Chapter 32

Romance Series 5912

Beberapa hari yang lalu, Serafina telah dibenarkan untuk keluar dari hospital. Dia kembali belajar bersungguh-sungguh hingga meminta kebenaran suaminya agar dia boleh kembali ke hostel kampusnya. Namun Syed Ziyaad tidak membenarkan dengan alasan dia akan dipersalahkan lagi jika Serafina jatuh sakit lagi. Serafina bangun jam 3 pagi untuk solat tahajjud. Sementara menunggu waktu solat fajar, Serafina menghabiskan masa untuk belajar. Rutin tersebut telah dibiasakan sejak berumur 13 tahun hinggalah sekarang. Syed Ziyaad pula jarang bangun untuk solat subuh sepanjang dia berada di Australia. ‘Apalah nasib aku ni dapat laki macam dia ni. Solat subuh selalu tinggal’, rungut Serafina. Bukan tidak dikejutkan tapi liat sangat nak bangun. ‘Nasib sahaja solat yang lain tak tinggal’, jam sudah menunjukkan jam 7 pagi.
“Awal bangun, ada kelaskah?”, tegur Serafina yang baru masuk ke bilik. Dilihatnya Syed Ziyaad yang sudah kemas berpakaian dan sedang melipat sejadah.
“Takde. Ada kawan nak datang. Dah sarapan?”, tanya Syed Ziyaad. Bersiap-siap sambil membawa kunci.
“Belum”, Serafina menggulung rambutnya yang telah panjang itu dan disanggul setinggi yang mungkin. Serabai? Memang serabai. Tapi apa dia peduli, yang penting dapat capai targetnya iaitu 4 flat. Syed Ziyaad memandang isterinya yang tidak kelihatan seperti biasa. Selalunya dia akan mengenakan solekan tebal seinci namun kali ini langsung tiada secalit pun solekan di wajah Serafina di wajahnya. Dia juga memakai kaca mata. Terserlah wajah kacukan Belandanya.
“I keluar dululah beli makanan. You nak ikut?”, soal Syed Ziyaad. Serafina memandang suaminya lalu menggeleng. Kemudian dia terus kembali membuat nota. Bilik mereka kini penuh dengan buku-buku kedoktoran. Bukan lagi buku-buku perniagaan.
“Korang duduklah dulu, aku kemas barang jap. Macam tak biasakan buat macam rumah sendiri”, kata Syed Ziyaad. Nufail dan Khazin bukan sekali dua datang ke kondominium Syed Ziyaad. Sudah berkali-kali mereka bermalam di sini. Syed Ziyaad membawa barang-barang yang dibelinya ke dapur dan membawa bungkusan makanan ke bilik mereka.
“Stress!”, rungut Serafina perlahan. Dia meramas rambutnya kasar hingga semakin kusut.
“Rehatlah dulu kalau stress. Nah, makan”, dia meletakkan bungkusan makanan itu di atas timbunan buku-buku yang berselerak. ‘Aku perlu beli meja baru ni. Tak muat dah kalau aku nak belajar kat sini’, fikir Syed Ziyaad sambil melihat timbunan buku-buku Serafina di meja belajarnya.
“Nantilah. Kawan you dah sampai?”, tanya Serafina. Dia menutup pen lalu meneguk air yang dibawa oleh Syed Ziyaad.
“Ermm. Nanti tolong I masak lunch boleh? Dah pandai masakkan?”,
“Bolehlah. Mommy ajar masakan Malaysia ja, tak tahulah kalau kawan you tu pandai makan ke tak”,
“Kawan I orang Malaysia”, Syed Ziyaad memberitahu. Serafina hanya mengangguk tanda mengerti. Selepas Syed Ziyaad keluar, dia terus membuka bungkusan makanan itu sebagai sarapan. Sementara itu, Syed Ziyaad terus ke ruang tamu dan bercerita dengan rakannya hingga tidak sedar jam sudah menunjukkan jam 11.30 pagi. Pada waktu itu juga, Serafina keluar dari bilik dengan rambutnya kusut-masai. Lebih kusut berbanding ketika Syed Ziyaad masuk ke bilik tadi. Dia berjalan malas dengan berselipar rumah menuju ke dapur.
“Allahuakbar! Siapa tu? Terkejut aku”, Khazin terperanjat melihat kelibat Serafina,
“Siapa tu Yad? Takkan kau masih simpan perangai lama kau, bawa perempuan masuk rumah?”, gurau Nufail.
“Gila kau. Sejak bila aku pernah bawa perempuan masuk rumah doh. Itu bini akulah. Itulah orang suruh balik pergi majlis perkahwinan aku korang tak nak”, omel Syed Ziyaad.
“Sorrylah bro. Aku ada paper doh waktu tu”, terang Khazin sekali lagi.
“Haah, kebetulan aku kat Dubai. Kau pun invite last minute”, terang Nufail pula.
“By the way, kau dah tukar tastekah?”, tanya Khazin sambil tersenyum penuh makna.
“Taste? Maksud kau?”, soal Syed Ziyaad. Pura-pura tidak mengerti.
“Alah… Dulukan kau suka yang seksi, bergaya, kaki pub bagai. Sekarang kenapa berubah?”,
“Haah doh. Aku tengok bini kau tak attractive langsung”, sokong Nufail
“Amboi! Sedap ja korang kutuk bini aku erk. At least aku ni dah kahwin. Korang tu bila lagi? Sampai bila nak membujang?”, duga Syed Ziyaad. Khazin dan Nufail mengangkat kedua belah tangan tanda menyerah.
“Actuallykan Khaz, semua ciri-ciri yang kau cakap tu ada pada bini aku. Seksi, bergaya, kaki pub semua dia ada. Cuma itulah, dia tu suka belajar. Dia jenis yang try hard to get want she want. Hari tu aku tengok bilik dia, penuh doh dengan piala-piala akademik kat almari display. Siap dia framekan sijik UPSR, PT3 dan SPM dia. Itu yang sampai tak terjaga penampilan tu. Sekarangkan exam week”, puji Syed Ziyaad. Semakin hari semakin dia rasa bersyukur kerana memiliki seorang isteri seperti Serafina.
“Seriouslah? Berapa dia dapat dalam UPSR, PT3 dan SPM dia? Aku pun nak tahu juga macam mana cara budak pandai belajar”, tanya Khazin ingin tahu.
“Aku bukan nak riak dapat isteri genius tapi real doh. UPSR dan PT3 straight A. SPM? Tak payah tanya, straight A juga”,
“Gempak doh. Jadi sekarang dia study apa?”, tanya Nufail pula.
“Neurosurgeon”, jawab Syed Ziyaad ringkas.
“Mak aih… Otak apa yang dia guna erk? Aku ni yang bolehlah dikatakan pandai pun tak sanggup nak ambil medic. Boleh botak aku jadinya”, Nufail kagum dengan isteri rakannya itu. ‘Kimia memang tak boleh bawa bincang’,
“You, dah boleh makan”, panggil Serafina tanpa tercalis sedikit pun senyuman yang menghiasi bibirnya. ‘Dari dulu tak pernah nak berubah’, sindir Syed Ziyaad dalam hati. Serafina berlalu ke dapur tanpa menunggu jawapan dari mereka. Nufail dan Khazin terpaku melihat Serafina. Entah sejak bila wanita itu menukar pakaian. Kini dia memakai cargo pants dan t-shirt turtleneck ketat berwarna hitam yang di tuck-in. Rambutnya yang tadinya disanggul, diikat bawah menggunakan skarf yang sedondon dengan warna baju dan seluarnya. Tiba-tiba Syed Ziyaad memetik jari di hadapan muka kedua rakannya.
“Cukup erk”, katanya.
“Memang gitu erk bini kau kat rumah?”, tanya Khazin.
“Bolehlah. Kadang-kadang ja kalau nak buat live IG. Marilah makan”, ajak Syed Ziyaad.
“Seronok jugakan Khaz kalau dijodohkan dengan perempuan cantik”, usik Nufail lalu mereka berdua ketawa.
“Pandailah kau”, kata Syed Ziyaad. Mereka terus masuk ke dalam dapur dan mempelawa rakan-rakannya duduk. Sebaik sahaja Serafina memalingkan wajahnya untuk menghidangkan sup jagung berkrim, Khazin terkejut.
“Serafina?”, soalnya.
“Eh, Khazin right?”, tanya Serafina untuk kepastian.
“Yeah… Its me. Patutlah macam pernah nampak masa kat club dulu, rupanya memang you”,
“Haah. I tak cam pun you sebab malam tu gelap sangat”, jujur sahaja Serafina memberitahu. Syed Ziyaad berasa tidak selesa apabila Khazin lebih rapat dengan Serafina berbanding dirinya.
“Hmm… Tak sangka pula you isteri Ziyaad. Baru ja nak tackle”, gurau Khazin. Serafina hanya ketawa hambar apabila Syed Ziyaad menarik jari kelingkingnya sambil memuncungkan mulut.
“Ah… Jemputlah makan. Saya tak pandai masak so ini jelah yang mampu”, kata Serafina. Dia menukar kata ganti nama I kepada Saya.
“Okaylah ni. Untunglah kau Yad, dah ada orang jaga makan pakai. Sendulah orang single ni”, komen Nufail. Dia melihat juadah yang dimasak oleh isteri rakannya. Sup jagung berkrim, ikan masam manis dan ayam mentega memang menyelerakan. Ditambah pula air teh lemon sejuk. Wah! Untung.
“Hah, layan diri. Takkan nak tunggu bini aku sendukkan”, ujar Syed Ziyaad. Serafina tersenyum nipis lalu menuang air teh lemon untuk Syed Ziyaad sebagai tanda hormat pada suaminya. Khazin dan Nufail hanya melihat adegan tersebut. Kalau dahulu mereka selalu melihat Syed Ziyaad berada di kelab malam dengan wanita keliling pinggang. Namun kali ini Syed Ziyaad berada di dapur, makan masakan isterinya di meja makan. Sesungguhnya sesorang akan berubah untuk seseorang yang benar-benar dicintainya.

Here's some extra chapter for my loyal reader . Stay tuned for the next update on Sunday 5pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience