Cuaca yang redup hari ini membuatkan semua pelajar seperti bersemangat menghadiri kuliah. Carlissa duduk di bangku di bawah pokok yang rendang bersama komuter riba kesayangannya. Dia berancang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya hari ini juga. Carlissa terlalu kusyuk menaip dengan menggunakan komputer ribanya itu sehingga tidak sedar kehadiran Zhang Wei.
“Amboi, sibuknya! Sampai tak sedar I kat sini”, kata Zhang Wei lalu memberikan kopi Mocha suam kegemaran Carlissa.
“Eh Zhang Wei… Sorry, I busy sikit”, ujar Carlissa sambil tersenyum lalu memberikan minuman yang diberikan oleh Zhang Wei tadi.
“Oh sorry… I ganggukah?”,
“Nolah. I beritahu ja. Apa you buat kat sini? Takde kelas?”,
“Takde. Kelas I tengah hari. I datang sini nak bagi tahu you something”,
“Apa dia?”, tanya Carlissa. Dia masih lagi dengan komputer ribanya.
“I… I dah masuk Islam. I rasa terpanggil untuk mempelajari dan mendalami Islam”,
“Hah? You betul-betullah ni?”, tanya Carlissa lagi. Kurang percaya. Dalam hati dia bersyukur ke hadirat Ilahi kerana telah memberikan Hidayah kepada lelaki yang dicintainya ini untuk menerima Allah.
“Betul”, jawab Zhang Wei. Terdapat sinar bahagia di matanya.
“Mana arah kiblat?”, tanya Carlissa untuk memastikan. Zhang Wei mengangkat tangannya dan menunjuk ke arah kiblat. Carlissa tersenyum gembira.
“By the way, don’t you curious what’s my Muslim name?”,
“Oh ya… What is it?”,
“Muhammad Shiraz Nafiz. Terdengar macam pelikkan?”,
“Sikitlah. Kenapa you pilih nama tu?”,
“Sebab Zhang Wei maksudnya tampan dan berharga so I cari nama yang maksudnya sama dengan maksud nama yang diberi oleh mama I”, terang Zhang Wei.
“Hmm… Parents you okaykah?”,
“Alhamdulilah, mereka terima dan hormat dengan pilihan I. Mungkin ini jalan yang Allah telah tuliskan untuk hidup I”,
“Syukur Alhamdulilah”,
SETELAH selesai dengan solat istikarahnya barulah Carlissa berasa tenang. Deringan telefon mengejutkan Carlissa yang baru sahaja ingin membuka telekungnya.
“Hello”, sapa Carlissa tanpa melihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum”, suara seorang lelaki memberi salam dari corong telefon.
“Eh waalaikumusalam. Hehehehe… Sorry, I tak tengok nama tadi”,
“So, kalau orang lain memang tak bagi salamlah?”, tanya Zhang Wei.
“Kalau kawan-kawan memang taklah”,
“Hmm”,
“Kenapa you call?”,
“Saja… You dah makan?”,
“Dah. You?”,
“Dah juga tadi. Malam esok you freekah?”,
“Free ja. Kenapa?”,
“I nak bawa you pergi dinner. Ada I nak bagitahu something”, kata Zhang Wei. Carlissa ketawa kecil. Dahinya berkerut tanda hairan.
“Bagitahu jelah kat kampus. Lawaklah you ni”, jawab Carlissa. Kedengaran Zhang Wei juga ketawa kecil.
“Takpelah… Esok malam I bagitahu erk?”,
“Yalah”,
“Assalamualaikum”,
“Waalaikumusalam”, Carlissa membalas salam. Telekungnya dibuka perlahan dan melipatnya kemas. Dia duduk di birai katil sambil memandang skrin telefonnya yang telah gelap. Kemudian Carlissa menekan telefonnya untuk mencari orang untuk bercerita dengannya.
MALAM keesokkan harinya, Carlissa tiba di tempat yang dijanjikan lebih awal daripada Zhang Wei. Dia sengaja tidak meminta Zhang Wei menjemputnya kali ini. Restoran kebiasaan mereka menjadi pilihan tempat perjanjian mereka.
“Assalamualaikum, dah lama tunggukah?”, sapa Zhang Wei dengan gembira. Senyuman manis menghiasi wajah tampannya.
“Waalaikumusalam, takdelah lama sangat. Sengaja datang awal”, jawab Carlissa jujur.
“Let’s order first”, kata Zhang Wei lalu mengangkat tangan dengan sopan. Pelayan yang berdiri sejak tadi datang mendekati meja mereka dengan senyuman dan menyerahkan buku menu yang sentiasa di tangannya.
“Lamb chop and lasagna. For the drink, I’ll have hot caramel coffee. How about you?”, tanya Zhang Wei setelah memesan makanannya.
“Let me have ice americano and grilled beef steak with asparagus. I’d like it to be medium well please”, pesan Carlissa penuh karisma.
“So, apa yang you nak bagitahu?”,
“Chilllah, makan dulu”, Zhamg Wei ketawa kecil. Mereka bercerita serba sedikit sementara menunggu makanan yang dipesan tiba. Tidak berapa lama kemudian, makanan yang dipesan tiba. Suasana ruang makan yang ditempah Zhang Wei hening sepanjang makan malam mereka. Hanya bunyi pisau dan grafu sahaja yang berlaga di ruang makan itu. Tiba-tiba datang seorang pelayan perempuan membawa aiskrim dan sepotong kek Black Forest.
“Eh, I tak order, you ada orderkah?”, ujar Carlissa sedikit terkejut. Aiskrim coklat itu diletakkan di hadapan Carlissa manakala kek Black Forest itu diletakkan di hadapan Zhang Wei.
“I yang pesan untuk you. Makanlah”,
“Oh…”, Carlissa masih terpinga-pinga. Lambat-lambat dia mengambil sudu aiskrim tersebut. Alangkah terkejutnya Carlissa apabila melihat sebentuk cincin emas di sebalik sudu tersebut. Dia tergamam manakala Zhang Wei masih tersenyum. Carlissa memandang Zhang Wei dengan wajah hairan.
“Carlissa”, pangginya.
“Will you be my better half?”, tanya Zhang Wei. Romantis. Serta merta Carlissa teruja dengan persoalan tadi.
“Arghh!”, jerit Carlissa kegembiraan. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang mempunyai pendakap itu.
“Yes!”, jawabnya senang.
“Are you sure?”, soal Zhang Wei seolah-olah tidak percaya. Dia mencapai jari-jemari Carlissa lalu menyarungkan cincin di jari tengah Carlissa. Dia tidak menyarungkan cincin itu di jari manis Carlissa kerana masih terlalu awal untuk mereka pergi ke peringkat seterusnya. Zhang Wei memandang Carlissa penuh rasa cinta. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk dan mencium kekasihnya itu namun ditahan. Biarlah dai melakukan semua itu apabila sudah halal.
Stay tuned for upcoming updates every Sunday 5pm
Share this novel