Hari ini genap 6 bulan Syed Ziyaad bekerja di bawah syarikat ayahnya. Sepanjang masa itu juga sekali pun Serafina tidak pernah pulang ke tanah air untuk melawat keluarganya apatah lagi Syed Ziyaad dan keluarga. Bermacam-macam alasan yang diberikan kepada ibu bapanya setiap kali ditanya tentang Serafina. Bukannya Syed Ziyaad tidak mahu pergi ke Australia, namun timbunan kerja yang diberikan oleh ayahnya sebagai latihan untuk mengambil alih syarikat membuatkan dia berfikir beberrapa kali untuk meninggalkan kerjanya itu. Serafina tidak pernah menghubunginya dahulu selama 6 bulan ini. Syed Ziyaad juga hanya menghubungi Serafina sebulan sekali kerana setiap kali menghubungi Serafina jawapannya tetap sama. Sibuk. Malam ini, hujan turun dengan lebat. Syed Ziyaad mengeluarkan telefon pintarnya untuk menghubungi isterinya. Beberapa detik sahaja panggilan terus diangkat.
“Laju jawab call hari ni. Selalunya dail berkali-kali pun belum tentu nak jawab”,
“Cuti. Ada apa call malam-malam buta ni?”, jawab Serafina. Dingin seperti selalu.
“Sajalah call. Kalau nak tunggu you call dulu memang taklah”,
“Tahu takpe”,
“Buat apa tu?”,
“Tidur”,
“Betul-betullah… Kalau tidur takdelah jawab call kan?”,
“Suka hati I lah nak buat apa masa cuti I. You nak tanya-tanya kenapa?”,
“Memanglah nak tanya. Dah orang tu tak nak balik Malaysia macam takde suami kat sini”,
“Tak payah suami-suami sangat. Kalau I ada kat situ pun sama ja. Kita buat kerja masing-masing juga”,
“At least ada depan mata I. Taklah rindu macam ni”,
“Tolong jangan buang tabiat erk. I malas ni nak layan. I off call ni baru tahu”,
“Janganlah… I betul-betul rindu you lah. Kenapa you tak percaya ni?”,
“Eeee. Dah gila dah mamat ni”, kedengaran omelan Serafina di corong telefon. Syed Ziyaad tersenyum bahagia.
“You tak rindu I ke?”, tanya Syed Ziyaad.
“Tak. Takde masa”, jawab Serafina. Tiba-tiba pintu bilik Syed Ziyaad diketuk dari luar dan suara Puan Sri Bevendra kedengaran memanggil nama Syed Ziyaad.
“You, mommy datang. Tukar pergi video call”, kata Syed Ziyaad dengan nada perlahan. Panggilan suara ditukarkan ke panggilan video. Syed Ziyaad bangun membuka pintu. Tersembul wajah ibunya membawa jus oren untuk anak lelakinya itu.
“Thank you mommy. Tak payahlah susah-susah bawakan jus ni. Syed boleh ambil sendri nanti”, ujar Syed Ziyaad.
“Takpelah. Mommy takde buat apa-apa juga kat bawah tu. Syed buat apa tu?”, tanya Puan Sri Bevendra.
“Ni hah, tengah borak-borak dengan Fina”, jawab Syed Ziyaad lalu menunjukkan wajah Serafina di skrin telefon.
“Hai mommy, Assalamualaikum”, sapa Serafina lalu melambai-lambaikan tangan kepada ibu mertuanya.
“Waalaikumusalam… Tak kerja hari ni?”,
“Fina cuti hari ni mommy”,
“Eloklah tu. Rehat-rehatlah dulu. Mommy dah nak turun ni. Tak nak kacau korang borak”, kata Puan Sri Bevendra sambil tertawa kecil kemudian meninggalkan mereka.
“You memang tak nak balik sinikah? Mommy and daddy tanya I hampir setiap hari tau tak?”, ujar Syed Ziyaad. Dilihatnya Serafina sedang sibuk dengan rutin penjagaan wajahnya.
“Yakah mereka tanya? Ke you yang tanya? Takde pun mommy mention apa-apa tadi”,
“Memanglah takde sebab I dah bagi alasan baru-baru ni. You ni pun kalau tak nak balik sekalipun update lah khabar supaya I ada alasan nak bagi kat parents I. Tak pasal I yang kena nanti kata tak jaga isteri”, rungut Syed Ziyaad.
“You cakaplah dengan diorang tunggu setahun lagi. I apply residency kat Malaysia juga”,
“Lamanya. You betul-betul tak rindu I ke?”,
“Eh, you ni dah kenapa dari tadi buang tabiat. You dah jatuh cintra dengan I ke?”, Serafina memandang Syed Ziyaad di skrin telefon.
“Yes! Isn’t it obvious?”, jawab Syed Ziyaad dengan serius. Serafina tergamam. Perasaannya bercampur-baur.
“Well… I tak hairan sangat sebab I memang cantik. Kalau lelaki macam you tak terpikat memang agak mustahil”, kata Serafina mengangkat bakul sendiri. Dia cuba untuk kelihatan seperti biasa walaupun hatinya ingin berteriak.
“Dia macam perli tau tapi takpe. Hati dah sayang, so I terima”, ujar Syed Ziyaad dengan senyuman. Serafina terpanah melihat senyuman yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
“Eh, dahlah. I nak tidur”, kata Serafina. Semakin lama berhubung dengan Syed Ziyaad semakin hanyut dia dibuai perasaan aneh dalam hatinya.
“Eh, you… Tak payahlah off call. Temankanlah I tidur. Malam ni ja. I tahu kat Australia sekarang musim panaskan? Kat sini hujan lebat. Tak nak dengar bunyi hujankah? You kan suka dengar bunyi hujan”,
“Tak dengar pun bunyi hujannya”,
“Kalau I tidur tempat stargazing, you jangan off call ya”,
“Hmm”, sepatah sahaja jawapan Serafina. Dengan pantas Syed Ziyaad keluar ke tempat melihat bintang dan tidur di sana kerana bunyi hujan agak kuat di tempat itu. Serafina meletakkan telefon pintarnya di sebelahnya seolah-olah Syed Ziyaad sedang tidur bersebelahan dengannya. Tidak berapa lama kemudian, mereka berdua terlelap dengan keadaan itu.
“DO you think someone’s live is a joke Sera?!!”, jerit seorang doktor di tengah-tengah bilik kecemasan yang penuh dengan orang. Terhenjut bahu Serafina akibat jeritan tersebut.
“Sorry Dr, I read it wrong… I thought I should increase the dose. I’m so sorry”, Serafina memohon maaf. Aduh… Bagaimana dia boleh tersilap pandang hal-hal penting seperti ini.
“Who is your superior?”,
“Dr. Shane Dr”, jawab Serafina masih dalam keadaan menunduk kerana rasa bersalah. Pesakit yang dia sepatutnya ambil perhatian baharu sahaja terkena seizure akibat ubat dos yang diberikan lebih daripada dos yang sepatutnya.
“I’m her superior Dr. I’m sorry. I should’ve train her better”, kata Dr. Shane yang baharu datang.
“As you should! If only I come a little later just now and something worse happen to the patient, you’re the who could be sued since you’re her direct superior”, marah doktor tersebut.
“I’m aware Dr. I’m so sorry. It won’t happen again…”, jawab Dr. Shane. Doktor yang memarahi mereka berdua pergi meninggalkan mereka. Mata-mata yang memandang mereka sedari tadi juga pergi meninggalkan mereka. Dr. Shane memandang Serafina dengan mata yang menyala. Pandangannya lebih menakutkan berbanding pandangan mata doktor yang sebelum ini.
“Come to my office right now!”, arah Dr. Shane dengan tegas lalu bergegas ke bilik pejabatnya. Serafina membuntuti langkah Dr. Shane dengan pantas. Kepala masih seperti tadi. Tertunduk dalam rasa bersalah. Dr. Shane menghempas laporan pesakit di tangannya dengan kuat. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin untuk bertenang.
“See… This is what happen if you don’t do your revision well enough. Dean list every semester is not enough for you to become a doctor, Sera… Its what you learn here. Its called practical for a reason. Not for you make a small mistake like today. A small mistake can lead to a bigger mistake in a hospital. What if there is no available doctor just now? What you gonna do? That is exactly why you shouldn’t be careless. That is why a doctor should go through patient report again and again”, nasihat Dr. Shane sebaik sahaja dirinya tenang.
“I’m so sorry Dr. I have nothing to say. I’m really sorry”, ucap Serafina. Hanya itu yang mampu dia katakan kerana dia sedar akan kesilapannya.
“Go”,
“Thank you. I’m sorry”, jawab Serafina lalu keluar dari bilik Dr. Shane.
Sorry for the inconveniences but I'm going away for a little while . I won't be able to update chapter . Please give me time . I will get back to you soon . Thank you and keep supporting me
Share this novel