Nuha terkedu bila melihat Qistina mendekati Luth. Nuha merasakan hatinya disayat-sayat melihat kedekatan mereka berdua. Hati Nuha dipalu rasa sakit. Cemburu. Ya, itulah perasaannya yang tidak disukainya. Zara yang perasan perubahan Nuha, terus menarik Nuha keluar dari dewan tersebut.
Qistina menarik semula tangannya, senyumannya sedikit pudar. Namun, dia mengangguk perlahan. “Maaf, Qis cuma nak tolong,” balasnya dengan nada mendayu.
Luth tidak membalas, hanya meneruskan mengikat tali kasutnya. Tetapi jauh di dalam hati, dia tidak dapat mengelak daripada merasa marah. Dia tidak selesa dengan kelakuan Qistina.
Tak lama lepas tu, baru saja dia mahu melangkah masuk ke gelanggang, dia rasakan tangannya dipaut. Luth terbungkam lalu dengan kasar dia menepis tangan gadis itu.
"Don't you dare to touch me!" naik bengis wajahnya yang sedia tegang.
"Sorry." Perasaan takut mula menyelubungi Qistina bila melihat raut wajah yang bengis itu. Kaki di angkat serta merta meninggalkan Qistina.
Zara dan Nuha menuju ke pondok kecil yang berdekatan. Mereka melabuhkan punggung di bangku pondok tersebut.
"Aku baru je buat keputusan nak terima perasaan dia, Zara,” Nuha bersuara, wajahnya sugul. “Tapi bila tengok dia dengan kak Qistina tadi, aku rasa... aku tak pasti.” sayu saja nadanya.
Zara menggenggam erat tangan Nuha, menatap wajah sugul sahabatnya itu.“Nuha, kau tak boleh terus pendam semua ni dalam hati kau. Kau kena tanya siapa sebenarnya kak Qistina tu dalam hidup Luth."tutur Zara dengan tegas.
“Zara, aku tak bolehlah. Aku tak nak tanya apa-apa pada Luth pasal kak Qistina. Kalau boleh aku nak dia yang cerita sendiri pada aku siapa sebenarnya kak Qistina tu."Nuha mengeluh perlahan.
Dahi Zara berkerut melihat gadis itu mengeluh. “Sampai bila kau nak biarkan diri kau dihantui perasaan macam ni? Kalau kau tak tanya, macam mana dia nak cerita dekat kau Nuha oiii." Zara menepuk dahinya.
Nuha menggeleng perlahan, cuba mencari kata-kata yang sesuai. “Aku tak nak nampak macam seorang yang kuat cemburu, Zara. Kalau aku tanya, aku takut dia fikir aku ni kuat cemburu.”
Zara mendengus kecil, jelas tidak puas hati dengan tindakan Nuha yang agak penakut baginya. "Sampai bila? Kalau kau terus macam ni, kau yang akan sakit. Luth takkan tahu apa-apa kalau kau tak cakap. Kau tak boleh terus macam ni."
Nuha memegang erat tangan Zara.“Tolong faham aku, Zara. Aku tak bersedia. Aku perlukan masa. Dan... aku nak kau janji, kau takkan cakap atau tanya apa-apa pada Luth tentang ni. Aku merayu pada kau." Nuha cuba menahan sebak yang menghimpit dadanya.
Zara memejamkan mata seketika, menahan rasa bengangnya. Dia menarik nafas panjang sebelum akhirnya mengangguk perlahan. "Suka hati kau lah Nuha. Tapi kau kena tahu, aku tak suka tengok kau macam ni."
Nuha tersenyum kecil, lega dengan jawapan Zara. Namun, dia tahu jauh di sudut hati, timbul perasaan sedih dan cemburu menyelubungi diri.
Luth melangkah ke tengah dewan gelanggang, matanya melilau mencari kelibat Nuha dan Zara. Suasana riuh dengan suara pemain yang masih berkumpul, tetapi dua wajah yang dia cari tidak kelihatan. Hatinya mula rasa tidak keruan.
“Mana dorang pergi?” gumamnya perlahan sambil berjalan menghampiri Noah yang sedang rancak berbual dengan Rahim dan Azim.
Noah, seperti biasa, duduk bersila dengan senyuman kecil di wajahnya, mendengar Rahim dan Azim berceloteh tentang perlawanan tadi. Namun, Luth tidak menunggu lama untuk mencelah.
“Noah,” panggil Luth, membuatkan mereka semua berpaling ke arahnya. “Mana Nuha dengan Zara? Tadi aku nampak dorang ada je kat sini. Sekarang hilang pulak.”
Noah mengangkat bahu sedikit, memandang Luth dengan kening terangkat. “Aku tak pasti, bro. Tadi memang dorang ada dekat tepi gelanggang, tapi lepas habis game tadi aku tak perasan dah.”
Rahim menambah, “Mungkin dorang keluar kejap? Pergi tandas ke, beli air ke?”
Luth menghela nafas perlahan, namun tetap tidak berpuas hati. “Takkan keluar tak cakap apa-apa. Biasanya Nuha akan tunggu sampai habis.”
Azim menepuk bahu Luth dengan senyuman kecil. “Relaxlah, Luth. Mungkin dorang tak jauh. Kau cuba cari kat luar.”
Luth mengangguk perlahan, tetapi hatinya masih terasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia memandang sekilas ke pintu dewan sebelum melangkah keluar, tekad mencari mereka berdua.
Baru saja Luth ingin melangkah keluar dari dewan, dia terdengar suara Qistina memanggil namanya. Langkahnya terhenti, dan dia berpaling dengan riak wajah yang agak bengang.
“Luth! Nak pergi mana?” tanya Qistina. Dia berlari kecil menghampiri, wajahnya menguntum senyuman kecil.
Luth menghela nafas panjang, cuba menahan amarahnya yang bila-bila masa boleh meletus. “Aku nak keluar cari kawan-kawan aku” jawabnya ringkas, suaranya dingin. “Dorang tak ada kat sini.”
Qistina memandangnya seketika sebelum berkata, “Tapi aktiviti kelab belum selesai. Awak tak boleh keluar sesuka hati.”
Luth memandang Qistina dengan jelingan tajam. “Qistina, aku tahu kau pengurus kelab, tapi aku rasa kau patut lebih fokus dengan urusan kelab bola keranjang, bukan sibuk dengan aku.
Qistina terdiam, sedikit terkedu dengan nada suara Luth yang dingin. “Qis cuma risau—”
Kau tak perlu sibuk urusan aku,” pancung Luth. “Tolong pantau ahli kelab yang lain. Aku nak keluar dulu and one more thing. Mind your own business!"
Share this novel