“Hah, panjang umur”, kata Dato’ Darol apabila mendengar Serafina memberi salam.
“Waalaikumusalam… Sya, come and sit first”, arah Dato’ Darol. Serafina menyorong bagasinya ke tepi dan membiarkan pembantu rumahnya mengangkat bagasi tersebut ke biliknya. Dia menyalami Dato’ Darol dan duduk di sebelah papanya. Serafina hanya melemparkan senyuman manis ke arah lelaki separuh abad yangberada di depannya ini. ‘Jangan kata ini bakal suami aku. Ya Allah, minta simpang malaikat 44’, serafina meloyar buruk di dalam hati.
“Kenalkan ini Tan Sri Syed Rasyad. Bakal bapa mertua kamu”, Dato’ Darol memperkenalkan Tan Sri Rasyad kepada Serafina. ‘Tan Sri? Patutlah papa suka. Diorang punya harta ni 7 keturunan pun tak habis. Hmm… Elok sangatlah. Nasib aku pakai oversize hoodie. Tertutup sikit. Kalau pakai tak cukup kain tadi dah confirm confirm kena reject jadi menantu’, fikir Serafina.
“Sya, kenapa diam ja?”, tanya Dato’ Darol melihat Serafina yang langsung tidak memberi respon.
“Err… Hai uncle. Saya Serafina Syazani”, sapa Serafina. Baru tersedar dari lamunannya.
“Hahahaha… Uncle dengar kamu belajar kat Australia”, kata Tan Sri Rasyad.
“Haah uncle”, jawab Serafina.
“Baguslah tu. Anak uncle pun belajar kat sana. Jadi takde masalahlah nak tinggal bersama selepas kahwin nanti”,
“Kahwin?”, Serafina menelan liur. Bila bercakap tentang kahwin dia berasa sangat takut. ‘Macam mana kalau bakal suami aku tu jahat dan dayus? Ya Allah, please spare my life’,
“Haah Sya… Papa dan Tan Sri dah bincang. Kami nak kamu nikah sebelum kamu balik ke Australia”, putus Dato’ Darol. Tan Sri Rasyad juga mengangguk-angguk.
“What? Hahahaha… Really? Hahahaha”, Serafina terkejut dan automatik tertawa sinis dengan kepala tertunduk dan tangannya diletakkan lurus di lutut. Dia menggeleng tidak percaya. Kemudian dia membisikkan sesuatu di telinga papanya.
“Papa, you’re so mean. Its too early for me to get married. I’m 19!”, bisiknya.
“Age doesn’t matterlah Sya, tak gitu Tan Sri?”, balas Dato’ Darol.
“Betul tu Dato’”, sokong Tan Sri Rasyad. Mereka berdua ketawa.
“Benda yang elok haruslah dipercepatkan”,
“Haah. Nanti kitorang beritahu bila kitorang nak hantar rombongan meminang mengikut adat yangb betul”,
“Baiklah Tan Sri”, mereka berborak serba sedikit kemudian Tan Sri Rasyad meminta diri untuk pulang.
SERAFINA menghubungi abangnya, Shahrol untuk memberitahu tentang berita itu.
“Angah…”, rengek Serafina.
“Kenapa ni adek? Apa angin tiba-tiba call?”, tanya Shahrol. Shahrol merupakan abang Serafina yang paling rapat dengan Serafina. Apa-apa sahaja yang berlaku kepada Serafina pasti dia akan mengadu kepada Shahrol. Berbeza pula dengan Shamsul, Shamsul mempunyai jarak umur 6 tahun dengan Serafina jadi Serafina lebih suka meminta nasihat sahaja daripada Shamsul.
“Papa suruh Sya kahwin”,
“Tahu… Papa dan mama dah bagitahu angah”,
“Papa nak Sya kahwin sebelum Sya balik Aussie”,
“Hah? Biar betul? Apasal awal sangat?”,
“Kan… Itu yang Sya pusing tu. Sya baru 19 tahun kot. Tak cukup umur lagi nak kahwin”,
“Cukup tuu memang dah cukup umur dah. Zaman sekarang ni umur 16 tahun pun dah kahwin dan beranak pink”,
“Diorang lain, Sya lain. Diorang tu takde masa depan. Tumpang duit laki ja. Sya ni tak suka macam tu. Sya nak ada duit sendiri dan bekerjaya”,
“Hmm, yalah tu. So, bila adek balik Australia?”,
“Awal bulan Disember”,
“Hmm… Tak lain tak bukan memang bulan Novemberlah adek kahwin. Macam angah tak tahu perangai papa dan mama tu”,
“Tolonglah ngah. Cakaplah dengan papa tunggu 3 tahun lagi. Sya nak habiskan dulu study Sya”,
“Tak boleh Sya. Papa confirm tak setuju punya. Yii tak sabarlah angah nak tengok adik angah ni naik pelamin. Akhirnya angah dapat juga merasa nasi minyak adek”,
“Angah! Orang betul-betul dia main-main pula. Dahlah, Sya nak tidur. Assalamualaikum”, Serafina mematikan panggilan. Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam tapi mata masih segar dan tidak mahu terlelap.
“Tak sangka aku akan jadi bini orang tak lama lagi. No more vacation. No more single life”, Serafina bermonolog sendirian meratapi nasibnya.
Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you
Share this novel