Chapter 30

Romance Series 5912

Minggu ke-14 semester ke-6 tahun ketiga telah pun bermula. Serafina tiada masa hendak balik ke rumah Syed Ziyaad kerana sibuk mempersiapkan diri untuk peperiksaannya yang akan datang. Sepanjang masa dia habiskan di perpustakaan untuk mengulangkaji dan menyiapkan assignment mereka yang berlambak. Kadang-kadang dia tertidur di perpustakaan tersebut.
“Haven’t you finish yet?”, tanya Alex. Alex dan Serafina mengambil jurusan yang sama manakala Jade dan Hannah mengambil jurusan yang sama iaitu cardiologist.
“No, you go on without me if you’re done”, kata Serafina.
“I’ll wait. Take your time”,
“Nah… It’s okay. You can go on. I going to pull all nighter”,
“Okay then. Just… Don’t push yourself too much Sera”,
“Hahahaha… I’m okay Alex. Thanks tho”, balas Serafina. Kemudian Alex meninggalkan Serafina sendiri. Serafina hanya menghantar Alex dengan pandangan. Kini hanya tinggal dia seoarng sahaja yang berada di perpustakaan yang besar dan sunyi ini. Jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. Lampu perpustakaan telahpun dimatikan. Yang tinggal hanya lampu-lampu di dinding dan lampu meja yang diduduki Serafina. Serafina meregangkan otot-ototnya yang terasa lenguh. Pada masa yang sama. Telefonnya berdering.
“Apa?”, sambut Serafina.
“Tak bolehkah cakap elok-elok sikit?”, tegur Syed Ziyaad.
“Biarlah. Apa dia call call? Orang tengah serabut ni”,
“Serabut? Mari pergi makan”, ajak Syed Ziyaad. Perempuan ni kalau emosi tak stabil eloknya diberi makanan. Kalau tak, naik hantulah mereka.
“Ada lagikah restoran yang buka jam sekarang ni?”, suara Serafina mengendur apabila menyebut tentang makanan.
“Hei, this is Autralialah… Bukan Malaysia”, kata Syed Ziyaad. Berusaha sedaya upaya agar dapat berjumpa denagn isteri kesayangannya.
“Ambillah I kalau macam tu”, pinta Serafina. Dia mengemaskan buku-buku yang berselerak di atas meja. Sewaktu menuruni tangga, Serafina terserempak dengan Jade.
“Hi”, sapa Jade dengan gembira.
“Hello”, balas Serafina. Kekok.
“Wanna grab some food?”, tanya Jade.
“I’m about to go with my friend”, jawab Serafina. Suasana tangga yang agak gelap membuatkannya berasa tidak selesa dengan pandangan Jade.
“Let’s go together then”, ajak Jade lagi.
“I mean… I’m going out with my husband”, kata Serafina. Jujur. Serta-merta riak wajah Jade berubah.
“Ahhh… Okay”, Jade akur. Serafina hanya mengangguk.
“Let me send you to your car at least”, tawar Jade.
“Ermm no need.. I’m okay”,
“No, it’s okay. Its already late. Let’s go”, Jade berkeras. Mereka berjalan beriringan ke tempat kereta Syed Ziyaad diparkir. Syed Ziyaad berasa tidak puas hati dengan keadaan itu. Dia mendekati Serafina dan memandang Jade dengan bengis.
“This is my husband, Syed Ziyaad Syed Rayyan. I haven’t introduced him to you right?”, kata Serafina. Dia memperkenalkan Syed Ziyaad kepada Jade.
“Hi, I’m Jade… Sera’s friend”, ujar Jade lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Syed Ziyaad tersenyum sinis memandang tangan itu. Serafina yang menyedari kedinginan itu serta-merta memandang suaminya dengan mata yang besar. Syed Ziyaad gerun dan cepat-cepat menyambut huluran tangan Jade walaupun tidak ikhlas.
“Ermm Jade, we’re off to go”, kata Serafina lagi. Syed Ziyaad sengaja memaut pinggang isterinya dan membuka pintu kereta untuknya. Jade hanya memandang pasangan suami isteri itu dengan perasaan sedih dan cemburu.

“YOU ni kenapa?”, tanya Serafina. Sebal.
“What?”, tanya Syed Ziyaad tanpa rasa bersalah.
“Kenapa you nak pandang dia macam tu? Dia takde masalah dengan you kan? Childishlah you ni”, marah Serafina.
“Apa I buat? Dah berapa lama you kenal I? Pernahkah you nampak I pandang orang dengan cara yang berbeza?”, tempelak Syed Ziyaad.
“Memanglah tak tapi tadi tu terlebih sampai tak nak salam bagai”, bentak Serafina. Syed Ziyaad hanya diam. Malas hendak bergaduh. Dia memberhentikan keretanya di restoran halal The Moghats yang buka 24 jam.
“Makan dulu baru sambung marah. Lepas tu bolehlah rehat. I tengok mata you tu macam bukan mata manusia dah. Panda pun confuse ini manusiakah sejenis dengan dia”, tokok Syed Ziyaad. Serafina menjeling. Selepas memesan makanan, mereka masing-maisng menyibukkan diri dengan telefon bimbit. Syed Ziyaad mengambil kesempatan melirik ke arah Serafina dan merenungnya. ‘Dia ni Shaherakah? Kenapa tak sama langsung?”, fikirnya.
“Apa pandang-pandang?”, tempelak Serafina. Syed Ziyaad terkejut seraya melarikan pandangan.
“Mana ada”, Syed Ziyaad cuba menegakkan benang yang basah. Serafina mencebik.
“You ni ada rabun ke tak?”, tanya Syed Ziyaad tidak puas hati.
“Adalah. Tak nampakkah I selalu cuci spek mata guna ultrasonic cleaner tu. You ni apasal tanya benda yang sama ja?”,
“Sajalah nak tahu. You tak pernah jawab”,
“Benda dah terang-terang boleh nampak buat apa nak tanya?”, ujar Serafina. Dia memberi ruang kepada pelayan yang datang untuk meletakkan makanan.
“So, you kenal Shahera Idrus?”, tanya Syed Ziyaad. Serafina terdiam.
“Intan Shahera? Macam mana you kenal dia?”,
“Dari kem motivasi”,
“Intan Shahera maksud you yang ni ke?”, tanya Serafina lalu menunjukkan gambar rakannya itu. Syed Ziyaad meletakkan garfu dan melihat gambar tersebut dengan teliti.
“Tak, I macam ada simpan gambar waktu kem motivasi tu. Kalau tak silap, dia satu kumpulan dengan kawan I masa tu”, Syed Ziyaad mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan gambar kumpulan Nufail yang ada muka Serafina.
“Yang ini… Pakai tudung pink”, katanya.
“Seriouslah? You tak kenalkan siapa dia?”,
“Tak. I kenal nama dia ja. Shahera Idrus. Kawan I yang bagitahu”, Serafina memandang suaminya dengan wajah berkerut. Dia mengunyah makanannya perlahan.
“I ingatkan you betul-betul kenal Intan Shahera. Dalam gambar tu bukan dialah”, beritahu Serafina.
“Hah?”,
“Itu I lah. Intan Shahera mana ada pergi kem motivasi tu. I terpaksa tukar dengan dia atas sebab tetentu. Masa tu…”, belum sempat Serafina menghabiskan ceritanya dia merasakan perutnya berasa sakit sekali. Sakit yang tidak dapat dibendung.
“Hei, kenapa ni?”, Syed Ziyaad panik. Dia meletakkan wang yang secukupnya di atas bil dan segera mendukung isterinya masuk ke dalam kereta lalu memandu ke hopital berdekatan.

SYED Ziyaad duduk di tepi katil sambil memandang Serafina yang menahan kesakitan. Tidak berapa lama kemudian, seorang doktor datang membawa laporan kesihatan Serafina.
“Miss Sera, it’s the second time you come with the same reason. You’re soon to be a doctor, you should probably know if you keep doing this it will worsen your health”, kata doktor muda itu kepada Serafina.
“What do you mean Dr?”, tanya Syed Ziyaad.
“She has Irritable Bowel Syndrome cause by high level stress and not enough rest. Of course it does not raise the risk for coloterectal cancer but hemorrhoids can be unbearable if the IBS worsen. I’m sorry but are you her guardian?”, tanya doktor tersebut.
“I’m her husband”, kata Syed Ziyaad.
“Oh… I don’t know she’s married. Please take a good care for you wife. As you can see, IBS is a chronic condition without a cure but her diet and lifestyle can help reducing the symtoms. It is best not to let her stressing too much. She really need to rest more”, nasihat doktor itu. Syed Ziyaad hanya mengangguk dan doktor itu pun meninggalkan mereka setelah memeriksa keadaan Serafina.
“Kenapa you perlu paksa diri you sampai macam ni sekali?”, tanya Syed Ziyaad. Dia mengusap rambut isterinya yang telah tertidur setelah diberi ubat penahan sakit.

IBU bapa Serafina segera terbang ke Australia sebaik sahaja mendapati anak kesayangan mereka ditahan di hospital. Begitu juga ibu bapa Syed Ziyaad. Sanggup meninggalkan kesibukkan di pejabat demi menantu mereka.
“Sya… My little baby, are you okay?”, tanya Datin Jessie dengan pandangan sayu.
“Eh mama ni… Sya okaylah”,
“If you’re okay, why are you here?”, duga Dato’ Darol pula. Serafina hanya tersengih.
“You don’t have to push yourself too muchlah adek. Papa can help you if you can’t do it anymore”, katanya lagi.
“It’s okaylah papa. I’m okay. See… Sya dah sihatlah. Dah boleh keluar dah. Cuma Sya yang tak nak”, seloroh Serafina. Pintu bilik VIP ini diketuk dari luar.
“Ya Allah, menantu mommy ni. Kenapa boleh jadi macam ni?”, tanya Puan Sri Bevendra.
“Takde apa-apalah mommy, penat sikit ja”, balas Serafina.
“Macam mana boleh jadi macam ni Yaad. Kamu tak jaga Finakah?”, tanya Puan Sri Bevendra.
“Mommy, ini bukan salah Syed lah, Syed dah jaga Fina dengan baik selama ni”,
“Betul ni? Fina jangan takut nak beritahu mommy kalau dia buat hal”,
“Takdelah mommy. Jangan risau”,
“Apalah mommy ni, anak mommy ni taklah teruk sangat”, ujar Syed Ziyaad dengan nada merajuk. Semua mereka yang ada di situ ketawa mendengar suara Syed Ziyaad yang seakan-akan sedang berjauh hati.

Sorry for the late update . I'm unable to write due to personal reason . Stay tuned!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience