Seminggu ibu bapa Syed Ziyaad berada di Australia. Kini, tibalah masa untuk mereka kembali ke tanah air.
“Mommy memang tak nak sambung cuti lagikah?”, tanya Serafina sambil memegang tangan Puan Sri Bevendra. Kasihnya pada wanita itu sama seperti ibunya sendiri.
“Bukan tak nak tapi tak boleh. Daddy tu ada banyak kerja nak kena siapkan kat office. Kalau tangguh lagi bertambah banyaklah kerja dia”, jawab Puan Sri Bevendra. Serafina hampa.
“Takpelah Fina, nanti kalau kami ada masa, kami datanglah lagi ataupun cuti nanti kamu baliklah Malaysia”, kata Tan Sri Rasyad.
“Haah”, sokong Syed Ziyaad. Dia merangkul bahu Serafina. Serafina yang terkejut berusaha membuat muka selamba di hadapan mertuanya.
“Kitorang pergi dululah ya”, ujar Tan Sri Rasyad.
“Jaga diri”, pesan Puan Sri Bevendra. Dia memeluk anak dan menantunya sebelum masuk ke balai pelepasan.
“Stop! Take away your dirty hand from me”, ujar Serafina sebaik sahaja kedua ibu bapa Syed Ziyaad hilang dari pandangan.
“Oh sorry”, ucap Syed Ziyaad. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket, menahan malu. Telefon Syed Ziyaad berdering. Dia menjauh dari Serafina sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Hello”, sapa Syed Ziyaad.
“You ni kenapa? Minggu lalu I call you, you kata nak call balik. Kenapa tak call?”, herdik si pemanggil.
“I busylah Oliey”,
“Oliey? Huh? You ni dah lupakan I agaknya”,
“Mana ada I lupa you. You kena faham, sekarang I dah ada isteri. I kenalah layan isteri I”,
“Habis? I ni tak payah layanlah? Dia ja ada perasaan? I ni takde gitu?”,
“Bukanlah sayang. Okay, macam ni… You kat mana sekarang? I ambil you. Kita jumpa”,
“I kat Brown Alley Nightclub. You better come or I’m breaking up with you”,
“Okay. I datang sekarang”, kata Syed Ziyaad. Dia berjalan ke arah Serafina yang juga sibuk bertelefon dengan seseorang.
“Fina, you balik naik cab ya. I ada nak pergi tempat lain”, ujar Syed Ziyaad. Serafina mengangguk lalu meninggalkan suaminya tanpa memberi salam. Masih dengan telefonnya.
“So? Dapat?”, tanya Hannah kepada Serafina.
“Hmm… Aku okay ja. Dah lama tak lepak kat sana”, jawab Serafina. Dia menahan teksi dan terus balik ke rumah Syed Ziyaad. Dia menukar baju yang lebih seksi sebelum turun kembali ke tingkat bawah kerana Hannah, Jade dan Alex datang menjemputnya.
“Its been a while since the last time we hang out like this”, kata Jade sebaik sahaja Serafina masuk ke dalam kereta.
“Yeah… I really miss this moment”, balas Serafina dengan senyuman.
“So let’s enjoy tonight!”, kata Alex. Dia memandu keretanya ke kelab malam Hug and Kisses. Serafina hanya tersenyum lalu memandang ke luar tingkap. Dalam perjalanan, Serafina ternampak seseorang yang sangat dikenalinya sedang berpelukan dengan seorang wanita di hadapan kelab malam Brown Alley. Dia tersenyum senget. ‘Good game’, desis Serafina dalam hati.
SERAFINA memandang telefonnya lama. Terdapat 6 panggilan tidak dijawab daripada Syed Ziyaad. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam dan dai masih berada di kelab malam yang sama.
“Sya, kau tak minumkah?”, tanya Hannah. Dia meneguk Whiskey dengan perlahan.
“No, I don’t drink alchohol”, balas Serafina. Walaupun dia terbiasa dengan budaya Barat, namun dia masih tidak berani untuk meneguk minuman tersebut.
“Oh, lupa” kata Hannah.
“What are you doing here? Let’s dance”, ajak Alex yang telah mabuk. Kiri kanannya terdapat gadis yang hanya memakai bikini. Jade juga begitu. Tangan kirinya merangkul pinggang gadis tersebut dan sebelah lagi memegang botol arak.
“Sure, why not? Sya, let’s go”, ajak Hannah pula. Dia berdiri mendekati Alex dan Jade yang sabar menanti.
“You go first. I’ll join you guys later”, tolak Serafina lalu meneguk Colanya. Tiba-tiba seorang lelaki tampan duduk di sebelahnya.
“Hi”, sapa lelaki itu. Lelaki itu tidak kelihatan seperti Aussie jika dilihat dari jarak dekat.
“Can I sit here?”, tanya lelaki itu.
“Ermm you already sit?”,
“Oh, hahahaha… My bad”, ucap lelaki itu. Serafina hanya tersenyum tawar.
“I think I’ve seen you before”, kata lelaki itu lagi apabila melihat wajah Serafina yang langsung tidak berminat untuk berkenalan dengannya.
“Sorry, I don’t know you”,
“I’m Khazin. Are you Malaysian? You look exactly the same like someone I know from Malaysia”, kata Khazin. Memperkenalkan dirinya.
“Yeah, I am Malaysian… But do I know you?”,
“If I’m not wrong, we’ve met 7 years ago during the Kem Motivasi kat Shah Alam”,
“Oh, I see…”, kata Serafina sambil mengangguk-angguk. Mereka bercerita serba sedikit.
“Can we take a selfie if you don’t mind?”, tanya Khazin.
“Boleh”, balas Serafina. Mereka berdua berswafoto bersama dalam suasana gelap kelab malam itu.
“You nak post status ke tu?”, tanya Serafina yang mula selesa dengan Khazin.
“Yup…Hahahaha”, jawab Khazin lalu tertawa.
“Save my number then so I can see the status”,
“Sure”, mereka saling bertukar nombor telefon.
“Serafina Syazani? I thought your name is Shahera”, kata Khazin apabila melihat nama yang ditulis oleh Serafina di telefonnya.
“Panjang ceritanya. I’ll tell you someday if meet again”,
“Hmm… I keep that as a promise”, balas Khazin. Dia merenung gambar tersebut. Tidak banyak yang berubah pada wajah Serafina. Bezanya Serafina tidak lagi memakai tudung dan pakaiannya sangat terdedah dan seksa.
“By the way, you rabun apa?”, tanya Khazin. Dia juga hanya minum Cola sama seperti Serafina.
“I rabun silau”,
“Oh… Tapikan I rasa I pernah nampak youlah baru-baru ni. Tapi kat mana erk?”,
“Pelanduk dua serupa kot”,
“Mungkinlah”, kata Khazin. Pada masa yang sama Hannah, Jade dan Alex kembali ke tempat duduk dengan terhuyung-hayang.
“Sera, why don’t you join us?”, tanya Jade yang mabuk.
“You’ve change!”, katanya lagi. Dia terlalu mabuk dan dipaut oleh Hannah dan Jade.
“You seem really drunk Jade. Let’s go to the nearby hotel”, ajak Serafina.
“Guys, bring him to the car. I’ll drive”, arah Serafina kepada Hannah dan Alex. Mereka berdua hanya menurut sahaja.
“Sorry Khazin. I got to go. Nice to meet you”, pamit Serafina. Dia mengambil barang-barang mereka dan terus menuju ke kereta setelah membayar bil minuman keras mereka. Serafina memandu kereta milik Alex ke Rendevous Hotel yang berdekatan dengan Brown Alley Nightclub. Selepas mendaftar masuk, dia mnyuruh Alex untuk membawa Jade ke bilik mereka dan dia membawa Hannah yang separa sedar ke biliknya.
SELEPAS solat subuh, Syed Ziyaad mencuba lagi untuk mendail nombor Serafina namun semuanya disambungkan ke peti suara. Ini merupakan kali ke-12 dia menghubingi isterinya namun masih tidak dijawab. Perasaan marah dan risau bercampur-baur. Dia melihat kembali gambar yang dikirim oleh Khazin di status Whatsappnya. Gambar Khazin bersama seorang gadis dengan caption ‘Didn’t expected to be reunited in Aussie’,
“Shahera Idrus dengan Serafina Syazani ni orang yang samakah?”, Syed Ziyaad bermonolog sendirian.
“Mustahil. Si Fina tu mana pernah pakai spek lagipun Shahera tu bertudung”, katanya seolah-olah menjawab pertanyaannya sendiri. Tiba-tiba bunyi kod pintu ditekan. Syed Ziyaad yakin bahawa Serafina telah pulang.
“Assalamualaikum”, ucap Serafina. Langkahnya diarahkan ke dapur. Syed Ziyaad tergamam dengan cara pemakaian Serafina. Seluar jeans pendek dengan design koyak rabak dipadankan dengan tank top berwarna putih di bawah jaket denim yang boleh menampakkan bentuk buah dadanya.
“You pergi mana semalam sampai tak balik dengan baju macam tu?”, tegur Syed Ziyaad.
“Are you sure you have the right to ask me that? My clothes is no different pun compare to the women you hug in public tu”, sindir Serafina. Entah mengapa hatinya sakit melihat agenda tersebut. Syed Ziyaad tersentap. Dia terdiam untuk masa yang lama.
“Lain kali keluar tu mintalah izin dulu”, kata Syed Ziyaad menutup rasa malu.
“I’ll mind my own business and you should do the same. That’s our deal… I clearly remember every single words you say to me. Okay? And I clearly said don’t back out from you own words”,
“Fine, I salah pasal tu. I’m sorry”, ucap Syed Ziyaad. Serafina hanya memandang Serafina tanpa perasaan kemudian berlalu di meja kopi di ruang tamu untuk mengemas semua kertas-kertas tugasanya. Setelah itu, berlalu pula ke bilik. Syed Ziyaad membuntuti langkah isternya. Dia memandang Serafina lama.
“Apa lagi?”, tanya Serafina. Acuh tidak acuh.
“About the girl yesterday, kitorang dah takde apa-apa dah”, bohong Syed Ziyaad.
“So?”,
“So, you tak payahlah jealous lagi”,
“I’m sorry? Me what? Jealous? In your dream!”, Serafina menafi keras lalu ketawa paksa. Dia mengeluarkan bagasinya untuk mengemaskan kembali barang-barangnya.
“You nak pergi mana? Kemas-kemas bagai”,
“Balik hostellah”,
“Tak payah balik”, tegah Syed Ziyaad. Serafina mengerutkan dahinya. ‘Makin menjadi-jadi perangai dia ni kalau dilayan’, rungut Serafina.
“Apasal?”,
“Tempat seorang isteri adalah di sisi suami”,
“You ni dah kenapa buang tabiat?”,
“Seorang isteri perlu patuh pada arahan suami, kalau tak patuh maknanya tak hormat, kalau tak hormat maka berdosa. You nak berdosakah?”,
“Hah? Apa yang you merepek ni? Apasal tak bagi balik pula tiba-tiba?”, hairan Serafina dengan rapuhan Syed Ziyaad. Syed Ziyaad masih diam.
“Ke you dah jatuh cinta dengan kecantikkan I?”, duga Serafina.
“Takde makna nak jatuh cinta dengan you”,
“Habis? Bagilah I balik. I tahulah tadi tu bukan jawapan sebenar you tak bagi I balik hostel”,
“Fine, I rasa sunyi kalau you takde. I dah terbiasa tidur dengan ada you kat sebelah I”, jawab Syed Ziyaad dengan jujur. Merah mukanya menahan malu. Serafina tergelak kecil. Terhibur dengan jawapan suaminya.
“Dahlah… I nak mandi”, kata Serafina lalu masuk ke dalam bilik mandi dengan membawa beg yang dipenuhi dengan makeupnya. Syed Ziyaad tersenyum bahagia lalu menyimpan kembali bagasi Serafina yang dikeluarkannya tadi dengan wajah ceria.
Stay tuned for upcoming updates every Sunday 5pm
Share this novel