Juanlita kembali ke IPG Kampus Ampuan Afzan setelah selesai praktikal sebagai guru sekolah rendah. Seperti biasa dia sibuk mengerjakan laporan untuk dihantar kepada pensyarah. Sedang sibuk menulis sesuatu di kertas tiba-tiba titisan merah jatuh ke permukaan kertas putih. Juanlita memegang hidungnya yang terasa basah dan terkejut melihat darah yang keluar dari hidung. Sepenat apa pun dia belum pernah lagi darah keluar dari hidungnya. Juanlita menundukkan kepalanya dan mengambil tisu lalu disumbatkan ke dalam hidungnya untuk menghalang darah terus keluar dari hidungnya. Setelah itu, dia mengambil kertas yang baru dan menyalin semula bahan-bahan yang ditulisnya kemudian meronyokkan kertas yang tercalit kesan darah tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudiannya mengambil telefonnya lalu menghantar pesanan kepada Serafina.
Sya… Yuhuu… – Juanlita
Weh, kenapa tu? Ada apa? – Serafina
Nak tanya… Apa penyebab darah keluar dari hidung? – Juanlita
Mungkin sebab suhu panas dalam badan or kau tak cukup rehat gitu – Serafina
Kenapa? Hidung kau berdarahkah? – Serafina
Haah doh. Tiba-tiba. Terkejut aku – Juanlita
Tundukkan kepala. Jangan dongak. Kang masuk ke perut darah tu – Serafina
Dah buat – Juanlita
So? Dah berhenti? – Serafina
Rasanya dah – Juanlita
Kalau tak berhenti lebih dari 20 minit kena cepat-cepat jumpa doktor tau Hara – Serafina
Okayy. Thank you Sya – Juanlita
Rehat. Jangan terlalu buat kerja sampai tak ingat rehat. Biasa dia ni – Serafina
Yalah… Aku nak rehatlah ni HEHE – Juanlita
Perbualan atas talian mereka mati di situ. Juanlita mengeluarkan tisu dari hidungnya lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Dia memandang kosong kertas-kertas dan buku-buku yang berselerak di atas meja. Dari dulu hingga sekarang mengemaskan meja belajar adalah hal yang paling tidak disukainya. Namun, tetap sahaja dia mengemaskan meja belajarnya. Setelah selesai dia berehat di atas katil sambil berbual dengan kekasihnya Fazley melalui panggilan video. Setelah 4 jam, kedua pasangan kekasih itu masih membuat hal masing-masing namun panggilan video tetap dalam talian. Pelik sungguh cara percintaan anak-anak muda zaman kini. Juanlita mahupun Fazley langsung tidak merasakan terbeban dengan cara mereka itu kerana sudah terbiasa sejak awal-awal percintaan mereka dahulu. Era globalisasi ini, semua pun di hujung jari. Tidak perlu berjumpa pun masih mampu bersua muka yang penting mempunyai telefon pintar dan rangkaian data.
Share this novel