Chapter 33

Romance Series 5920

Upacara merisik baru sahaja selesai. Carlissa mengeluh. Keluarga Zhang Wei seperti tidak sudi untuk menerimanya sebagai menantu terutamanya abang kepada Zhang Wei iaitu Zeng Ying Jun. Menurut cerita Zhang Wei, abangnya menolak keras keputusan Zhang Wei ingin memeluk Islam. Carlissa duduk di birai katil dan berdiam diri. Semua tetamu telahpun berganjak pulang.
“Kenapa ni?”, tanya Puan Shafiqah. Boleh nampak kegusaran hati anaknya.
“Nothing”, bohong Carlissa.
“Orang lain bolehlah Riyah tipu tapi bukan umi”,
“Takdelah umi. Riyah Cuma penat”,
“Hmm… Betul ni takde apa-apa?”,
“Ermmm”, Carlissa mengeluh lagi setelah uminya keluar dari bilik tersebut. Telefon berdering mengejutkan Carlissa.
“Assalamualaikum, Zhang Wei”, Carlissa memeberi salam kepada tunangnya.
“Waalaikumusalam”, Zhang Wei menjawab salam dengan tenang. Suasana hening seketika. Tiada apa-apa yang hendak dibicarakan.
“Car? Are you there?”, tanya Zhang Wei. Hairan dengan kebisuan Carlissa.
“Ermm… Why?”, balas Carlissa.
“Nothing. You bua apa tu?”,
“I bary nak mandi sebab majlis baru selesai”,
“Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar”, ujar Zhang Wei. Sekali lagi Carlissa tidak menjawab.
“You?”, panggil Zhang Wei.
“Hmm?”,
“Are you okay? Is there something in your mind you would like to tell me?”,
“Nothing. I just a little bit tired”,
“Are you sure?”,
“Ya… Don’t worry”,
“Carlissa, thank you for being my fiance. Thank you sebab sudu terima I”,
“You’re welcome”,
“Takpelah. You rehatlah dulu kalau penat”, kata Zhang Wei seolah-olah dapat menghidu ketidakselesaan tunangnya itu.
“Hmm”, itu sahaja jawapan Carlissa sebelum mematikan panggilan and berbaring di katil.

SEPERTI biasa, sebelum masuk ke kampus, Carlissa akan singgah di Coffee Bay untuk membeli Ice Americano. Kebetulan dia terjumpa tunangnya di sana.
“Eh, what are you doing here?”, tanya Carlissa sambil menyerahkan kad kreditnya kepada pelayan di kaunter.
“I tunggu you”, jawab Zhang Wei jujur.
“Buat apa susah-susah tunggu kat sini? Kan boleh jumpa kat kampus”, Carlissa segera meninggalkan Coffee Bay. Zhang Wei tahu Carlissa sedang mengelak dari dirinya. Dia mempercepatkan langkahnya dan mencapai tangan Carlissa.
“Carlissa, kenapa you macam nak mengelak ja dari I?”,
“Mengelak? Mana ada I mengelak. I dah lambat. Kita jumpa kat kampus ja ya”, ujar Carlissa. Dia tersenyum nipis kepada Zhang Wei lalu meboloskan diri ke dalam keretanya sejurus memecut pergi meninggalkan Zhang Wei yang masih lagi terpinga-pinga. Carlissa tiba di kawasan kampus dan cepat-cepat masuk ke kelas. Mujur pensyarahnya baru sahaja masuk. Sepanjang kelas, Carlissa langsung tidak dapat menumpukan perhatian kerana mengantuk. Sepanjang malam dihabiskan dengan menonton animasi Jepun berjudul Tamako Market. Dengan cara itu sahaja dia dapat tenang daripada kegusaran hatinya. ‘Bodohlah kau ni Carlissa Dariyah. Hal kecil macam tu pun kau nak fikir sangat’, marah Carlissa kepada dirinya sendiri.

“CAR!”, panggIL Zhang Wei dari tingkat blok bawah. Carlissa yang tahu itu suara Zhang Wei tidak berpaling. Dia berpura-pura tidak mendengar pnaggilan tersebut. Kebetulan pula dia memakai fon telinga tanpa wayar. Zhang Wei berlari ke tangga dan mengejar Carlissa. Sekali lagi dia menyambar jari-jemari gadis kesayangannya itu. Dia memandang tepat ke dalam mata Carlissa.
“You kata jumpa kat kampuskan? Jom ikut I… Ada benda yang I nak bincang”, tutur Zhang Wei.
“Zhang Wei, kita bincang nanti boleh tak? I busylah sekarang”, ujar Carlissa masih mahu mengelak.
“It won’t take long”,
“Wait, cakap kat sini ja. I memang betul-betul busy”,
“Car, if you have something bothering you, just tell me the truth. Macam mana I nak tahu salah I kalau you tak bagitahu”,
“You takde salahlah. Sejak bila I kata you bersalah?”,
“Habis tu kenapa you buat I macam ni? I terseksa tahu tak?”, ujar Zhang Wei. Carlissa hanya berdiam diri. Zhang Wei memegang kedua bahu Carlissa sambil melihat jauh ke dalam anak mata tunangnya.
“Come on… Tell me if I’m wrong”, pujuk Zhang Wei.
“I don’t know… I can’t tell you”, kata Carlissa. Cecair jernih bergenang di tubir mata. Bila-bila sahaja ia akan melimpah.
“Hey honey, It’s okay… I’m here”, Zhang Wei menarik Carlissa ke dakapannya. Carlissa teresak-esak di dalam dakapan tunangnya. Setelah puas menangis, dia menceritakan segala yang menganggun fikirannya selama beberapa hari ini.
“Takkanlah macam tu sekali? Mungkin perasaan you ja”, kata Zhang Wei setelah mendengar cerita Carlissa.
“I hope so”, balas Carlissa. Malas dipanjangkan.

Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience