Chapter 48

Romance Series 5912

Hanya tinggal seminggu lagi ramadhan akan tamat dan seawal itu juga Juanlita telah mengemaskan barang-barngnya untuk balik ke Kuala Lumpur untuk beraya bersama keluarga tercinta. Petang itu, dia dan Fazley seperti biasa akan pergi berbuka bersama-sama.
“You, lepas ni ada nak kemana-mana lagikah?”, tanya Fazley setelah makanannya habis dilahap. Juanlita hanya mengelengkan kepala. Mulutnya masih mengunyah makanan yang baru separuh dimakannya.
“Kenapa?”, tanyanya.
“Takdelah. I ada nak bawa you ke satu tempat”, jawab Fazley.
“Hmm?”, Juanlita hairan tapi dia angguk sahaja. Setelah beberapa ketika, Juanlita senyum memandang Fazley. Fazley juga membalas pandangan tunangnya itu.
“Tak habis?”, soal Fazley yang sudah biasa dengan perangai Juanlita. Juanlita mengangguk teruja seperti kanak-kanak riang. Dia menolak pinggan itu untuk mendekatkannya kepada Fazley. Fazley tanpa segan silu melahap juga makanan lebihan Juanlita itu dengan berselera walaupun perut telah kenyang. Usai makan, Fazley bangun untuk membayar makanan mereka di kaunter manakala Juanlita sibuk memperbaiki solekannya dengan bedak padatnya yang tidak pernah tinggal dari begnya. Glos bibir juga ditambah kerana sudah hilah dek makanan berminyak tadi. Tidak lama kemudian Fazley datang semula ke meja mereka sambil tangannya sibuk memasukkan resit makanan ke dalam dompetnya lalu memasukkan dompet tersebut ke dalam poket seluarnya. Tangan dihulurkan pada Juanlita dan sabar menunggu Juanlita yang masih sedang sibuk memasukkan alat-alat solekannya ke dalam beg tangannya. Juanlita mendongak memandang kekasihnya yang sabar menunggunya sambil tangannya masih dihulur di hadapan mukanya. Juanlita tersenyum manja lalu menyambut huluran tangan Fazley. Mereka berjalan menuju ke parkir kereta sambil berpegangnya tangan. Fazley sperti biasa akan membukakan pintu kereta untuk Juanlita dahulu barulah dia masuk ke kereta untuk memandu. Kereta dipandu menuju ke sebuah perumahan di jalan Lorong Gambang.
“You ada nak jumpa kawankah kat sini”, tanya Juanlita sambil memandang kawasan perumahan tersebut. Fazley tidak menjawab sebaliknya memusingkan stering kereta dan masuk ke perkarangan rumah yang gelap gelita.
“Takde oranglah you”, katanya Juanlita lagi. Fazley mematikan enjin kereta dan keluar membuka pintu kereta Juanlita.
“Jom”, ajak Fazley lalu mengeluarkan kunci rumah tersebut dan membuka pintu rumah. Juanlita menunggu di luar pintu manakala Fazley telah masuk untuk membuka pintu dan memasang semua lampu.
“Tadaa!”, tangannya didepakan tanda membuat kejutan kepada Juanlita. Tergamam Juanlita seketika.
“This is our house! Loan I dah lulus sejak 6 bulan yang lalu and sebenarnya dah lama siapkan rumah kita. Tapi banyak yang tak lengkap lagi sebab I nak you yang hias rumah i cantik-cantik”, ujar Fazley dengan gembira. Juanlita memandang sekeliling ruang tamu tersebut.
“Cantiknya you!”, jeritnya gembira. Dia masuk ke dalam rumah tersebut dan mula melihat sekeliling. Langkahnya digerakkan menuju ke dapur yang masih kosong. Hanya terdapat kabinet-kabinet yang telah sedia dipasang pada dinding. Dia melonjat-lonjat bahagia. Fazley juga turut bahagia melihat tunang yang sangat senang ketika itu.
“Tengok jugalah kat atas. Kat atas ada bilik utama yang bakal jadi bilik kita berdua”, kata Fazley. Juanlita tersenyum memandang Fazley dan cepat-cepat menaiki tangga dengan berhati-hati menuju ke atas dimana bilik mereka berada. Dibukanya pintu tersebut dan melihat bilik yang telah lengkap dihias mengikut cita-rasanya. Juanlita tersenyum teruja dan memandang Fazley penuh cinta.
“Thank you”, ucap Juanlita sambil merangkul pinggang Fazley dan memeluknya erat.
“You suka?”, tanya Fazley sambil menundukkan kepalanya. Juanlita mendongak memandang Fazley yang tinggi lampai itu dan mengangguk riang sambil tersnyum bahagia. Mata mereka bertaut lama. Fazley mengucup ubun-ubun Juanlita. Setelah itu, keempat-empat bola mata mereka bertaut kembali. Fazley mencium pula bibir Juanlita. Juanlita tidak menolak malah mengeratkan lagi pelukannya. Suasana di antara mereka semakin panas dan ghairah. Tanpa sedar mereka telah melakukan maksiat di bulan mulia itu. Mereka lalai dan lupa akan sabda Allah yang tertulis “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan sekali-kali berdua-duan dengan wanita (bukan mahram) tanpa disertai oleh mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan”, (Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim).

KEESOKKAN harinya, Juanlita dan Fazley bangun tanpa seutas benang pun di badan mereka berdua melainkan selimut yang menutupi tubh mereka. Juanlita diam membisu memandang siling. Fazley yang tersedar dengan keadaan itu serta-merta terduduk. Pucat wajahnya melihat Juanlita yang terbaring dan diam membisu.
“Hara… I… I am so sorry. I salah sebab tak mampu kawal diri I”, ucap Fazley penuh rasa kesal.
“You jangan risau I akan bertanggungjawab. I takkan lari tinggalkan you. Sorry Hara… I betul-betul mnta maaf”, ucapnya lagi. Rasa bersalah menyulubungi diri. Ketika itu, Juanlita juga duduk menghadap Fazley. Tangan memegang selimut mereka dan menutupi tubuhnya.
“Its okay you, we’re both were at wrong in this situation. Both of us should have not done this from the first place”, jawab Juanlita dengan tenang namun dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Perasaan takut, kesal dan sedih semuanya bercampur-baur.
“Kita sama-sama cari cara untuk selesaikan masalah ini ya”, ujar Juanlita. Ada getaran pada suaranya. Tangan menggigil namun dikawal sedaya upaya agar Fazley tidak terlalu panik.
Pagi hari Sabtu itu serasa sangat tegang. Usai berpakaian, mereka keluar dari rumah teres mereka itu dan kembali pulang ke rumah masing-masing iaitu kotej guru yang mereka duduki.

New update. First of all I want to say sorry in advance for the religious content. If the content is wrong or not true in any ways please kindly let me know for a better content next time. Thank you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience