Lemuella mengenakan jeans baggy berwarna beige dan dipadankan dengan tshirt oversize berwarna coklat. Itulah pakaiannya pergi ke tempat kerja. Sebelum keluar dari bilik, Lemuella sempat mencapai topi berwarna putih dan dipakainya pantas. Rambutnya dibiarkan berurai. Selepas sejam perjalanan dengan mereda kesesakkan jalan raya, Lemuella akhirnya tiba di pejabatnya. Sepanjang perjalanannya menuju ke tempat duduknya ada sahaja sapaan yang diterimanya. Sampai sahaja dia di mejanya dia tidak terus duduk tapi hanya meletakkan begnya sahaja. Dia berjalan menuju ke pantri dan membancuh kopi. Dua cawan diletakkan di atas meja. Tepat dia siap membancuh kopi datang jejaka mengusap kepalanya.
“Morning”, sapa Lemuella manja kepada lelaki itu dan menyerahkan kopi yang dibancuhnya tadi.
“Thank you love”, ucap Adham. Dia dan Adham bekerja di bawah syarikat yang sama namun berbeza tempat kerja. Setiap hari Adham akan turun dari pejabatnya di tingkat 5 ke pantri tingkat 3 pejabat Lemuella untuk minum kopi bersama Lemuella.
“Banyakkah projek minggu ni?”, tanya Adham.
“Macam biasalah. Tak pandai habis kerja kitorang ni”, jawab Lemuella separuh merungut.
“Samalah”, balas Adham. Dia melirik ke jam tangannya dan memandang Lemuella. Lemuella yang sudah faham dengan keadaan itu hanya mengangkat kening. Adham mengangkat cawannya dan cawan Lemuella yang telah kosong lalu mencucinya.
“Bye handsome”, ucap Lemuella. Adham tersenyum bahagia lalu mengusap pipi Lemuella.
“You too, pretty. Jumpa nanti”, katanya lalu mengucup pipi wanita itu. Sebenarnya mereka telah mendaftarkan perkahwinan setelah setahun berpacaran alasannya kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak mereka berlakon menjadi pasangan kekasih pada zaman universiti. Lawak sungguh kisah mereka. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mereka tidak dapat mengadakan majlis sehinggalah hari ini. Insya-Allah, kalau tidak ada halangan mereka akan mengadakan majlis perkahwinan mereka pada hujung tahun ini katanya.
“YA, I think its good enough Luthfia. Please proceed”, respon Encik Zahir untuk pembentangan Lemuella. Lemuella mengangguk lalu kembali duduk di tempat. Mesyuarat hari lebih panjang daripada selalunya. Dia duduk dan melihat pelan lakaran yang dilukisnya. Dia berpuas ahti dengan kerjanya. Setelah 2 jam mesyuarat itu berjalan akhirnya Encik Zahid menangguhkan mesyuarat mereka. Lemuella dan beberapa yang lain menghela nafas lega. Lemuella membawa semua kertas-kertasnya pergi ke mejanya dan mula melukis pelan dengan berhati-hati.
“Untunglah kau Luthfia, semua proposal kau tak pernah kena tolak dengan Encik Zahid”, kata Mariatul dengan nada yang agak cemburu. Lemuella mengerutkan dahinya. Matanya masih fokus memandang pelannya.
“You should’ve done better”, balas Lemuella tanpa memandang ke arah rakan sekerjanya itu. Dia tiada masa ingin melayan layanan buruk terhadapnya. Sepanjang dia bekerja di sini ada sahaja yang tidak berpuas hati dengannya. Maka, dia mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja mereka. Sebab itulah dia tidak pernah meninggalkan hasil kerjanya di pejabat kerana takut disabotaj oleh orang-orang yang iri. Mariatul yang sudah biasa dengan perangai Lemuella itu menjeling dan terus meninggalkan Lemuella.
Next update will be on 2nd Feb . don't forget to leave a comment
Share this novel