“You okay tak ni?”, tanya Fazley. Dilihatnya Juanlita yang agak pucat. Juanlita mengangguk lalu meneguk air mineral yang diberikan oleh Fazley.
“Betulkah okay ni? Pucat sangatlah you”, tanya Fazley lagi risau dengan keadaan tunangnya itu.
“Okaylah. Penat je”, jawab Juanlita lalu dia berdiri mengambil bat pingpongnya yang diletakkan di atas meja dan memasukkannya ke dalam beg. Begitu juga bat kepunyaan Fazley. Fazley duduk berehat memandang Juanlita yang menggunakan penyapu untuk mengumpulkan bola-bola pingpong yang bertempiaran di atas lantai. Begitulah rutin mereka setiap hari selepas tamat hari persekolahan. Kalau tidak joging, memang bermain pingpong. Tiada hari yang mereka tidak bersenam.
“Kahwin jom. Nak tak?”, kata Fazley secara tiba-tiba. Juanlita menghentikan kerjanya.
“Apa you merepek ni. Kita kan dah janji nak kahwin 3 tahun akan datang. Lagipun kita kan baru je tunang seminggu yang lalu”, tutur Juanlita. Dia kemudiannya duduk di lantai sambil tangannya memasukkan bola-bola pingpong itu ke dalam bakul dengan pantas. Fazley datang mendekatinya dan membantu Juanlita.
“Entahlah. I rasa tak sabar pula. Macam lama sangat 3 tahun tu. Kita kan dah kenal lama dah. Kenapa nak tangguh-tangguh?”,
“Sabar jelah. Kita dua kan baru je posting. Ekonomi pun tak stabil lagi. You pun belum beli rumah lagi. You nak I tinggal kat mana kalau kahwin dengan you? Tinggal kat cottage guru dengan awak? I sendiri pun tinggal kat cottage guru”,
“Haah juga en”, Fazley mengangguk-angguk tanda setuju. Mereka sangat terbuka apabila bercakap tentang masa depan.
“Dah, jom balik”, ajak Juanlita setelah siap mengemaskan alat-alat yang mereka gunakan.
“Singgah makan”,
“Elok sangatlah you tuu. Lepas bersenam pergi makan”,
“Biarlah. Bukan you tak biasa. Hidup ni mesti balance”, balas Fazley dengan bangga. Mereka berjalan menuju ke kereta bersama-sama.
BUKU-buku latihan pelajar dibawa oleh Juanlita balik ke rumah kerana tidak sempat memeriksanya di sekolah pagi tadi.
“Ya Allah!”, Juanlita mengambil tisu dengan pantas dan mengelap hidungnya. Setelah sekian lama hidungnya tidak berdarah tiba-tiba hidungnya berdarah lagi kali ini. Dia menyumbatkan tisu tersebut dalam dua-dua lubang hidungnya dan mengambil tisu yang baru untuk mengelap darah yang tertitis di atas meja. Mujur kali ini tidak terkena pada buku latihan pelajar. Setelah beberapa ketika darah di hidungnya pun berhenti. Dia bergerak ke dapur dan membuka peti sejuk. Diambilnya daun sirih yang disediakan oleh ibunya. Dia disuruh untuk menekapkan daun sirih tersebut d atas dahinya selama sejam jika hidungnya berdarah. Pelik sungguh petua ibunya ini namun dituruti juga. Kemudian dia memanaskan air menggunakan pemanas air dan meminum air yang suam tersebut sebelum kembali menyiapkan tugasnya. Dua perlu menyiapkan tugasnya itu sebelum hari esok kerana dia perlu mengembalikan buku-buku pelajarnya secepat mungkin.
Share this novel