Chapter 7

Romance Series 5912

Suasana di National University of Singapore masih sama dengan suasana hari pertama Cralissa masuk di universiti tersebut. Sudah hampir 2 minggu dia menyambung pengajiannya di sini namun dia belum lagi mendapat rakan yang berakhlak mulia yang sesuai dijadikan rakan. Semua kawan-kawannya hanya suka berfoya-foya. Memanglah dia juga terpengaruh dengan budaya Barat seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan namun tidaklah sampai ke tahap ingin membuat maksiat dan menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Lagi-lagi orang tuanya orang kenamaan di Malaysia dan Singapore walaupun belum mendapat gelaran Dato’.
“Hi”, sapa seorang lelaki berbangsa Cina.
“Hello, Zhang Wei”, balas Carlissa seraya melemparkan senyuman. Chew Zhang Wei adalah satu-satunya rakan lelakinya yang baik dan peramah di sini.
“You ada kelaskah lepas ni?”, tanya Zhang Wei. Wajahnya tampan yang iras-iras Alvin Chong. Maklumlah ayahnya merupakan Cina tule dan ibunya merupakan cina kacukan British..
“Takde. Lepas siap kerja I yang satu ni nak balik dah”, Carlissa menyatakan hasratnya.
“Awalnya… You dah jalan-jalan sekitar Singapore?”, tanya Zhang Wei lagi. Pelat dan tidak fasih kerana selalu berkomunikasi dengan bahasa Mandarin dan English sahaja.
“Belum. Tak ada masa. Parents I hari-hari sibuk. Adik-adik I pun tak minat sangat nak jalan-jalan. Mungkin sebab diorang dah jalan-jalan waktu pertama kali mereka datang ke sini. Tahun lalu”, jawab Carlissa.
“Since both og us got free time today, why don’t we hangout together? Don’t worry, it’s on me. You just datang bawa diri ja”, saran Zhang Wei. Carlissa berfikir sejenak.
“Oh come on Car… You shouldn’t stressed your mind by only think about study. Sometime its okay to released tention by doing something fun”, pujuk Zhang Wei berbaur nasihat. Akhirnya Carlissa mengangguk juga.
“Good, see ya at 4. I ambil you”, katanya lagi.
“Okay”, balas Carlissa dan mula mengemas barang- barangnya bersedia untuk balik.

CARLISSA menyala tangan Puan Syafiqah dan Encik Mazlan sebelum keluar dari rumah.
“Riyah, jangan balik lewat sangat. Riyah tu keluar dengan lelaki. Tak manis keluar hingga lewat malam”, pesan Encik Mazlan.
“Ya abah. Jangan risau”, jawab Carlissa menenangkan abahnya.
“Along, kalau tempat tu belumpernah Usu pergi Along beritahu erk. Nanti kita pergi dengan umi dan abah sekali”, pinta adik bongsunya Carmilla. Carmellia hanya mengangguk-angguk sahaja. Kedua kembar itu sudah berumur 12 tahun.
“Tengoklah”, jawab Carlissa sepatah. Dia keluar dan dari jauh lagi dia ternampak wajah tampan Zhang Wei. Zhang Wei melemparkan senyuman yang menampakkan giginya yang putih tersusun. Rambutnya yang diselakkan ke belakang menyerlahkan lagi ketampanannya. Ketampanannya mampu membuatkan hati para wanita bergetar termasuk Carlissa. Pada kali pertama Carlissa disapa oleh lelaki itu, jantung Carlissa berdegup kencang tambahan lagi sikap lelaki itu sangat baik dan membuatkannya jatuh hati. Namun perasaan itu ditepis jauh-jauh kerana perbezaan agama dan bangsa.
“Hey, kenapa you termenung lagi ni? Masuklah”, jemput Zhang Wei sambil membukakan pintu untuk Carlissa.
“Takde apa-apa”, jawab Carlissa. Dia tersenyum malu dan masuk ke dalam kereta Hilux milik Zhang Wei. Entah bila lagi dia sampai di hadapan kereta Zhang Wei pun dia tidak tahu.
“You ni dah ada teman lelakikah?”, tanya Zhang Wei.
“Kenapa you tiba-tiba tanya ni?”, Carlissa tertawa kecil. Hairan pula dia tiba-tiba ditanya soalan cepumas seperti itu.
“Nolah, I tengok you ni sibuk belajar ja, tahulah course yang you ambil tu susah”,
“Taklah susah mana pun kalau belajar”, komen Carlissa. Mereka hening seketika.
“So?”, tanya Zhang Wei.
“Apa yang so?”, tanya Carlissa. Hairan.
“You takde boyfriend?”, duga Zhang Wei sambil menoleh sekilas ke tepi.
“Haah, belum lagi. Jodoh tak sampai lagi kot”, Carlissa mengiyakan sahaja. Sebenarnya ada sahaja lelaki yang ingin bersamanya namun semuanay tidak kena di hatinya. Adapun berlainan agama, tentu sahaja ditolak oleh ibu bapanya. Zhang Wei mendengarnya lalu tersenyum. Zhang Wei memandu keretanya ke Universal Studio.
“Car, you nak try roller coaster?”, tanya Zhang Wei.
“No”, tolak Carlissa. Bukan takut Cuma dia tidak gemar dengan aktiviti seperti itu. Lagipun ia akan merosakkan rambutnya.
“Come on. It’ll be fun. No more next time”, tanpa menunggu jawapan Carlissa dia terus menarik tangan Carlissa untuk menaiki roller coaster tersebut.
“Ya Allah, dia ni”, Carlissa menurut sahaja. Selepas mereka turun dari ular gergasi itu, Carlissa terasa mual dan pening.
“You okay?”, tanya Zhang Wei sambil mengusap-usap belakang Carlissa. Terasa bersalah kerana memaksa Carlissa menaiki roller coaster.
“Okay”, jawab Carlissa beransur pulih.
“Sorry, I didn’t mean it”,
“Its okay. Bukan salah you pun. Memang I tak biasa naik benda-benda yang berpusing-pusing ni”, kata Carlissa. Mereka meneruskan perjalanan mereka ke Singapore Flyer. Sebelum itu, mereka singgah makan di restoran terdekat iaitu Dolce Vita Restaurant. Restoran berdekatan sungai itu sangat cantik pemandangannya pada waktu malam. Selepas makan, mereka berdua terus ke Singapore dan menaiki roda pemerhati. Roda pemerhati Singapore Flyer ini merupakan salah satu roda pemerhati terbesar di dunia. Selepas menaiki roda pemerhati tersebut dan mengambil gambar bersama, mereka pun balik. Tepat jam 10 malam, mereka sampai di perkarangan rumah Carlissa.
“Thank you for today Zhang Wei. It was lit”, ucap Carlissa lalu menutup pagar rumahnya.
“Most welcome”, balas Zhang Wei di sebalik gerigi pagar. Dia tersenyum dan langsung memboloskan diri ke dalam keretanya. Carlissa melambai dan dia juga masuk ke dalam rumahnya.

Please continue to support . Don't forget to leave a comment. Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience