“Hahahaha”, meletus ketawa Ivanna mendengar lawak bodoh Elfra yang tidak masuk akal ini.
“Jangan gitu dong, lo bilang tadi gak bakal ketawa kalo gue ceritain ke lo”, kata Elfra.
“Tak boleh. Saya rasa kelakar sangat. Yang awak bagi dia kopi masa dia tersedak tu kenapa? Memanglah dia naik angin”, jawab Ivanna. Masih bersisa ketawanya.
“Eh Dina, cuba kau tengok ni. Ini Riyahkan?”, kata Tasha. Dia menunjukkan gambar Carlissa bersama seorang lelaki yang baru sahaja dikirimkan di Instagramnya.
“Haahlah… sejak bila dia pandai post gambar dengan lelaki ni”, duga Ivanna. Dia membaca caption Carlissa.
“Quality time with this Singaporean man… Hashtag new friend, hashtag uni life”, Ivanna tersengih. Dia membaca pula komen daripada lelaki itu. ‘Thank you for spending time with me’… Ivanna terus menghantar pesanan ringkas di grup whatsapp mereka.
Weh korang, bila korang cuti sem? – Ivanna
Bulan depan. Asal? – Juanlita
Samalah – Lemuella
Aku takde cutilah – Serafina
Hahahaha… Apa boleh buatlah Sya – Ivanna
Kenapa? Korang nak hangoutkah? – Serafina
Kiranya begitulah kalau diorang free – Ivanna
Wah! Seronoknya – Serafina
Kitorang free ja ni – Juanlita
Haah – Lemuella
Bulan depan cer – Ivanna
Yang tak cuti tu, kirim salam jelah ya – Ivanna
Takpe… Hari ni hari kau… Hahahaha… Jahat erk – Serafina
Kemudian mereka semua offline.
Weh, aku tertinggallah. Aku pun cuti bulan depan jugak – Carlissa
Apabila tiada respon, Carlissa juga offline. Ivanna memerhati sahaja wajah lelaki dalam gambar tersebut.
“Boleh tahanlah Riyah dapat lelaki handsome macam ni”, puji Ivanna. Bangga dengan rakannya itu.
“Haah”, jawab Tasha.
“Itu siapa?”, tanya Elfra yang sedari tadi terpinga-pinga memandang mereka.
“Best friend Dina dari Malaysia”, jawab Tasha.
“Gimana lo bisa kenalan sama dia?”, tanya Elfra lagi.
“Kitorang dulu satu SMA, cuma mereka ni kelas Sains. Saya kelas sastera”, Tasha memberitahu.
“Oh…”, Elfra mengangguk-angguk.
IVANNA bersiar-siar di sekitar Jakarta bersama Saiful. Dia dan Saiful telah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lepas. Serasanya Saiful adalah orang pertama yang dicintai Ivanna selama lebih dari 2 bulan kerana bulan ini sudah 4 bulan mereka bercinta. Kebetulan pula Saiful juga mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Indonesia tetapi di universiti yang berbeza.
“Sayang, sini jap”, panggil Saiful. Nama panggilan manja memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Lebih-lebih lagi Ivanna.
“Apa dia?”, tanya Ivanna. Dia mendekati Saiful.
“Pilihlah mana satu yang you nak”, kata Saiful. Ivanna memerhati semua beg tangan berjenama yang berharga ratusan ribu itu.
“Takpelah sayang. Mahal sangat ni lagipun handbag I masih okay lagi”, tolak Ivanna. Sejak berkasih dengan Saiful, dia belajar untuk bersederhana kerana teguran-teguran yang diberikan oleh Saiful. Tetapi dalam bab-bab pemakaian dia tidak boleh ubah. Dia seorang yang mementingkan penampilan, jika dia memakai tudung, maka terbataslah fesyennya yang up to date itu.
“Taklah mahal sangat sayang. Kalau tukar duit Malaysia sekalipun harganya cuma RM265 ja”,
“Samalah tu. Sama juga harga ratusan ringgit”,
“Sayang, bukan selalu pun I belikan you barang-barang berjenama macam ni. You terimalah kali ni”,
“Yalah-yalah… I nak yang ni”, Ivanna akur. Dia memilih purse yang berwarna hijau tua yang lebih murah harganya.
“Ada lagi yang you nak?”, tanya Saiful.
“Takde”, jawab Ivanna pendek.
“I nak belikan you baju ni. You suka tak?”, Saiful menunjukkan sebuah gaun labuh panjang berwarna hijau muda. Ivanna memandang gaun tersebut dengan dahi yang berkerut seribu dan mulut yang ternganga kecil. ‘Eeww, I tak pernah lagi pakai baju kolot macam ni. I tak suka’, kata-katanya tadi hanya mampu disimpan di dalam hati sahaja. Sebaliknya dia hanya mengangguk terpaksa demi menjaga hati kekasihnya itu.
“Suka, I suka”, katanya. Dia tersenyum pahit.
“You bayarlah dulu. I nak ke tandas jap”, pamit Ivanna. Dia menuju ke bahagian pakaian lelaki. Sebenarnya dia tidak mahu ke tandas pun. Dia juga ingin membelikan Saiful baju. Sedang dia sibuk memilih kemeja untuk Saiful tiba-tiba telefonnya berdering.
“Assalamualaikum”, sapa Ivanna memberi salam.
“Waalaikumusalam… You kat mana?”, tanya Saiful dari corong telefon.
“Masih kat tandas. Sakit perut”, bohong Ivanna.
“You okay tak ni?”,
“Okay. Don’t worry”,
“I tunggu you kat kereta ya”,
“Okay”, Ivanna mematikan telefon. Tanpa berlengah dia terus mengambil kemeja berwarna ungu lembut dan kot berwarna hitam. Dia juga mengambil tali leher berwarna biru tua berbelang putih. Selesai membayar dia terus menuju ke kereta milik Saiful.
“Kata pergi tandas. Kenapa beli lagi?”, tegur Saiful lembut.
“Sorry, I beli ni untuk you sebab I tengok you belikan I ja tapi tak beli untuk diri you sendiri”, pujuk Ivanna.
“I tak perlulah semua ni sayang”,
“You boleh tak kalau I dah belikan tu you terima ja. Taklah susah mana”,
“Hei… You ni”, Saiful mengeluh kasar. Ivanna yang sakit hati dengan keluhan itu beria-ia hendak keluar dari kereta.
“You nak ke mana pula tu?”, Saiful memegang lengan Ivanna. Dia berani memegang lengan Ivanna kerana kali ini lengannya beralas dengan jaket denim yang dipadankan dengan kemeja t sendat berwarna putih itu.
“Kalau you tak nak I kembalikan baju tu, you buang jelah. Haih, semak”, tempelak Ivanna lalu membuang beg kertas berisi pakaian yang dibeli Ivanna itu tadi ke kerusi penumpang di belakang. Setelah itu dia keluar dari kereta Saiful dan pergi meninggalkan Saiful dengan menaiki teksi kosong yang kebetulan lalu di situ.
Please continue to support . Don't forget to leave a comment. Thank you
Share this novel