Chapter 26

Romance Series 5912

Terkejut beruk Serafina sebaik sahaja bangun dari tidurnya. Dia melihat sekali lagi pesanan ringkas yang dikirim oleh Carlissa semalam. Baru hari ini dia terbaca mesej tersebut kerana kesibukkan menyiapkan assignmentnya.
“Apa yang yo tiba-tiba bangun macam tu? Terkejut I”, tutur Syed Ziyaad. Dalam keadaan mamai dia melihat isternya yang duduk di sisinya namun masih kelihatan keterujaannya dari belakang.
“Kawan I… Kawan I…”, kata Serafina dengan teruja sekali. Tangannya menepuk-nepuk paha suaminya tanpa sedar dek kerana terlalu gembira.
“Apa you nie? Dari tadi kawan you… Kawan you kenapa?”,
“Bangunlah. Tengok ni. Kawan I kena propose!” beritahu Serafina dengan gembira bagaikan Syed Ziyaad itu teman rapatnya. Syed Ziyaad bangun kerana ingin tahu.
“Oh… Yang ni”, hanya itu jawapan Syed Ziyaad. ‘Kuang ajarlah dia ni. Tak match energy langsung’, Serafina mencebik.
“I nak Vclah. Jom teman I”, Serafina membuat panggilan video ke nombor Carlissa. Beberapa lama kemudian baru Carlissa menjawab panggila tersebut.
“Riyah!”, jerit Serafina. Syed Ziyaad yang masih mengantuk hanya melemparkan senyuman kepada Carlissa.
“Bertuah betul budak ni. Kau ingat jam berapa sekarang?”, tempelak Carlissa yang masih berada di pembaringannya. Keadaan biliknya masih gelap dan hanya diterangi oleh lampu tidur.
“Jam 8”, jawab Serafina selamba.
“Bapak hang jam 8. Jam 5 doh kat sini. Solat fajar pun belum lagi”,
“Belum masuk waktu lagilah Tapi seriouslah yang kau post kat Whatsapp tu?”,
“Betullah. Takkan nak gurau benda-benda macam tu”,
“Ya Allah! I’m so happy for you… Kalau kau kat depan aku kan memang aku peluk kau kuat-kuat tapi kau jauh… Hmm”,
“Thank you… Takpelah, time aku nikah kau janji kau mesti datang erk. Dengan Syed sekali”,
“Insya-Allah”, jawan suami isteri tersebut.
“Kau ni Sya, kalau ya pun nak VC, bersihkanlah dulu muka tu. Apasal tebal sangat make up? You tak cuci mukakah semalam? Aku rasa Syed pun tabah ja dengan kau ni”, tegur Carlissa separuh bergurau. Dia tidak tahu bahawa Syed Ziyaad belum pernah melihat wajah Serafina tanpa solekan kerana Serafina sering memakai alat solek sepanjang alam perkahwinan mereka. Carlissa melihat sedari tadi Syed Ziyaad tersenyum mendengar cerita mereka.
“Biarkan dia”, abai Serafina.
“Takpe. Saya dah biasa”, komen Syed Ziyaad.
“Hah… Dia dah biasa. Biarkan dia”,
“Kau ni Sya…”, Carlissa tergelak kecil melihat pasangan yang dijodohkan keluarga itu.
“Dahlah weh. Aku nak ambil wuduk jap. Tak lama lgi nak masuk waktu ni”, pamit Carlissa.
“Oh, okay. Bye”, ucap Serafina lalu mematikan panggilan.
“Dah siap dah?”, tanya Syed Ziyaad.
“Ermm”, jawab Serafina sambil mengangguk.
“Okay, I nak tidur balik”, ujar Syed Ziyaad seraya kembali berbaring.
“You takde kelaskah hari ni?”,
“I kelas petang”,
“Okay”, jawab Serafina. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi.
“You ada kelaskah hari ni?”, tanya Syed Ziyaad sahaja isterinya keluar dari bilik mandi.
“Haah”, jawabnya sepatah.
“I hantar”,
“Eh tiber”, dia mencapai kasut tumit tingginya dan dipakai lambat-lambat sementara menunggu Syed Ziyaad mandi. Dibuka kembali almari tadi lalu mengambil sling bag yang sedondon dengan warna kasut tumit tingginya.

“YOU, singgah drivethru Starbuck. You belanja”, gurau Serafina.
“Amboi, senangnya dia! Main belasah ja duit kita”, balas Syed Ziyaad sambil tersenyum. Serafina tepanah dengan ketampanan pemuda tersebut namun pantas ditepis biar tiada perasaan yang bertumbuh dalam hatinya.
“Duit you, duit I juga… Tak gitu?”, katanya. Kenudian kereta bergerak ke tempat minuman diberikan dan Syed Ziyaad menyerahkan minuman yang ada di tangannya kepada Serafina.
“Thank you”, ucap Serafina. Mereka meneruskan perjalanan ke kampus Serafina. Sesampai sahaja dia di sana, dia bergegas hendak keluar dari kereta Syed Ziyaad. Tiba-tiba Syed Ziyaad menegur.
“Dah tak nak salamkah?”, sindirnya.
“Oh, sorry”, Serafina memohon maaf dan menghulurkan tangan. Syed Ziyaad menyambut salam tersebut dan merasakan kucupan lembut singgah di tangannya. Apabila Serafina mengangkat kepalanya, pantas sahaja Syed Ziyaad mencium pipi isterinya. Serafina tergamam. Pantas sahaja langkahnya ditujukan ke kelas. Jade dan Alex yang berdiri di hadapan pagar utama pun diabaikan sahaja.
“What’s wrong with Sera? Who’s that man we saw earlier?”, tanya Jade. Alex tidak menjawab. Masih tertumpa ke arah Serafina yang semakin jauh.
“I’m pretty sure that is not her brother. I’ve met her brother before”, kata Jade lagi.
“Jade, you haven’t heard anything about Sera?”, tanya Alex. Hairan.
“What?”,
“Sera is married since last year. The man you saw earlier is her husband”,
“Married? My ass. She never told me about it. The way she looked at me is like… She love me so much. I can see that in her eyes”,
“Jade, I’m not joking. You should ask her yourself”, Alex menepuk bahu Jade perlahan. Dia berlalu meninggalkan Jade terpinga-pinga tidak percaya.

SERAFINA berdiri di hadapn cermin bilik air sambil memegang pipinya. ‘Why the hell he did tha?’, dia memegang dadanya yang masih berdegup kencang. Serafina cuba menenangkan dirinya. Dia menari nafas sedalam yang mungkin dan keluar dari bilik air tersebut. Langkahnya ditujukan ke makmal dengan tenang. Loker dibuka dan dia mencapai lab coatnya lalu dipakai. Beg tangan yang disandangnya sedari tadi disimpannya di dalam loker tersebut.
“Awal kau hari ni”, tegur Hannah.
“Hmm”, hanya itu jawapan Serafina. Dia khusyuk memerhati sampel kajiannya dengan menggunakan mikroskop dan mencatat sesuatu di kertas. Hannah menghidu sesuatu yang tidak kena pada temannya itu namun didiamkan sahaja. ‘Mungkin dia belum sedia untuk ceritakan’, fikir Hannah.
“Hannah”, panggil Serafina.
“Apa dia?”, jawab Hannah. Tiba-tiba telefon Serafina berdering.
“Kejap, aku angkat call dulu”,
“Assalamualaikum along. Kenapa tiba-tiba call Sya ni?”,
“Waalaikumusalam, adek kat mana?”, tanya Shamsul.
“Kat kampuslah, kat mana lagi?”,
“Oh… Along ada hantar treadmill untuk adek. Adek kan suka exercise petang-petang. So, macam mana nak hantar kalau adek takde kat rumah? Mereka inform tadi mereka dah nak sampai”,
“Seriouslah along? Thank you. Syed ada kat rumah”,
“Syed? Tak baiklah macam tu adek. Panggillah abangkah, sayangkah, husbykah… Baru sweet dan sopan”, tegur Shamsul sejurus mengusik adik bongsunya.
“Biarkan dia. Kalau depan-depan takdelah Sya panggil macam tu”,
“Haih… Apa nak jadilah dengan adek ni”,
“Along, lecturer Sya dah masuk. Thank you untuk treadmill tu ya. Muahmuah”, Serafina mematikan panggilan.
“Sya”, bisik Hannah. Serafina memandang wajah Hannah sekilas.
“Apa yang kau nak bagitahu tadi?”, tanya Hannah. Masih dengan keadaan berbisik. Takut didengari oleh pensyarah mereka.
“Entah… Aku lupa”, jawab Serafina. Dia mematikan niat hendak menceritakan hal tadi kepada rakannya itu. Dia sengaja memfokuskan telinga kepada taklimat yang diberikan oleh pensyarah mereka.
“Gantunglah kau ni”, tingkah Hannah lalu mencuit lengan Serafina perlahan.

Stay tuned for upcoming updates every Sunday 5pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience