Ā 5 TAHUN YANG LALU...
Ā Ā Ā Ā Ā Cahaya mentari dari celahan jendela kaca membuat wajahnya membahang panas. Tak selesa. Kelopak mata terpisat pisat menahan silau.
Kepala terasa berat. Berpinar pandangan melihat siling putih.
Kat mana ni? Soalan pertama yang terlintas dalam fikirannya yang masih mamai.
Maihara memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut seakan mahu pecah. Perutnya mual.
Dan anehnya, seluruh tubuhnya terasa sakit terutama bahagian pinggang dan paha.
Ah, ya aku tertidur semalam lepas mabuk berat. Desis Mai tatkala ingatan semalam imbas kembali.
Mai masih tak bangun. Pandangan liarnya melilau sekeliling ruangan suite mewah tersebut.
Terasa asing.
"Aku tidur hotel ke semalam?"
Walau masih kebingungan. Mai bangun perlahan-lahan.
Eh? Dia tak pakai baju? Hanya ditutupi selimut putih tebal.
Hati mula rasa tak enak. Tambah pula bila rasa ada sesuatu yang berat melingkar atas perutnya.
Takkan la bantal peluk punya berat!
"Hmm..." suara asing dari dalam selimut menyentaknya.
Selimut diselak kasar. Serentak dengan itu Mai bingkas turun dari katil. Tubuhnya yang tanpa seurat benang ditutupi menggunakan selimut tadi hingga nampak jelas seorang lelaki sedang enak tidur di atas yang katil sama!
Lelaki itu sama sepertinya, turut tak mengenakan sebarang pakaian.
Tanpa fikir panjang, Mai lempar sehelai baju buat menutupi ehem lelaki tersebut. Dada disentuh, dapat dirasa jelas debaran menggila. Jantung mengepam laju hingga wajah cantiknya berkeringat.
Kaiser tertawa kecil melihat tindakan pantas tersebut. Ditutup bawahnya. Mai dipandang nakal sambil tersenyum meleret.
"Awal lagi. Tak nak sambung tidur dulu?" katanya dengan nada nakal tanpa hiraukan gadis itu yang sudah seperti patung.
Mai tutup mulutnya terlampau terkejut. Wajahnya pucat lesi seolah hanya tinggal darah putih. Keringat dingin menitis dari wajahnya meskipun ada aircond.
Aircond memang tak membantu saat ini! Apa yang terjadi sekarang ni?! Kenapa dia boleh tidur dengan lelaki asing!
Ingatan kejadian semalam memang langsung tak tersisa akibat pengaruh alkohol walaupun diperah otak buat ingat.
Hatinya gusar, gelisah, takut dan marah bercampur satu.
Apa aku dah melakukan 'itu' dengan lelaki asing ni semalam?
Kemungkinan tersebut makin membuatnya bertambah serabut.
Kaiser menyarung seluar tanpa berbaju. Terserlah tubuh yang digilai ramai wanita itu menghampiri Mai.
"Hey, listen..."
Tangannya yang naik ingin menenangkan Mai malah ditepis kasar. Dirinya dipandang tajam. Mata indah itu bergenang dengan air mata membuatkan Kaiser terkedu seketika. Tunggu masa saja untuk tumpah.
Air muka Kaiser berubah serius. Langkah setapak menghampiri Mai. Air mata pada mata indah itu dikesat lembut. Lalu dijilat.
Hah?
Ji-Jilat?!!
Jilat!
Ya jilat, dengan muka tersengih menggoda begitu.
Mai terkedu tapi tak lama helaan nafas panjang dilepaskan.
Wah gila. Jantan hensem depannya ini memang gila!
"Kau langsung tak ingat semalam?" soal pemuda itu ingin tahu.
Mai geleng kepala. Kepalanya sudah penuh dengan caci makian untuk diri sendiri. Fikirannya kusut dan berat.
"Mulanya niat aku hanya nak bantu orang random yang mabuk lalu depan aku. Lepas aku tolong, kau pula bergeser manja dengan aku. Kebetulan aku perlukan peneman semalam. Dan kebetulan ada perempuan cantik-"
"Dah dah. Jangan teruskan. Saya tahu saya bo**h, saya minta maaf. Macam mana la aku boleh bersama dengan lelaki tak kenal! Argh!" Mai kusutkan rambutnya sendiri tertekan. Merasa bo**h dengan diri sendiri.
Kaiser diam melihat tingkah stress wanita itu.
Setelah beberapa minit Mai mengomel sendiri memarahi dirinya sendiri. Akhirnya terdiam. Riaknya juga berubah.
Keheningan yang menyesakkan.
"Kau... marah? Kau benci aku?"
Suara garau tetapi perlahan dari Kaiser memecah kesunyian didalam kamar ketika itu.
Mai duduk di kerusi menghadap lelaki itu yang duduk tenang di birai katil. Tak berkelip Kaiser memerhatikannya takut takut dia menangis.
Mai meraup wajah. Setelah difikir balik tentang beberapa hal, dia mencuba bertenang.
"Mari lupakan saja."
Akhirnya Mai bersuara membuatkan Kaiser bingung.
"Lupakan apa?" soalnya polos.
Wanita itu berdecit geram. Pandangan tegasnya bersabung dengan mata Kaiser yang masih setia menanti.
"LupakanĀ aje apa yang berlaku semalam. Lupakan yang awak konon nak 'bantu' saya yang mabuk. Lupakan tentang percakapan kita sekarang ni. Dan lupakan yang kita pernah berjumpa. Tak perlu rasa bersalah, bukan salah awak sepenuhnya. Awak lelaki ada keinginan, saya perempuan sepatutnya saya yang kena jaga diri. So, Let's forget everything." ujar Mai tenang tanpa secalit senyum.
Melihat Kaiser diam tak berkutik, Mai sambung.
"Mari jalankan hidup masing-masing. Hidup awak hal awak, hidup saya hal saya. Sebab memang dari awal kita tak pernah kenal bukan? Kita dah dewasa, saya rasa perkara macam ni dah jadi kebiasaan bagi orang macam awak."
Usai berkata begitu, Mai agak hairan melihat reaksi yang tak terduga dari lelaki tersebut. Kenapa dia senyap saja?
Tak mahu berlamaan di situ Mai mencapai barangnya lalu disumbat kedalam bag. Pintu dibuka dan Mai keluar tanpa kata pamit. Pintu ditutup.
Kamar kembali sepi. Di kamar suite mewah berdiri seorang lelaki bertubuh tinggi agak berotot sedang memandang ke luar tingkap.
"Orang macam aku?" getusnya perlahan. Entah kenapa dia terganggu dengan ayat tersebut. Bukan tak pernah mendapat perkataan yang lebih kejam namun ayat itu keluar dari mulut seorang gadis... biasa?
Ego lelakinya bagai tercabar.
Kaiser melangkah ke arah katil semula untuk menyambung tidur.
"Hah... tidur semalam sungguh menyenangkan. Sudah berapa lama ya aku tak dapat sentuhan hangat begitu."
Sedang asyik melayani fikiran, mata tajam Kaiser terpaku kepada bag wallet berwarna unggu. Bag wallet tersebut dicapai. Dibelek depan belakang.
Sepertinya milik perempuan tadi?
Bag dibuka dan ternampak beberapa not 20 dan 5. Dibelek lagi terdapat sekeping gambar. Gambar diperhati kejap.
Dagu digosok seperti berfikir. Tak lama muka kacak itu terpamer senyum sinis. Makna tersirat dari senyum itu hanya dia yang tahu.
"Kau dah ambil perjaka aku, dan apa? Kau nak kata tidur dengan perempuan dah jadi kebiasaan aku. Aku bukan lelaki murahan, Maihara."
"Larilah sejauh manapun kau nak. Sembunyilah dalam lubang cacing sekalipun. Suatu hari nanti kita akan berjumpa juga,"
"Miss spy..."
.
.
.
.
.
.
.
.
Share this novel