Chapter 9

Romance Series 5912

Cuti semester pertama telah pun bermula setelah 4 bulan berperang dengan kertas peperiksaan. Semua mahasiswa dan mahasiswi The University Of Melbourne bergegas balik ke tempat masing-masing. Kiranya Serafina tidak mahu balik ke Malaysia kerana ingin bercuti di Australia ini sahaja. Namun apakan daya, tiba-tiba sahaja ibu bapa Serafina menghubunginya supaya pulang dan tiket sudah disediakan.
“So? Are you going back to Malaysia?”, tanya Alex. Alex berasal dari Perth, Australia. Serafina ingin berkawan dengannya kerana Serafina meminati rakan Alex iaitu Jade. Serafina telah meminati Jade sejak hari pertama dia mendaftar di The University of Melbourne. Tambahan pula Jade juga memberi layanan yang baik kepadanya.
“I think so. My momma called me yesterday”, kata Serafina.
“Oh, too bad… We can’t spend our holiday together with Jade”,
“Yeah… Pity for me”,
“It’s okay Sera. We still got another 3 years and a half to finish our study. We’ll go next semester”,
“I hope so, Alex”, Serafina masih berasa sedih kerana tidak dapat bercuti di Gold Coast bersama lelaki yang diminatinya.
“What time is your flight Sera?”, tanya Alex.
“Tomorrow morning at 6”, balas Serafina.
“Oh okay then. Have a safe flight”, ucap Alex.
“Thank you. Oh ya… I’m about to go back to my dorm now”,
“Oh okay… See ya next semester”,
“Haha, okay Alex. See ypu soon”, Serafina terus naik ke hostel dan mengemaskan barang-barang yang hendak dibawa balik ke Kuala Lumpur.
“Awak pun nak balik Malaysiakah?”, tanya Chelsea. Rakan sebiliknya yang juga dari Malaysia tetapi berasal dari Perlis. Dia berada di tahun akhir belajar dalam program Sains Komputer jadi dia tidak mempunyai cuti.
“Ya. Sebenarnya saya tak nak balik pun tapi parents saya tiba-tiba call suruh balik. Nak kata tak nak, tiket dah tersedia. So, terpaksalah juga balik”, adu Serafina.
“Untunglah ada cuti. Akak ni terpaksa tinggal kat sini”, gurau Chelsea. Serafina tergelak.
“Tak susahkah awak ambil course medic?”, tanya Chelsea apabila ketawa mereka redah.
“Susah jugalah… Tapi, minatkan so okay juga. Alhamdullilah, setakat ni taklah susah mana”, kata Serafina. Bersyukur kerana diberi hikmat kepandaian daripada Allah.
“Oh… Baguslah kalau macam tu”,
“Haah”,

TEPAT jam 11.20 petang kapal terbang Malaysia Airlines mendarat di KLIA. Memandangkan jam Melbourne lebih awal 3 jam berbanding Kuala Lumpur maka jam 6 pagi di Melbourne bersamaan jam 3 pagi di Malaysia. Setelah keluar dari balai ketibaan, Serafina menanggalkan kaca mata hitamnya dan berdiri memerhati sekeliling untuk mencari pembantu peribadi papanya. Dia berdiri seolah-olah model di tengah kesesakkan orang lalu-lalang. Kali ini dia hanya mengenakan blaus bow knot separuh lengan berwarna biru yang dipadankan dengan seluar jeans paras paha dan kasut but berwarna hitam berkilat. Tiba-tiba Serafina ternampak satu kelibat melambai-lambai ke arahnya. Dia terus datang ke tempat wanita itu berdiri.
“Dah lama tunggu?”, tanya Serafina sekadar berbasa basi.
“Tak juga cik”, jawab Mira, pembantu peribadi Dato’Darol. Selepas itu Serafina tidak lagi bercakap. Perangai sombongnya masih seperti dulu. Baginya, cukuplah dia hanya menyapa orang yang lebih tua. Sesampai sahaja dia di rumah banglo 2 tingkat milik keluarganya itu, dia terus masuk ke bilik kerana dia tahu ibu-bapanya tidak akan mengambil cuti semata-mata untuk menunggu kepulangannya. Belum sempat pun dia meletak barang tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan dikuak tanpa diarah. Kelihatan Datin Jessie berdiri di muka pintu.
“Eh mama. Assalamualaikum”, sapa Serafina dengan ceria. Dia terus menerpa ke arah Datin Jessie dan menyalami tangan mamanya lalu memeluk dan mencium kedua-dua belah pipi mamanya itu. Rasa rindu tak terkata walaupun hanya 4 bulan tidak bersua muka.
“Waalaikumusalam”, balas Datin Jessie. Tersenyum gembira.
“Bila mama balik?”, tanya Serafina.
“Mama dan papa cuti hari ni. Marilah turun papa dah tunggu tu. Ada hal yang dibincangkan katanya”, ajak Datin Jessie.
“Kejap lagilah mama. Sya nak mandi dulu”,
“Hmm… Jangan lama sangat”, pesan Datin Jessie. Dia terus keluar dari bilik Serafina dan turun ke tingkat bawah. Bilik Serafina terletak di paling hujung dan paling atas rumah mereka dengan pintu bilik yang diubahsuai menjadi seperti dinding agar kanak-kanak tidak tahu bahawa ada pintu di sebalik dinding tersebut seperti bilik tersembunyi. Nak privacy katanya. Usai mandi, Serafina bergegas turun menuju ke ruang tamu.
“Hah, lewatnya kamu turun. Mama kata jangan lambatkan?”, tegur Datin Jessie.
“Sorry”, Serafina memohon maaf sambil tersengih.
“Takpe-takpe. Papa have something to tell you”, kata Dato’ Darol. Serius.
“What is it? Sound so serious… Right after my arrival”, duga Serafina.
“Yeah… Really really serious. You must pay attention. No joking around”, kata Dato’ Darol lagi. Serafina hanya memberikan isyarat tangan tanda silakan.
“Papa dan mama dah bincang. Kami nak kawinkan kamu dengan anak kawan papa”, Dato’ Darol menyatakan pendapatnya. Serafina terkejut bukan kepalang. Serasa ingin pengsan sekarang juga. Namun tiba-tiba dia ketawa. Ketawa dengan kuat.
“Hahahaha… Dato’ Darol Bin Hj Gahar, are you joking with me right now?”, tanya Serafina. Apabila dia terkejut atau marah memang automatik lidahnya menyebut nama penuh seseorang.
“No, I’m not Serafina Syazani Binti Darol”,
“It’s a no papa, mama. Sya tak setuju”, bentak Serafina. Dia menghempas tangannya di kusyen tanda protes.
“Papa don’t care. Setuju atau tak kamu kena terima juga sebab ini adalah cara terakhir untuk mengekalkan kemewahan yang kamu miliki sekarang”, Dato’ Darol memberi kata putus.
“Sya, apa yang Sya mahu semua mama dan papa tunaikan. Dari kecik sampailah dah besar panjang macam ni pun masih kitorang tunaikan permintaan Sya. Why not kamu pula tunaikan permintaan kami kali ni”, pujuk Datin Jessie.
“You guys basically tryna sell me you know? I’m willing to do anything for you guys but not this. I don’t want to get married with a man that I don’t even know”, Serafina terasa ingin menangis tetapi ditahan.
“Keadaan ekonomi syarikat utama kita tak stabil. So, your papa is coperating with his friend to make our economy stabil balik macam dulu. Sebagai jaminan mereka akan mengahwinkan anak masing-masing sejurus mengeratkan hubungan silaturahim”, terang Datin Jessie.
“Papa dan mama ni nak jual Sya ke?”, air mata yang berada di tubir mata jatuh juga akhirnya. Hatinya bagai dihempas dan hancur berkecai. Pantas dia menyeka air mata yang mengalir. Tidak mahu dilihat yang dirinya lemah.
“No, you’re wrong honey. I know you don’t wanna marty someone that you don’t know but this boy is really kind and good. Sangat sesuai dengan puteri tunggal papa ni”, pujuk Dato’ Darol pula. Dia memeluk bahu anaknya.
“Soon I’ll become a doctorlah. Sya boleh tanggung family kita. Abang Shamsul dan abang Sharol pun dah kerja. Bolehlah kitorang tolong mama dan papa”, Serafina masih mencari alasan.
“Kamu tak faham dan kamu tak akan faham. Where do get the money to continue your study especially when you’re studying abroad. Both of your brother is basically same as you, what do you mean they can help us? It’s not easy to keep your scholarship if we already declared bankupt you know?Not everyone will get a job as soon as they finish their study. Understand? Terpulang kamulah Sya…”, Dato’ Darol kecewa dengan Serafina lalu masuk ke dalam biliknya. Datin Jessie juga membuntuti langkah suaminya dan meninggalkan Serafina sendirian di ruang tamu. Serafina terkilan. Dia masih duduk di ruang tamu itu meratapi tamparan realiti di mukanya sebaik sahaja pulang ke Malaysia.

Thank you for keep support . Please leave a comment on what you thought about this chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience