Chapter 10

Romance Series 5912

Seperti yang telah dijanjikan, Ivanna, Juanlita dan Lemuella keluar berjalan-jalan. Serafina juga tidak ketinggalan, dia mahu menenangkan fikiran daripada memikirkan kekusutan yang melanda keluarganya. Setelah penat berjalan, mereka berhenti makan di Celestial Court berdekatan Jalan Sultan Ismail. Restoran itu makanan asli Cina tetapi halal. Mereka memesan 4 lamb chop deang sos mongolia. Mereka juga memesan 2 sea tiger prawn.
“Kau kata takde cuti. Apasal tiba-tiba cuti?”, tanya Ivanna. Tiba-tiba dia dihubungi Serafina yang mengatakan dia berada di Malaysia.
“Alah, aku tipu jelah… Aku nak bercuti kat sana ja”, jujur Serafina memberitahu.
“Oh… Dah pandai dah tipu-tipu. Inilah contoh-contoh orang yang akan melupakan sahabat”, gurau Juanlita.
“Eh, janganlah. Takkan aku nak lupakan korang pula. Aku minta maaf. Cuma itulah, kat sana seronok. Bila dah datang confirm tak nak balik punya. Kalau tak percaya korang datanglah”, Serafina membela diri.
“Tak kisahlah. Eh Dina, kau kata ada cerita. Apa dia?”, tanya Lemuella. Ivanna tidak terus menjawab sebaliknya memberi ruang kepada pellayan tersebut menghidangkan makanan yang dipesan
“Pasal Riyah”, beritahu Ivanna setelah pelayan tersebut berlalu.
“Kenapa dengan Riyah?”, tanya Juanlita . Carlissa tidak bercuti di Malaysia kali ini kerana ibu bapanya menguruskan syarikat meraka di Singapore.
“Kau ada nampak post Riyah pada bulan April tu?”, tanya Ivanna.
“Yang mana saru? Banyak kot dia post. Sekarang dah bulan Ogos doh”, ujar Serafina.
“Alah… Yang dia post gambar dengan seorang lelaki Cina tu”, kata Ivanna lagi. Dia masih mencari akaun Instagram Carlissa dan menunjukkan gambar tersebut.
“Oh yang ini”, kata Juanlita.
“Siapa lelaki tu? Pakwe diakah? Nampak rapat semacam ja sampai berganding bahu bagai”, komen Lemuella. Dia juga berasa curiga kerana sebelum ini Carlissa tidak pernah menghantar gambarnya nersama lelaki. Paling tidak pun hanya gambar dia dan gambar bersama mereka. Lagipun Carlissa belum pernah bercinta sama sekali. Katanya, bimbang akan mengganggu pembelajarannya dan tiada seorang pun yang mampu membuatkan hatinya bergetar selama 18 tahun ini.
“Itu yang aku nak tahu ni. Setahu aku member kita yang sorang tu takkan terima mana-mana lelaki walau handsome mana sekalipun”, kata Ivanna.
“Haah… Aku pu hairan hari tu. Tapi aku abaikan ja”, sokong Serafina.
“Dah alang-alang kita semua cuti ni apa kata kita semua fly ke Singapore. Tanya face to face dengan Riyah, sebab kalau guna telefon ni macam tak bestlah. Lepas tu boleh juga kita lepak Universal Studio. Dah lama doh aku tak jejak kaki kat sana”, saran Juanlita.
“Good idea”, sokong Lemuella. Dia tersenyum lebar.
“Haah, jomlah”, Ivanna juga bersetuju.
“Ermm… Aku tak pasti lagilah dapat pergi ke tak. Aku ada masalah sikit. Nanti aku confirmkan ya “, hanya Serafina yang tidak dapat memberi kata putus. Ibu bapanya menyibukkan diri di pejabat seolah-olah melancarkan perang dingin dengannya.

MALAM itu, Serafina menunggu ibu bapanya pulang. Jam 11 malam barulah kedengaran deruman enjin kereta ibu bapanya. Serafina hanya menunggu ibu bapanya masuk ke dalam rumah.
“Belum tidur lagi?”, tanya Dato’ Darol sebaik sahaja membuka pintu.
“Belum lagi. Papa, mama, Sya ada nak cakap. Duduklah dulu”, pinta Serafina.
“Apa dia? Mama penat ni”, kata Datin Jessie. Dia dan Dato’ Darol duduk di sofa berdepan dengan Serafina.
“Sya dah fikir masak-masak tentang permintaan mama dan papa hari tu. Sya setuju kahwin dengan orang yang Sya tak kenal tu”, kata Serafina. Sengaja ditekankan perkataan ‘tak kenal’ itu. Datin Jessie dan Dato’ Daro terkejut gembira.
“Betulkah Sya? Syukur Alhamdulilah”, ucap Dato’ Darol/.
“Tapi ada syarat”, sambung Serafina lagi.
“Ada dua syarat. Yang pertama, jangan paksa Sya mengandung awal, Sya tak nak belajar sambil sarat”, Serafina menyatakan syaratnya.
“Boleh diterima tak ni mama?”, Dato’ Darol berpura-pura bertanya kepada isterinya. Datin Jessie hanya mengangguk-angguk sahaja. Terserlah wajah bahagianya. Dia sangat berkenan dengan anak kepada rakan baik suaminya itu. Mereka sudah pernah berjumpa sebelum ini.
“Syarat yang kedua, benarkan Sya melancong ke Singapore dengan kawan-kawan Sya”, bantah Dato’ Darol.
“Eh tak bolehlah macam tu. Sya perlu start dah buat preparation untuk majlis Sya nanti”, bantah Dato’ Darol.
“Alah, pleaselah papa. Maybe this is my last vacation with my friend before getting married. Mana tahu tiba-tiba bakal suami Sya tu tak benarkan Sya keluar rumah. Mana dapat travel dengan kawan-kawan lagi”,
“How abaout your safety?”,
“Sampai Singapore nanti ada parents Riyah tolong tengok-tengokkan kitorang. Tapi kitorang tak tidur kat rumah Riyahlah, risau terganggu pula family diorang. Kitorang tinggal hotel”,
“Up to you Sya. As long as you don’t broke your promise papa setuju dengan syarat kedua kamu tu. Jangan pula lari ke Singapore sampai tak balik-balik”, gurau Dato’ Darol. Dia menoleh ke sisi, kelihatan Datin Jessie sudah terlelap.
“Eh mama, kenapa tidur kat sini?”, Dato’ Darol mengejutkan Datin Jessie.
“Mengantuk sangat. Tak larat nak jalan”, balas Datin Jessie dalam keadaan mamai.
“Jadi nak papa angkat masuk bilik?”, tanya Dato’ Darol separuh bergurau.
“Tak payahlah… Ish papa ni”, tolak Datin Jessie. Serafina tersenyum melihat aksi romantik papa dan mamanya. Melalui cerita-cerita daripada makcik dan pakciknya, ibu bapanya juga tealh dijodohkan oleh keluarga dan mereka bercinta selepas kahwin. Serafina memanjatkan doa agar dia juga mendapat seorang suami yang baik seperti papanya. ‘Amin ya Rabhi al-Amin’, ucap Serafina dalam hati.

Thank you for keep support . Please leave a comment on what you thought about this chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience