Chapter 17

Romance Series 5912

“Hmm… dah bangun pun”, kata Puan Sri Bevendra. Dia masih lagi memasak nasi goreng untuk semua, sementara yang lain masih berborak sambil berborak.
“Sorry mommy, Fina lewat bangun. Syed langsung tak kejutkan sedangkan dia dah lama bangun”,ucap Serafina. Peristiwa pagi tad memang sangat memalukan.
“Takpe, biasalah tu. Mommy pun masa baru kahwin dulu pun begitu juga”, balas Puan Sri Bevendra. Tan Sri Rasyad hanya tersengih.
“So, macam mana malam pertama Syed? Apa cerita sampai lewat bangun? Tak pernah-pernah kau lewat bangun sepanjang aku kat sini”, tanya Asyraff. Asyraff hanya tua setahun dari Syed Ziyaad kerana Asyraff lebih muda 2 tahun dari isterinya, Nur Zahirah.
“Macam mana apa? Ada orang tu peluk orang macam tak nak lepas. Aku juga yang terpaksa tunggu sampai dia bangun”, sindir Syed Ziyaad.
“Eh, mana ada! Boleh ja you kejutkan I. Yang you tunggu I bangun tu kenapa? Sukalah tu kena peluk orang cantik”, kata Serafina. Pagi tadi, apabila dia bangun dari tidurnya, dia sudah berada di atas katil dengan berbantalkan lengan Syed Ziyaad dan berpelukkan bersama Syed Ziyaad. Maklumlah Serafina memang tidak dapat tidur tanpa bantal yang dapat dipeluk. Apabila dia membuka mata, tersembut wajah Syed Ziyaad yang sedang bermain dengan telefonnya. Rasa malu itu, hanya Tuhan yang tahu.
“Cantikkah?”, duga Syed Ziyaad. Mereka yang ada di situ hanya ketawa mendengar perbalahan kecil pengantin baru itu. Serafina menjeling Syed Ziyaad dan membantu Nur Zaharah menghidangkan makanan.

“YOU, I nak keluarlah”, beritahu Serafina.
“So? Keluarlah. I’ll mind my own business and you should do the same. That’s our deal”, kata Syed Ziyaad.
“Nice doh. Don’t back out from your words ya”, balas Serafina. Syed Ziyaad tidak membalas dan hanya duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Waktu itu, ibu bapa Syed Ziyaad berada di pejabat untuk bekerja. Asyraff dan Nur Zahirah telah pulang ke Thailand semula, begitu juga Nur Zaharah yang perlu kembali ke asrama kerana persekolahan akan bermula. Tinggallah Syed Ziyaad dan Serafina dalam banglo yang besar ini. Serafina keluar meninggalkan Syed Ziyaad berseorangan di rumah. Dia keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakannya iaitu Carlissa, Ivanna, Juanlita dan Lemuella.
“Weh, korang bila balik?”, tanya Carlissa sambil membelek-belek buku novel Princess Of Blood karya Tom Floyd di kedai buku Book Excess Sunsuria, Selangor.
“Balik mana? Balik Indo?”, tanya Ivanna.
“Haahlah”, balas Carlissa.
“Esok lusa”, jawab Ivanna.
“Samalah weh. Aku pun balik Sarawak esok lusa”,
“Kita semua samalah kecuali Hara sebab dia ada sebulan lagi cuti”, kata Serafina pula.
“Ya tak ya juga. I’m gonna miss you guys”, ucap Carlissa. Carlissa perlu pulanh ke Singapore pada hari esok sebab itulah dia membawa rakan-rakannya untuk keluar berjalan-jalan.
“I’m gonna miss you too Riyah”, ucap Ivanna.
“So sya, how’s you life afrer marriage?”, tanya Juanlita sambil mengeluarkan kad kreditnya dari pursenya.
“Nothing changes. Just ada pertambahan penduduk dala rumah”, jawab Serafina. Dia juga mengeluarkan wang tunai dari pursenya.
“How about Jade? The guy yang you ceritakan kat kitorang hari tu”, tanya Lemuella.
“What choice do I have? Scandal jelah”, gurau Serafina. Dia ketawa lalu keluar dari kedai buku tersebut.
“Scandal erk? Derhaka doh”, kata Carlissa.
“Lek ah… Aku gurau jelah. Aku pun tak berani nak derhaka pada suami” kata Serafina.
“Tapikan, hot gila husband kau. Sangat menepati ciri-ciri yang kau suka”, puji Ivanna. Masih dengan perangai lamanya yang mata keranjang itu.
“Hot apanya? Perangai setan. Tak kuasa aku”, marah Serafina.
“Fuh, mulut… Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Tak bertapis”, kata Juanlita.
“Tapi betul. Dia memang menyakitkan hati”, kata Serafina. Mereka singgah makan di sebuah restoran makanan kampung bernama Gerai Kak Limah. Mereka semua memesan makanan kampung dan minuman tin.
“Korang ni asyik tanya aku ja. Korang ni macam mana? Bila nak menyusul jadi bini orang?”, tanya Serafina setelah selesai memesan makanan.
“Awal doh. Kitorang nak travel around the world dulu”, jawab Lemuella.
“Mana kau tahu? Jodoh, ajal, maut tu kat tangan Tuhan. Kau tengok aku, takde angin takde ribut tiba-tiab jadi isteri orang”, balas Serafina.
“Yalah ustazah, kalau dah sampai jodoh nanti aku kahwin erk. Jangan risau, aku akan tempatkan kau di tempat duduk VIP”, rapu Carlissa.
“Eleh… Si Zhang Wei tu dah terang-terang suka kat dia, dia tak nak”, sindir Ivanna.
“Chew Zhang Wei? Eee… Tak naklah. Tak seagama”, jawab Carlissa.
“Kalau dai betul-betul suka kau dia akan sanggup tukar agamalah demi kau”, kata Juanlita.
“Biarlah dia berubah kerana Allah, bukan kerana aku. Kalau dia diberikan hidayah untuk mempelajari Islam, Alhamdulilah”, Carlissa mengeluarkan kata-kata pedas buat Juanlita. Sejurus itu, Lemuella menepuk tangan 3 kali.
“Powerlah ayat kau Riyah. Hahahaha”, pujinya lalu ketawa.
“Yang single diam-diam ya”, gurau Serafina. Lalu mereka semua ketawa. Ketawa mereka mati apabila pelayan sampai untuk menghantar makanan.
“Kau dengan Saiful pula macam mana Dina?”, tanya Carlissa.
“Macam biasa”, jawab Ivanna. Sebenarnya dia malas hendak memberitahu bahawa dia dan Saiful tidak lagi berhubung. Bukan dia sengaja tetapi telefonnya hilang ketika berada di lapangan terbang Indonesia dan Saiful pula tidak balik Malaysia. Maka hubungan mereka bagaikan tergantung selama 3 bulan ini. Pada pendapat Ivanna, Saiful sengaja tidak mahu balik ke Malaysia kerana pergaduhan mereka sehari sebelum Ivanna pulang ke Malaysia.
“Macam biasa? Selalunya kaulah orang yang paling bingit nak ceritakan betapa perfectnya boyfriend kau tu. Ini mesti ada yang tak kena ni”, teka Juanlita.
“Takde apa-apalah. Aku okay jelah. Kalau korang nak tahu sangat cerita lawak meh aku ceritakan. Hari tu sebelum aku balik sini kami berdua ada shopping kat satu shopping mall di Indonesia tu. Lepas tu, dia ada belikan aku baju. Korang tahukan macam mana cara pemakaian yang aku suka? Pakaian aku ni semua yang up to date. Tapi, boleh-boleh dia bagi aku jubah”, cerita Ivanna.
“Okay apa jubah”, bela Lemuella.
“Masalahnya jubah yang dia belikan tu jubah labuh. Jubah labuh yang jari kaki pun tak nampak dah you know? Aku nak jalan pergi mana dengan jubah labuh dan longgar? Takkah kolot tu? Sedangkan banyak lagi baju yang off-shoulder, crop top dan yang ngam-ngam kat badan aku”, kata Ivanna. Sebal, dalam masa yang sama dia merindui Saiful.
“Hahahaha… Itu kelakar… Hahahaha… Aku tak boleh bayangkan kalau kau pakai baju macam tu jalan-jalan. Kalau aku nampak kau keluar dengan baju macam tu memang aku sekeh-sekeh kepala kau”, kata Carlissa. Meletus ketawanya sehingga nasi goreng di mulutnya hampir tersembur.
“Hahahaha… Haahlah. Seingat aku last kau pakai baju kurung longgar masa sekolah dulu. Lepas tu takde dah. Semua pun main tempah-tempah yang ngam-ngam badan ja”, sokong Serafina. Dia juga ketawa terbahak-bahak.
“Kelakarkan? Aku pun tak tahulah Saiful ni”, komen Ivanna. Tiba-tiba telefon Juanlita berdering.
“Assalamualaikum, ya ya. Baiklah Hara balik sekarang juga”, katanya.
“Ayah aku masuk hospital, aku balik dululah ya”, beritahu Juanlita.
“Ayah kau kenapa Hara?”, tanya Lemuella. Cemas.
“Takdelah… Kaki dia terseliuh ja. Tak teruk mana pun”, jawab Juanlita.
“Oh… Apa-apa roger ja ya”, pinta Serafina. Mereka menghantar Juanlita dengan pandangan.

Sorry for the late update . Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience