Chapter 28

Romance Series 5912

Serafina masuk ke dalam rumahnya dan terus menuju ke bungkusan yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. Syed Ziyaad tidak ada di rumah ketika itu kerana menghadiri kelas malam. Bungkusan treadmill tersebut dibukanya dengan perlahan. Treadmill tersebut dibawanya ke bilik kosong yang tidak digunakan. Mujur kondo Syed Ziyaad mempunyai 3 bilik. Satu bilik dijadikan wardrobe, yang juga merupakan bilik tetamu. Satu lagi merupakan bilik utama yang mereka berdua huni dan bilik di hujung hanya digunakan untuk menyimpan barang. Selepas mengemas bilik itu, Serafina terus menolak treadmillnya ke bilik tersebut.
“Boleh patah pinggang angkat benda. Siapa punya idealah letak kat ruang tamu ni. Hawau betul”, tempelaknya. Perkataan ‘Hawau’, ini memang kedengaran tidak sopan namun mudah sahaja mulut Serafina melemparkan makian yang bermaksud ‘tak guna betul’, itu. Setelah itu, Serafina terus menukar bajunya seperti biasa apabila ingin bersenam. Namun kali ini dia hanya mengenakan sport bra dan seluar spandex paras lutut di bawah seluar pendek yoga yang hanya menutup bahagian punggungnya. Dia tidak membawa baju bersenamnya kerana dia tidak tahu bahawa Shamsul akan membelikan treadmill yang baru. Untuk keluar ke gym pula sememangnya tiada masa. Sebelum memulakan senaman, Serafina mencuci solekan di mukanya agar lebih segar. Setelah selesai, dia terus memulakan senamannya tanpa rasa bimbang. Airpod diselitkan di telinganya dan mendengar lagu-lagu duniawi yang viral ketika ini.

SYED Ziyaad melangkah lesu ke pintu kondominiumnya. Seharian di berada di kampusnya. Mujur pensyarah mereka membatalkan kelas malam mereka dan digantikan ke kelas hujung minggu. Kod pintu ditekan dan pitu terbuka. Sunyi. ‘Pergi mana pula si Fina ni lagi petang-petang macam ni’,
“You!”, panggil Syed Ziyaad apabila ternampak kasut tumit tinggi yang dipakai Serafina pagi tadi berada di rak kasut.
“Fina!”, jerit Syed Ziyaad lagi apabila tiada sahutan dari panggilannya tadi. Langkah diarakan ke bilik namun bayang-bayang isterinya langsung tidak kelihatan. Barang-barang seperti beg tangannya masih berada di atas katil.
“Serafin Syazani! You dengarkah I panggil ni?”, Syed Ziyaad berdiam sejenak kot-kot dia terdengar suara Serafina menyahut. Lalu dia terdengar bunyi detakan tapak kaki dari dalam bilik kosong di hujung itu. Takut-takut Syed Ziyaad membuka pintu bilik tersebut. Ternganga mulut Syed Ziyaad sebaik sahaja pintu terbuka. Inilah kali pertama dia melihat betul badan isterinya tanpa pakaian. Selalunya Serafina memakai oversize hoodie dan berseluar pendek namun kali ini Serafina hanya memakai sport bra yang menampakkan perutnya. Bahagia lehernya yang jinjang sangat terdedah mampu menaikkan nafsu setiap orang yang bergelar lelaki. Tambahan pula isternya itu langsung tidak memakai secalit alat solek pun. Nampak sangat natural. Kulitnya putih bersih dan bebas jerawat walaupun tanpa solekan yang menutupi wajahnya selama ini. Syed Ziyaad hanyut dalam pandangannya. Lebih-lebih lagi peluh Serafina merenek dari dahi ke dadanya menambahkan lagi keseksiannya. Tiba-tiba bunyi jeritan Serafina memenuhi segenap ruang bilik tersebut. Tangan disilangkan untuk menutup bahagian dada yang terdedah. Syed Ziyaad yang terkejut serta-merta berpaling membelakangi isterinya.
“Sorry sorry… I tak sengaja”, ucap Syed Ziyaad. Merah padam mukanya kerana malu. Dia membuka baju kotnya dan menutup tubuh badan Serafina.
“Hawau”, marah Serafina.
“Yang you pakai macam tu kenapa?”, tempelak Syed Ziyaad.
“Mana I tahu you nak balik”,
“Rumah I kan, memanglah I boleh balik bila-bila masa ja. Dahlah pintu balkoni tu terbuka luas. Nak bagi tengok siapa body you tu? Dengan I tahu malu pula, dengan orang luar tak?”, marah Syed Ziyaad. Serafina tersentap dengan kata-kata suaminya. Cecair jernih mula bertakung di tubir mata.
“I mana tahu. Lagipun mana ada jiran yang ada kat luar tadi”, kata Serafina tersekat-sekat.
“Mana you tahu? You ada kat dalam rumah diorangkah?”, sergah Syed Ziyaad. Terkejut Serafina akibat terkejut dek sergahan suaminya. Sejurus itu, air matanya menitis ke pipi. Serafina yang sakit hati terus berlalu ke bilik tidur mereka. Syed Ziyaad meramas rambutnya kasar. ‘Apa yang kau buat ni Syed Ziyaad Syed Rayyan! Kau tahu tak kau dah sakitkan hati isteri kau sendiri’, Syed Ziyaad memarahi dirinya sendiri. Dia menampar pipi dirinya sendiri dan menuju ke bilik tidur mereka. Syed Ziyaad berdiri di hadapan pintu agak lama, memerhati Serafina yang duduk teresak-esak di birai katil. Syed Ziyaad masuk ke dalam bilik dengan perlahan dan duduk di samping isterinya.
“I’m sorry. I don’t mean it”, ucap Syed Ziyaad. Serafina masih masih menutup mukanya dengan tangan. Syed Ziyaad serba salah. Dia cuba menarik tangan Serafina perlahan-lahan. Hatinya bertambah rasa bersalah apabila melihat wajah Serafina yang betul-betul terkesan dengan kata-katanya. Tanpa berfikir panjang, Syed Ziyaad menarik Serafina dalam pelukannya.
“I minta maaf… I betul-betul minta maaf. I tak sepatutnya cakap macam tu”, Syed Ziyaad mengusap kepala Serafina lembut. Esakan Serafina semakin bertambah hingga tersedu-sedu.
“Sayang… Janganlah macam ni”, tenang sahaja panggilan tersebut meluncur dari bibirnya.
“You really don’t have to say that. I’m… I’m not that bad”, hanya itu komen Seradina sambil menyeka air matanya yang masih bercucuran.
“Okay okay… I’m so sorry”, ucap Syed Ziyaad dengan ikhlas. ‘Hati tisu betullah bini aku ni’, gumam Syed Ziyaad. Kerana terlalu penat menangis, Serafina akhirnya terlena di dada bidang Syed Ziyaad. Syed Ziyaad membaringkan isterinya di katil dengan berhati-hati.
“Betullah orang kata kalau perempuan mesti tidur lepas menangis puas-puas. Haih hodoh betullah dia ni kalau tidur”, ejek Syed Ziyaad sambil tersenyum. Dahi isterinya dikucup penuh kasih sayang. Dia tidak tahu bila perasaan indah ini hadir dalam dirinya. Namun apa yang dia tahu, dia sudah mulai mencintai gadis yang bernama Serafina Syazani, isteri yang dikirimkan Allah.

SATU jam Serafina terlena dalam tangisan. Jam sekarang telah menunjukkan ke angka 5 petang. Dia bangun dari pembaringannyadan duduk bersila di atas katil. Masih dengan pakaian bersenamnya. Badan terasa melekit kerana peluh-peluh bersenam tadi. Tanpa menunggu lebih lama, Serafina terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Seperti biasa, selepas mandi dia akan memakai alat solek walaupun berada di rumah.
“You!”, panggil Syed Ziyaad dari dapur. Serafina yang sibuk membalut rambutnya dengan tuala serta-merta bergerak ke dapur.
“Apa?”, tanya Serafina tapi mata terpaku melihat juadah yang ada dihadapannya.
“Wah! Dari mana you order ni?”, tanyanya lagi.
“Order apanya? I masaklah”, balas Syed Ziyaad dengan bangga.
“Uuuu… Sejak bila you pandai masak? Tak pernah-pernah pun masak sebelum ni”, tangannya menarik kerusi dan duduk tanpa dijemput. Belum apa-apa lagi Serafina sudah menadahkan tangan dan menunggu Syed Ziyaad membaca doa makan. Syed Ziyaad pasrah dan terus membaca doa makan.
“By the way, you ada rabunkah?”, tanya Syed Ziyaad setelah mengaminkan doa makan.
“Kenapa?”, tanya Serafina mengembalikan pertanyaan.
“Saja tanya”, jawabSyed Ziyaad. Serafina tidak menjawab dan terus makan. ‘Geram betullah aku dengan dia ni. Bukan nak jawab pertanyaan aku. Kau tunggu’, fikir Syed Ziyaad.
“You buat apa pakai make up malam-malam?”, tanyanya.
“Ada orang minta buat paid review”, jawab Serafina.
“Perlukah pakai make up tebal-tebal?”, tanya Syed Ziyaad lagi. Gulungan spaghetti disuapkan ke dalam mulutnya.
“Perlulah. I have 25k followers on Instagram, bukan you ja instafamous kat sini. Takkan I nak bagi tunjuk muka pucat kat media sosial?”, kata Serafina. Sebal.
“Okay apa… I rasa muka you lebih okay tanpa make up. Look so beautiful and natural”, puji Syed Ziyaad. Serafina terdiam sejenak.
“Tak cantikkah make up I?”, soalnya sambil memegang wajahnya.
“Cantik… Macam monyet”, usik Syed Ziyaad lalu ketawa mengejek. Serafina hanya mencebik.

Please leave a comment ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience