Chapter 11

Romance Series 5974

Lapangan terbang Singapore yang sesak itu tidak menghalang 4 sekawan ini mengambil swafoto bersama. Ivanna mengeluarkan selfie sticknya untuk memudahkan mereka mengambil gambar lalu menghantar tersebut ke whatsapp grup mereka.

Weh, surprise! Kitorang kat Singapore – Juanlita
Weh… Seriouslah… OMG korang biar betul? – Carlissa
Haah, boleh ambik kitorang tak? Hehe – Juanlita
Of courselah. Jap lagi aku sampai – Carlissa
Korang kat airport mana? – Carlissa
Singapore Changi Airportlah – Juanlita
Okay okay… Aku datang sekarang – Carlissa

Selepas setengah jam memandu di lebuh raya akhirnya Carlissa sampai di lapangan terbang Changi Singapore. Dia mengeluarkan Iphone 15nya dari Dior Sling Bag yang dibawanya. Pemakaiannya ringkas sahaja. Dia hanya mengenakan blaus chiffon bertaris putih coklat dan seluar panjang putih straight cut yang agak longgar bersama kasut slip on berwarna putih.
“Weh Hara, korang kat mana? Aku dah sampai ni”, tanya Carlissa sebaik sahaja panggilan disambungkan.
“Kat Starbuck ni”, jawab Juanlita lalu mematikan panggilan setelah mendengar jawapan Carlissa. Apabila ternampak kelibat Carlissa yang melilau-lilau mencari mereka, Juanlita melambai-lambaikan tangan untuk menunjukkan keberadaan mereka.
“Wah! Semua pakai Versacelah… Lawa siot”, puji Carlissa apabila melihat gaun yang dipakai oleh mereka berempat. Dari jauh dia sudah mengenali brandnya.
“Jauh sangatkah rumah kau dari airport ni?”, tanya Lemuella.
“Taklah jauh sangat”, jawab Carlissa. Dia bangun dan memesan Mocha. Kemudian dia duduk kembali.
“Jadi apasal kau lambat sangat? Tengok, tak pasal-pasal aku terpaksa belanja diorang Starbuck. Kurang duit aku nak shopping”, gurau Lemuella. Dia menghirup Latte panasnya perlahan.
“Hahahaha… Sorrylah jalan jammed tadi”, ucap Carlissa.
“Takpe, biar aku belanja”, tawar Carlissa.
“Hahahaha… Aku gurau jelah. Aku ikhlas belanja diorang ni”, tegah Lemuella.
“Eh, Sya mana?”, tanya Carlissa. Baru perasan yang Serafina tiada bersama mereka. Tadi waktu dia sampai masih ada lagi. Mungkin dia pergi waktu dia memesan minumannya.
“Entahlah. Mungkin ke tandas dan tersesat sebentar”, balas Juanlita pula sambil ketawa.
“Hah tu… Panjang umur dia”, Juanlita menunjuk ke arah Serafina yang baru masuk ke kafe itu.
“Aku benganglah”, marah Serafina lalu menghenyak punggungnya di kerusi bersebelahan Ivanna.
“Laa… Dah kenapa pula ni?”, tanya Ivanna.
“Ada mamat ni, dahlah langgar-langgar orang tak reti cakap sorry pula tu”,
“Itu aku boleh terima lagi. Tapi yang aku tak boleh terima ni, dia boleh pijak ja sunglasses aku. Berkecai doh”, sambung Serafina. Terbakar hatinya. Dia meletakkan kaca mata hitam yang hancur berkecai itu di atas meja mereka.
“Oh my God… Inikan sunglasses yang kau beli kat Australia hari tu. Gilalah mamat tu. Limited Edition kot ni”, terkejut Carlissa melihatnya. Baharu sahaja bulan lepas Serafina menghantar gambar kaca mata hitamnya itu di status Whatsappnya. Tup tup dah pecah sebaik sahaja sampai di Singapore hari ini.
“Itu yang bengang ni”, marah Serafina lagi. Dia akan ingat muka lelaki itu sampi bila-bila.
“Rilek rilek, Minum dulu, bagi sejuk hati kau”, Lemuella menyuakan air strawberi ke bibir Serafina.
“Thank you”, ucap Serafina seraya melemparkan senyuman kepada Lemuella.
“Esok kita belilah lagi yang limited edition juga. Yang memang ada 5 ja kat Singapore ni”, pujuk Juanlita. Selepas mereka selesai minum, mereka singgah sebentar di FairPrice Finest untuk membeli bahan basah untuk dimasak oleh pembantu rumah Carlissa. Tidak baik jika mereka tidak membawa sebarang bahan basah dan hanya menumpang makan sahaja walaupun Carlissa sudah berkata tidak perlulah membeli apa-apa. Mereka menyenaraikan bahan mentah yang ingin dibeli iaitu 5 ketul paha ayam, 3 kg daging lembu Korea, 2 kg daging kambing peram, sayur-sayuran dan beberapa jenis buah-buahan.
“Semua barang-barang dah ada?”, tanya Ivanna.
“Rasanya dah kot”, jawab Juanlita. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan mereka kembali ke rumah Carlissa.
“Okay, dah sampai guys!”, kata Carlissa. Dia memakir keretanya di garaj yang hanya memuatkan 2 buah kereta.
“Ah, finally”, ucap Lemuella. Mereka membiarkan beg pakaian mereka di dalam kereta kerana selepas makan mereka akan balik ke hotel Fraser Place berdekatan Robertson Walk.
“Assalamualaikum umi, abah… Kawan-kawan Riyah dan sampai ni”, laung Carlissa memberi salam sebaik sahaja membuka pintu. Rumah Carlissa di Singapore hanya teres dua tingkat berbeza dengan rumahnya di Malaysia iaitu banglo.
“Waalaikumusalam”, sahut Puan Shafiqah. Dia baru selesai mebersihkan dapur.
“Assalamualaikum aunty”, ucap mereka lalu menyalami tangan Puan Shafiqah dengan sopan.
“Maaflah aunty kitorang datang tak beritahu. Saha nak buat kejutan untuk Riyah”, Serafina mewakili permohonan maaf daripada mereka semua.
“Takpe-takpe. Aunty tak kisah. Elok sangatlah kamu datang ni. Taklah sedih mana si Riyah tu tak dapat balik bercuti kat Malaysia”, balas Puan Shafiqah.
“Ni aunty, kitorag ada beli sikit bahan-bahan masakan dan buah tangan. Nak letak mana ni?”, tanya Ivanna.
“Ya Allah, susah-susah ja… Aunty dah suruh abaH Riyah pergi beli bahan basah kat pasar tadi. Ni yang dia takde kat rumah ni”,
“Takpelah aunty, tak susah pun. Kami beli sikit ja, kalau tak cukup kitorang tambah”, jawab Juanlita.
“Eh, tak payahlah. Ini pun dah lebih dari cukup dah ni”, tolak Puan Shafiqah. Mustahil dia ingin menghabiskan duit remaja ini.
“Riyah, kenalkan umi kawan-kawan kamu ni. Umi tak tahu nak panggil mereka siapa”, pinta Puan Shafiqah setelah menjemput mereka duduk.
“Ini Lemuella Luthfia Binti Dato’ Putra, yang omputeh celup ni namanya Serafina Syazani Binti Dato’ Darol. Yang keding ni Ivanna Irdina Binti Dato’ Hj Mustaqim dan yang kecil ni pula namanya Juanlita Jawhara Binti Dato’ Jamadil”, Carlissa memperkenalkan rakan-rakannya dengan separuh mengutuk.
“Tapi umi, Riyah panggil diorang ni ringkas je. Fia, Sya, Dina and Hara”, kata Carlissa lagi sambil menunjuk mereka menggunakan tangan dengan cara yang sopan.
“Oh gitu… jadi kamu semua masih belajarkah? Atau dah ada yang bekerja?”, tanya Puan Shafiqah ingin tahu.
“Kami masih belajar lagi aunty”, jawab Lemuella.
“Oh… Kamu ambil course apa?”,
“Saya ambil course architecture engineering”,
“Oh… Yang lain pula?”,
“Saya ambil business administration”, jawab Ivanna.
“Saya pula ambil medic”, beritahu Serafina.
“Wah! Nak jadi doktorlah ni?”, terkejut Puan Shafiqah. Bukan calang-calang kawan anaknya ini.
“Insya-Allah… Kalau dapatlah”, balas Serafina pula.
“Kamu doctor bahagian apa?”,
“Doktor bedah saraf”.
“Boleh tahan susah tu”,
“Boleh tahan jugalah. Tapi Malaysiakan kekurang doktor pakar bedah saraf, so if I take the course maybe senang sikit dapat tawaran kerja kot”,
“Haah… Baguslah tu. Belajar elok-elok. Kamu pula?”, tanya Puan Shafiqah kepada Juanlita.
“Oh, saya ambil teaching ja”, jawab Juanlita.
“Baguslah tu. Jadi guru apa?”,
“Mulanya nak jadi guru muzik tapi parents kata tak sesuai jadi terpaksalah tukar ke guru Matematik dan Sejarah”,
“Oh… Baguslah kalau macam tu”, kata Puan Shafiqah. Tidak lama kemudian, Encik Mazlan sampai dengan bahan-bahan mentah yang dibelinya.
“Dah sampai dah?”, tanya Encik Mazlan sekadar berbasa basi.
“Haah”, jawab Carlissa. Pendek.
“Assalamualaikum uncle”, ucap mereka serentak.
“Waalaikumusalam… How’s your day in Singapore? Okay tak?”, tanya Encik Mazlan.
“ Setakat ni okaylah. Tapi tahu lagi hari lain sebab belum jalan-jalan lagi”, balas Ivanna. Ramah.
“Oh, hahahaha… Baiklah, uncle nak naik dulu. Nak mandi”,
“Okay uncle”, kata Ivanna. Kemudian mereka berborak sesama sendiri. Juanlita bangun dan menuju ke dapur Dilihatnya Puan Shafiqah sedang sibuk memasak bersama seorang pembantu rumahnya.
“Ada yang saya boleh bantukah aunty?”, tanya Juanlita.
“Takde. Tak banyak sangat benda nak dibuat”, kata Puan Shafiqah.
“Hmm… Aunty masak apa?”,
“Masak biasa-biasa ja. Tak tahu nak masak makan Barat sebab sebenarnya aunty ni berasal dari kampung. Itu yang segan aunty dengan kamu ni. Semua pun anak Dato’”,
“Takde apa nak seganlah aunty. Sama ja kita semua ni. Dato’ tu sebagai gelaran sahaja. Lagipun kitorang memang anak Melayu memang teka orang Melayu”,
“Tapi tetap juga segan”,
“Hahahaha… Ada-ada jelah aunty ni. Kitorang okay jelah. Takpelah aunty saya tolong basuh buah-buahan ni ya”,
“Hmm… Yalah”, Puan Shafiqah akur. Usai memasak mereka makan malam bersama sambil bersembang.
“Eh dah lewat sangat ni. Kami minta diri dululah aunty, uncle”, pamit Lemuella.
“Laa… Kenapa tak tidur sini ja? Kan susah tu pulang balik hotel”, kata Encik Mazlan.
“Taklah uncle, risau mengganggu keluarga uncle pula nanti”,
“Tak ganggulah. Uncle lagi suka ramai-ramai. Tak sunyi”,
“Err… Lain kali jelah ya uncle. Kat Malaysia pula”, gurau Serafina.
“Akak, esok datang sini lagi ya”, pinta Carmilla yang mula rapat dengan Serafina.
“Haah akak. Nanti datanglah lagi”, sokong Carmellia.
“Insya-Allah”, jawab Serafina.

HARI terakhir mereka di Singapore hanya dihabiskan dengan membeli-belah untuk dijadikan kenangan apabila balik ke Malaysia. Pusat beli-belah terakhir mereka pergi ialah VivoCity. Pusat beli-belah terbesar di Singapore. Mereka membeli baju dan barang-barang lain seperti kebiasaannya.
“Korang! Mari masuk butik Ralph Lauren ni, pakaian dia cantik-cantiklah”, ajak Carlissa. Kemudian mereka terus memasukinya.
“Hara, tengok ni. Limited edition sunglasses. Only 5 in Singapore. Dina jumpa pun”, kata Ivanna sambil membelek-belek kaca mata hitam tersebut.
“Haahlah… Cantik doh. Eh Fia, Sya marilah sini”, panggil Juanlita.
“Ya Allah, marilah beli”, ajak Lemuella dengan gembira. Ketika mereka ingin membayar tiba-tiba kad kredit Serafina ditolak.
“Err… Guys, I think my credit card have reach it’s limit”, adu Serafina. Malunya ditahan sahaja di hadapan juruwang itu.
“Its okay Sya, I’ll pay for that”, kata Carlissa menawarkan diri dengan ikhlas.
“Thank you Riyah. I’ll pay you back”, ucap Serafina seraya memeluk Carlissa dengan erat.
“No needlah. Kaukan selalu tolong aku kalau aku takde duit waktu sekolah dulu. Sekarang giliran aku pula tolong kau waktu kau memerlukan”, kata Carlissa menyenagkan hati Serafina. Keluar sahaja dari butik Ralph Lauren, Serafin terus mengeluarkan Iphonenya dan menghubungi papanya.
“Assalamualaikum papa, kenapa kad kredit Sya tu?”, tanya Serafina dengan sebal.
“Laa… Kan papa dah bagitahu pur economy is not stable now so papa kurangkanlah jumlah maksimum kad kredit kamu”, jawab Dato’ Dato setelah menjawab salam.
“But the amount is too little. I don’t have enough money here”,
“What do mean by no enough money? You’re going back to Malaysia tomorrow right? So, you don’t need any money anymore”,
“So, how about my flight ticket? And food?”,
“About the flight ticket Dato’ Jamadil inform me he has booked 4 ticket for you guys. I’ll transfer RM1000 to your account for the food. Pandai-pandailah jimat. Assalamualaikum”,
“What? RM1000 onlu…”, belum sempat serafina menyatakan ketidakpuashatiannya, papanya terus mematikan panggilan.
“Korang, marilah kita singgah makan kat sini. Aku belanja”, ajak Ivanna lalu memasuki sebuah restoran iaitu restoran Ayam Penyet President. Usai makan, mereka terus balik dan merehatkan diri kerana malam nanti mereka perlu pergi ke rumah Carlissa untuk makan malam sejurus mengucapkan selamat tinggal kerana penerbangan mereka adalah jam 8 pagi.

Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience