Lemuella dan Ilanit makan tengah hari bersama-sama seperti biasa. Makanan kafe ini memang sangat sedap. Berbeza dengan kantin sekolah mereka pada zaman sekolah menengah.
“Cuti hari tu kau balik Sabah?”, tanya Lemuella. Ilanit berhenti menyuap makanan.
“Ya. Mau stay pun bukan ada buat apa-apa juga”, jawab Ilanit.
“Kau tak nak melancong kat Sarawak ni ke? Aku kalau bukan sebab kawan aku nak jumpa dah lama aku stay. Jalan-jalan sekitar Sarawak”,
“Indalah. Family aku ni sederhana ja. Tidak mampu mau jalan-jalan. Mau sambung belajar sini pun terpaksa pinjam PTPTN ja ni”,
“Oh… Takpe, aku kan ada. Lepas exam ni kita jalan sama-sama. Aku sponsor”,
“Eh, inda payahlah. Bikin malu saja”,
“Hah? Bikin?”, Lemuella mengerutkan dahinya. Satu lagi bahasa Sabah yang baru didengarinya.
“Buat…Buat malu”, terang Ilanit.
“Oh mana ada buat malu. Tak menyusahkan pun. Anggap ja aku bersedekah kat kau”, jawab Lemuella. Walaupun Ilani masih belum tahu merupakan anak seorang Dato’ yang dikenali ramai namun dia tahu temannya ini merupakan anak orang kaya kerana dapat dilihat dari pemakaian dan cara hidupnya sepanjang tempoh perkenalan mereka. Bunyi deringan telefon Ilanit mengganggu makan tengah hari mereka. Ilanit bangun dari tempat duduknya dan pergi ke satu tempat yang lebih senyap untuk menjawab panggilan tersebut. Beberapa minit kemudian, dia kembali dalam keadaan tergesa-gesa.
“Weh, Jaafar cakap buku kau tertinggal di dewan kuliah. Aku pergi ambil dulu ah. Buku nota kesayangan aku bah tu”, tutur Ilanit. Pinggan yang masih berbaki makanan diangkat dan disimpan di tempat yang disediakan untuk pinggan kotor. Tinggallah Lemuella seorang diri di meja tersebut, menghabiskan makanan. Selesai makan, Lemuella juga pergi ke tempat menyimpan pinggan kotor, namun beberapa langkah sahaja dia terlanggar tubuh seorang lelaki.
“What the f*ck!”, maki lelaki tersebut.
“I’m so sorry”, Lemuella mendongak memandang wajah lelaki tersebut. Lelaki yang sama yang hampir melanggar dirinya apada hari pertama kuliah mereka.
“Look what you have done!”, marah lelaki tersebut. Lemuella memandang baju putih lelaki itu. Habis tercalit sisa kuah kari dari pinggan Lemuella itu. Lemuella memandang pula lambang yang menunjukkan jenama baju tersebut. ‘Oh no! Jenama Guess… Mamposlah aku kali ni. Janganlah dia minta bayar. Aku dahlah takde duit’, desis Lemuella dalam hati. ‘Lebih RM100 harga baju dia ni. Aku dajlah dah janji dengan ayah dan ibu aku nak cari duit sendiri sem ni’, Lemuella mengetap bibir.
“Hei! Kenapa diam? Kau ni yang berani sound aku dulukan… Kenapa sekarang tak bercakap?”, duga lelaki tersebut lagi. ‘Memanglah… Dulu aku datang dengan status ayah aku. Sekarang aku nak sorok identiti aku’, ingin sahaja dia menjawab lelaki itu namun kata-kata itu hanya dibiarkan tertanam di dalam hati.
“Sorry, aku tak sengajalah”, hanya itu yang keluar dari mulut Lemuella. Lelaki tersebut mengambil kad matrik Lemuella dan ditatap lama.
“Lemuella Luthfia Binti Putra Anaqi… Hmm, interesting”, sebut lelaki itu.
“Jumpa aku kat depan fakulti Science Computer”, katanya lagi.
“Aku ada kelas lepas ni”,
“Aku tak tanya. Yang aku tahu kau ada kat depan kelas aku lepas ni. Kalau tak…”, lelaki itu mendekatkan mukanya di hadapan muka Lemuella.
“Just wait and see”, bisiknya separuh ugutan. Lemuella tergamam. ‘Terlalu hampir’, dupdapdupdap. Laju sahaja jantungnya berdegup.
“OH my God! Biar betul kau? Aku rasa bagus kau pergi jumpalah”, saran Ilanit. Lemuella masuk kelas lebih awal supaya boleh meceritakan kisah hari ini kepada Ilanit.
“Kenapa pula? Penting sangatkah sampai nak jumpa bagai”, tanya Lemuella.
“Kau taukah diorang tu group senior yang paling popular di Uni kita ni? Course Science Computer adalah satu-satunya tempat yang paling susah mau masuk kalau di Uni ni sebab diorang mau terima yang betul-betul berpotensi saja. So, diorang tu salah satu student harapan universiti kita ni. Dengar-dengar one of them is an ambassador of digital marketing di China. Diorang ada 4 orang kan tadi?”, panjang lebar penerangan Ilanit dan diakhiri dengan pertanyaan.
“Ya”,
“Hmm… Matilah kau ni kali El. Bukan apalah… fans diorang tu agresif sikit. 4 orang tu kena gelar F4 versi Curtin University. Semua orang mau bercakap sama diorang tapi none of them got the chances sebab diorang tu sombong tahap gaban. Semua anak Tan Sri dari Terengganu. Gila lh joh.. Memang kerja gila”,
“So, macam mana ni? Aku takutlah. Kau ni saja nak takutkan aku”, keluh Lemuella. Dia mencapai telefonnya dan berlari ke Fakulti Sains Komputer.
“Excuse me, may I see Adham?”, tanya Lemuella kepada seorang pelajar dari bidang sains komputer.
“Adham?”, tanya perempuan itu. Hairan.
“Yes”,
“But who are you? No one allowed to talk with Adham without my permission”, kata gadis itu. Angkuh.
“I’m sorry but Adham himself asking me to meet him here”, jawab Lemuella. ‘Hey gilr! I have my own limit okay? You don’t even know who I am’, mahu sahaja dia berkata sedemikian namun ditelan sahaja dalam hati.
“You? You’re just some junior from lowly department… Why the hell Adham want to meet some low class girl like you. Stop making excuses and get lost”, hina perempuan itu lagi. Meluap kemarahan Lemuella. Tangannya dikepal dan bersedia untuk melepaskan tumbukkan. Maklumlah dia mempunyai tali pinggang hitam taekwondo ketika berada d bangku sekolah lagi. Namun dai terdengar seseorang berdehem di belakangnya. Terasa tangannya yang dikepal itu disentuh dan digenggam erat. Lemuella terkejut dan terus menoleh ke sisinya.
“Sorry Barsha… She’s my girlfriend”, kata Adham tanpa rasa bersalah. Melopong mulut Lemuella melihat Adham. ‘Kenal pun tiba-tiba mengaku teman lelaki aku… Nama pun tahu dari name tag ja’, rungut Lemuella. Dia cuba untuk meleraikan genggaman tangan Adham namun semakin dicuba semakin kuat genggaman tangan Adham.
“Eeww… Kau bua lawakkah? Nak aku gelak? You never dated before, why?”, tanya Barsha.
“Yupp but she’s my first girlfriend now”, jawab Adham. Sejurus itu semua gadis yang berada dalam kelas itu memandang ke arah mereka. Rata-rata peminat Adham. ‘Bodohlah dia ni’, maki Lemuella dalam hati.
“Sorry, saya ada kelas sekarang. Apa kata korang settle dulu. Saya masuk kelas”, kata Lemuella.
“Nope! Kau ikut aku”, bisik Adham.
“Barsha, I’ll tell you later. I got to go”, ucap Adham lalu menarik tangan Lemuella keluar dari situ.
“Hei lepaslah”, marah Lemuella namn Adham masih menarik tangannya. Adham membawa Lemuella ke parkir dan masuk ke dalam kereta.
“Kau dah kenal aku siapa?”, tanya Adham.
“Kenallah… Adham”, jawab Lemuella selamba. Yakah selamba? Hahaha. Takut sebenarnya. Yalah, tak pernah-pernah kenal tiba-tiba berduaan dalam kereta.
“No… As you know, everyone in this campus knows me. Hari pertama kau jejak kaki kat sini kau buat motor kesayangan aku calar. Selepas 3 bulan aku tak jumpa kau tiba-tiba kau tumpahkan kari kat baju kesayangan aku pula. So, if I said you’re my girlfriend, guess what’s my fans gonna do to you? Hahahaha”,
“So? Kau memang dah plan semua nilah?”, tanya Lemuella. Telefonnya berdering. Panggilan dari Ilanit.
“Weh, kau di mana? Kelas mau mula sudah ni. Apa yang jadi sebenarnya? Semua orang cakap pasal kau sekarang”, beritahu Ilanit.
“Afra, aku rasa aku tak dapat masuk kelaslah hari ni. Aku nak balik. Aku tak sedap badan”, bohong Lemuella. Dia cuba untuk membuka pintu kereta Adham tetapi malangnya dikunci.
“Kau okay?”,
“Aku okay… Tolong scan attendance untuk aku ya”, pesan Lemuella.
“Okay”, panggilan dimatikan.
“Buka pintu. Saya nak keluar”, pinta Lemuella. Adham hairan. ‘Macam tu ja? Dia takde nak cakap apa-apa?’,
“Tak nak”, tolak Adham.
“Awak nak apa sebenarnya? Tak cukupkah untuk apa yang awak buat untuk balas dendam kat saya ni. I think setakat motor calar, baju kotor is not a big deal for you as anak Tan Sri right?”, marah Lemuella. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia berikan kad kreditnya kepada Adham untuk membayar ganti rugi. Tetapi dia tidak mahu menggunakan kad kreditnya buat masa sekarang.
“Teruskan jadi girlfriend aku sampai aku tamat pengajian. Aku ada 2 tahun lagi untuk habis study”,
“What ever… Buka pintu ni sekarang”, arah Lemuella lagi.
“Phone?”, Adham menghulur tangannya untuk meminta telefon Lemuella. Lemuella hanya menurut kerana malas hendak berlama-lam di situ. Adham mendail nombor telefonnya untuk mendapatkan nombor telefonnya lalu menyerahkan kembali telefon Lemuella. Kunci kereta dibuka dan Lemuella terus meninggalkan Adham.
“ASSALAMUALAIKUM ayah, Fia nak balik KL”, tutur Lemuella dalam esakan.
“Kenapa ni Fia? Cerita pada ayah. Jangan nangis”, pujuk Dato’ Putra Anaqi. Kebanyakkan anak perempuan lebih rapat dengan ibu tetapi tidak bagi Lemuella. Dia lebih terbuka dan lebih selesa bersama ayahnya berbanding ibunya.
“Ayah, Fia nak balik. Ayah booklah tiket untuk Fia”, adu Lemuella.
“Okay, ayah panggil Uncle Ghazali tempah nanti”, akur Dato’ Putra. Lemuella mematikan panggilan. Air mata dikesat kasar. Dia menuju ke tempat dia memakir motornya. Bunyi deruman enjin motor Yamaha YZF-R1nya memenuhi segenap parkir. Sekelip mata sahaja motor berwarna kuning itu keluar dari kawasan kampus dan menuju ke rumah sewaan Lemuella. Lemuella mengemaskan biliknya. Barang-barangnya semua semua ditinggalkan kecuali pengecas telefon dan barang-barangan penting dan bersedia untuk keluar dari apartment ini. Apartment ini disewa bersama Ilanit sejak 2 minggu lepas. Telefon pintarnya bergetar menunjukkan mesej masuk.
Ayah dah tempah tiket untuk Fia. Flight Fia jam 5 petang ini – Dato’ Putra Anaqi.
Thank you ayah – Lemuella
Dia terus membuka simkad yang digunakannya itu lalu disimpannya di dalam dompet. Buku nota kecil di atas meja dicapai dan mula menulis sesuatu untuk Ilanit. Lemuella mengambil tottebagnya dan berjalan ke muka pintu dan terus ke lapangan terbang dengan menaiki teksi.
ILANIT pulang dari kampus agak lewat hari ini kerana menghadiri ceramah agama dari ustaz Abdul Aziz, penceramah jemputan dari Selangor. Ilanit mengetuk pintu apartment mereka berharap Lemuella akan membukanya dari dalam. Namun tiada tanda-tanda pintu akan dibuka. Mahu tidak mahu, Ilanit terpaksa membuka kunci pintu sendiri.
“El?”, panggil Ilanit. Suis lampu dihidupkan. ‘Kenapa tiber ni bergelap’, fikir Ilanit. Nota di atas meja langsung dia tidak nampak. Dia melangkah ke bilik Lemuella. ‘Kosong tapi motor ada di bawah’, fikirnya lagi. Ilanit duduk di ruang tamu dan baru menyedari keberadaan nota kecil itu.
Weh joh, sorry… Aku kena balik KL. Something comes up. Aku tak tahu bila dapat balik Sarawak. So, aku tinggalkan kunci motor aku. Kau gunalah kalau kau ada lesen. Kalau kau nak jual pun boleh hahahaha… And kalau kau terjumpa Adham, kau buat-buat ja tak nampak. Kalau dia yang datang jumpa kau, kau cakap ja kau tak tahu. One more thing, nombor aku dah tak aktif dalam masa terdekat ni. Sorry ya.
Love, Lemuella Luthfia
Ilanit tersenyum melihat nota yang ditinggalkan untuknya.
LEMUELLA mendakap erat ayahnya sebaik sahaja dia sampai lapangan terbang Kuala Lumpur.
“Ermm, anak bongsu ayah ni dah sampai pun”, tutur Dato’ Putra. Lembut. Dia mengusap ubun-ubun Lemuella. Lemuella meleraikan pelukan.
“Mari balik”, ajak Dato’ Putra lagi. Dia tidak mahu terus bertanya tentang masalah anaknya itu. Mereka mengambil masa 20 minit untuk tiba d rumah.
“Hai anak ibu”, sapa Datin Luqyana di muka pintu.
“Assalamualaikum ibu”, Lemuella menyalami tangan ibunya dan memeluknya kejap.
“Marilah makan dulu. Ibu ada masak sikit”, ajak Datin Luqyana.
“Wah! Ibu masak apa?”, tanya Lemuella. Betapa dia merindukan masakan ibunya walaupun baru 3 minggu dia berada di Sarawak selepas bercuti.
“Masakan biasa ja. Abang nak makan sekalikah?”, tanya Datin Luqyana kepada suaminya.
“Hmm… Taklah. I masih kenyang ni”, jawab Dato’ Putra. Lemuella makan dengan berselera sekali. Seperti biasa masa bersama keluarga memang menyenangkan seolah-olah membawa pergi masalah-masalah yang menghimpit dada.
“Alhamdulilah… Fia naik dululah. Penat”, kata Lemuella. Dia meniti anak tangga dengan perlahan.
“Abang pergilah cakap dengan dia. I rasa dia perlukan abang daripada saya”, saran Datin Luqyana.
“Hmm yalah. You masuklah bilik dulu”, Dato’ Putra mengekori Lemuella dengan sabar. Toktoktok… Pintu bilik Lemuella diketuk.
“Masuklah”, jerit Lemuella. Seperti biasa biliknya bising seperti pub kerana biliknya satu-satunya bilik yang kedap bunyi.
“Ya Allah, Lemuella Luthfia… Perlahankanlah lagu tu. Tak sakit telingakah?”, pinta Dato Putra.
“Nolah ayah. It’s relaxing”, balas Lemuella namun tangannya mematikan lagu yang memenuhi segenap ruang biliknya. Suasana hening seketika.
“Fia ada masalahkah?”, tanya Dato’ Putra.
“Takde. Rindu ayah dengan ibu ja”, jawab Lemuella. Suasana kembali senyap.
“Ayah, kenapa orang perlu memandang darjat dan kedudukan untuk berkawan?”, tanya Lemuella.
“Tak semua orang memandang darjat dan kedudukan untuk mendapat perhatian. Tapi kalau ayah, darjat itu sangat penting sebagai imej ayah. Tapi ayah tak maksudkan seseorang yang tidak berdarjat itu tidak mempunyai imej”, Dato’ Putra memberikan pendapat.
“Fia nak cuba untuk jadi seseorang yang sederhana tanpa bantuan dari ayah… Tapi banyak sangat orang yang mencabar kesabaran Fia”, adu Lemuella.
“Biasalah tu Fia… Itulah namanya dugaan dari Allah. Allah bagi dugaan sebab Allah sayang. Allah nak kita berdikari dan tabah dengan dugaan yang Dia turunkan. Kita sebagai hamba Allah mesti sentiasa bersyukur dan jangan mengeluh. Allah takkan uji umat-Nya lebih dari yang mereka termampu. Untuk darjat tu pun kita tak boleh meninggi diri sebab itu rezeki dari Allah kepada kita. Bila-bila saja Allah boleh tarik”, nasihat Dato’ Putra panjang lebar. Lemuella hanya mengangguk-angguk.
“Bila ayah nak buat charity ayah kata hari tu?”,
“3 minngu lagi”,
“Ayah dah pilih tempat?”,
“Tak tahu lagi. Kiranya nak buat kat University Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan tapi bagus lagi ayah buat di universiti Fia ja. Dekat sikit”,
“Bagus juga tu”,
“Bila Fia pergi Sarawak?”,
“Nanti-nantilah”,
“Hmm… Yalah”, kata Dato’ Putra lalu keluar dari bilik Lemuella.
2 minggu Lemuella menghilang tanpa khabar, Adham runsing. Berkali-kali dia cuba untuk menghubungi Lemuella namun jawapannya tetap sama. ‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi’. Bunyi deruman motor Yamaha YZF-R1 mengejutkan jiwanya yang kacau bilau. ‘Yamaha YZF-R1 Sportbike? Apasal aku tak pernah nampak motor ni sebelum ni’, ujar Adham dalam hati. Bola matanya jatuh pada kasut sneaker berjenama Prada. ‘Seingat aku adik aku ada kasut macam ni. Bukankah limited kasut ni? Kenapa ada orang kat kampus ni mampu beli kasut macam ni?’, desis hati kecil Adham lagi. Matanya tertumpu pada jaket orang itu pula. ‘Ini tak boleh terima’, jaket leather yang dipakai oleh orang itu sama dengan jaket yang dipakai oleh Adham. Jaket keluaran terbaru Coach yang bernilai 4 ribu lebih seunit. Lemuella membuka topi keledarnya dengan bergaya di depan Adham. Terkejut beruk Adham dibuatnya. Rambut panjang ikal mayang paras pinggang sudah dipotong hingga parah bahu dan diluruskan.
“Hai”, sapa Lemuella. ‘The old Lemuella Luthfia is back’, fikir Lemuella. Adham yang terpinga-pinga tadi sedar dari khayalannya.
“Hei! You pergi mana hah? Kau tahu tak aku cari kau”, marah Adham.
“Oh ya? Sorry”, ucap Lemuella acuh tidak acuh.
“Sorry ja?”,
“So what? Begging?”,
“Explainlah”,
“Do I really have to tell you every single thing I did to you? Are my husband? Are we getting married now?”, Adham terkejut dengan jawapan Lemuella. Namun dia tersenyum. ‘Yes, its her. The very first person yang aku jumpa hari tu’, bisik Adham dalam hati.
“Yes you should. Because you already agree to be my girlfriend until I graduated”, Adham mengingatkan. Lemuella mendengus mengejek. Sarung tangan leather yang dai khaskan untuk menunggang motor ditanggalkan.
“Oh… Yes. My boyfriend. I almost forgot that I have a boyfriend”, Lemuella buat-buat ketawa. Perkataan ‘boyfriend’ balik-balik ditekan. Kebetulan kekasih zaman sekolahnya putus setelah mereka tamat persekolahan. Adham kehairanan.
“Ah… Ahaha. Sorry, you nak I explain kan? I balik KL selama ni. Nak buat persiapan jadi girlfriend awak yang terpaling banyak fans”, kata Lemuella dengan suara yang dibuat-buat gedik.
“Cantik? Dia pura-pura bertanya lagi. Sejurus itu, Lemuella berpusing seperti seorang model yang memperagakan pakaiannya. Adham tergamam. Lemuella seperti orang lain yang tidak pernah di kenali. Tiba-tiba sahaja perasaan aneh singgah di benak hati Adham.
“Are you okay honeybee?”, tanya Lemuella lalu memegang lengan Adham. Sentuhan itu bagai renjatan elektrik bagi Adham. Dia terundur selangkah ke belakang. Degupan jantung Adham tidak menentu lalu dia terus meninggalkan kawasan parkir itu dengan pantas. Melihat Adham pergi begitu sahaja membuatkan Lemuella terhibur.
“Hahahaha… Nak main sangatkan. So, let’s play until it finally game over”, ujar Lemuella sendirian. ‘Jangan lupa, selain Ivanna, aku juga pernah dilabel playgirl SMK Cheras Awana’, tingkah Lemuella dalam hati.
SUASANA dewan utama Curtin University of Technology Sarawak sunyi. Semua mahasiswa dan mahasiswi sedang menunggu kehadiran tetamu jemputan yang telah diumumkan 2 hari lepas. Sebaik sahaja tetamu jemputan itu masuk, dewan tersebut dipenuhi dengan tepukan gemuruh dari semua pelajar. Kedengaran suara pengacara majlis meminta kesudian dari tetamu jemputan untuk menyampaikan ucapan.
“Terima kasih pengacara majlis… Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang saya kasihi. Nama saya Putra Anaqi Bin Haji Anwari berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Saya telah menubuhkan syarikat pemprosesan makanan, Anaqi Food Holdings sejak tahun 1992 lagi. Alhamdulilah, rezeki saya berlimpah sehingga mampu membina dan menubuhkan beberapa cawangan syarikat seperti di Johor, Perak, Melaka dan Sabah. Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih saya akan membuka cawangan di Sarawak ini.
Namun, setelah menubuhkan beberapa cawangan, saya sedar bahawa saya belum melakukan amal untuk membalas kebaikan yang Allah beri kepada saya. Saya lupa untuk berbagi berkat yang saya ada kepada orang lain. Oleh itu, saya berbincang dengan kakitangan syarikat berserta dengan pemegang-pemegang saham untuk mendermakan sejumlah wang untuk beberapa buah universiti di Malaysia. Sebetulnya saya bercadang untuk memilih sebuah universiti di Sabah namun jika difikirkan kembali kembali, mengapa tidak menaik taraf universiti yang dituntuti oleh anak sendiri. Hahahaha”, Dato’ Putra ketawa kecil diikuti dengan suara gelakan semua pelajar dan pensyarah. Dia berhenti sebentar dari ucapannya untuk mencari wajah Lemuella. Waktu itu Lemuella sengaja duduk di sebelah Adham.
“Saya ingin berterima kasih kepada anak saya kerana memberikan rekomendasi untuk memilih institusi ini sebagai tempat untuk saya beramal kepada Allah. Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan anak saya dan mungkin ramai juga yang tidak mengenalinya. Saya perkenalkan nama anak saya ialah Lemuella Luthfia dari bidang architecture engineering”, ucap Dato’ Putra dengan senyuman kebanggaannya. Gembira dan bangga kerana mempunyai seorang anak yang gigih berusaha untuk mengharumkan nama keluarganya. Ketika mendengar ucapan tersebut, semua penuntut saling berbisik antara satu sama lain. Adham yang masih tergamam menoleh ke arah Lemuella. Lemuella hanya menghadiahkan segaris senyuman dan mengangkat kedua-dua bahunya sebagai tanda tidak tahu apa-apa.
“Saya berharap semua pelajar di institusi ini juga akan memiliki cita-cita tinggi untuk mencapai target kamu kerana rezeki dari Allah tak pernah salah alamat. Sekian terima kasih dan Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakaatuh”, Dato’ Putra menamatkan ucapannya.
“Terima kasih Dato’ Putra Anaqi Bin Hj Anwari atas sumbangan beliau sebanyak RM850,000 untuk pembangunan dan 1000 kerusi untuk kegunaan dewan utama. Terima kasih diucapkan sekali lagi”, kata pengacara majlis tersebut.
Don't forget to leave a comment
Share this novel