Chapter 31

Romance Series 5912

Ilanit memandang Lemuella dengan perasaan hairan. Sungguh tidak menyangka bahawa rakannya itu orang yang berada.
“Kau ni kenapa? Tengok sampai macam tu sekali”, tanya Lemuella.
“Kenapa kau inda bagitahu aku yang kau ni anak Dato’ Putra Anaqi”, tanya Ilanit pula.
“Kau tak tanya”,
“Ya ampun patutlah kau kaya”,
“Mana ada. Aku tumpang kekayaan ayah aku jelah”, Lemuella duduk di kerusi tempat dia belajar.
“By the way, kau kenal Barsha?”, tanya Lemuella.
“Kenal. Dia pun budak sains komputer sekelas dengan Adham”, jawab Ilanit.
“Apa hubungan dia dengan Adham erk?”,
“Barsha tu sepupu Adham… Diorang tu memang rapat dari kecil orang bilang. Tapi ramai orang cakap yang Barsha tu suka si Adham tapi Adham tu tidak suka dia”,
“Oh… Gitu erk? Baiklah”, Lemuella menggenggam telefonnnya.
“Aku kelaur jap”, kata Lemuella dan terus meninggalkan Ilanit di dalam rumah. Lemuella berdiri di tangga apartment dan mula mendail seseorang.
“Bang Saghir, tolong cari maklumat tentang seseorang”, arah Lemuella melalui telefon. Setelah itu, dia terus mematikan panggilan dan tersenyum sendirian. ‘You messed with me, you settle with me’, marah Lemuella. ‘I told you, you don’t even know who I am’, Lemuella masih sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Barsha.

MOTOR Yamaha YZF-R1 Lemuella diparkir di sebelah motor Kawasaki motor milik Adham. Waktu itu, Adham masih duduk di atas motornya sambil bermain dengan telefonnya. Lemuella memandang Adham yang duduk bergaya di atas motor tanpa menoleh ke arahnya walau sekilas. Dilihatnya ada beberapa orang gadis sedang mencuri-curi pandang wajah Adham. Serta-merta Lemuella ajaran Serafina malam tadi melalui panggilan video.
“Sya, macam mana nak jadi sombong?”, Lemuella bertanya soalan cepumas.
“Kau ni kenapa tiba-tiba nak jadi sombong pula”, tanya Serafina. Hairan.
“Entahlah dia ni. Perangai kau tu dah macam syaiton dah, kalau tambah sombong lagi tak tahulah nak jadi apa lagi”, gurau Carlissa.
“Bodohlah kau ni Riyah”, Ivanna ketawa terbahak-bahak. Terhibur dengan kata-kata Carlissa.
“Hahahaha… Ini mesti kes nak buat Adham atau Barsha sakit hatilah ni”, duga Juanlita.
“Haah, betullah tu. Macam mana kau tahu? Ajarlah aku Sya”, mohon Lemuella lagi.
“Benda senang pun nak kena ajarkah? It’s naturallah Cik Fia oii”, kata Serafina.
“Kalau kau memanglah natural Sya, dah sejak azalimuka kau macam tu”, ujar Carlissa. Cukup kenal dengan perangai Serafina yang tidak suka senyum.
“Haah, kalau Sya tiba-tiba suka ketawa or suka senyum mesti cringe kan?”, sokong Ivanna. Juanlita hanya ketawa mendengar pendapat rakan-rakannya.
“Korang kalau tak bahan orang tak bolehkan?”, tingkah Lemuella. Dia masih menunggu tips daripada Serafina untuk seorang yang badass.
“Senang ja Fia. Kalau kau tengok orang jangan terus. First, kau dongakkan kepala kau sikit lepas tu kau jangan tengok muka. Antara tengok bibir dengan dagu ja. Second, kalau orang tu start bercakap dengan kau, kau terus jeling. Jeling tengok atas erk. Lepas tu buka mulut sikit and letak lidah kat bahagian bawah gigi geraham belah kiri ke belah kanan ke mana-manalah yang kau selesa. Macam ni”, ajar Serafina satu persatu beserta contoh.
“Peh! Powerlah Sya. Kalau Fia buat macam ni, confirm mamat tu putih mata”, tokok Carlissa.
“Kenapa pula?”, soal Ivanna kurang faham.
“Kau ni… Sebab perempuan yang dia anggap lemah-lembut tu bukan seperti yang dia sangka. Tak gitu Riyah?”, ujar Juanlita.
“Exactly”, sahut Carlissa.

LEMUELLA membuka topi keledarnya. Adham mengubah posisinya menghadap Lemuella. ‘Inilah masanya’, desis hati kecil Lemuella. Dia memandang Adham dengan cara yang diajar oleh teman baiknya itu.
“Lambat sampai”, tegur Adham. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Tiba-tiba Lemuella menjeling dan memalingkan badan meninggal Adham. Adham mendengus dan mengangguk-angguk. ‘Oh macam tu. You wanna play hard to get? Fine. Let’s play’,
“Apa hal dengan muka kau tu”, Adham berlari mendapatkan Lemuella.
“Apa?”, tanya Lemuella. Acuh tidak acuh.
“Tak jadi tahu tak?”,
“Tak jadi apanya?”,
“Tak jadi nak pretend to be a badass”, ujar Adham sambil tersenyum sinis. Pantas Lemuella menoleh ke arah Adham. Adham mendekatkan bibirnya ke telinga Lemuella.
“It just make you look cuter”, bisiknya. Lemuella tergamam. Lelaki itu baharu sahaj mengenakannya sekali lagi. ‘Takpe Fia, plan B’, Lemuella tersenyum herot.
“No, you’re wrong”, kata Lemuella. Dia mendekatkan dirinya ke dada bidang Adham dan menarik tali leher lelaki itu hingga wajah Adham terdorong ke arah wajahnya.
“I’m not pretending. This is how I get clingy to you”, Lemuella sengaja mendekatkan bibirnya dengan bibir Adham seolah-olah ingin menciumnya dan tiba-tiba Lemuella melepaskan tali leher Adham.
“Gantungkan? Put the ring first”, sengaja Lemuella berkata demikian. Dia tersenyum. Adham menelan air liur dan memperbaiki tali lehernya yang telah senget.
“Good luck presentation baby boo”, ucap Lemuella. Dia mengusap pipi kekasih terjunnya itu dan beredar meninggalkan Adham berseorangan di tengah-tengah parkir. Kebetulan Barsha sedang memerhati aksi romantik mereka. Lemuella hanya menghadiahkan Barsha jelingan yang tajam.
“Barsha? Masuk universiti dengan bantuan Tan Sri Thaqeef. Lahir dari keluarga yang sederhana berasal dari Terengganu. Hmm, muka-muka kau memang kejar harta”, Lemuella bermonolog sendirian mengenai latar belakang Barsha. “Kau bukanlah saingan yang susahuntuk ditumpaskan”, kata Lemuella penuh rasa dendam.

“HAI Ella”, sapa seorang gadis dari belakang.
“Hello”, balas Lemuella singkat.
“Cuti sem ni awak pergi mana?”, tanya gadis itu.
“Tak tahu lagi. Kenapa awak tanya Ufairah?”, sejak ayahnya datang memberi sumbangan, sangat ramai orang yang ingin berkawan dengannya dengan tujuan ingin mengambil kesempatan.
“Takdelah. Mungkin kita boleh pergi bersama”, saran Ufairah.
“Let’s be honest here. We’re not that close to hangout together right?”, soal Lemuella jujur. Penat dengan karenah orang talam dua muka. Ufairah yang sakit hati terus meninggalkan Lemuella. Lemuella pula berjalan dengan pantas menuju ke kafe untuk berjumpa dengan Ilanit.
“Weh, hari tu aku ada cakap nak bawa kau jalan-jalan sekitar Sarawakkan? Marilah kita pergi masa cuti sem nanti sebelum balik tempat masing-masing”, ajak Lemuella dengan gembira.
“Tidak apalah. Aku malas mau jalan-jalan. Lagipun aku mau save duit”, Ilanit memberi alasan.
“Mana boleh macam tu. Aku dah rancang dah kat mana kita nak pergi”,
“Bukan apalah… Tapi aku inda mau bah kena cakap-cakap oleh budakkampus yang aku ni ambil kesempatan sama kau”,
“Pedulikan ja diorang. Ini hal kau dengan aku ja. Diorang tak payah nak sibuk. Lagipun kita dah kawan dari first day kot, diorang apa tahu”,
“Nantilah. Aku fikir-fikir dulu”,
“Tak payah fikir-fikir. Aku yang tanggung semua. Kau tinggal bawa diri ja”,

Here's some extra chapter for my loyal reader . Stay tuned for the next update on Sunday 5pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience