Bab 12 Kerjaya

Romance Series 3621

Hari Sabtu, seperti yang dijanjikan mereka berempat bertemu di Bask Bear Coffee. Tempat kegemaran Zara. Setelah membuat bayaran dan order makanan mereka sekumpulan mengambil meja paling belakang. Masing-masing menjamu selera sebelum membuat homework subjek Bahasa Melayu.

"Okay, aku nak tanya korang bertiga dah fikir fasal kerjaya korang? Atau korang nak tanam anggur, makan, tidur, berak, kencing di rumah parents sampai masuk ke dalam liang lahad? Soal Zara.

"Siot kau Zara, ayat kau ni tak ada filter ke? Kalau tak ada aku tolong belikan nanti. Ingat kita orang ni tak fikir masa depan ke?"Bidas Noah. Noah memandang wajah Zara yang berada di hadapannya kecil besar. Zara cuma menggulingkan mata.

"Dengar sini lalat-lalat semua, aku dah buat keputusan nak sambung belajar bidang engineering. Aku nak jadi engineer terhebat di dunia." Luth mendabik dada.

"Bagus-bagus. Ini yang kita mahukan! Kau pulak Noah, dah fikir belum kerjaya kau? Jangan cakap nak jadi penari tiang pulak." Sindir Zara dan terus dia menyisip ais lattenya.

"Dah kenapa minah ni? Nak cari gaduh nampak? Come on lah, aku ni Noah Iskandar. Aku yang kacak, dan tinggi sesuai jadi pilot. Kalau aku jadi pilot, Zara orang pertama aku baling dari kapal terbang."ujar Noah. Luth dengan Nuha hanya diam tidak mahu masuk campur.

"Eleh gurau sikit dah sentap. Dasar bulu hidung banyak. Kacaklah sangat, dahlah bulu hidung terkeluar." balas Zara. Nuha dan Luth laju menilik lubang hidung Noah. Noah panik dan terus menutup lubang hidung dengan kedua-dua tangannya. "Siot! Bulu hidung aku terkeluar ke?! Noah berdesis di dalam hati.

"Aku tipu je." sengaja Zara menyakat Noah. Nuha dan Luth mengekek ketawa melihat wajah merah padam Noah.

"Kau sibuk tanya kita orang, kau tu mesti nak takeover tempat daddy kau kan jadi ceo yang tak waras?" teka Noah.

"Tettt!! Wrong answer bro. Aku nak jadi penulis bertaraf international okay. Nanti bolehlah aku buat cerita tentang pilot jatuh cinta dengan seorang penulis yang cantik tapi direject. Kesian dia"usik Zara.

"Boo boo... Tak ingin aku, aku suka perempuan matang dan seksi. Kau tak seksi langsung." bidas Noah. Zara cuma menjelir lidah dan menggulingkan matanya.

"Kau pulak dah kenapa senyap Nuha? Kau dah fikir fasal kerjaya kau?soal Luth. Anak matanya bertembung lembut dengan anak mata Nuha. Jantung Luth berdegup laju. Noah dan Zara terus mengangkat wajah melihat Nuha yang senyap dari tadi.

"Aku dah fikir lama dah. Aku nak jadi seekor kucing. Bila aku jadi kucing, aku tak perlu nak fikir soal duit, cinta, kerja, study. Aku cuma perlu berak,makan,minum tidur. Indahnya dunia aku. Meow meow meow."Mata Nuha bersinar-sinar. Mata mereka bertiga membulat. Mereka tak salah dengar kan?

Jeda.

Nuha mengeluarkan telefon bimbitnya dari tote bag. Dia menghulurkan Oppo Find N3 flip kepada Luth yang sedang duduk di hadapannya. Luth menjadi semakin pelik memandang Nuha.

"Kau tengoklah aku siap google cara untuk menjadi kucing, aku simpan banyak gila gambar kucing dalam gallery aku." ujar Nuha dengan bangga.

Luth melihat di bahagian sejarah carian Nuha di google. How to be a cat, cara menjadi seekor kucing, manusia bertukar menjadi kucing. Luth menelan air liur. "Betul ke aku jatuh cinta dengan perempuan pelik ni?" Luth berbisik di dalam hati. Luth menghulurkan telefon bimbit milik Nuha kepada Zara dan Noah. Mereka berdua sama-sama tercenggang dan hampir nak terberak.

"Aku nak ke toilet dululah. Aku rasa betul-betul nak terberak. Korang buat dulu karangan korang k." pesan Zara dan terus bangun dari kerusinya dan melangkah pergi ke tandas. Mereka bertiga hanya mengangguk.

"Nuha, kau tak boleh jadi kucing. Kalau kau jadi kucing nanti aku pon kena jadi kucing sebab aku kembar kau! So aku tak nak."

"Noah, jom kita practice bahasa kucing dari sekarang. Cuba kau meow sekali." arah Nuha.

"Meow." Noah pon bodoh dan menuruti perintah Nuha. Luth kerling Noah di sebelahnya. "Buruk betol bunyi meow kau." ujar Luth.

"Diamlah kau! Aku tak nak jadi kucing, aku nak jadi human okay. Nanti korang ingatkan aku beli penadol. Aku sakit kepala layan Zara dengan Nuha senget ni."Noah terus membuka buku latihan karangannya. Luth menggeleng kepala dan turut mengeluarkan buku latihan karangan dari bag sandangnya.

"Nuha, kau sebenarnya malas nak sambung belajar atau bekerja kan? Kau cuma nak duduk rumah layan netflix sambil makan mee kerinting? Luth memandang wajah comel Nuha yang sedang scroll instagram. Noah pula sudah memakai earbud di telinga.

Nuha terus angkat wajah memandang anak mata Luth yang berwarna coklat gelap. Dan dengan polos Nuha bertanya.

"Apa itu mee kerinting?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience