Ivanna duduk menghadap komputer dengan badan yang tegak. Jari-jemari laju menekan kekunci. Matanya tetap pada skrin kompternya tanpa melihat jari-jemarinya yang bekerja keras. Terdapat bil-bil dan invois yang berselerak di atas mejanya. Sesekali tangannya membelek-belek kertas tersebut dan meneruskan taipannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Waktu itu, semua pekerja-pekerja lain mula bebisik-bisik antara satu sama lain. Ivanna yang sedang kusyuk dengan tugasnya langsung tidak menyedari keadaan pejabat yang mulai kedengaran sedikit bising. Tiba-tiba jari-jemarinya berhenti menaip dan mula memandang sekeliling. Dia menoleh ke tepi dan memandang rakan sekerjanya di sebelah.
“Asal?”, tanyanya.
“Branch manager yang baru tu dah lapor diri hari ni”, jawab Kayla.
“Mana?” tanya Ivanna lagi.
“Dah masuklah bilik bos”,
“Habis asal bingit sangat ni macam tak pernah nampak manusia galaknya”,
“Handsome beb… Serious”, jujur Kayla menjawab.
“Ada-ada je kau. Dahlah, buat kerja tu. Kang tak siap jangan nak minta cover pula”, ujar Ivanna sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia kemudiannya kembali mengerjakan tugasnya. Pada masa yang sama juga pengurus cawangan yang baru itu juga keluar dari bilik majikan mereka. Pengurus cawangan tersebut sempat melirik ke arah Ivanna yang langsung tidak perasan dengan kewujudannya di pejabat itu.
PETANG itu, Ivanna cepat-cepat keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah.
“Wait!” teriak Ivanna ketika pintu lif yang ingin dinaikinya hampir tertutup. Mujur lelaki yang berada dalam lif tersebut mendengar jeritannya dan menahan pintu lif daripada tertutup. Bola mata Ivanna memandang tepat ke anak mata lelaki yang berada dalam lif tersebut. Lelaki itu juga hanya menatap wajah Ivanna tanpa berkata apa-apa.
“Thank you”, ucap Ivanna lalu berdiri membelakangi lelaki tersebut. Lelaki tersebut mengerutkan dahinya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket. Sepertinya dia sedang merasa tidak puas hati.
“Don’t you remember anything?”, soal lelaki itu dengan nada yang dalam. Ivanna terperanjat. Dia menoleh sedikit ke tepi dan matanya memandang lelaki yang berada di belakangnya sambil mengerutkan dahi. Dia menunjuk dirinya sendiri dengan jari telunjuk tanda ingin memastikan bahawa lelaki tersebut bercakap dengannya. Lelaki tersebut pula hanya mengangkat keningnya tanda mengiyakan. Lagi bertambah kerutan di dahi Ivanna. Dia kemudiannya berpaling ke hadapan kembali and berfikir sejenak.
“Ermm… No?”, jawab Ivanna. Pintu lif terbuka. Ivanna memandang lelaki yang segak bergaya dengan sut biru itu sekilas dan terus meninggalkannya tanpa berfikir panjang.’Seram’, ujarnya dalam hati. Langkah dipercepatkan ke keretanya yang berparkir.
KEESOKKAN harinya, Ivanna pergi ke pejabat seperti biasa. Kebiasaannya Ivanna akan datang ke pejabat lebih awal dari yang lain kerana malas ingin menghadap kesesakkan lalu lintas. Sewal jam 7.30 Ivanna sudah pun berada di pejabat biarpun waktu bekerja bermula pada jam 9 pagi. Bos mereka juga telah biasa dengan keadaan itu dan membenarkan dia pulang 1 jam setengah lebih awal berbanding pekerja yang lain. Sebab itulah Ivanna suka bekerja di syarikar ini. Bos mereka juga seorang yang mementing kebajikan pekerja, tidak seperti bos-bos syarikat yang lain. Sesampai sahaja dia di pejabat dia terus memulakan kerjanya. Dia hanya perlu pengalaman selama 3 tahun di syarikat ini sebelum mula bekerja di bawah syarikat abahnya. Tepat jam 8 pagi panggilan telefon dari aplikasi Grabfood bahawa sarapan yang dipesannya telah sampai. Setelah mematikan panggilan dia terus bergerak menuju ke pintu pejabat dan melihat lelaki yang berjaket serba hitam yang memegang plastik yang berisi makanan. Lelaki itu hanya menghulurkan makanan yang berada di tangannya tanpa berkata apa-apa. Kali ini Ivanna tidak memerhatikan lelaki itu dan terus mengambil makanan tersbeut dari tangan lelaki tersebut.
“Thank you”, ucap Ivanna lalu berura-ura ingin pergi.
“Do you have the condition called Face Blindness?”, soal lelaki itu tiba-tiba.
“Hah?”, hairan Ivanna. Hening. Ivanna tidak menjawab dan terus berpaling meninggalkan lelaki itu. Namun lelaki itu membuntuti langkahnya. Dengan pantas Ivanna berpaling lagi menghadap lelaki itu.
“Sorry, rider tak boleh masuk”, halang Ivanna. Matanya memandang ke arah CCTV dan melihat kelipan cahaya merah yang menandakan CCTV tersebut berfungsi. Dia menghela nafas lega. Lelaki itu juga menghembus nafas kuat lalu mengeluarkan kad namanya dari dalam poket baju jaketnya. Ivanna mengecilkan matanya untuk melihat lebih jelas. ‘Omair Bin Hassan, pengurus cawangan’, bacanya. Ivanna terdiam lalu mendongak memandang wajah Omair.
“I’m so sorry Encik Omair, I thought rider Grabfood tadi”, Ivanna memohon maaf. Omair berjalan melepasi Ivanna lalu berkata.
“Sebab tu I tanya awak ada face blindnesskah? I literally keluar masuk pejabat ni sejak minggu lepas”, dingin sahaja suaranya. Ivanna bingung. ‘Bukan dia baru lapor diri kelmarin erk?’, bisik hati kecilnya.
“Tapi encik kenapa makanan saya ada kat tangan encik?”, tanya Ivanna. Soalan Omair tidak diendahkan.
“Omair. I don’t feel comfortable someone call me encik. I bet we’re the same age and the rider thought I’m the one who order the food so…”, jawabnya. Kali ini nadanya kurang dingin berbanding sebelumnya. Omair meninggalkan Ivanna dan masuk ke dalam bilik persendiriannya tanpa menghabiskan kata-katanya. Ivanna terpinga-pinga namun terus kembali ke tempat duduknya. Dia membuka sarapannya dan makan sandwich tuna yang dibelinya. Tangan kanannya pula sibuk memegang tetikus dan membaca semula laporan berkala yang telah disiapkannya sebentar tadi. Tuktuk. Bunyi ketukan di meja mengejutkannya. Tiba-tiba sahaja Omair telah berdiri di tepi mejanya. Entah bila lelaki tersebut berjalan ke mejanya pun langsung dia tidak menyedarinya. Ivanna mendongak memandang Omair. Lelaki itu sudah menukar pakaiannya kepada pakaian semi formal.
“Did you bring my hankie? Just in case?”, tanyanya.
“Handkie? What hankie?”, mulut Ivanna masih mengunyah-ngunyah sandwichnya.
“My limited edition hankerchief from LV”, ujarnya. Suaranya kembali dingin apabila melihat Kayla yang baru melangkah masuk ke dalam pejabat. Serta-merta Ivanna teringat wajah lelaki yang ditemuinya di panggung wayang seminggu yang lalu.
“Ahh… Ya ya ya…”, ujar Ivanna lalu menepuk tangan tanda telah ingat.
“Esok I bawa. Serious I tak cam you langsung”, tuturnya lagi. Omair hanya mengangguk lalu cepat-cepat meninggalkan meja Ivanna apabila Kayla sudah dekat dengan meja mereka.
“Hai”, sapa Kayla. Ivanna hanya melambaikan tangan. Kayla ingin bertanya namun cepat sahaja Ivanna memasangkan fon telinga tanpa wayanya dan terus membaca laporannya.
OMAIR menunggu Ivanna dengan tenang dalam biliknya. Jam sudah menunjukkan jam 10 pagi namun langsung dia tidak melihat kelibat gadis itu. Tanpa berfikir panjang dia bergerak ke meja Kayla.
“Mana kawan kamu?”, tanyanya kepada Kayla.
“Oh, Dina ambil half day hari ni. Mungkin dalam jam 12 tengah hari baru dia masuk kerja encik. Ada yang nak saya sampaikankah?”, soal Kayla.Omair hanya mengeleng lalu kembali ke biliknya. Tepat jam 11.55 Ivanna sampai ke pejabat.
“Beb, encik Omair cari kau tadi”, beritahu Kayla. Ivanna hanya mengangguk-angguk kepala dan meletakkan beg tangannya di atas meja. Beg kertas kecil dibawanya dan terus menuju ke bilik Omair. Pintu diketuk. Sebaik sahaja mendengar suara Omair menyuruhnya masuk dia membuka pintu dengan berhati-hati dan masuk ke dalam bilik Omair dengan senyuman yang lebar.
“Awak ambil half day kenapa tak inform saya dulu?”, soal Omair dengan tegas. Hilang terus senyuman di wajah Ivanna.
“I’m sorry encik Omair, but it’s emergency and already inform boss about this. I believe I don’t need to inform you since I work directly under boss not you”, jawab Ivanna dengan profesional.
“I pengurus cawangan ini and I ada hak untuk tahu keberadaan pekerja di bawah saya. You faham tak?”, marah Omair.
“Mungkin encik Omair tak faham cara kerja kat sini sebab encik masih baru so let me tell you. You takde hak untuk tahu keberadaan I because we’re belong to completely different team. Your team may focus on growing this company but my team focus on stabilizing this company. Even if I have to tell anyone about my personal problem other than boss it should’ve be Puan Tia, not you”, jawab Ivanna dengan nada yang tenang namun tangan bergegar menahan rasa kesal. Tiada angin tiada ribut dia dimarahi.
“Oh ya, this is your LIMITED EDITION HANDKIE FROM LV”, katanya lagi. Sengaja ditekankan kata-katanya lalu menghulurkan beg kertas kecil tersebut kepada Omair dan meletakkan nya di atas meja. Tanpa menunggu lama dia terus keluar dari bilik Omair dengan rasa sebal. Ivanna mengdengus dan kembali ke mejanya dan terus menyiapkan kerja yang tergendala.
New update. First of all I want to say sorry in advance for the religious content. If the content is wrong or not true in any ways please kindly let me know for a better content next time. Thank you.
Share this novel
next