwa yang ralit melamun merenung kubur.
Tangan Salwa di atas paha disentuh lembut. Gadis itu tersentak kejap sebelum kembali sugul. Tanah kubur yang terlihat masih baru dipandang sayu.
"Aku pernah terserempak beberapa kali dengan Hairi. Dia betul-betul orang yang sopan. Mesti mak dia bangga ada anak sebaik Hairi." luah Salwa terdengar seperti berusaha menutupi rasa sedih.
"Kau sukakan dia ke?" soal Mai tersengih kecil.
Tergelak kecil Salwa mendengar itu. Namun, tawanya ada kala tersembunyi rasa pahit.
"Menyempat la kau. Siapa saja tak suka budak baik kan? Dah la baik, sopan, handsome, pakej sempurna dah. Tapi rasanya aku suka setakat adik saja." kata Salwa tersenyum kecil. Mata redupnya tak lepas memandang kubur dihadapan.
Mai tak mahu komen lebih-lebih pasal jodoh orang. Tapi kalau boleh dia nak yang terbaik buat sahabat kesayangannya itu.
Bahu Salwa dipeluk dari sisi lalu ditepuk. "Ada la tu. Agaknya jodoh kau tersesat dalam hutan. Tak pun tak lahir lagi. Kita tak tahu kan, rancangan Allah. Doa saja minta yang baik-baik."
Salwa angkat muka sambil dihiasi senyum manis. "Nasihat kau dah baik, Mai. Tapi kenapa kau selit juga yang boleh sakitkan hati aku? Nak gaduh ke? Jom la buka Ring."
Mai kekal dengan senyum setenang air tasik. "Jangan, kita kat kubur ni."
Salwa tertawa kecil dengan percakapan entah apa-apa mereka berdua. Dia bangun berdiri sambil membetul jubah yang dipakai.
"Jom la balik. Mendung semacam langit. Macam nak hujan. Aku tak angkat lagi bra yang aku jemur." ujarnya berjalan mendahului Mai.
Mai turut melangkah berhati-hati tak mahu memijak kubur lain. Kakinya terhenti melangkah apabila merasa ada getaran dari dalam handbag.
"Mai! Jom la!" laung Salwa yang sudah jauh dihadapan.
"Ah ya, kau masuk dalam kereta dulu!" jawap Mai seraya mencari telefon di antara tumpukkan barang lain.
Kening cantiknya yang terbentuk berkerut seribu. Pucat muka Mai yang sedang membaca satu mesej dari nombor yang tak dikenali. Anonim yang pernah menghantar mesej aneh kepadanya semasa hari pernikahan!
'Macam mana? Terkejut tak dengan hadiah istimewa dari aku?' - Unknown
'Dan lagi satu, tak lama lagi situasi sekitar kau akan huru hara dengan pergaduhan antara pihak Kaiser dan Joshua. Jadi selama tu, pandai-pandai la kau jaga diri ya, Mai sayang.' - Unknown
Mai hampir berkata kasar di situ, nasib baik dia berada di perkuburan. Muka pucatnya tak dapat disembunyikan.
"Dia siapa sebenarnya? Nampaknya dia tak main-main." ngumam Mai gelisah. Perasaan resah membuat wajahnya berkeringat dingin.
Tuuttt
Tuuttt
"Tck! Tak angkat pula... dasar pengecut." decit Mai geram kerana panggilannya tak dijawap.
Peluh yang menitik tak dihiraukan. Mai pandang curiga mesej tersebut. Bingung.
Siapa sebenarnya disebalik sosok yang mengganggunya? Dan apa maksudnya dengan hadiah istimewa?
"Rasanya aku tak terima apa-apa hadiah dua tiga hari ni." desisnya sambil memikir keras apa maksud dari ucapan orang itu.
Mai mendengus geram sebelum mem-block nombor anonim itu.
Telefon disumbat kasar kedalam handbag. Dia berjalan bersama amarah yang berbuku. Fikirnya orang itu mungkin orang yang sengaja mahu mengusilnya. Atau salah seorang musuh Kaiser.
"Tak boleh kacau Kaiser, dia kacau aku. Huh! Dasar pengecut." ngomelnya jengkel.
*****
"Pft! Kau ni b**oh ke tak peka Mai?" getus Raf sambil menahan tawa.
Simkad dipatahkan lalu dilempar ke dalam tong sampah, yang terletak dibawah meja. Tubuh tinggi Raf bersandar santai dikerusi gamer itu.
Berpusing-pusing kerusi diikuti mulutnya bernyanyi kecil.
"Padahal aku dah terang-terangan bagi hint. Dia masih tak nampak." tawa lucu Raf tercetus.
Sengihannya makin melebar. Makin dilihat makin seram pula.
"Kesian kau Hairi. Kau mati pun, dunia tetap berjalan macam biasa. Orang-orang pun akan lupakan kau."
Bergeletar tubuhnya menahan gelak besar dari meletus. Entah apa yang buat orang ini terhibur, yang pasti dia senang dengan segalanya yang berjalan sesuai keinginannya. Dunia seolah berada digenggamannya.
Share this novel