Chapter 4

Romance Series 5912

Serafina sibuk membelek gaun off-shoulder yang berharga ratusan ringgit bersama ibunya Datin Jessie di salah satu butik di sebuah pusat beli-belah Kuala Lumpur. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh. “Weh beb, kau buat apa kat sini? Shopping jugakah?”, tanya Serafina riang sambil berpelukan .
“Taklah aku saja jalan-jalan cari makan kat sini dengan ayah aku. Tak sangka pula jumpa kau kat sini”, jawab Lemuella. Dia melihat tanda harga baju yang hendak dibeli oleh Serafina yang berharga RM300.
“Mahalnya dress yang kau mahu beli ni Sya. Kau nak pakai pergi mana?”, tanya Lemuella lagi. Walaupun dia juga anak kepada Dato’ tetapi dia tidak suka menghabiskan wang yang diberikannya sewenang-wenangnya.
“Lepas SPM ni aku and family aku nak melancong kat Pulau Tiga kat Sabah. So, ini yang nak shopping awal-awal ni supaya tak kelam-kabut nanti”. Beritahu Serafina. Dia bukannya suka menunjuk-nunjuk tetapi jika orang sudah bertanya takkan hendak berbohong.
“Kau tak nak pilih satu? Aku boleh belanja”, saran Serafina pula.
“Eh, takpelah. Aku tak nak susahkan kau dan mama kau”, tolak Lemuella. Segan pula tiba-tiba datang dan meminta belanja daripada orang.
“Eh takde apalah kau ni. Mama aku okay je. Kan mama?”, Datin Jessie hanya melemparkan senyuman manis seraya mengangguk kepada Lemuella tanda setuju.
“Hahaha… Lain kali jelah Sya”,
“Kau ni Fia, dah berapa lama kau kenal aku? Takkan segan kot”, Serafina masih berusaha untuk menawarkan. Dia ikhlas ingin membelanja rakan baiknya itu, namun Lemuella hanya senym dan menggeleng juga.
“Betul tak nak?”, kata Serafina.
“Tak naklah. Ish… Dia ni”, tolak Lemuella lalu mencucuk pinggang Serafina.
“Auch… Kalau tak nak sudah”, seloroh Serafina lalu mereka ketawa.
“Okaylah, aku pergi dulu. Lapar sangat dah ni. Bye Sya. Assalamualaikum aunty”, pamit Lemulla seraya memberikan salam kepada Datin Jessie yang sedari tadi melihat gelagat mereka berdua dari jauh.
“Bye Fia”, ucap Serafina.
“Waalaikumusalam… Baik-baik jalan tu”, Datin Jessie menjawab salam. Mereka berdua memandang sahaja Lemuella yang pergi hingga hilang dari pandangan mereka berdua. Kemudian, Datin Jessie meneruskan aktiviti mencari pakaian yang sesuai dipakainya sewaktu melancong di Pulau Tiga nanti. Sudah menjadi hobi bagi mereka dua beranak ini untuk keluar membeli-belah setiap kali Serafina cuti atau ada masa terluang kerana agak membosankan untuk keluar bersendirian pada usia ini. Dua beranak itu kusyuk membelek-belek pakaian yang ada tanpa sedar bahawa masa telahpun mencemburui mereka. Setelah beberapa lama membeli-belah mereka pun cepat-cepat pulang sebelum hari menggelap.

Sorry for the late update . I'll post 2 extra chapter to make up with you guys . please continue to support . hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience