Pelbagai tempat telah dilawati sekitar Kuching dalam masa sehari sahaja. Lemuella dan Ilanit bergelak tawa sepanjang perjalanan mereka. Destinasi terakhir mereka hari ini ialah Dirty Art Studio. Lemuella menembak-nembak kertas canvas dengan menggunakan pistol air yang berisi cat. Ilanit juga begitu. Seharian mereka berseronok.
“El, thank you ah sebab bawa aku jalan-jalan macam ni. Kalau tiada kau inda tahulah bila baru ada kesempatan macam ni. Mahu tunggu kerja dalam 5 tahun mungkin baru mampu”, ucap Ilanit.
“Chilllah Af. Aku ada tolong kau. Anytime you want. Jangan masa aku tidur sudah”, jawab Lemuella. Tangannya masih sibuk menembak-nembak kertas kanvas.
“Aku serius ni. Thank you”,
“Aku pun seriuslah. Mana ada main-main. Aku bukan apalah… Kalau kau takde kat sini, aku tak pernah kenal kau, aku rasa aku tak akan bertahan kat Uni ni. Serious. Aku bersyukur dapat kawan macam kau. So, kalau kau ada nak minta tolong dari segi kewangan ke apa ke kau cari ja aku. Aku akan tolong selagi aku mampu. Kau tak payah segan”, Lemuella memandang Ilanit yang kelihatan sebak. Lemuella hanya menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Ilanit.
2 tahun kemudian…
MASA berlalu dengan pantas. Sedar tidak sedar, hanya sebulan yang berbaki untuk Adham menamatkan pengajian 3 tahun 6 bulannya. Lemuella duduk di meja yang berada di tengah-tengah kampus mereka. Dia duduk berhadapan dengan Adham. Seperti biasa, Lemuella belajar dan menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan bersama Adham. Begitulah rutin mereka setiap hari sepanjang 2 tahun ini. Lemuella hanya menganggap Adham seperti nyamuk yang mengganggu hidupnya dengan cerita-cerita yang membosankan dan kedengaran angkuh di telinganya.
“Eh, you ni kalau I cakap dengan you pandanglah I”, kata Adham.
“Perlukah?”, balas Lemuella tanpa memandang sekilas pun ke arah Adham.
“Perlulah. You tak dengarkah kata-kata orang. Diorang kata I yang terhegeh-hegeh kat you”,
“Memang betul pun. You iyakan jelah”,
“Siapa kata? You yang setuju couple dengan I” ujar Adham. Lemuella menghembus nafas berat. Dia mengangkat kepalanya memandang Adham. Adham mengangkat kedua belah keningnya tanpa ‘apasal’. Lemuella mengangkat kedua-dua jari membuat simbol ‘Peace’ lalu menggerak-gerakkannya sebagai simbol pembuka dan penutup kata.
“Pura-pura” tekannya sejajar dengan gerakkan jarinya. Adham mengeluh.
“Family I nak datang sini”, nyata Adham. Lemuella tidak menjawab. Dibiarkan sahaja kenyataan Adham itu.
“Ish, you ni dengar tak?”, katanya lagi.
“Habis? Apa kena-mengena dengan I”, Lemuella mengerutkan dahi. Pennya diletakkan. Penat melayan kekasih yang bukan kekasih ini.
“My parents demand to meet you. So, you have to go to our family gathering with me”, bertambah kerutan di dahi Lemuella.
“Baby boy, it’s your problem not mine. Pandai-pandailah you bagi alasan. Don’t bring me into your shit”,
“Pleaselah you. Ada Barsha sekali”,
“And?”,
“Dia beritahu parents I yang kita masih lagi bersama”,
“That’s what I said. We can only fool your stupid fanclub not your parents, man”,
“Please Ella… Sekali ni ja. Masa graduation nanti I carillah cara nak beritahu diorang. Please?”, hati Lemuella mencair setiap kali lelaki itu memanggil namanya Ella. Entah mengapa. Dia mendengus.
“Fine. Just this time. You better prepare a good reason after this and don’t ever make me look bad. Get it?”, Lemuella memberi amaran. Adham tersenyum bahagia dan mengangguk-angguk.
“Macam ni lah girlfriend I”, Adham mencuit hidung mancung Lemuella. Lemuella menahan dirinya untuk mencebik apabila dilihatnya orang sekeliling yang memandang ke arah mereka berdua.
ADHAM keluar dari keretanya untuk membuka pintu untuk Lemuella. Langkah Lemuella terhenti apabila melihat Adham dengan gaya rambut yang berbeza. Biasanya rambutnya disikat ke atas ala-ala ‘badboy’ namun kali ini rambutnya diturunkan dan dibelah di tepi seperti pelakon Korea Selatan Park Seo Joon. ‘Eh apasal handsome mamat ni hari ni. Jiwa playgirlku meronta-ronta’, gumam Lemuella dalam hati.
“Tunggu apa?”, tanya Adham yang telah berdiri lama di pintu kereta. Lemuella tersentak lalu cepat-cepat bergerak masuk ke dalam kereta Adham. Sepanjang perjalanan, kereta mereka hening tanpa bicara.
“Apasal diam? Selalu bukan main bingit lagi waktu orang tengah sibuk nak siapkan assignment”, tanya Lemuella memecahkan keheningan.
“I nervouslah”, jawab Adham. Sedari tadi dia tidak memandang pun ke sisi tempat duduk Lemuella kecuali ingin melihat cermin sisi. Lemuella mengerutkan kening dan mengangakan mulut. Hairan.
“Eh, agak tiber”,
“Takdelah. You nampak lain dari biasa. I ni lelaki tahu, memanglah I gementar kalau perempuan cantik duduk kat sebelah”, jujur Adham memberitahu. Lemuelle cuba menahan senyuman kerana pujian itu namun gagal lalu tersembur ketawanya. Kelakar melihat lelaki yang poyoh itu memujinya secara tidak langsung.
“Heh, biasa jelah. Masalahlah dia ni. Buat biasa jelah”, kata Lemuella setelah ketawanya redah. Dia memandang ke luar tingkap sambil tersenyum. Beberapa minit kemudian mereka pun sampai di Tune Hotel di mana mereka telah berjanji untuk makan tengah hari bersama keluarga Adham. Sesampai sahaja mereka di sana kebetulan terserempak pula ibu dan ayah Adham di lobi yang juga baru tiba.
“Ibu”, panggil Adham lalu menerpa ibunya lalu dipeluknya erat. Nampak yang dia sangat merindui ibunya. Ibunya hanya mengusap-usap belakang Adham yang sudah bertubir air matanya. Begitu juga bapa Adham. Lemuella hanya berdiri dengan janggal. Jauh di sudut hatinya dia dapat merasakan Adham ialah seorang anak yang baik.
“Dahlah. Malu girlfriend tengok”, gurau Tan Sri Hj Taqiuddin, bapa kepada Adham.
“Haahlah”, sokong Puan Sri Alya, ibu Adham. Lemuella tersenyum lalu mencapai tangan Puan Sri Alya lalu disalaminya penuh sopan. Puan Sri Alya tampak senang. Dia mengusap-usap tangan Lemuella dengan senyuman yang tak putus-putus.
“Kenalkan ibu wanita pilihan kamu nie Am”, kata Puan Sri Alya.
“Meet my girl Lemuella Luthfia from KL. Ella, this is my ibu and babah”, Lemuella hanya mengangguk dan tersenyum. Rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana telah membohongi ibu bapa Adham yang baik. Puan Sri Alya ingin membuka mulut untuk bertanya lebih lanjut namun dihentikan oleh Adham.
“Sebelum apa-apa, kita pergi meja dulu. Kang tak makan babah nanti”, ujarnya. Mereka kemudiannya pergi ke meja yang telah ditempah mereka. Pada waktu itu, Barsha juga baru tiba.
“Ibu, babah”, sapa Barsha lalu melagakan pipi dengan ibu Adham.
“Barsha… Kenapa lambat sampai?”, tanya Tan Sri Taqiuddin.
“Jammed babah”, jawabnya. Gedik. Tanpa berfikir panjang, dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Adham. Mereka kemudiannya makan sambil berbual-bual. Sepanjang itu juga Barsha tidak habis-habis dengan cerita zaman dia dan Adham masih kecil, Ia membuatkan Lemuella lebih banyak berdiam diri. Adham juga sedar dengan keadaan itu juga berasa tidak selesa.
“Ella, kenapa diam? Membosankankah cerita kitorang?”, tanya Barsha. Sengaja. Lemuella menahan rasa menyampah.
“Takdelah. Seronok sangat sampai tak tahu nak cakap apa”, balas Lemuella lalu tersenyum paksa.
“Kitorang memang macam ni lah dari kecik sampai besar tak pernah berubah. Kan ibu?”, terang Barsha tanpa ditanya. Puan Sri Alya hanya mengangguk. Perasan dengan perubahan wajah Lemuella. Dia tersedar bahawa kini anaknya tidak lagi boleh terlalu rapat dengan sepupunya itu untuk menjaga hati kekasihnya.
“Ibu, babah. Sebenarnya kitorang ada rancangan lain lepas ni. Takpekah kalau kitorang tinggalkan korang dengan Barsha?”, tanya Adham. Puan Sri Alya dan Tan Sri Taqiuddin saling berpandangan.
“Boleh sangat. Malam nanti boleh sambung”, kata Tan Sri Taqiuddin. Lemuella hairan namun diikutkan sahaja langkah Adham.
“Aunty, uncle, kitorang minta diri dulu ya. Maaf tak dapat nak cerita lama-lama. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi”, pamit Lemuella lalu menghadiahkan senyuman nipis kepada Barsha. Tidak ikhlas. Dia membuntuti langkah Adham keluar dari hotel tersebut. Kemudian bergerak menuju ke kereta. Seperti biasa Adham tidak lupa membukakan pintu untuk Lemuella.
“Sejak bila kita ada rancangan lain?”, tanya Lemuella.
“Sejak sekarang”, jawab Adham. Keretanya dipandu ke Waterfront Jetty. Lalu terus membawa Lemuella ke kaunter Sarawak River Cruise. Dia bercakap-cakap seketika dengan orang di kaunter itu lalu seseorang keluar membawa mereka ke hadapan sebuah yatch.
“Jom”, ajak Adham. Dia menarik tangan Lemuella untuk menaiki kapal layar yang ditempahnya sehari sebelum makan tengah hari ini. Bot dipandu hingga ke tengah-tengah sungai yang luas.
“Jom” ajak Adham sekali lagi. Lemuella menuruti sahaja. Mereka keluar dari kapal layar dan melihat matahari yang sedang terbenam dengan indah.
“Wah…”, hanya itu yang keluar dari mulut Lemuella. Kagum dengan ciptaan Allah.
“Ella”, panggil Adham dengan suara yang kedengaran gementar. Lemuella memandang Adham tanpa mengesyaki apa-apa. Adham berdehem dan menarik nafas panjang lalu dihembusnya perlahan.
“I don’t know how to say this but I really want to know more Ella. I tahu you tak suka I but at least give me a chance to know you more and a chance to prove myself”, luah Adham. Lemuella bergamam. Tiba-tiba sahaja dia seperti lupa untuk bernafas.
“You?”, panggil Adham.
“Do I stand a chance?”, tanyanya lagi. Lemuella menarik nafas lalu tersenyum.
“Should I?”, gurau Lemuella. Adham mengangkat bahu.
“But I really hope tho”, katanya. Lemuella mengangguk. Adham melompat kegembiraan. Lemuella hanya ketawa. Adham kemudiannya mengeluarkan kotak Swarovski dari poket seluarnya. Dia memakaikan rantai Hyperbola Swarovski itu di leher Lemuella lalu memeluk Lemuella erat.
Share this novel