Chapter 43

Romance Series 5912

Lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Ivanna hanya mengangkat kepalanya sekilas memandang lampu isyarat dan kembali melintas jalan raya dengan mata yang terlekat pada telefon bimbit. Sesungguhnya janganlah ditiru aksi yang membahayakan ini. Keadaan jalan raya di Bukit Bintang ini sangatlah sesak seperti biasa lebih-lebih lagi waktu malam. Entah mengapa Ivanna mengambil keputusan untuk berjalan kaki hari ini. Tupp!! Bahunya dilanggar oleh seseorang.
“Sorry”, ucap Ivanna sambil menundukkan sedikit kepalanya tanpa memandang kelibat yang dilanggarnya dan terus mengangkat kaki dari sana.
“Ivanna?”, panggil lelaki itu. Ivanna terkaku dan langkahnya terhenti serta-merta. Badannya masih membelakangi lelaki tersebut. Perlahan-lahan dia berpaling ke arah suara tersebut. Ya, Saiful. Dia memandang lelaki tersebut. Dunia seakan-akan terhenti. Dia cuba berlagak tenang. Dilihatnya tangan Saiful yang sedang menggenggam tangan seorang wanita yang sangat ‘tertutup’. Lengkap berpurdah. Sangat jauh bezanya dengan pemakaian Ivanna saat itu.
“How about a coffee?”, Saiful mengajak Ivanna lalu memandang wanita yang berada di sebelahnya itu seolah-olah meminta kebenaran. Wanita tersebut mengangguk tenang.
“Sure”, Ivanna bersetuju kerana dia merasakan masih ada yang belum selesai antara mereka. Mereka bertiga berjalan seiringan ke McDonald yang berada betul-betul dihadapan tempat mereka berdiri sebelum ini.

HENING. McCafe yang dipesan sebentar tadi hanya digenggam sahaja oleh Ivanna.
“Your wife?”, tanya Ivanna memecahkan keheningan.
“Oh ya.. Kenalkan ini Athirah, isteri I. Sayang, this Ivanna, the girl I told you before”,
“Oh..”, respon Athirah lalu berdiri dan menghulurkan tangannya dengan sopan. Ivanna terkejut lalu dia juga berdiri dan menyambut huluran tangan Athirah. Saiful tertawa kecil.
“She’s 10 years younger than you. I hope you understand”, terang Saiful yang melihat Ivanna yang masih bingung ketika wanita tersebut mencium tangannya.
“Abang, izinkan saya ke butik sebelah ni ya. Saya rasa kak Ivanna mesti tak selesa nak cakap dengan abang kalau ada saya”, kata Athirah. Lembut sahaja suaranya.
“Eh, taklah”, bohong Ivanna. Padahal dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Agak menyesal juga menerima pelawaan Saiful untuk minum kopi bersama dengan isterinya. Athirah tersenyum lalu pergi meninggalkan mereka berdua setelah mendapat kebenaran dari suaminya. Kini tinggal Saiful dan Ivanna berada di meja mereka. Agak canggung.
“I tahu dah lambat but congratulation on your marriage”, ucap Ivanna ikhlas. Tipulah kalau dia tidak berasa sedih sedikit pun. Lelaki pertama yang dia cintai seikhlas hati kini menjadi milik orang lain. Saiful senyum.
“Sorry”, ucap Saiful. Dia memandang wanita yang pernah dicintainya itu.
“I shoud’ve said this earlier before. It was hard for me but I know its even harder for you too. I’m so sorry Ivanna Irdina”, ucap Saiful seikhlas hati. Ivanna hanya tersenyum tenang lalu mengangguk perlahan.
“I’m sorry too”, ucap Ivanna juga. Dia tetap tersenyum walaupun hatinya sebak. Dia meneguk McCafenya lalu memandang Saiful kembali.
“You look happier than before…”, katanya. Sekali lagi Saiful tersenyum.
“Alhamdulillah. Pilihan ibu tak pernah salah”, ujar Saiful.
“You masih sama seperti dulu”, katanya lagi.
“Well, yeah… Ivanna Irdina. Never change”, kata Ivanna. Dia memandang jam tangan di pergelangan tangannya.
“Ermm, I rasa sampai sini jelah pertemuan kita. I ada janji dengan orang lain sebenarnya. I hope there is no hard feeling between us after this”, pamit Ivanna.
“I akan selalu doakan you Ivanna”, ucap Saiful. Dia menghantar Ivanna pergi dengan pandangan. Ivanna juga pergi tanpa menoleh ke belakang.

SUARA ketawa di dalam panggung wayang bergema. Namun, Ivanna menangis teresak-esak di tengah-tengah panggung wayang yang gelap-gelita itu. Hatinya remuk melihat Saiful dan isterinya telah bahagia sedangkan dia masih lagi merindui lelaki itu selama ini. Dia sengaja membohongi Saiful bahawa dia mempunyai temu janji yang lain padahal memang sedari awal dia ingin berjalan-jalan seorang diri. Orang-orang yang berada di sebelahnya menjadi hairan dengan Ivanna yang menangis sedangkan wayang tersebut bergenre komedi. Tiba-tiba sapu tangan dikibar-kibarkan di hadapan wajahnya. Ivanna memandang ke kirinya. Lelaki yang agak dingin wajahnya itu memberikan sapu tangan kepadanya.
“Actually, I’m on a date with myself today so I appreciated it if you don’t disturb me with your whining”, katanya dengan dingin sekali. Ivanna terpinga-pinga. Lelaki itu mencapai tangan Ivanna dan meletakkan sapu tangan tersebut di tangannya. Ivanna bingung tapi dipakai juga sapu tangan tersebut untuk mengelap air matanya yang berjuraian tadi. Serta-merta tangisannya berhenti disebabkan lelaki itu.

SEBAIK sahaja wayang tersebut tamat, Ivanna membuntuti lelaki tersebut dengan pantas sehingga mereka keluar dari pintu panggung wayang tersebut.
“Excuse me man, do I have to give you this back?”, tanya Ivanna. Lelaki tersebut menoleh ke belakang. Lama dia memandang Ivanna.
“Yes please. Its limited edition from LV”, katanya seperti tiada perasaan. Ivanna bingung dengan perangai lelaki ini. ‘Kalau limited edition kenapa bagi pinjam. Kalau nak balik kenapa pergi macam tu je tak cakap apa-apa. Mental ke apa mamat ni?’, fikir Ivanna.
“Okay, how?”,
“I’ll tell you later when we met again”, kata lelaki itu. Ivanna mengkedip-kedipkan matanya berkali-kali. Bertambah bingung dia jadinya. ‘Gila apa lelaki ni?’, dahinya berkerut seribu namun dia hanya mengangguk sahaja. Lalu lelaki itu pergi meninggalnya. Ivanna memandang sapu tangan yang dipegangnya dari tadi itu.
“Aku harap aku tak jumpa lagilah mamat gila tu”, Ivanna bermonolog sendirian lalu dia juga pergi meninggalkan panggung wayang tersebut. Ivanna kemudiannya menaiki teksi dari Pavillion Bukit Bintang menuju ke rumahnya.

Next update is on 25 Jan 2025 . Any request please comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience