Serafina menulis laporan bagi hasil kajiannya dengan kusyuk sekali tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Sedar tidak sedar 4 tahun telah berlalu sejak penceraiannya dengan Syed Ziyaad. Kini dia telah masuk ke fasa latihan amali dalam pembedahan am. Latihan amali yang sebelumnya merupakan pilihan sahaja kerana pelajar pre-medical diberi peluang untuk memilih kerja kursus atau latihan amali sepanjang semester mereka dan Serafina memilih latihan amali untuk menambah pengalamannya. Sekarang ini dia hanya perlu menghabiskan latihan amalinya selama satu sahaja lagi dan kemudiannya barulah dia dapat memutuskan untuk mengambil residensi dalam bidang pakar neurologi. Memang banyak peringkat yang perlu dilaluinya untuk menjadi seorang doktor pakar bedah otak. Serafina bersandar di kerusi dan melepaskan nafas lelah. Suasana bilik kakitangan hospital agak sunyi. Hanya dia seorang sahaja yang masih berada di bilik tersebut. Pelajar pelatih yang lain telahpun tidur di bilik yang disediakan. Doktor-doktor yang lain juga telah lama balik. Serafina melihat jam tangannya yang diletakkan di atas meja. Jam telahpun menunjukkan jam 3 pagi. Serafina kemudian mengemaskan barang-barangnya dan menyusun semula kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Dia mematikan komputer lalu berjalan menuju ke bilik doktor pelatih yang berada di tingkat atas. Bunyi telefon yang menandakan pesanan ringkas sampai tidak diendahkan. Setelah tiba di bilik, dia meletakkan begnya di atas meja belajar dengan perlahan agar tidak menganggu mereka yang telah tidur. Dia terus pergi membersihkan diri. Usai membersihkan diri, dia baring di katil dan barulah membuka telefonnya dan membaca pesanan ringkas yang diabaikan sejak tadi. Serafina terkejut melihat nama yang tertera. Setelah 4 tahun tiada khabar berita tiba-tiba sahaja bekas suaminya itu menghantar pesanan ringkas.
Hi, are you there? – Syed Ziyaad
Serafina memandang teks tersebut lama. ‘Patutkah aku balas? Tapi dah hampir sejam berlalu. Mesti dia dah tidur’, bisik hati kecil Serafina. Hatinya berbelah bahagi hendak balas pesanan ringkas tersebut ataupun tidak. Setelah berperang dengan hatinya dia memutuskan untuk tidak membalas pesanan ringkat tersebut. Dia meletakkan telefonya di tepi katil dan menutup matanya. Namun sekali lagi telefon pintarnya yang berada di mod getaran bergetar. Sekali lagi pesanan dari Syed Ziyaad masuk.
I assume you already asleep. Sorry ganggu. Goodnight. – Syed Ziyaad
Not yet. About to. – Serafina
Pantas sahaja jari-jemari Serafina menaip membalas teks tersebut tanpa sedar.
How are you there? Okaykah kat sana? – Syed Ziyaad
So far everythings good. – Serafina
Sorrylah kacau you jam macam ni. Actually, I have business trip to Aussie esok for 3 days but I extend it so I have free time for 2 days. Can we meet? I tahu you tak nak tapi I still tanya juga just in case. – Syed Ziyaad
We’ll see. – Serafina
Serafina meletakkan telefonnya di atas dadanya. Jujur, dia sangat merindui jejaka itu. Sedikit sebanyak dia menyesal kerana mengikutkan hatinya untuk bercerai. Dia sepatutnya bertahan lebih lama dan belajar perlahan-lahan untuk menjadi seorang isteri walaupun ianya sangat sukar. Remuk hatinya melihat gambar Syed Ziyaad bersama seorang wanita bertudung yang dihantar di laman Instagramnya tahun lalu. Fikirnya cepat sungguh lelaki tersebut melupakan dirinya setelah mengucapkan cinta padanya sebelum mereka bercerai. Rupa-rupanya wanita tersebut merupakan anak buahnya. Maklumat tersebut sebenarnya dia dapat Nur Zahirah. Hampir setiap bulan bekas kakak iparnya itu menghubunginya untuk memberitahu khabar Syed Ziyaad. Dia sangat berharap agar Serafina dan Syed Ziyaad merujuk perkahwinan mereka.
SYED Ziyaad menunggu dengan sabar di Restoran Aroma. Restoran halal yang dimiliki oleh peniaga dari Pakistan. Sengaja dia datang lebih awal agar Serafina tidak perlu menunggunya. Sebenarnya dia ingin menjemput Serafina namun wanita tersebut bertegas ingin datang sendiri ke sana tanpa dijemput. Setelah hampir setengah jam menunggu, Serafina akhirnya sampai dengan masih memakai baju scrub doktor. Keadaan itu agak normal di sana kerana restoran tersebut terletak berdekatan dengan hospital tempat Serafina bekerja. Memandangkan sekarang merupakan musim sejuk di Melbourne, Serafina mengenakan kod berwarna coklat gelap. Dia menanggalkan kod tersebut sebaik sahaja tiba di meja di mana Syed Ziyaad berada.
“Assamualaikum”, sapa Serafina lalu melabuhkan punggung di hadapan Syed Ziyaad. Syed Ziyaad tidak dapat menahan senyumnya setelah melihat bekas isterinya yng dirinduinya itu berada di depan matanya. Kalau diikutkan hati mahu saja dia memeluk wanita itu.
“Waalaikumusalam… Sorrylah ajak you keluar waktu-waktu macam ni. You sibukkah?”, tanya Syed Ziyaad setelah menjawab salam. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Serafina.
“Ermm… Sibuk juga tapi adalah masa sikit untuk keluar”, jawab Serafina. Dia melarikan pandangan. Tidak kuat dia dengan tatapan mata Syed Ziyaad. Mujur pelayan datang dengan pantas. Serafina menunjukkan Syed Ziyaad makanan yang diingininya.
“BBQ Rice, Chicken Briyani and also Garlic Naan and Kebab Masala. Lemon juice and coke”, pesan Syed Ziyaad sekali nafas. Pelayan tersebut pun meninggalkan mereka setelah mengambil pesanan. Serafina menarik nafas panjang dan menghelanya perlahan.
“So, why do you wanna see me?” soal Serafina.
“Let’s say I miss you?”, jawab Syed Ziyaad separuh bergurau. Serafina mengerutkan dahinya. Cuba menyembunyikan perasaan terujanya.
“Tunggulah makanan sampai dulu”, kata Syed Ziyaad lagi. Serafina mengangkat keningnya lalu mengeluarkan telefon pintarnya. Sementara menunggu makanan mereka sampai Serafina asyik bermain dengan telefonnya. Sepanjang masa itu juga, Syed Ziyaad hanya memandang Serafina. Rambut Serafina yang dulunya berwarna coklat natural kini berwarna merah kehitaman. Serafina mengikat rambutnya tinggi dan dibiarkan rambut hadapan gaya curtain bangs itu tidak disepit. Heavy makeupnya yang dulu kini menjadi make up tipis natural yang hampir tidak kelihatan seperti memakai solekan ala-ala gadis Korea. Serafina akhirnya perasan bahawa dirinya sedang diperhatikan.
“I tahu I cantik. Tak payah pandang lama-lama”, ujar Serafina tanpa mengangkat kepalanya yang memandang telefonnya. Syed Ziyaad ketawa kecil. Untung personaliti bekas isterinya ini masih sama. Setelah beberapa ketika akhirnya makanan yang mereka pesan telah tiba. Sebaik sahaja makanan siap dihidang Syed Ziyaad membuka mulut.
“This is the first meal we had together after our divorce”, katanya. Serafina mengangguk-angguk. Syed Ziyaad menyuapkan nasi beriani ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan.
“Tapi kenapa erk? After 4 years baru you datang jumpa I?”, tanya Serafina. Tangannya sibuk memotong daging panggang yang ada di nasinya.
“I heard about you condition. So I bagi you masa. Also I bagi masa untuk I sendiri juga untuk bersedia betul-betul menjadi seorang suami yang baik untuk you. Mesti you dah tahu tujuan I datang sini kan?”,
“Haah, you ada business trip”, kata Serafina lalu ketawa kecil.
“Heh, orang seriouslah”, Syed Ziyaad juga ketawa kecil.
“Tak, I serious. I nak rujuk balik dengan you. Selama 4 tahun ni, tak pernah sekali pun I lupa pasal you. Hari-hari I macam ada je yang tak lengkap. So, Fina… Can you accept me to be your husband again? This time in proper way”, katanya lagi dengan nada serius.
“What do you mean by in proper way?”, Serafina hairan.
“Proper waylah. Macam date dulu. Kenal each other. Then baru kita decide whether we are compatible to get married again or not”, terang Syed Ziyaad sambil menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya.
“Hmm… Sound plausible”,
“Your answer?”,
“Tengoklah”,
“Jawablah betul-betul. I serious ni”, ujar Syed Ziyaad. Serafina memandang Syed Ziyaad yang gelisah lalu mengangguk perlahan. Menahan malu sebenarnya. Syed Ziyaad hampir terlonjat dari kerusi dek terlalu gembira. Bibirnya tidak berhenti tersenyum. Begitu juga Serafina.
Share this novel