Chapter 40

Romance Series 5912

“Kamu tak cuba hubungi Finakah Yan? Dah dua tahun tak balik Malaysia. Tak baik biarkan isteri sendirian”, ujar Tan Sri Rasyad. Mereka duduk di beranda rumah banglo sambil minum kopi di petang hari.
“Bukan tak hubungi, tak dijawab. Mungkin busy kot”. Jawab Syed Ziyaad.
“Sibuk apa sampai tak jawab call suami. Daddy bukan apa, sebagai ketua keluarga, kita kena nasihatkan isteri kita. Kalau dah ada anak-anak nanti kamu juga kena nasihatkan anak-anak kamu sebab itu tugas kamu sebagai ketua keluarga dan imam kepada anak bini kamu. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Walaupun dia belajar kat laur negara ada baiknya kalau kamu nasihatkan dia agar dia tak lupa tugas dia sebagai isteri. Faham Yan? Tak normal kalau suami isteri tak berhubung lebih-lebih lagi jarak yang memisahkan kamu ni jauh. Ke kamu memang dah buat keputusan untuk tak bersama lagi tanpa pengetahuan kami?”, nasihat TanSri Syed Rasyad sejurus bertanya soalan yang selama ini diam di benak fikiran.
“Takdelah. Kitorang okay. Bukan tak berhubung langsung. Ada berhubung cuma call tu jaranglah. Kalau SMS atau chat tu ada ja. Daddy sabar jelah. Kita tak tahu apa yang dia lalui untuk jado seorang doktor pakar otak. Dia ada tugas sebagai isteri tapi dia juga ada tugas yang besar sebagai seorang yang akan menjadi penyelamat bagi pesakit-pesakit pada masa akan datang. Yang penting dia tak lupa dia ada suami takpelah. Tak gitu daddy?”
“Hmm yalah. Tapi at least beritahulah bila dia nak balik Yan. Daddy pun penat juga nak explain kat mommy tu. Kamu penat, daddy lagi penat”, kata Tan Sri Rasyad lagi sambil ketawa. Syed Ziyaad juga ketawa.

‘SCUMBAG SZ’ tertera nama si pemanggil di skrin telefon. Nama tersebut belum lagi ditukar sejak hari pertama perkahwinan mereka. Serafina menghembus nafas panjang. Setelah sekian lama tidak mempunyai cuti, pada hari cuti ni lah Syed Ziyaad tidak pernah lupa untuk menghubunginya.
“Ermm waalaikumsalam”, Serafina menjawab salam.
“Cutikah?”, tanya Syed Ziyaad.
“Ermm”, jawab Serafina dengan malas.
“You memang dah tak nak balik sinikah? Kalau dah lupa jalan balik Malaysia I boleh jemput”,
“I ni penat tahu. Jangan nak kacau hari cuti I dengan lawak hambar you tu”,
“I serius. Daddy mommy asyik tanya benda yang sama. Bila you cuti, bila you nak balik. And baru tadi daddy tanya kita ni dah ceraikah tanpa pengetahuan diorang”, terang Syed Ziyaad. Serafina diam sejenak.
“Patutkah kita cerai?”, tanyanya tiba-tiba.
“Eh, apa you merepek ni?”,
“Takdelah. Kita bukannya saling mencintai pun. Kahwin pun sebab keluarga ja. I rasa sekarang I mampu untuk buat semuanya sendiri. Selama I membesar semua I lakukan sendirian. I rasa I tak perlukan lelakilah dalam hidup I. I can support my own family”,
“Apasal you tiba-tiba cakap hal ni? Selama ni okay ja”, Hairan Syed Ziyaad dengan tingkah Serafina yang sukar dijangka.
“Memanglah selama ni okay tapi I penatlah berpura-pura. Jujur, I belum sedia nak jadi isteri. I kahwin dengan you pada usia yang sangat muda. I penat nak update semua kat you. I rasa tak ada privacy. Selama I kahwin dengan you I rasa I bukan jadi diri I sendiri. You know what I mean Syed. I tak tahu how to provide you as a wife”,
“What do you mean providing me? I’m man, I am the who should provide you. All I want you to do is stay beside me. That is how you provide me”,
“Masalahnya you bahagiakah dengan I? We don’t love each other Syed, we just used to each other. I rasa the best thing we could do is going to our separated ways”, kata Serafina dengan jujur. Entah mengapa hari ini dia mempunyai keberanian untuk meluahkan apa yang dibotolkan dalam hatinya.
“I love you. I bahagia dengan you”, balas Syed Ziyaad. Perasaan hatinya bercampur-baur.
“But I don’t!”, bentak Serafina. Dia nekad untuk bercerai dengan suaminya. Syed Ziyaad mati kata.
“Esok I balik Malaysia. Kita bincang hal ni secara bersemuka”, kata Serafina nekad lalu mematikan panggilan. Hati dan fikirannya kosong. Dia hanya duduk di ruang tamu kondominium Syed Ziyaad memandang kosong skrin televisyen yang gelap.

SERAFINA balik dari pertemuannya dengan Syed Ziyaad petang tadi. Dia duduk di sofa ruang tamu banglo milik keluarganya. Jam sudah menunjukkan jam 9 malam. Kosong. Tiada siapa berada di rumah ketika ini termasuklah pembantu rumah mereka kerana hari ini adalah hari cuti bagi semua pembantu rumah mereka. Ruang tamu gelap-gelita ketika itu.
“Sya, buat apa duduk dalam gelap ni? Mana Syed?”, tanya Datin Jessie. Semua lampu rumah dihidupkan. Kini banglo tersebut terang-benderang dengan cahaya lampu. Tiada jawapan dari Serafina.
“Sya, kamu okay tak ni?”, tanya Dato’ Darol pula. Serafina akhirnya tersedar dari lamunannya.
“Mama, papa. Dah balik?”, tanya Serafina. Datin Jessie dan Dato’ Darol saling berpandangan antara satu sama lain seolah-olah dapat menghidu sesuatu pada anak mereka. Datin Jessie mengambil beg dan kot Dato’ Darol dan membawanya ke bilik tidur mereka manakala Dato’ Darol terus duduk di sebelah anaknya. Dipandangnya Serafina yang kian mengurus dan bahagian bawah mata yang hitam tanda tidak cukup tidur. Serafina hanya tersenyum manis lalu memeluk papanya untuk melepaskan rindu. Tidak lama kemudian Datin Jessie datang kembali dengan membawa sekotak air jus oren Marigold dan 3 biji gelas kaca lalu diletakkan pada meja kopi yang berada di hadapan mereka.
“Mama”, panggil Serafina lalu memeluk Datin Jessie erat.
“Sya ada nak bagitahu sesuatu pada mama dan papa. Sebab tu Sya balik secara tiba-tiba nie”, kata Serafina. Cuba berlagak seperti biasa.
“Apa dia Sya?”, soal Datin Jessie agak risau.
“Sebenarnya Sya dan Syed dah bincang untuk bercerai. Ermm sebelum mama nak kata apa-apa, biar Sya explain. Sya memang dah fikir masak-masak dah hal nie begitu juga dengan Syed dan kitorang dah bersetuju untuk bercerai hujung minggu nie dengan cara baik”, terang Serafina. Air matanya ditahan sekuat yang mampu agar dia tidak kelihatan lemah dalam hal ini. Datin Jessie dan Dato’ Darol terkejut.
“Kenapa tiba-tiba jadi macam ni Sya? Ada apa-apa yang terjadi pada kamu berdua yang kami tak tahukah?”, tanya Dato’ Darol.
“Takde apa-apa yang terjadi. Cuma…”, kata-kata Serafina terhenti di situ. Air mata yang ditahannya sedari tadi gugur membasahi pipi.
“Sya tak tahu kenapa tiba-tiba Sya rasa macam nie tapi I have taken anti-depression pill for over 2 years now. Sya ingatkan Sya akan sembuh dalam masa terdekat tapi sejak kahwin dengan Syed Ziyaad Sya tak pernah rasa jadi diri sendiri. Hingga satu tahap iaitu 2 tahun yang lalu Sya rasakan ada sesuatu yang berbisik pada telinga Sya untuk bunuh diri. Sya cuba untuk cari sebab kenapa Sya jadi macam tu. Mungkin sebab pelajaran tapi setiap kali bekerja Sya rasa enjoy and I think my mental health worsen everytime I get call from Syed. Sya rasa bersalah, penat dan macam-macamlah perasaan yang tak mampu Sya describe. I thought I’m getting better by time but Sya rasa cara yang terbaik untuk pulih is berpisah dengan Syed”, kata Serafina teresak-esak. Pilu hati Datin Jessie mendengar apa yang dilalui anaknya itu seorang diri tanpa orang-orang yang menyokongnya di sisi.
“Astaghfirullah”, ucapnya.
“Sya rasa tak bersedia untuk menjadi seorang isteri. Seorang yang perlu menguruskan makan pakai suami padahal diri sendiri pun Sya belum pandai nak urus”, tawa Serafina dalam tangisan. Datin Jessie dan Dato’ Darol memeluk Serafina.
“Maafkan papa ya Sya… Salah papa sebab pentingkan diri sendiri dan hingga sanggup paksa Sya untuk berkahwin pada usia yang sangat muda dan masih mentah. Papa tahu Sya jenis yang tidak suka bergantung pada siapa pun selain keluarga. Mesti Sya rasa terbeban apabila terpaksa memberi perhatian kepada suami lebih-lebih lagi terpaksa membahagikan masa untuk belajar hingga tidak ada masa untuk diri Sya sendiri. Papa minta maaf ya nak. Kalau kamu berdua dah fikir masak-masak dan bersetuju dengan keputusan masing-masing, papa hormat pilihan kamu. Allah dah tetapkan jodoh kamu dan Syed tak panjang. Siapalah kita nak tolak penentuan Tuhan”, ujar Dato’ Darol.
“Mama pun minta maaf ya Sya. Mama akan hormat pilihan Sya. Sya solat banyak-banyak supaya Sya sembuh dah berdoalah supaya fikiran-fikiran jahat tu terbuang dari benak fikiran Sya. Ingat, mama dan papa sayang Sya. Kalau Sya rasa tak kuat kat sana nanti baliklah. Kami sentiasa ada menunggu kepulangan kamu”, kata Datin Jessie lalu mengusap kepala anaknya.

Share this novel

Zai Zai
2024-11-25 10:49:45 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience