Serafina duduk termenung di meja belajar yang berada di sepanjang dinding perpustakaan kampusnya. ‘Nak pergi ke tak?”, fikir Serafina. ‘Kalau I pergi I bet with my life yang aku akan terserempak dengan kekasih hanat dia tu’, fikirnya lagi. ‘Eh, tapi siapa kisah? Aku kan isteri dia yang sah. Kalau dia tak faham aku kasih faham’, Serafina masih bermonolog dalam hati. Jam sudah menunjukkan jam 10 pagi. Sepatutnya majlis konvokesyen suaminya telah tamat kerana majlis bermula pada jam 8 pagi katanya. Serafina masih bergumul sama ada hendak pergi atau tidak.
PINTU utama dewan konvokesyen sangat sesak kerana orang yang berpusu-pusu keluar untuk mengambil gambar bersama keluarga masing-masing. Begitu juga dengan Syed Ziyaad dan kedua orang tuanya. Asyraff dan Nur Zahirah terpaksa tunggu di luar kerana pihak universiti hanya menyediakan 2 tempat duduk untuk ahli keluarga.
“Eh, mana Fina. Dia tak pergikah?”, tanya Puan Sri Bevendra. Pelik pula dia tidak nampak kelibat isteri anaknya.
“Mungkin tak kot sebab dia kata ada thesis yang perlu dihantar hari ni”, kata Syed Ziyaad.
“Laa… Wajibkah? Tak dapatlah mommy nak bergambar dengan menantu kesayangan mommy tu pada hari bersejarah ni”, rungut Puan Sri Bevendra.
SERAFINA turun dari kereta seolah-olah dia berada di karpet merah dan kebetulan Oliey juga sampai di parkir. Serafina memandang Oliey dan seperti biasa, dia menjeling Oliey tanpa sebab walaupun dia tidak mengenali Oliey. Oliey terkilan memandang Serafina.
“Wait there girl!”, jeritnya. Tanpa menoleh ke belakang, Serafina terus berjalan ke hadapan dengan lenggangan ala-ala model. Hari ini dia hanya memakai seluar slack hitam dan balus lengan panjang chiffon berwarna putih dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna hitam. Oliey yang sakit hati hanya memandang Serafina yang menghilang di sebalik bangunan. ‘Uh! What a rude young lady’, marah Oliey.
SEMUA orang masih sibuk mengambil gambar, ada juga yang baru hendak bernasur pulang. Serafina melihat sekeliling untuk mencari keberadaan suaminya. Kebetulan Puan Sri Bevendra ternampak kelibat Serafina di celah-celah orang ramai dan dia melambai-lambaikan tangannya setinggi yang mampu.
“Mommy ingat kamu tak datang. Sedih mommy”, luah Puan Sri Bevendra.
“Sorrylah mommy… Fina tak tahu majlis graduasi Syed hari ni. Baru ja tahu semalam jadi tak dapat nak cancel aktiviti kat kampus”, kata Serafina setelah menyalam ibu mertuanya. Dia kemudiannya beralih kepada Syed Ziyaad dan mendongak memandang suaminya lalu menghulukan tangan. Tanpa diduga, Syed Ziyaad menarik tangan Serafina dan membawanya ke dakapannya dan dirangkul erat. Serafina terkejut dan mengeraskan dirinya. Perasaan bercampur-baur.
“Takde nak ucap apa-apa kat I?”, tanya Syed Ziyaad yang masih belum melepaskan Serafina. Serta-merta Serafina faham dan membalas pelukan suaminya.
“Congratulation my husband!”, ucapnya di sebalik dada bidang Syed Ziyaad.
“Alololo… Bersemutnya pengantin baru kita”, usik Asyraff. Kemudian Serafina menolak Syed Ziyaad agar melepaskannya. Tan Sri Syed Rasyad tergelak mendengar usikan menantu lelaki sulungnya itu. Mereka meneruskan sesi bergambar bersama keluarga dengan seorang jurugambar yang ditempah khas untuk mereka. Hanya Nur Zaharah yang tidak dapat bersama mereka ketika itu.
“Syed, Fina, kitorang balik hotel dululah. Nak bersiap awal untuk makan malam hari ni. Kamu berdua hati-hati balik ya. Jumpa kat hotel”, pamit Puan Sri Bevendra bersama Tan Sri Rasyad dan Nur Zahirah serta Asyraff. Tinggal mereka berdua berada di sana bersama beberapa pasangan kekasih yang belum pulang. Tiba-tiba mata mereka sedang bercium di tengah-tengah halaman universiti Syed Ziyaad. Suasana terasa janggal diantara mereka berdua walaupun perkara tersebut adalah normal di sana. Syed Ziyaad berdehem dan Serafina serta-merta melarikan pandangan. Syed Ziyaad tertawa kecil melihat wajah isterinya yang menahan malu.
“Apa sennyum-senyum?”, tempelak Serafina. Syed Ziyaad masih tersenyum lebar dengan tangannya disilang di belakang.
“Kenapa you nampak comel erk hari ni?”, usik Syed Ziyaad.
“Datang dah penyakit dia ni”,
“Takde hadiahkah untuk I? Kalau takde, hadiah macam pasangan tadi tu pun boleh”, Serafina mengerutkan dahi Syed Ziyaad yang bersedia menutup mata sambil memuncungkan mulut. Badannya ditundukkan sedikit dan tangannya masih bersilang di belakang. Serafina mengeluarkan kotak hitam kecil bertulis YSL dari beg tangannya dan melekatkannya di bibir Syed Ziyaad. Syed Ziyaad membuka matanya dan memegang kotak kecil tersebut lalu membukanya. Serafina berpaling dan berjalan meninggalkan suaminya di belakang. Syed Ziyaad berlari anak mengejar langkah Serafina yang pantas sambil mengusik isterinya tanpa henti. Namun tiba-tiba suara gelakan terhenti.
“Hai”, sapa Oliey. Oliey sedari tadi melihat telatah mereka namun disebabkan ibu bapa Syed Ziyaad masih berada di sana, dia tidak beradi mendekati mereka.
“You buat apa kat sini?”, tanya Syed Ziyaad. Pucat wajahnya kerana terkejut.
“Nak jumpa youlah”, balas Oliey. Serafina memandang Oliey dari atas hingga bawah lalu memakai kaca mata hitamnya. Tanpa berkata apa-apa, dia terus meninggalkan mereka berdua dengan cara anggun. Namun, dalam beberapa langkah sahaja tangannya ditarik oleh Oliey.
“Hey! Stop leaving like coward!”, ujar Oliey dengan nada geram. Serafina mendengus. ‘I knew this gonna happen’, dia mengeluarkan tisu basah dan mengelap tangannya yang dipegang Oliey.
“So, what am I suppose to do my girl? Looking at my husband having affair with a lowly class like you?”, kata Serafina.
“Fina, you balik dulu. Biar I yang uruskan hal ni”, kata Syed Ziyaad. Serafina berdiri dengan cara malas. Dia membuka kembali dan memandang tepat ke dalam anak mata suaminya.
“Solve it now while I’m still here because I don’t think I want to talk to you after our dinner tonight”,
“Wait a minute, why are you so mad? Like… Do you love your husband?”, sindir Oliey. Serafina diam. Menunggu kata-kata Oliey yang seterusnya.
“Makan semeja, tidur sekatil, duduk sebangku… Siapa ja yang tak jatuh sayang. Tapi, what can we do? Semua tu I dah pernah buat pun dengan Ziyaad. You love doesn’t matter sebab kita ni sama ja. Takde beza”, sambungnya. Serafina tersenyum sinis.
“Hah… Kat situ kau silap. That’s whylah mak kita suruh belajar tinggi-tinggi supaya tak jadi bodoh. Itulah masalah kau. Orang suruh belajar tinggi-tinggi kau buat maksiat. Kan dah bodoh”, ujar Serafina dengan tenang. Sedikit pun dia tidak terkilan dengan pengakuan Oliey itu. Oliey panas dan menampar Serafina. Syed Ziyaad tergamam. Membuak kemarahan Serafina lalu ditampar Oliey kembali pada pipi kiri dan kanan dengan pantas dan kekuatan dua kali ganda. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia cekik wanita hanat itu namun amarahnya ditahan selepas dua tamparan. Oliey mengundurkan dirinya ke belakang.
“Know your place girl… I’m the legal wife of Syed Ziyaad and you’re nothing but a mere mistress. ‘Top Malaysia-Australia model having affair with married influencer’ may be a good headline for Nine Network and Media Hiburan isn’t it? You really shoudn’t messed with me with that career of yours”, kata Serafina. Walaupun dia tidak mengenali Oliey namun dia tahu teman wanita suaminya itu merupakan model terkenal Malaysia-Australia. Telah dikaji latar belakang wanita itu sewaktu dia dan Syed Ziyaad baharu sahaja berkahwin.
“You won’t dare. Ini juga melibatkan suami kau”, balas Oliey dengan sinis sambil berjalan mendekati Serafina.
“I care not about my husband. One more step from you, I’ll blow this up on my Instagram. Try me…”, kata Serafina sambil menunjukkan video Syed Ziyaad dan Oliey yang sedang berpegangan tangan memasuki sebuah restoran. Video yang diambil olehnya sendiri ketika berjalan-jalan sebulan yang lalu. Oliey tersentap. Tisu basah yang dipegang Serafina sedari tadi dimasukkan ke dalam poket blazer Oliey lalu pergi meninggalkan tempat itu. Oliey menjerit sambil menghentak kakinya. Sayup-sayup kedengaran suara Syed Ziyaad yang sedang memutuskan hubungan mereka.
“Sorry Oliey… I love my wife more than I love you”. Katanya. Serafina tersenyum kemenangan dalam kepedihan hatinya.
KERETA Vellfire Syed Ziyaad yang baharu dibelinya minggu lalu diparkirkan di hadapan pintu masuk hotel yang diinapi keluarganya dan menunggu keluarganya keluar dari hotel tersebut. Sejak kembali dari majlis graduasi Syed Ziyaad mereka langsung tidak bertegur antara satu sma lain. Syed Ziyaad tidak tahu apa yang ingin dikatakan lebih-lebih lagi melihat wajah isterinya yang seperti menahan kemarahan di sebalik wajahnya yang tenang membuatkan dia gerun. ‘Ada yang kena pelempang taekwondo kang’, fikirnya. Sepanjang perjalanan ke hotel juga hening. Serafina sibuk dengan telefon pintarnya dan langsung tidak memandang Syed Ziyaad sekali pun. Syed Ziyaad mengeluh.
“Boleh tak you jangan tunjuk sangat amarah you depan parents I nanti?”, akhirnya Syed Ziyaad bersuara.
“I’ll manage”, kata Serafina sepatah tanpa menoleh ke arah Syed Ziyaad. Syed Ziyaad memandang isterinya lama.
“You…”, belum sempat Syed Ziyaad menyuarakan hasratnya pintu kereta dibuka. Ibu bapa bersama kakak dan abang iparnya telah pun sampai. Serafina meletakkan telefonnya yang dipegang sedari tadi dan menyapa mertuanya dengan wajah ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku. Syed Ziyaad tergamam dengan perubahan sifat Serafina. ‘Eloknya jadi pelakon budak Fina nie bukan jadi doktor’, gumamnya dalam hati. Sedikit kagum dengan lakonan Serafina di hadapan keluarganya. Kereta dipandu Syed Ziyaad ke restoran makanan Korea yang mesra muslim di Melbourne Central. Sepanjang perjalanan ada sahaja gurau senda serta gelak tawa di antara mereka. Sangat berbeza dengan keadaan sepanjang perjalanan yang hanya ada mereka berdua.
WALAUPUN Serafina berusaha sedaya upaya berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku namun sangat sukar untuk menipu hatinya sendiri. Serafina memandang suaminya yang juga berlakon seperti tiada apa-apa yang terjadi. Lakonan itu membuatkan dia jijik . Semasa makan bersama keluarga itu, tiba-tiba sahaja dirinya ingin memuntahkan makanan yang dimakannya.
“Eh, Fina kamu okaykah ni?”, tanya Puan Sri Bevendra. Terkejut. Gelak tawa mereka semua terhenti. Serafina tidak menjawab sebaliknya terus berlari ke bilik air dengan pantas. Serafina memuntahkan segala isi perutnya. Tanpa disedari, air mata mengalir deras di pipinya. Dia masuk ke tandas dan menangis sambil menutup mulutnya untuk mengelakkan didengari orang yang berada di luar. Tidak berapa lama kemudian, suara Nur Zahirah kedengaran memanggilnya dari luar.
“Fina, kamu okaykah?”, tanya Nur Zahirah. Serafina menarik nafas panjang dan menghelanya perlahan-lahan.
“Okay… Kejap lagi Fina keluar”, katanya. Suaranya ditahan supaya tidak ketahuan dia baru siap menangis.
“Kak long tunggu kat luar ya”,
“Takpelah kak long. Fina okay. Kejap lagi Fina keluar. Kak long pergilah sambung makan”,
“Betul nie?”,
“Ya kak”, kata Serafina. Mendengar jawapan Serafina, Nur Zahirah terus meninggalkan Serafina sendirian. Dia terus menuju ke tempat duduk mereka kembali.
“Fina kenapa?”, tanya Tan Sri Rasyad.
“Tak tahulah daddy, dia kata dia okay je. Along nak tunggu kat sana katanya tak payah. Kejap lagi dia keluar katanya”, jawab Nur Zahirah.
“Jangan-jangan dah berisi kot”, kata Puan Sri Bevendra dengan gembira tanpa mengetahui apa-apa.
“Eh, mustahillah mommy ni”, ujar Syed Ziyaad menidakkan. Mustahillah isterinya mengandung sedangkan dia belum pernah menyentuhnya.
“Mustahil apanya? Korang kan dah kahwin”, kata Asyraff pula. Syed Ziyaad hanya diam. Mereka semua memandang Syed Ziyaad penuh dengan tanda tanya.
“Syed belum sentuh Finakah?”, tanya Puan Sri Bevendra. Keluarga mereka agak terbuka tentang soal ini sebab itu ibu Syed Ziyaad senang sahaja mengutarakan topik itu.
“Belumlah mommy. Syed rasa Fina belum bersedia lagi kot”, jawab Syed Ziyaad.
“Takpelah. Bagi dia masa, biasalah tu. Kamu berkahwin pun sebab keluarga mestilah dia tak bersedia lagi. Bagi dia masa”, kata Tan Sri Rasyad. Syed Ziyaad hanya mengangguk-angguk kepalanya.
“Tapi kau dan Fina okaykan? Kau takde buat hal yang bukan-bukan kan kat belakang dia?”, tanya Nur Zahirah seolah-olah dapat menghidu sesuatu dalam alam perkahwinan adiknya itu. Lagipun dia bukan tidak kenal dengan perangai adiknya yang suka berfoya-foya ini. Sebab itulah ibu bapanya mengahwinkan Syed Ziyaad dengan menantu pilihan mereka untuk mengelakkan terjadinya sesuatu yang boleh merosakkan imej keluargan mereka.
“Okaylah. Mana ada buat yang bukan-bukan”, bohong Syed Ziyaad. Pada waktu itu juga Serafina kembali ke tempat duduknya.
“Fina dah okay?”, tanya Puan Sri Bevendra. Risau. Serafina tersenyum lalu mengangguk perlahan.
“Kenapa boleh muntah? Fina sakitkah?”, tanya Tan Sri Rasyad pula.
“Taklah daddy. Mungkin gastrik kot. Fina tak sempat breakfast dan lunch tadi”, bohong Serafina. Padahal dia sudah biasa tidak bersarapan dan makan tengah hari kerana terlalu ingin kurus. Hal itu sering kali menjadi bahan omelan ibu bapanya namun sejak berkahwin dengan Syed Ziyaad semuanya dia terpaksa lakukan.
“Laa… Syed jagalah isteri Syed ni bagus-bagus. Don’t take your wife for granted. Kalau kena tinggal kamu yang menyesal nanti. Masa tu mommy and daddy memang dah tak nak layan dah walau kamu menangis air mata darah sekali pun” nasihat Tan Sri Rasyad separuh bergurau.
“Apalah daddy ni”, kata Syed Ziyaad tapi tetap menghadam nasihat yang diberikan. Mereka meneruskan santapan.
“Lepas ni Syed nak buat apa? Kerja?”, tanya Puan Sri Bevendra.
“Hmm?”, terhenti kunyahan Syed Ziyaad. Dia belum lagi berfikir tentang itu.
“You ada beritahu I yang you nak kerja under syarikat daddy hari tu kan? Bincanglah dengan daddy sekarang”, kata Serafina tiba-tiba.
“Hah?”, hairan Syed Ziyaad. ‘Dah, sejak bila aku kata ni?’, fikir Syed Ziyaad. Terpinga-pinga dia dibuatnya.
“Hah… Eloklah tu. Daddy memang simpan jawatan untuk kamu kat syarikat”, sokong Tan Sri Rasyad. Lagi ternganga Syed Ziyaad dibuatnya. Dengan keadaan perkahwinannya yang bagai dihujung tanduk ini, kalau ditinggalkan isterinya berseorangan di sini memang mendudalah dia.
“Eh, abang ni… Kalau Syed kat Malaysia, siapa nak jaga Fina kat sini?”, bantah Puan Sri Bevendra. Syed Ziyaad mengangguk-angguk.
“Eh, takpelah mommy. Tak lama lagi Fina dah nak start internship jadi kitorang kena tidur kat hospital untuk menjimatkan masa so kalau Syed balik Malaysia taklah dia bosan sorang-sorang kat rumah”, kata Serafina dengan senyuman manis yang dibuat-buat. Syed Ziyaad mengerutkan dahinya memandang Serafina yang berada di hadapannya. Serafina melemparkan senyuman sinis ke arah Syed Ziyaad.
“Mommy, biarlah diorang bincang antara mereka. Kalau Fina dah kata macam tu diorang memang dah bincang awal-awal kot”, sokong Nur Zahirah. Pantas Syed Ziyaad menoleh ke arah kakak sulungnya yang berada di sebelahnya itu.
“Kan? Kau pun tak kata-kata apa-apa dari tadi maknanya korang memang dah bincang awal-awallah kan? Eloklah tu. Kena biasakan berbincang sesama sendiri baru beritahu orang tua. Alhamdulillah, dah besar dah adik along ni”, Kata Nur Zahirah lagi. Serafina tersenyum sambil mengangguk-angguk tanda setuju.
SESAMPAI sahaja pasangan suami isteri itu di rumah, Serafina terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
“You…”, panggil Syed Ziyaad sebaik sahaja isterinya selesai membersihkan diri. Serafina mengambil komputer ribanya dan duduk di meja belajar tanpa menghiraukan panggilan Syed Ziyaad.
“Berdosa tau tak jawab panggilan suami”, kata Syed Ziyaad lagi. Cuba memancing perhatian isterinya. Serafina berasa menyampah dengan kata-kata suaminya lalu memandang suaminya dengan malas. Tangannya masih bermain lincah di papan kekunci untuk seketika lalu berhenti. Dilihatnya Syed Ziyaad telahpun melepaskan pakaiannya dan hanya tuala yang dililitkan paras pinggang menutupi badan. Bersedia untuk mandi.
“You tak payah susah-susah nak ingatkan tentang dosa pahala bagai. Dari segi agama, you tak layak”, bentak Serafina. ‘Solat pun tak lengkap 5 waktu, ada hati nak ungkit soal dosa pahala’, gumam Serafina perlahan namun cukup kuat untuk didengari Syed Ziyaad.
“Okay fine, please at least let me explain okay?”, kata Syed Ziyaad lalu duduk di birai katil.
“I’ve gave you plenty time to end thing with the girl. Tak cukupkah?”,
“You may not know, but me living as a widow is not a big deal for me”, sambung Serafina lagi.
“You tak faham. I memang dah lama dah tinggalkan dia tapi dia yang tak terima kenyataan”, jawab Syed Ziyaad. Masih cuba menegakkan benang yang basah.
“You really think I would buy it? Like seriously?”, penat Serafina dibuatnya. Serasa bertikam lidah dengan kanak-kanak 12 tahun.
“Fine, I will tell you the truth. I just couldn’t find a way to end thing with her”, jujur Syed Ziyaad.
“Tapi… Yang you marah sangat ni kenapa? You betul-betul dah jatuh cinta dengan I ke?”, duganya lagi. Tangannya diluruskan ke belakang seolah-olah menongkat badannya. Serafina mengerutkan dahinya dan mulutnya terbuka sedikit.
“Celah mana yang marahnya?”, ujar Serafina. Dia melirik wajahnya di cermin. Tenang. Tiada tanda-tanda kemarahan pada wajahnya. Entah mengapa.
“I tahulah. Dari cara you cakap pun I dah tahu yang you sedang tahan kemarahan you”, kata Syed Ziyaad dengan yakin. Serafina tertawa sinis. Bertambah kerutan di dahinya. Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya dan mendekati Syed Ziyaad yang masih duduk di birai katil kemudian berhenti betul-betul di hadapan Syed Ziyaad. Syed Ziyaad mendongak memandang isterinya. Jari telunjuk Serafina bermain-main di dada bidang Syed Ziyaad dan kemudian kedua-dua tangannya memegang bahu Syed Ziyaad. Serafina menunduk sedikit dan mendekatkan wajahnya ke wajah suaminya itu. Bola mata Syed Ziyaad pula jatuh pada bibir munggil Serafina.
“My man, stop acting like you know me well. We’re not there yet”, kata Serafina. Sinis. Dia menolak badan Syed Ziyaad dengan kasar hingga lelaki itu terbaring lalu keluar meninggalkan bilik tersebut dengan lenggokkan. Syed Ziyaad terkaku. Terkejut, terpegun dan tergoda dengan mainan Serafina.
Don't forget to leave a comment
Share this novel